Bab 18 | Pengsan

890 55 1
                                    

   KELOPAK mata dibuka perlahan-lahan. Pandangan pertama yang aku lihat hanyalah putih, kosong.

   Aku di mana ni?

   Kenapa semua putih?

   Aku sedang bermimpi kah?

   Aku memejam mata aku semula. Mengharapkan aku kembali ke realiti. Dan bila aku membuka mata kembali, masih sama. Putih.

   Bebola mata aku bergerak memerhati keadaan sekeliling. Kemudian dahi aku berkerut.

   Aku di... Hospital?

   Otak aku cuba mencerna apa yang telah berlaku. Namun apa yang dapat ialah sakit di kepala. Automatik tangan aku menyentuh kepala aku.

   Eh?

   Berbalut?

   Aku bertambah bingung. Kenapa kepala aku berbalut?

   Aku cuba untuk bangun dari berbaring. Namun sakit di kepala aku tiba-tiba menyengat.

   "Argh!"

   Kepala aku kembali berbaring di bantal. Aku mencengkam kuat kepala aku.

   "Qaisara?"

   Spontan kepala aku menoleh ke arah kanan. Aku terkesima melihat orang yang berada di hadapan aku.

   Apa yang dia buat dekat sini?

   "Hey, are you okay? Sakit dekat mana?" soal Qash sekali lagi.

   Wajahnya kelihatan bimbang. Dia masih setia menunggu jawapan dari gadis di hadapannya itu.

   Aku masih mendiamkan diri. Kemudian aku mengangguk perlahan.

   Terpancar riak lega di wajah Qash.

   "Kau tunggu sekejap, aku panggilkan doktor." katanya seraya berlalu keluar.

   Selepas doktor membuat pemeriksaan, hanya tinggal kami berdua sahaja di dalam bilik itu.

   "Maa...macam mana aku boleh ada dekat sini?" soalku bingung.

   Qash mengeluh kecil.

   "Kau pengsan tadi."

   Berkerut dahi aku mendengar kenyataan Qash.

   Aku pengsan? Takkan lah?

   "Macam mana aku boleh pengsan?"

   "Kau pengsan dalam tandas. Doktor kata kau migraine, dalam masa yang sama gastrik kau datang. And kepala kau tu terhantuk dekat sinki. Kena jahit." terangnya.

   Terkelu lidah aku. Dan kini aku baru ingat kejadian di tandas. Ya, gastrik aku serang sewaktu di tandas. Mungkin kerana aku tidak makan sejak petang semalam.

   "Siapa yang jumpa aku?" soal aku ingin tahu.

   Qash aku lihat berdehem kecil sebelum bersuara.

   "Fiya. Dia cari kau dekat tandas sebab dia kata kau lama sangat dekat tandas. Kebetulan masa tu aku datang ke studio nak ajak kau lunch, tahu-tahu Fiya kata kau pengsan. Terus aku bawak kau ke hospital. Aku terkejut tengok dahi kau berdarah banyak."

   "Dan... aku minta maaf sebab aku terpaksa dukung kau." tambahnya.

   Serentak itu wajah terasa berbahang. Ya Allah, dia dukung aku?

   Tak pernah ada lelaki lagi yang mendukung aku selain daripada abah dan tokba aku. Ya Allah malunya! Rasa nak benam kepala dalam tanah!

   Aku berdehem kecil sebelum memandangnya.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now