Guardian Academy : The Last P...

By _Hxruhito

79.9K 8.8K 2.5K

GENRE (FANTASY/MYSTERY/ROMANCE) [BOOK 1] Gadis biasa Meena yang telah kehilangan kakak kembarnya secara tiba... More

Prologue
Chapter 1 : 'Skull, Phantom Guardian'
Chapter 2 : 'Guardian Academy'
Chapter 3 : 'Pusingan Kelayakan'
Chapter 4 : 'Skull Kalis Api'
Chapter 5 : 'Guardian Yang Digeruni'
Chapter 6 : 'Kelemahan Phantom'
Chapter 7 : 'Jangan Dekati Phantom Guardian'
Chapter 8 : 'Ikan Hercules'
Chapter 10 : 'Skull Vs Phantom'
Chapter 11 : 'Formasi Phantom Guardian'
Chapter 12 : '40 Tahun Lepas'
Chapter 13 : 'Latihan Penggunaan Emblem'
Chapter 14 : 'Kolar Pemisah'
Chapter 15 : 'Perjanjian Phantom'
Chapter 16 : 'Full House'
Characters
Chapter 17 : 'Skull, Animal Guardian'
Chapter 18 : 'Rahsia Dark Wing'
Chapter 19 : 'Kisah Silam Profesor Choi'
Chapter 20 : 'Misi Pertama Berkumpulan'
Chapter 21 : 'Serangan Perkampungan Kuno Garo'
Chapter 22 : 'Penangkapan'
Chapter 23 : 'Ethan De Noir'
Chapter 24 : 'Skull Hilang'
Chapter 25 : 'Detik Cemas, Tikam Belakang'
Chapter 26 : 'Ethan, Guardian Shasha'
Chapter 27 : 'Serangan Hendap'
Chapter 28 : 'Kisah Ethan'
Chapter 29 : 'Salah Silah Phantom'
Chapter 30 : 'Oggeran'
Chapter 31 : 'Dua Beradik, Seth Dan Akino'
Chapter 32 : 'Misteri Penculikan Guardian'
Chapter 33 : 'Berpecah Belah'
Chapter 34 : 'Perang Persahabatan'
Chapter 35 : 'Kebangkitan Shien'
Chapter 36 : 'Keluarga Sonoko'
Chapter 37 : 'Kemunculan Pertama Arzaz'
Chapter 38 : 'Di Buru'
Chapter 39 : 'Terbongkar'
Chapter 40 : 'Siapakah Keluarga Skull?'
Chapter 41 : 'Mentor Mentee'
Chapter 42 : 'Emblem'
Chapter 43 : 'Orb Jury Dan Tyrants'
Chapter 44 : 'Merentas Desa'
Chapter 45 : 'Perlumbaan Headband'
Chapter 46 : 'Skull Di Culik'
Chapter 47 : 'Kembalinya Deena'
Chapter 48 : 'Perancangan Perang'
Chapter 49 : 'Pengorbanan Perlu Dilakukan Segera'
Chapter 50 : 'Merungkai Misteri'
Chapter 51 : 'Tuan Presiden Kuning'
Chapter 52 : 'Plot Twist'
Chapter 53 : "Peperangan Bermula'
Chapter 54 : 'Ini Perjuangan Kita Berdua!'
Chapter 55 : 'Kunci Phantom Guardian, Dibuka'
Chapter 56 : 'Pertembungan Tiga Phantom'
Chapter 57 : 'Ada Harapankah Lagi?'
Chapter 58 : 'Permulaan'
Chapter 59 : 'Memori, Akanku Tamatkan Peperangan Ini!'
Chapter 60 : 'Penamat Buat Arzaz, Permulaan Misteri Baru'
Trailer book 2

Chapter 9 : 'Nafsu Phantom'

1.2K 153 45
By _Hxruhito

Meena : "Hmm.... "

Meena perlahan-lahan membuka matanya. Dia kini sedang terbaring di atas sebuah katil bujang.

Meena : "Hmm.... Apa yang sedang berlaku?"

Pn. Ling : "Kamu dah bangun?"

Meena kemudian menggosok matanya. Dia ternampak Puan Ling sedang membawa sedulang sarapan untuknya.

Meena : "Makcik Ling. Mana Skull?"

Pn. Ling : "Dia ada di luar itu."

Meena perlahan-lahan duduk di atas katil itu. Lalu Puan Ling meletakkan dulang sarapan itu di atas meja dan duduk di sebelah Meena.

Pn. Ling : "Maaf kalau makcik tanya ini. Guardian kamu itu Phantom Guardian ke?"

Meena : "Ya. Makcik takut dengan dia ke?"

Pn. Ling : "Semua orang patut takut dengan dia. Tapi... dia masih lagi suci."

Meena : "Apa maksud makcik masih suci itu?"

Meena mulai memikirkan benda yang entah apa-apa. Puan Ling hanya tersenyum melihat wajah Meena.

Meena : "Saya tak tahu apa-apapun tentang asal usul Phantom Guardian ini."

Pn. Ling : "Makcik memang nak sangat bercerita kepada kamu. Akan tetapi makcik risau kamu sendiri yang akan takut."

Meena : "Tak apa makcik. Saya nak tahu sangat. Tolonglah.... Saya merayu dengan makcik."

Lantas, Meena menunduk dan memegang tangan Puan Ling merayu untuknya memberitahu kisah sebenar Skull.

Pn. Ling : "Baiklah.... Tapi kamu janji dengan makcik yang kamu akan kekal teguh berada disisinya."

Meena : "Saya berjanji!"

Puan Ling pun memulakan ceritanya.

Pn. Ling : "Phantom Guardian atau lebih dikenali sebagai Guardian langit merah. Antara Guardian yang sangat ditakuti. Phantom Guardian lahir bersamanya nafsu jahat yang bakal memporak-perandakan dunia ini."

Meena : "Memang semua orang akan memusuhi Phantom Guardian ke?"

Pn. Ling : "Bukan semua orang memusuhinya tetapi dia yang memusuhi semua orang."

Meena kian membisu setelah mendengarkan kata-kata Puan Ling.

Pn. Ling : "Nafsu phantom itu sangat bahaya di tambah pula dengan fizikalnya yang sangat susah untuk mati membuatkan dia menjadi ancaman yang paling digeruni."

Meena : "Tapi saya tak faham. Orang kata Phantom Guardian ini tak mati tetapi Skull ada cerita yang dia rindukan zaman kanak-kanak dia."

Pn. Ling : "Itu sebab hanya jasad sahaja yang bertukar tetapi rohnya tetap sama."

Membutang anak mata Meena mendengarkan penjelasan Puan Ling.

Meena : "Tak mungkin...."

Pn. Ling : "Kelahiran semula Phantom Guardian ini kebiasaannya pada waktu malam bulan mengambang. Sebab itulah, ramai orang sangat takut apabila anak mereka lahir pada waktu bulan mengambang."

Meena : "Maksudnya Phantom Guardian ini boleh lahir di rahim sesiapa sahaja? Walaupun tiada genetik Guardian dalam keluarga itu? Sebab Skull ada bagitahu dalam keluarganya cuma dia seorang sahaja yang Guardian."

Pn. Ling : "Tepat sekali. Roh Phantom Guardian akan berlegar selepas dia dimatikan."

Meena : "M... Macam mana dia boleh mati sedangkan makcik kata Phantom Guardian susah untuk mati?"

Pn. Ling : "Sekejap ye?"

Justeru, Puan Ling membuka laci almarinya. Kemudian dia mengeluarkan sebotol kaca kecil dengan cecair putih didalamnya.

Pn. Ling : "Ini pati bawang putih. Kalau dia sudah mula hilang kawalan, titiskan ini pada emblemnya di tangan kamu itu dan ini dapat membunuhnya."

Meena sangat terkejut mendengarnya. Tidak terlintas dek akal apa yang Puan Ling katakan itu.

Meena : "Makcik nak saya bunuh dia ke?"

Pn. Ling : "Bunuh dia ketika dia sudah tidak dapat di kawal lagi atau kamu yang akan dibunuhnya. Kamu tak tahu, sudah berapa ramai Alfa yang sudah dibunuhnya?"

Mendengarkan kata-kata Puan Ling, Meena sangat terkejut. Kaki dan tangannya mulai mengigil.

Meena : "T... tak mungkin.... Dia dah bunuh?"

Tiba-tiba Meena teringatkan peristiwa tragedi semasa Skull berlawan dengan perompak di atas kereta api. Mungkinkah itu angkara nafsu phantomnya?

Pn. Ling : "Sebab itulah makcik kalau boleh tak nak kamu tahu."

Meena : "Selama ini.... He's just play innocent?"

Pn. Ling : "Dia mungkin tidak ingat. Kamu kena faham di sini, jasad dia sudah berbeza. Berkemungkinan memori gelap Phantom Guardian itu masih ada tetapi dia mungkin tidak memahami lagi semua itu."

Meena : "Tak ada cara lain ke untuk kita mengawalnya selain daripada kena membunuhnya?"

Pn. Ling : "Ada mitos mengatakan, hanya Alfa yang terkuat sahaja mampu mengawal Phantom Guardian. Namun ada yang mengatakan semua itu hanyalah karut kerana sepanjang beberapa abad ini, tiada seorang Alfa pun yang bertahan dengan Phantom Guardian. Kesemua mereka berakhir dengan membunuh dan di bunuh."

Meena terus terdiam tidak terkata apa-apa. Terlalu terkejut dengan apa yang telah disampaikan Puan Ling.

Pn. Ling : "Makcik minta maaf sangat. Tapi makcik sudah beri amaran kan? Makcik minta diri dulu ye?"

Seraya Puan Ling berjalan keluar meninggalkan Meena yang masih lagi terkaku mendengarkan ceritanya itu.

Meena : "Tak sangka.... Betul ke ini?"

Agak lama Meena mengelamun, Skull menerjahnya di situ.

Skull : "Meena? Kau dah okey ke?"

Meena terkaku apabila melihat Skull yang sudah berdiri di hadapan pintu. Meena langsung tidak bersuara dan itu menggusarkan hati Skull.

Skull : "Meena? Is everything alright?"

Meena pantas menggelengkan kepalanya menafikan apa yang Skull katakan. Melihatkan tindakan Meena sedemikian, Skull bertindak untuk berjalan ke arahnya. Akan tetapi tindakan Meena sangat mengejutkan.

Meena : "Jangan dekat!"

Langkah Skull terhenti apabila Meena menengkingnya. Secara tidak langsung hatinya juga serba sedikit terguris dengan kata-kata Meena.

Skull : "K... Kenapa ini, Meena?"

Meena : "Tak ada apa-apa. Aku cuma nak kau jauhi aku."

Skull : "Tak. Kenapa kau tiba-tiba sahaja macam ini?"

Meena : "Keluar!"

Skull : "Sekejap, Meena. Kenapa ini?"

Meena : "Aku cakap, jangan dekatlah...!"

Skull : "Fine! Kalau itu yang kau minta."

Lantas, Skull berundur dan berjalan pergi dari situ. Setelah Skull pergi, Meena kemudiannya menggosok kepalanya.

Meena : "Kenapa dengan aku ini? Kenapa aku beremosi semacam?"

Lantaran itu, Meena berjalan keluar untuk menenangkan fikiran. Keluar sahaja daripada rumah itu, Meena ternampak Ikan Hercules sudah mati terdampar di pesisir pantai.

Badan ikan raksasa itu dipenuhi dengan darah. Siapa lagi yang membunuhnya kalau bukan Skull. Meena hanya mampu membisu tidak bersuara.

🌸🌸🌸

Misi berjaya, mereka pun pulang ke rumah asrama. Sepanjang perjalanan pulang, mereka langsung tidak bertegur sapa antara satu sama lain. Setibanya mereka di rumah juga keadaan masih lagi sama antara mereka.

Shasha : "Selamat pulang. Macam mana dengan misi tadi?"

Meena : "Okey."

Skull hanya berjalan naik ke biliknya tanpa menghiraukan Meena dan Shasha.

Shasha : "Urm.... Is there something wrong?"

Meena : "Tak ada apa-apalah."

Melihatkan Meena bermurung, Shasha mulai memikirkan cadangan untuk menceriakannya.

Shasha : "Oh, saya ada bakar pai tadi. Awak nak makan tak?"

Meena : "Awak bakar pai? Sedapnya!"

Meena terus bersemangat apabila Shasha mempelawanya untuk makan. Bab makan siapa sahaja yang tak suka kan? Shasha pun lekas mengeluarkan pai yang baru sahaja selesai dibakarnya.

Pada ketika itulah mereka saling bercerita berkongsi masalah.

Meena : "Shasha.... "

Shasha : "Ya, saya."

Meena : "Awak kan lahir di sini...?"

Shasha : "Ya. Kenapa?"

Meena : "Saya cuma nak tanya. Awak tak ada Guardian ke? Sebab saya tak pernah nampak awak dengan sesiapa sebelum ini."

Shasha : "Hmm.... Sebenarnya, saya memang ada Guardian saya dulu. Kita orang berdua memang sangat rapat. Tapi beberapa bulan yang lepas, dia tiba-tiba menghilang."

Meena : "Menghilang secara tiba-tiba sahaja?"

Shasha : "Ya. Sudah puas saya mencarinya. Tetapi tetap tak menjumpainya. Sehingga sekarang, emblemnya sudah pun hilang daripada tangan saya."

Shasha memandang ke arah pergelangannya yang bersih tiada sebarang tanda itu.

Meena : "Kalau emblem itu hilang maksudnya...?"

Shasha : "Guardian saya mungkin sudah tiada lagi."

Meena : "Kesiannya...."

Shasha : "Lamalah juga saya cuba hadamkan kenyataan itu. Saya asyik bermurung sahaja sejak daripada itu. Johnny yang banyak tenangkan saya."

Meena : "Siapa Johnny?"

Shasha : "Dia roommate kita. Sudah lama dia dan Hiro tak balik sini. Mereka lebih kurang seminggu tiada, selesaikan misi. Nampaknya misi kali ini sangat sukar untuk mereka."

Meena langsung tiada idea siapa itu Hiro dan Johnny. Hanya mampu menunggu saat mereka pulang sahaja baru boleh tahu sendiri siapakah itu Johnny dan Hiro.

Meena : "Hmm.... Kes Guardian awak sama sahaja dengan kakak saya."

Shasha : "Kakak awak pun hilang?"

Meena : "Ya. Namanya Deena."

Shasha : "Oh, saya pernah dengar cerita tentang dia."

Meena : "Sekarang ini, yang saya tak tahu. Dia adalah seorang Guardian."

Shasha : "Biar betul ini?"

Meena : "Kita orang memang sangat rapat tetapi tak sangka yang dia tak pernah cerita semua itu kepada saya. Tergamaknya dia...."

Shasha : "Saya faham macam mana perasaan awak. Tapi mesti dia ada sebab tertentu untuk merahsiakan semua itu kan?"

Meena : "Dan sekarang ini, saya tengah bertelingkah dengan Skull."

Shasha : "Sebab itulah awak murung sahaja. Apa yang dia sudah buat kepada awak?"

Meena : "Semasa saya laksanakan misi, ada seorang makcik ini bagitahu saya kisah sebenar Phantom Guardian...."

Shasha : "Biar saya teka. Guardian langit merah?"

Meena agak terkejut mendengarkan kata-kata Shasha. Jadi benarlah semua yang telah dikatakan oleh Puan Ling?

Meena : "Awak tahu juga, Shasha?"

Shasha : "Tahu. Datuk saya dulu selalu ceritakan kepada saya tentang Guardian langit merah itu. Tapi datuk saya tidak pernah suruh saya jauhinya. Datuk saya cakap, semua manusia adalah baik. Begitu juga Guardian. Phantom Guardian ada nafsu jahat disampingnya tapi apa bezanya dia dengan manusia biasa? Manusia pun serupa juga ada nafsu jahat. Betul tak, Meena?"

Sejurus itu, Meena terpaku mendengarkan jawapan yang betul-betul di luar kotak oleh Shasha. 

Shasha : "Daripada kita terus bermusuh dengan pendapat kita, apa kata kalau kita cuba berdampingan dengan musuh kita. Kadang-kadang, musuh yang paling ketat itulah yang pada akhirnya akan menjadi teman paling setia kita. Awak berdua tetap akan teruskan perjanjian ini. Jadi apa gunanya kalau awak berterusan bersama dengan Guardian sendiri kalau awak sendiri susah untuk menerima hakikatnya?"

Kata-kata Shasha yang sungguh lembut itu, menusuk tajam bagaikan mata cemeti. Meena perlahan-lahan berdiri daripada kerusi.

Meena : "Maaf ya, Shasha. Saya ada urusan yang perlu diselesaikan."

Meena kemudiannya mengatur langkah berjalan ke biliknya. Masuk sahaja ke dalam bilik, bilik tersebut dalam keadaan yang sangat berselerak dan tiada sesiapapun didalamnya.

Meena : "Apa yang dah berlaku?"

Meena tergamam melihatkan keadaan yang sangat dahsyat itu.

Meena : "Tak akanlah!"

Kelam-kabut Meena berlari keluar untuk mencari Skull. Sambil dia berlari sambil dia menyalahkan dirinya atas apa yang telah berlaku.

Meena : "Lembapnya aku ini.... Aku dah janji.... Aku dah janji yang aku akan berada disisinya. Tak kira apa sekali pun yang berlaku. Akan tetapi akhir sekali aku sendiri yang menjauhinya? Lembapnya aku ini! Apa yang aku dah buat ini? Adakah...."

Meena terus terbayangkan situasi ketika mana mereka menewaskan perompak di atas gerabak kereta api. Dia risau Skull akan melakukan perkara yang sama di pekan Guardian itu. Tiba-tiba kedengaran suaranya pekikan bergema di angkasa.

"Argh!"

Meena mulai rasa tidak sedap hati apabila dia mendengar jeritan itu. Dia kemudian ternampak orang disekitarnya berlari bertempiaran.

"Ada orang bakal mati! Lari...!"

Mendengar jeritan tersebut, Meena bergegas mencari punca kekecohan itu. Dia kemudian ternampak Skull sedang membelasah seorang lelaki dengan sangat teruk. Lelaki itu masih bernafas. Namun keadaan fizikalnya berlumuran dengan darah. Meena mulai panik dan berlari ke arah Skull.

Meena : "Skull! Hentikannya! Apa yang kau buat ini?"

Skull hanya memandang tajam ke arah Meena. Sebelah matanya kian berubah menjadi warna merah.

Skull : "Kau buat apa dekat sini? Pergi jauhi aku."

Skull tidak mempedulikan Meena lalu hendak meneruskan agendanya. Kali ini, memang mati anak orang itu dikerjakannya. Tidak berfikir panjang, Meena mengambil botol yang berisi pati bawang putih tadi dan diajukan ke arah emblem Skull pada tangannya.

Meena : "Skull! Kau lepaskan lelaki itu. Atau tak, aku tuangkan pati ini pada emblem kau!"

Meena menggunakan teknik ugutan untuk menghentikan Skull. Namun cara itu tidak dapat menghentikan tindakan Skull.

Skull : "Teruskan sahajalah. Kau memang nak aku mati pun kan?"

Meena terus membisu mendengar kata-kata Skull. Daripada ayat Skull, nampak sangat yang dia sedang merajuk dengan tindakan Meena sebelum ini.

Skull : "Kau dah janji akan terima aku. Kau cakap, kau tak kisah aku ini raksasa. Tapi sekarang? Kau memungkiri janji itu. Alfa.... Memang selayaknya untuk mati kesemuanya! Kalau kau nak sangat bunuh aku, kau tuanglah pati itu sekarang!"

Terkesima dengan kata-kata Skull, Meena melontarkan botol kaca yang masih bertutup itu pada muka Skull. Mahu benjol kepalanya dibuatnya. Lantas, Skull menggosok dahinya yang memerah terkena balingan botol kaca berisi pati bawang putih itu.

Meena : "Kau ini memang lembaplah! Kau tahu tak, aku nak sangat tolong kau. Aku memang takut dengan kau! Tapi... sebagai Alfa, aku sepatutnya terima kau seadanya. Ya, memang salah aku pun. Aku yang lembap dekat sini. Aku minta maaf sangat. Tolonglah berikan aku peluang kedua! Semua orang berhak terima peluang kedua kan? Termasuk diri kau. Kalau kau dapat peluang kedua, kau mesti akan gunakannya. Betul tak?"

Skull tersentuh apabila mendengarkan kata-kata Meena. Dia terus tertunduk tidak berkata apa-apa.

Meena : "Sekarang ini, tolong.... Lepaskan lelaki itu. Dia tak bersalah dalam hal ini. Aku yang bersalah. Kalau kau nak sangat belasah orang...."

Meena memberanikan diri berjalan ke hadapan Skull.

Meena : "Kau belasahlah aku ini!"

Meena kemudiannya menadahkan kepala bersedia untuk di pukul oleh Skull. Skull hanya terkaku dengan tindakan Meena.

Meena : "Pukullah aku cepat!"

Seraya Skull mengangkat sebelah tangannya lalu mengetuk kepala Meena dengan pukulan yang perlahan.

Meena : "E??"

Skull : "Lembap. Mana mungkin aku nak belasah kau dengan teruk. Agak-agaklah...."

Dengan perlahan, Skull melepaskan lelaki yang berada dalam genggamannya itu. Lalu Meena mengangkat mukanya memandang Skull. Mata merah Skull tadi sudah kembali kepada asalnya.

Meena : "Skull.... Kau dah hilang kawalan ke tadi?"

Skull : "Tak. Tadi itu aku masih lagi sedar apa yang aku buat. Tapi ada satu suara ini.... Dia macam mengapi-apikan aku."

Meena : "Phantom...."

Secara tiba-tiba, Skull terbatuk-batuk di hadapan Meena.

Meena : "Skull? Kenapa ini?"

Skull : "Dada aku rasa tak sedap. *Koff!"

Skull tidak henti-henti batuk di situ. Sehinggakan dia batuk ludahkan darah daripada mulutnya. Meena semakin gusar melihatkan keadaan Skull.

Meena : "Skull!"

Skull : "M... Meena.... Badan aku rasa... mela... yang-!"

Skull tiba-tiba rebah di tempat kejadian tanpa sebarang amaran. Apakah yang berlaku kepada Skull sebenarnya? Nanti Chapter yang akan datang.

Continue Reading

You'll Also Like

138K 1.6K 18
Selamat Datang Ke Kampung Celah Bedah Siri 4 , Adault Malay Scandel Story , kesinambungan dari siri siri sediada . Banyak berkisar peristiwa yang ber...
7.6K 45 3
kisah mengisahkan seorang lelaki kuat judi .. secara tk langsung di menjual isteri dia untuk bayar hutang judi dia
209K 13.6K 46
"Kenapa?! Ayahanda fikir anakanda lemah?! Kalau anakanda selamat pun ayahanda fikir rakyat Elemental World akan terima Vyl sebagai pentadbir dunia ni...
610K 36.1K 68
Ashanty, gadis moden yang tidak percaya tentang wujudnya bunian dan hantu dikejar oleh makhluk ghaib dari asrama universitinya. Dia berlari hingga ma...