Bab 43 | Tertekan

797 32 1
                                    

    AKU masih menangis teresak-esak di bahu Fiya. Tiada kata-kata yang mampu aku ungkapkan. Masih terasa sebak di dada. Terasa sakit di hati. Apa yang aku mampu lakukan hanya menghamburkan tangisan semahu-mahunya.

   Fiya pula masih setia memujuk aku. Tangannya mengusap belakang badan aku, cuba meredakan tangisan aku. Dia masih tidak tahu hujung pangkal cerita. Aku tak berdaya untuk bercerita ketika ini. Apa yang aku perlu ialah bahu untuk disandar untuk melepaskan perasaan hiba.

   "Qai... Kenapa ni, hmm? Cerita lah dengan aku. Jangan lah buat aku risau..." ujar Fiya masih memujuk.

   Terperanjat juga dia apabila Qaisara muncul di rumahnya di temani dengan tangisan.

   Aku yang masih teresak-esak di bahu Fiya cuba bersuara.

   "Dia tipu aku Fiya..." luahku sebak.

   "Siapa?" soal Fiya.

   "Qash..."

   Berkerut dahi Fiya.

   "Dia tipu apa? Dia buat apa dekat kau Qai?" kalut Fiya menyoal.

   Aku meleraikan pelukan. Hidung aku diseka menggunakan lengan baju. Mesti merah hidung aku kerana terlalu banyak menangis.

   "Dia tipu aku Fiya. Macam mana aku nak terima semua ni? Hati aku ni, sakit sangat..."

   Fiya mempamerkan riak keliru. Dia mengusap bahu aku cuba menenangkan aku.

   "Relax Qai... Cuba cerita dengan aku, kenapa ni?" pujuk Fiya lembut.

   Aku menarik nafas mencari kekuatan untuk bercerita.

   "Selama ni, dia tipu aku... Dia lah lelaki tu. Dia lah pembuli tu. Dia lah lelaki yang buatkan aku trauma. Dia, lelaki yang aku benci selama ni. Dia suami aku Fiya..." luahku sebak. Air mata laju mengalir di pipi.

   Fiya menayangkan wajah keliru bercampur terkejut.

   "Kejap, maksud kau... Dia... Budak lelaki yang punca kau lemas tu? Qash Anaqi?"

   Aku mengangguk lemah. Bibir aku mencebik sedih.

   Fiya menekup mulutnya. Tidak percaya dengan kenyataan yang baru di dengarnya.

   "Be... Betul ke ni Qai? Macam mana kau tahu?" soalnya ingin tahu.

   Aku angguk lagi.

   "Ak.. Aku terjumpa... Gambar dia waktu kecil. Aku masih ingat muka budak lelaki yang selalu buli aku Fiya... Memang dia orangnya..."

   Terkedu Fiya seketika. Masih tidak percaya dengan apa yang berlaku.

   "Jadi... Selama ni, dia memang kenal kau? Dia memang tahu kau budak perempuan yang lemas tu?" soal Fiya.

   Sekali lagi aku mengangguk.

   Ya, memang Qash tahu aku orangnya. Daripada awal lagi dia memang dah tahu. Dan aku sikit pun tak sedar tentang hal tu.

   Tapi kenapa dia kahwin dengan aku? Aku tak faham. Apa salah aku pada dia?

   Aku meraup wajah. Terasa sakit kepala apabila memikirkan tentang perkara ni. Sakit segala jiwa.

   "Kenapa dia rahsiakan semua ni dari kau Qai?" soal Fiya bingung.

   "Aku tak tahu..." jawabku lemah.

   "Aku rasa terseksa sangat sekarang ni... Susah, susah untuk aku terima semua ni. Aku rasa tak boleh terima yang dia ialah lelaki tu. Aku... Tak faham. Kenapa dia buat semua ni? Apa salah aku Fiya? Dia mainkan hati aku... Dia buat aku ni macam tak ada perasaan langsung!" luahku sebak. Air mata kembali membasahi pipi.

Mr Annoying Vs Miss BekuWhere stories live. Discover now