"Nak minum ape ye makcik?" Aku mengambil pesanan drpd salah seorang pelanggan di gerai makan emak ku.
"Emm... Bagi teh ais."
"Makan?"
"Nasi goreng ikan masin."
"Ok... Tggu kejap eh makcik. Mak.. Nasi goreng ikan masin satu. Leen.. Buatkan teh ais pstu hntr kat meja 7 eh.." Pintaku.
Alhamdulillah hari ni ramai pelanggan yg datang ke gerai emak ni. Untuk pengetahuan korang, aku dah habis sekolah dan sekarang aku hanya menolong emakku di gerai makan miliknya untuk menambahkan pendapatan keluarga.
"Sha..." Terdengar satu suara yg memanggilku dari jauh. Kelihatan sahabat karibku, Amzar menuju ke sini.
"Eh, Am.. Dari mana ni?" Aku bertanya.
"Am baru balik dari kolej." Jawabnya.
"Lah.. Knp datang sini? Knp tak balik terus. Am mesti penat kan, baru balik dari kolej." Aku risau akan Amzar.
"Abang Am rindu akak laa tu... Sebab tu la dia datang sini cepat-cepat.." Adikku Leen mencelah.
"Ish.. Adik ni. Memandai jela.. Dah, pergi buat kerja sana.." Kataku utk menutup malu yg bertandang di hati.
"Hehe.. Akak malu laa tu.... Bluekk." Usik Leen lalu berlari ke dapur utk mengelakkan diri drpd dicubit oleh aku.
"Hahhaa... Ada-ada je Leen ni.. Takde laa, Am kesian je tengok Sha buat kerja demi Am. Am rase terhutang budi dgn Sha. Yelah, selama ni Sha yang tanggung semua kos pembiayaan Am kat kolej utk jadi peguam tu. So, skrg ni Am nak balas balik jasa Sha. Biar Am tolong Sha buat kerja kat sini. Am tak minta gaji pun." Panjang lebar Am menjelaskan pada aku.
"Eh.. Tak payah la Am. Sha tolong Am ikhlas. Sha nak sangat Am jadi lawyer yg berjaya." Tuturku ikhlas.
"Takpe lah kak.. Abang Am dah offer nak kerja free kat sini. Kenapa nak tolak pulak." Kata Leen yg entah dari mana datangnya.
"Eish Leen ni. Kesian abang Am. Dia penat la baru balik dari kolej. Janganlah susahkan dia." Kataku lalu mencubit sedikit lengan adikku. Dia mengaduh kerana berasa sakit dicubit.
"Ha.. Betul kata Leen tu Sha. Am offer ni. Free je. Tak payah bayar gaji Am." Amzar pula mencelah.
"Tapi..."
"Tak payah tapi2 lagi dah Sha. Am dah nak tolong tu. Kenapa nak ditolak lagi." Jelas emakku
"Betul tu makcik. Kenapa nak tolak lagi. Jangan risau, Am tolong ikhlas. Am takkan duit gaji pun, ok?" Kata Amzar ikhlas.
"Ermm.. Iyalah2." Aku pasrah.
"Ha.. Amzar. Kamu tolong kumpulkan semua pinggan dan cawan lepas tu basuh kat sinki sana, boleh?" Emakku mula menyuruh Amzar.
"Baik makcik."
Amzar memulakan kerja tanpa gajinya dengan tekun. Aku berasa agak gembira apabila Amzar mahu bekerja di sini kerana aku boleh melihat dan bersembang dengannya setiap hari. Aku memandangnya sekilas lalu tersenyum.
Menjelang jam 6 petang, emak hendak menutup gerai makannya. Aku berasa sedikit lega kerana bilangan pelanggan yg datang sudah kosong.
"Fuh.. Penatnye.." Kataku perlahan.
Aku melihat ke arah Amzar yg sudah duduk di atas kerusi sambil mengipas-ngipas dirinya dgn surat khabar di atas meja tersebut. Aku berasa kasihan dgnnya lalu aku menuju ke situ.
"Amacam.. Penat ke?" Kataku sambil tersenyum.
"Haah.. Penat la sikit." Balasnya.
"Haha.. Kan Sha dah cakap tak pyh tolong Sha kat sini. Am dah penat belajar masa kat kolej, lpstu datang sini lagi tolong Sha. Mestilah penat berganda kan. Lain kali tak perlulah datang sini tolong Sha, Leen dgn mak lagi eh." Ujarku kepadanya. Sungguh aku berasa kasihan dgn Amzar.
"Ish... Sha ni. Ape ckp cmtu. Kan Am dah ckp Am tolong ikhlas. Lagipun Sha dah banyak habiskan duit untuk Am. Takkan Am nak senang lenang je biar Sha buat kerja sorang2. Am sayang Sha tau." Luahnya kepada aku.
Aku terkedu. Tidak menyangka yg Amzar telah meluahkan isi hatinya kepada aku. Aku hanya tersenyum malu. Tidak tahu apa yg ingin dikatakan.
"Cehhh~~ Abang confess kat akak eh.. So sweet..." Leen mengusik aku dan Amzar.
"Amboi.. Adik ni sibuk je. Dah2 pergi sana tolong mak. Tau curi tulang je." Bidasku.
"Eleh.. Malu laa tu.. Lelaki idaman malaya confess kat die.. Hehheehe.." Mengekek adikku ketawa.
"Hahha.. Betul cakap Leen. Sha sepatutnya bersyukur tau jejaka idaman malaya ni sukakan Sha. Hehe.." Kata Amzar.
Aku berasa teramat malu lalu berlari ke arah emakku yg dalam perjalanan ke sini.
"Eeh2 ape ni... Kalau mak jatuh kat sini sape nak angkatkan. Bertuah punya budak." Emakku memarahi aku.
" haahaha.. Maaf mak. Hehe.." Kataku sambil ketawa.
"Haa.. Am, tak balik lagi ke. Nanti mak kamu risau pulak." Tanya emak kepada Amzar.
"Kejap lagi la makcik. Am nak tolong kemaskan gerai ni." Balasnya.
"Ish.. Tak payah la susah2 Am.. Kamu dah banyak tolong makcik tadi. Kamu pergi la balik rumah skrg. Rehat. Esok kamu kena pergi kolej lagi kan." Pinta emak kepada Amzar.
"Haah.. Balik la Am, nanti makcik Salbiah risau pulak dkt anak tunggal kesayangan dia nih." Sambungku.
"Ermm.. Yelah. Am balik dulu yer makcik,Sha,Leen. Esok Am datang lagi. Bye Sha. Assalamualaikum." Ucap Amzar lalu meninggalkan mak,aku dan adik di gerai itu.
"Waalaikumsalam." Jawab kami bertiga. Aku hanya tersenyum memandang Amzar yg sudah pulang ke rumahnya. Masih terngiang-ngiang di telinga aku apa yg diucapkan oleh Amzar tadi. Aku juga menyukai Amzar dalam diam.
---------------------------------------------------------
Hi penghuni wattpad.. Enth knp author rasa nak buat cerita baru.
Now author nk persembahkan cerita terbaru.. PATAHNYA SEBELAH SAYAP.
Hope ade yg support cerita ni ..
Votes and comments needed!!
Enjoy it ok..
YOU ARE READING
PATAHNYA SEBELAH SAYAP
RomanceAlisha dan Amzar merupakan sahabat sejak di bangku sekolah lagi. Alisha telah jatuh cinta kepada Amzar, tetapi Amzar hanya ingin menjadikan Alisha sebagai 'kambing hitam' untuk menjadikan dirinya seorang peguam yg berjaya. Setelah Alisha keluar dari...
