Alisha dan Amzar merupakan sahabat sejak di bangku sekolah lagi. Alisha telah jatuh cinta kepada Amzar, tetapi Amzar hanya ingin menjadikan Alisha sebagai 'kambing hitam' untuk menjadikan dirinya seorang peguam yg berjaya. Setelah Alisha keluar daripada penjara, dia meneruskan kehidupan dgn bekerja di syarikat kepunyaan Khuzairi dan berjumpa dengan Amzar semula. "Apa khabar tuan peguam termasyur?.. Kau ingat aku lagi? Aku takkan lupa apa yg kau dah buat pada aku Amzar!" - Alisha. Khuzairi telah berkahwin dengan Tania, tetapi setelah sebulan, Tania meninggal dunia akibat dilanggar oleh Amzar. Alisha pula bekerja di syarikat Khuzairi sebagai tea lady. Lama-kelamaan Khuzairi telah mula jatuh hati pada Alisha. Begitu juga dengan Alisha. "Saya cintakan awak Alisha. Sepenuh hati saya." - Khuzairi Namun, Amzar berasa cemburu dengan hubungan istimewa mereka. Dia merancang untuk memisahkan mereka dan menghancurkan kehidupan baru Alisha. "Aku takkan biar kau bahagia Alisha!!" - Amzar Setelah Amzar memberitahu Khuzairi bahawa Alisha merupakan banduan yg telah melanggar arwah Tania, Khuzairi mula membenci Alisha dan memecat Alisha drpd menjadi tea lady di syarikatnya. "Awak dengar dulu penjelasan saya. Bukan saya yang ... " - Alisha "Diam, saya taknak dengar apa2 lagi dari mulut awak. Berambus dari sini sekarang!" - Khuzairi. Benarkah Khuzairi telah membenci Alisha? Masihkah ada lagi cinta buat Alisha? Atau Alisha akan kembali dipergunakan oleh Amzar? NANTIKAN CERITA INI !! 😘