Bab 34 | Winter Wonderland

950 42 3
                                    

Baju diorang ⇧

*****

   SETELAH aku pulang dari kampung, kini aku mula sibuk dengan persiapan majlis resepsi sebelah lelaki.

   Kalau nak diikutkan, majlis bersanding sebelah lelaki ni tak diwajibkan. Tetapi, auntie Maya yang nak buat. Katanya, dia nak jemput kawan-kawan dia yang menetap ni Selangor ni. Tambahan pula saudara mara Qash, ada yang masih lagi belum berjumpa dengan aku.

   Aku pula hanya turutkan sahaja permintaan mertua aku. Apa nak buat? Orang dah seronok dapat menantu bongsu.

   Soal baju sanding aku dan Qash, auntie Maya yang uruskan semua. Pada mulanya aku nak membantah. Iya lah, dah aku yang kahwin, takkan orang lain pulak yang kena uruskan tentang baju aku? Tapi auntie Maya yang beria-ia nak sponsor. Nak tak nak, aku kena redha.

   Studio aku masih lagi tidak beroperasi. Kerana aku masih memerlukan Fiya untuk membantu aku. Aku nak dia jadi juru solek aku sekali lagi. Aku tak nak orang lain.

   Adam dan Zamrul juga aku upah untuk menjadi photographer pada waktu majlis resepsi aku nanti. Majlis itu akan diadakan di sebuah hotel mewah di sekitar Kuala Lumpur.

   "Fiya! Cepat lah, kau bersiap apa lama sangat tu?" laungku dari ruang tamu.

   Haih... Ini lagi sorang, semalam dia yang gelabah ajak aku nak pergi shopping baju kurung untuk majlis tu nanti. Sekarang? Tengok lah siapa yang bersiap mengalahkan anak raja?

   Ya, Fiya akan jadi pengapit aku nanti.

   Oh! Aku masih belum berpindah duduk sebumbung dengan Qash. Tunggu lepas habis majlis sebelah pengantin lelaki nanti, baru aku angkat kaki.

   Barang-barang aku juga sudah siap dikemas. Tinggal nak angkut je nanti.

   "Ish! Ya dah siap dah! Eee menggelabah lah kau ni." rungut Fiya yang baru menapak keluar dari biliknya.

   "Salah aku pulak? Kau yang beria ajak aku semalam. Janji nak pergi pukul berapa? Sekarang dah pukul berapa?" soalku bertalu-talu.

   Geram pulak kita. Dia yang ajak kita lepas tu nak merungut pulak.

   "Alah, lambat setengah jam je pun. Tu pun nak kecoh." balasnya tenang.

   Aku memutarkan bebola mata. Setengah jam je? Dah nak kematu punggung aku ni duduk menunggu tuan puteri ni bersiap!

   "Dah, jom!"









   DAH hampir satu jam kami berjalan di sekitar mall ni. Tetapi satu kedai pun kami tidak masuk lagi.

   Aku dah mula rasa serabut. Kau ingat aku suka ke berjalan lama-lama buang masa macam ni?

   "Tak jumpa lagi ke kedai yang berkenan?" soalku lemah.

   Tolong lah kesiankan aku ni. Dah berapa kali dah aku ulang soalan yang sama je.

   "Belum." jawab Fiya. Matanya masih meliar memerhati di setiap premis.

   Aku pula dah rasa macam nak merangkak. Sumpah penat kalau keluar dengan Fiya ni.

   "Kau tahu tak dah sejam kita pusing-pusing dekat sini? Takkan satu pun kau tak jumpa lagi?" soalku cuba menahan sabar.

   Fiya berdecit.

   "Eee sabar lah. Kau ni, baru berjalan sikit dah pancit." kutuknya selamba.

   Terbuntang mata aku memandangnya.

   "Sikit tengkorak kau! Dah sejam tahu kita berjalan." bebelku.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now