Ariash sya seorang jejaka kacukan Russia-Malaysia yang menjalani kehidupan normal, tiba-tiba berubah menjadi huru-hara selepas dia pergi ke Itali untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan kakaknya. Dia bertemu dengan seorang perempuan asing yang tidak dikenalinya. Tanpa diduga, perempuan itu menyelak rambutnya dan menatap parut dua inci di dahinya. "I found you," - DASHA ALEXEEVNA Perempuan asing yang sebenarnya seorang MAFIA KEJAM! "Do I know you?" - ARIASH SYA. Ariash yakin dia tidak mengenalinya atau bertemu dengannya, tetapi semakin lama bersamanya, hatinya merasakan ikatan yang kuat terhadap perempuan bermata biru itu. "You must remember everything!" - DASHA ALEXEEVNA Ariash dipenuhi banyak pertanyaan tentang dirinya sendiri. Dia tidak mempunyai memori tentang perempuan itu, tetapi mengapa perempuan itu mengenalinya? Adakah dia pernah mengalami kemalangan yang menyebabkan kehilangan ingatan? Jika tidak, mengapa Dasha menyuruhnya untuk mengingati ingatan yang tidak pernah ada dalam kotak memorinya? Jika benar dia kehilangan ingatan, mengapa orang tuanya tidak pernah memberitahunya? Bahkan merahsiakan kebenaran dari dirinya? Apa yang disembunyikan? Hal ini membuatkan Ariash ingin bersama Dasha dan mencari tahu tentang dirinya dan ikatan mereka. Pada awalnya, segalanya berjalan lancar. Ariash dapat mengingat sedikit demi sedikit ingatannya bersama Dasha pada 10 tahun yang lalu. Tetapi semakin banyak yang dia ingat, semakin banyak masalah dan bahaya yang datang menimpa diri mereka Orang terdekat mereka turut terkena tempiasnya. Sehinggakan nyawa seseorang terkorban kerana cinta dan pengabdian. Adakah ingatan Ariash yang hilang dapat menjawab pertanyaannya? Apa yang terjadi pada 10 tahun lalu? "Death is the price you pay for love" -? _______________________________ Dear readers, your comments and votes mean the world to me! Your feedback fuels my passion 📖❤️ Start: 08.02.2024 End: