BAB 3

154 5 0
                                    

Setelah selesai berkemas di gerai, Alisha, Leen dan Puan Sarah pulang ke rumah mereka.

ALISHA POV

"Fuh~ penatnya.. Kalau hari-hari mcm ni, mau kurus..." Kata Leen.

"Eleh, baru suruh tolong sikit, dah penat? Haa.. Akak ni dari pagi sampai petang buat kerja kat kedai tuh.. Berganda-ganda akak penat tau." Aku sengaja memerli adik.

"Hehe.. Yeke.. Alolo sorry kakak ku sayang.. Hhaha.. Ala takpe.. Abg Am kan ade." Ujarnya dengan nada mengusik.

Wajahku kini bertukar kemerah-merahan.

"Adik ni saje kn.. Nak menyakat akak." Kataku.

"huhu.. Blushing latu." Dia mengusik lagi.

Aku buat gaya ingin mencubitnya.. Dia mengelak.

Emakku menggeleng-gelengkan kepalanya melihat kerenah kami berdua.

"Sha, mak tengok kamu dengan Am macam ada apa-apa je?" Tanya emak.

"Mana ada mak." Aku malu.

"Yelah tu.. Entah2 kamu berdua dah ada hubungan. Apa orang muda2 cakap tu? Capel? Kapel?" Usik emak sambil tersengih menampakkan giginya yang tersusun rapi. Cantik!

Walaupun usia emak sudah meningkat, wajah emak tidak menampakkan sebarang kedutan. Bersih sahaja. Awet muda la katakan!

"Takde la.. Sha dgn Am kan kawan baik sejak sekolah lagi. Kami takde apa2 la mak." Kataku untuk mengelakkan rasa malu yang bertandang dalam hati.

"Hek eleh.. Akak taknak ngaku tu mak. Malu2 kucing pulak." Celah adikku yg sedari tadi menjadi pemerhati.

"Leen..." Aku ingin mencubit lengannya lagi.

"Hihihi... Bye... Leen nak mandi dulu." Ujar Leen ingin melarikan diri daripada aku.

"Heh! Sudah2.. Tak abis2 kamu berdua ni." Tegur emak.

"Hihi..." Aku hanya ketawa malu.

AMZAR POV

"Kringggg...." Jam telefon Amzar berbunyi beberapa kali.

"Erhh..." Aku mengeluh kecil sambil menutup jam telefon. Aku bangun mencapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air.

Setelah beberapa minit. Aku sudah siap untuk ke Universiti. Aku keluar daripada bilik aku lalu berjalan ke pintu rumah dengan agak cepat kerana ingin lari daripada emakku.

"Am..." Terdengar panggilan emak.

"Hah! Sudah." Keluh ku perlahan sambil membuat muka menyampah.

Aku tidak menjawab. Hanya memandang emak yang berjalan menuju ke sini saja.

"Am nak pergi dah ke?" Tanya emak.

"Yela.. Kenapa?" Aku menjawab sambil sibuk memakai kasut.

"Takde ape.. Saje je mak tanya.." Ujar emak.

Aku melihat emak pelik. 'Mesti ada apa2 ni.. Baik aku blah cepat!' Monolog aku dalam hati.

Aku mempercepatkan kerja aku masa itu lalu bergegas ke luar pagar rumah.

"Am.. Hati2 jalan tu.." Laung mak dari pintu.

Aku hanya mengaggukkan kepala. Sambil berjalan, aku berkata "Pergi kedai Sha dulu la.. Mana tahu boleh tapau ape2."

Aku meneruskan perjalanan ke kedai Alisha.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumsalam... Eh, Am." Jawab Alisha.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 20, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PATAHNYA SEBELAH SAYAP Where stories live. Discover now