Langkah kakinya terhenti di tengah jalan, sebelum menoleh kepalanya kebelakang. pandangannya terpaut pada dua manusia yang berjalan bersama.
Seorang lelaki tinggi lampai, berpakaian hitam, merangkul erat bahu lelaki disebelahnya yang hampir sama tinggi dengan lelaki berpakaian hitam itu.
Mata birunya hanya mampu menyusuri belakang kedua lelaki itu. Kemudian, pandangannya beralih ke lelaki yang berdiri di sisi kanan, bahu lelaki itu terhinjut-injut akibat ketawa kuat, tawanya bergema di malam yang sejuk dibanjiri keramaian manusia dan riuh kenderaan.
Manusia di sekeliling Dua lelaki itu turut berpaling kearah mereka.
"Shasha?"
Dasha perlahan menoleh semula kepalanya kehadapan. Wajah dinginnya menyapa perempuan yang baru saja memanggilnya sebentar tadi.
"What's wrong?" soal perempuan itu dalam kebingungan seraya berjalan mendekat kearah Dasha yang berdiri kaku di tengah jalan.
Persoalan dibiar tergantung. Tidak dijawab.
Otak Dasha ligat memikirkan sesuatu sebelum akhirnya dia menjawab dingin kearah wanita yang berambut perang yang sudah menyengetkan kepala, masih menunggu soalannya yang tergantung dijawab.
"Nothing" kata Dasha dingin.
Bibir merahnya yang terasa kering dibasahkan dengan sekali jilatan, sebelum Dasha membuka semula langkahnya menyambung perjalanan mereka berdua ke arah Lamborghini dan Bugatti yang terparkir elok di tempat yang lebih tersembunyi, jauh dari mata-mata manusia.
Elwood berdiri di hadapan lelaki tua yang dikenalkan oleh Arjuna sejurus saja dia menjejakkan kaki di restoran mamak yang sunyi sepi. Ni restoran ke library?
Ahli keluarga lelaki tua itu juga turut berdiri di belakang lelaki tua dengan senyuman yang lebar.
Siapa mereka?
YOU ARE READING
MAFIA: Ten years Still loving you [OG]
RomanceAriash sya seorang jejaka kacukan Russia-Malaysia yang menjalani kehidupan normal, tiba-tiba berubah menjadi huru-hara selepas dia pergi ke Itali untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan kakaknya. Dia bertemu dengan seorang perempuan asing yang tid...