Bab 2 | Pertemuan

1.5K 63 1
                                    

     KINI aku dan Adam sudah tiba di hadapan rumah agam milik pelanggan aku, Puan Salsabila. Ish! Rasa nak terkehel lidah ni nak sebut nama dia.

     "Mak aii! Besar beb rumah dia... Orang ada-ada ni!" komen Adam.

     Aku tidak menjawab. Kereta aku parking, dan aku mula mengambil beg camera aku.

    "Jom!"

    Mereka sama-sama masuk ke dalam perkarangan rumah banglo tiga tingkat tersebut. Tinggi kan?

    "Assalamualaikum!" sapa Adam memberi salam.

    Beberapa minit kemudian, muncul seorang wanita yang agak berumur, tapi bagi aku, wanita di hadapannya ini masih kekal cantik!

    "Waalaikumussalam. Anak ni cari siapa?" soalnya.

    "Err... Ni rumah Puan Salsabila ke?"

    "Haah ya. Nak jumpa dia ya?"

    Adam mengangguk. "Ya, kami dari 'Q&A Studio'. Puan Salsabila ada book untuk majlis hari jadi anaknya."

    "Ohh! Photographer lah ni? Masya-allah... Ha jemput lah masuk." pelawanya.

    "Nama anak siapa?" soal wanita itu.

   "Saya Adam puan." jawabnya sopan.

    "Eh tak payah lah ber puan-puan bagai ni, panggil auntie Maya je." balasnya mesra. Kemudian matanya jatuh kepada lelaki yang berdiri di sebelah Adam. "Yang ini siapa pulak?"

     Aku yang sedari tadi hanya mendiamkan diri mula mengangkat kepala. "Saya Qai."

   Tiba-tiba auntie Maya beriak terkejut. Eh eh? Dah kenapa terkejut sangat muka tu makcik?

    "Allahuakhbar.... Auntie mati-mati ingat kamu lelaki. Auntie minta maaf, auntie tak perasan." pohonnya rasa serba salah.

    Tangan aku dah naik menggaru kening. Awkward kejap.

   "Err... Tak apa auntie."

    "Yes mommy? Ada apa panggil Sal?" tiba-tiba muncul seorang wanita bertudung. Wanita itu kulihat sangat anggun mengenakan dress labuh berwarna soft blue. Dipadankan dengan shawl berwarna putih. Wajahnya natural beauty!

   "Ni ha... Photographer yang Sal book tu dah sampai." terang auntie Maya.

     Kemudian mata Salsabila memandang dua orang di hadapannya.

    "Oh! Bagus lah dah sampai. Jom kita ke taman." ajaknya lalu berjalan ke arah sliding door yang terdapat di ruang tamu.

    Erk? Taman?

    Perlahan-lahan aku berjalan membuntuti tuan rumah. Sebaik sahaja melangkah keluar dari sliding door tersebut, alangkah terpakunya aku melihat keindahan mini taman di rumah ini. Cantik!

    Terdapat satu meja yang sudah tersusun pelbagai jenis gula-gula. Ada kek. Ada topeng mata. Dan belakang meja itu dihiasi kain pasang berwarna biru cair dan putih. Tertulis di situ perkataan 'Happy Birthday'. Jadi tema mereka pada hari itu ialah blue&white.

    "Ibu! ibu!" jerit seorang kanak-kanak yang datang menghampiri mereka. Kanak-kanak itu laju sahaja memeluk Salsabila.

    "Haih ibu cakap apa tadi? Jangan lari kan? Nanti kalau Mayra jatuh macam mana? Tak cantik dah princess ibu ni."

   Kanak-kanak yang bernama Mayra itu tersengih comel.

    "Oh ya, lupa nak tanya. Nama awak berdua apa?" soal Salsabila.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now