Bab 16 | Hadiah

923 44 5
                                    

      PADA pagi ini, aku datang ke studio dengan menerima satu kejutan.

     Tahu tak kejutan apa?

    "Wui! Dengar cerita orang tu dapat bunga hari ni! Untung lah... Tak sangka Qai ni dalam diam ada secret admirer." usik Zamrul.

    Haa itu lah kejutannya.

    Aku sejak dari tadi sedang berfikir siapa pemberi sejambak bunga ros dengan sekotak coklat Ferrero Rocher ni.

     Ya, bukan bunga sahaja ya yang aku dapat! Coklat mahal tu pun aku dapat.

     Siapa lah yang dah banyak sangat duit ni sampai tak ada kerja bagi semua benda ni?

     Entah lah apa perasaan aku ketika ini. Teruja?

    Okay teruja tu ada lah sikit sebab sepanjang hidup aku, aku tak pernah terima hadiah sebegini dari sesiapa.

     Selebihnya aku rasa buntu. Buntu memikirkan siapa pengirim kejutan ini. Kepala aku yang ditutupi dengan cap aku garu.

     "Wey Qai! Takkan kau tak tahu siapa yang bagi?" soal Fiya yang tiba-tiba muncul.

    Aku menjongketkan bahu tanda tidak tahu.

    Hadiah itu aku tolak tepi. Arh! Malas lah nak fikir siapa yang bagi. Buat sakit kepala je.

   "Cuba la check kot-kot ada kad ucapan."

    Aku menolak bunga itu kepada Fiya.

    "Kau cari lah. Aku malas."

    Fiya mencebik menyampah. Tak ada perasaan langsung seorang yang bernama Qaisara Alysha ini.

    Fiya mula membelek di celah-celah bunga ros itu kalau-kalau ada kad yang terselit.

    "Weh! Ada kad lah!"

    Terus terangkat kepala aku dari menghadap telefon. Ada kad?

   "Nah Qai, baca lah!"

   Fiya menghulurkan kad ucapan itu kepada aku. Aku menyambutnya. Perlahan-lahan kad itu dibuka.

I'm amazed when i look at you,
Your smile makes my heart skip a beat,
And the sound of your voice give me butterflies...

~H          

     Ha sudah! Siapa pulak yang bukan main sweet lagi ayat ni?

   "Dia tulis apa? Nak baca!" soal Fiya teruja.

   Aku memberikan kad itu kepadanya.


   "Wuuu.... Siapa 'H'? Kau kenal ke?"

   Fiya tersengih memandang aku.

   Aku mengangkat bahu. Aku sendiri pun tak tahu siapa si 'H' ni. Apa pasal lah tak letak nama penuh? Dia ingat aku ada masa ke nak main teka teki ni?


   "Tapi kan Qai, dekat sini dia tulis 'the sound of your voice give me butterflies'. Maknanya dia pernah dengar suara kau lah kan? Kiranya korang pernah berjumpa."


   Aku terdiam seketika. Ada betul jugak apa yang Fiya katakan itu. Jadi mungkin orang yang bagi ni orang yang pernah berjumpa dengan aku. Tapi siapa?


   Takkan si Qash tu kot? Macam mustahil je jembalang tu nak kasi aku hadiah macam ni. Lagipun huruf yang tertera di kad itu tak sama langsung dengan nama Qash.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now