Bab 40 | Penat

840 38 1
                                    

   BUSHH!

   Aku terkapai-kapai cuba kembali ke permukaan air. Udara di paru-paru semakin berkurangan. Nafas aku sudah tersekat-sekat.

   Arus air sungai yang tiba-tiba sahaja mengganas membuatkan aku tidak dapat mengawal tubuh aku.

   "Arkk... Aba...h... Ark!"

   Aku sudah semakin lemas apabila air sungai sudah banyak masuk ke dalam mulut. Aku tak mampu bertahan dengan lebih lama. Aku lemas.


*****

   "ABAH! Ark! Tolong Sha!"

   Aku tidak dapat nak buka mata. Nafas aku tersekat. Dada aku rasa sesak.

   Aku meronta-ronta. Terasa lemas dengan air yang mula masuk ke dalam mulut aku.

   "Qaisara! Wake up!"

   "To... Tolong abah!"

   "Qaisara! Hey, bangun!" panggil seseorang.

   Mata aku terus terbuka luas. Aku bangun secara mengejut. Mata aku kalut memandang sekeliling. Tak, aku bukan di dalam sungai, tapi di dalam bilik aku.

   Mata aku sempat melirik ke arah jam di dinding, jam sudah menginjak pukul 3:40 pagi.

   Tubuh aku menggigil hebat. Dada aku berombak laju. Tangan dan dahi aku mula berpeluh.

   "Qaisara..."

   Pantas aku berpaling secara mengejut. Jantung aku berdegup kencang. Aku terperanjat.

   "Hey, it's me... Relax." ujar Qash lembut.

   Aku menggelengkan kepala. Kedua-dua belah lutut aku dirapatkan ke dada. Aku memeluk lutut erat.

   Ya Allah, kenapa jadi lagi ni? Terasa seksa jiwa aku bila panic attack ni datang.

   "Qaisara sayang, pandang saya." pujuk Qash lembut.

   Perlahan-lahan aku mengangkat kepala merenung anak matanya. Tubuh aku masih menggigil. Nafas aku masih terasa semput.

   Qash menggengam tangan aku lembut.

   "Tenang okay? Cuba kawal pernafasan awak. Tarik nafas...," arahnya.

   Aku menurut. Nafas aku ditarik perlahan.

   "Lepas..."

   Aku menghembuskan nafas.

   "Good. Kita ulang balik. Awak masih ingat kan apa yang saya ajar masa dekat hospital dulu?" ujarnya lembut.

   Aku angguk laju.

   Aku buat apa yang disuruh oleh Qash. Setelah keadaan aku semakin reda, aku menghembuskan nafas lega.

   "Feeling better now?" soalnya.

   Aku angguk lemah. Mata aku tiba-tiba sahaja berkaca.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now