Bab 31 | One Step Closer

833 46 1
                                    

PAGI itu, aku bersiap-siap hendak ke pekan. Tuan kedai butik pengantin tu cakap pukul 9:00 pagi dah boleh pergi ambil baju sanding tu.

Aku hanya mengenakan hoodie berwarna cream bersama seluar jeans hitam. Rambut aku yang hampir mencecah pinggang itu aku ikat gaya ponytail. Baseball cap aku sarungkan di kepala. Siap!

Bersolek? Lambat lagi aku nak rajin bersolek ni!

Aku mula melangkah keluar dari bilik. Kelibat Fiya masih tidak kelihatan. Aik? Tidur lagi ke?

Kamar tidur Fiya aku hampiri. Daun pintu aku ketuk beberapa kali.

"Fiya? Kau dah siap ke belum?"

"Kejap Qai!" sahut Fiya dari dalam.

Aku menghembuskan nafas lega. Mati-mati aku ingat dia tidur tadi. Baru rasa nak mengamuk.

"Aku tunggu dekat luar lah. Cepat sikit!" kataku.

Aku mula melangkah ke dapur mencari kelibat Maktok. Maktok aku lihat sedang sibuk mengacau sesuatu di dalam kuali.

"Maktok, Sha nak pergi pekan tau. Nak ambil baju. Sekali dengan nak jemput kawan Sha dekat pekan." ujarku meminta izin.

"Tak mau makan dulu ka?" soal Maktok yang masih tidak memandang aku.

"Sat lagi lah, Sha makan dengan depa sekali."balasku.

"Hmm ya lah. Pi elok-elok. Bawak kereta tu jangan macam pelesit." pesan Maktok diselit dengan sindiran.

Aku pula masih kekal cool. Umpama masuk telinga kiri, keluar telinga kanan pesanan Maktok itu.

Aku berjalan keluar dari rumah. Kereta kesayangan aku dituju. Enjin aku panaskan sementara menunggu Fiya.

Selepas beberapa minit, Fiya muncul dari muka pintu rumah. Pintu kereta bahagian penumpang dibuka lalu Fiya masuk ke dalam perut kereta.

Kereta mula bergerak perlahan keluar daripada perkarangan rumah Maktok.












SELEPAS selesai menguruskan tentang baju sanding, aku mengajak Fiya singgah di kedai tudung yang berada di pekan.

Bukan main seronok lagi Cik Safiya tu. Dia pulak yang excited dari aku. Aku sengaja singgah di kedai itu. Rasa macam nak beli beberapa helai tudung untuk aku pakai nanti. Lagipun, sementara tunggu Zamrul dan Adam tiba, boleh lah cuci mata sekejap.

Selesai memborong tudung, kami masuk pula ke dalam gerai pakaian. Ada beberapa baju blaus separas lutut yang menarik minat aku. Ah kalau ikutkan, semuanya cantik! Sampai aku tak tahu nak beli yang mana satu.

Fiya pun tak nak kalah. Dia lagi seronok membeli belah. Aku tengok, dah tiga helai blaus dia pegang.

"Kau ni apasal terlebih excited sangat shopping ni?" soalku hairan.

Fiya yang leka membelek baju-baju yang tergantung mengerling ke arah aku sekilas.

"Iya lah! Bukan senang kau nak ada mood shopping ni. Biasa aku je yang beria. Sekarang, kau pun dah ada. Lagi lah aku seronok!" balasnya teruja.

Aku sudah menggelengkan kepala. Boleh pulak macam tu eh?

Aku meneruskan sesi memilih baju. Beberapa helai blaus yang menarik minat aku diambil. Semua cantik-cantik, buang aku rambang mata!

"You know what Qai?"

Aku mengerling ke arah Fiya sekilas.

"What?"

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now