Malaikat Tak Bersayap [✔]

By tienqowiy

314K 31.8K 3.8K

2020. Firjani Adiratna akhirnya dapat menghembus nafas lega setelah melangkah keluar daripada Henry Gurney Sc... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49 (TW)
Bab 50 (TW)
Bab 51 (TW)
Epilog

Bab 33

4.6K 530 57
By tienqowiy

Kelibat Firja yang baru keluar dari bilik rawatan itu terus diperhati sehingga gadis itu berjalan mendekatinya. Dia terus bangun daripada duduknya.

"Selesai? "

Firja hanya mengangguk untuk menjawab pertanyaan Qaayed. Perutnya yang terasa agak pedih setelah benang dibuka membuatkannya malas untuk bercakap.

"Sakit ke? Kau duduklah dulu. Lepas kurang sakit kau tu, kita balik. "  pantas Qaayed bertindak apabila melihat wajah dingin itu.

Kalau salah cakap, mesti kena sembur ni. Tidak dapat dinafikan lagi. Wajah gadis itu telah menerangkan segalanya.

"Aku kena ambil ubat. " jawabnya perlahan sambil tangan masih tidak lepas daripada memegang perutnya.

"Tak apa aku pergi ambil, kau duduk situ diam-diam. " seusai saja dia berkata, kakinya terus melangkah ke farmasi yang terletak lebih kurang 10 meter dari situ.

Firja yang memerhati hanya terkedu sebelum membiarkan lelaki itu mengambil ubat-ubatannya.

Jimat sikit tenaga aku.

Tapi, panjang gila kaki Qaayed.

Dia makan apa?

Punggung dilabuhkan ke atas kerusi keras itu sebelum kepala disandarkan ke dinding hospital. Bau segala ubatan disitu membuatkan matanya memberat. Tambahan pula dengan suhu yang rendah.  Wah, indahnya dunia.

"Terima kasih. " Qaayed tersenyum kepada penjaga kaunter itu sebelum plastik yang terkandung ubatan Firja itu diambil. Duit baki disimpan kembali ke dalam dompetnya sebelum dimasukkan ke dalam poket belakang.

Sesekali dia tersenyum apabila berselisih dengan orang di hospital itu. Senyuman itu sedekah. Jadi, apa salahnya untuk mengumpul pahala hanya melalui senyuman.

Senyummu di depan saudaramu, adalah sedekah bagimu.

Hadis Riwayat Tirmidzi

Kakinya mula melangkah ke arah Firja yang sudah tersengguk-sengguk menahan kantuk.

Qaayed tersengih sebelum plastik ubatan itu diletakkan antara mereka. Sebuah kerusi menjadi jarak antara mereka. Badannya turut disandarkan ke dinding sebelum berpeluk tubuh. Kaki digedikkan sementara menunggu gadis cantik disebelahnya itu terjaga.

Kepala dialihkan ke kanan untuk memandang wajah Firja. Kepala yang menunduk itu menyebabkan rambut hitam itu melindungi muka kecil Firja.

Qaayed menaikkan sebelah kakinya lalu sebelah tangan menongkat dagunya sementara matanya tidak lepas memandang wajah Firja.

Bibir mula tersenyum senget. Telefon dibawa keluar dari poket seluarnya. Ikon kamera ditekan sebelum kelakuan Firja mula dirakam. Sekejap tersengguk, sekejap terhantuk ke dinding dan dia masih tidak terjaga.

The real definition of kepala batu.

Qaayed hanya mampu tergelak tanpa bunyi. Bergegar badannya memerhatikan tingkah gadis ini. Posisi Qaayed mula diubah apabila dia cuba untuk merakam wajah wanita itu. Kini, Qaayed duduk bersila di atas lantai. Bibir dikertap rapat apabila kelihatan hanya dua lubang hidung Firja yang memenuhi skrin telefonnya.

Perut Qaayed terasa keras apabila lama sangat menahan tawa. Buruk betul muka Firja ketika ini.

Firja terus mengeliat kecil sebelum kepalanya dipusingkan ke kiri dan kanan. Tangan diangkat ke atas lalu mulut yang menguap besar ditutup. Mata dibuka perlahan-lahan sebelum dia terkejut sehingga menyebabkan kepalanya terhantuk pada dinding hospital.

Mana tak terkejutnya, buka sahaja mata kelihatan Qaayed yang tersengih dengan telefon dihadapan mukanya. Kepala yang pedih dek kerana terhantuk diusap perlahan. Qaayed yang duduk bersila itu dijeling apabila gelak tawanya memenuhi ruang hospital.

Tak sangka, mamat bomba ini agak bingit juga.

"Sukanya dia." tegur Firja setelah agak lama dia berdiam diri.

"Sukalah, aku gembira tahap nak gila dah hari ni." jawab Qaayed sebelum bangun lalu belakang seluarnya dilibas untuk mengeluarkan segala kotoran yang melekat.

Dompet diperiksa kedudukannya. Kalau jatuh, mahu merana. Segala jenis kad serta duitnya disimpan di dalam itu.

"Kenapa tak gila je terus?" tanya Firja sebelum berdiri. Perutnya sudah tidak berasa sakit seperti tadi lagi. Kepalanya didongakkan untuk melihat wajah Qaayed. Ketinggiannya hanya separas dagu Qaayed. Kenapa baru hari ini aku sedar yang mamat ni tinggi menggalah? Aku yang 168 cm pun terasa pendek.

"Oooo kasarnya bahasa." kata Qaayed sambil menunduk untuk mengambil plastik ubat di atas kerusi itu.

"Dengan kau saja aku kasar." selamba Firja berkata sebelum berlalu meninggalkan lelaki itu di belakang. Laju kakinya melangkah agar Qaayed tidak sempat untuk mengejarnya. Namun hampa, lelaki kaki panjang itu tetap dapat mengejarnya.

"Tuan puteri, laju-laju nak pergi mana. Tuan putera semput mengejarnya." usik Qaayed sebaik sahaja berada sebaris dengan Firja walaupun jarak antara mereka agak jauh. Bibirnya tersengih apabila memandang wajah itu berubah ketat. Aduh, masalah betul kalau dah suka. Muka buruk pun nampak lawa.

"Tuan puteri nak pergi mana lepas ni? Kalau tuan putera bawa tuan puteri pergi jalan-jalan, tuan puteri nak tak?" ujar Qaayed yang masih berada dalam mod mengusik.

Ya Tuhan, kau kena sampuk ke Qaayed. Firja hanya menepuk dahi sebelum mengendahkan lelaki itu. Buang tenaga saja.

"Kenapa tuan puteri tak layan saya? Kejamnya tuan puteri ni." mata dikebilkan sambil memandang sisi  wajah Firja. Kenapa kau comel sangat walaupun sebenarnya kau tak comel?

"Shut up, Qaayed." Firja menjelingnya tajam sebelum tergelak apabila melihat wajah Qaayed yang memuncung gaya merajuk.

"Wei, buruk betul muka kau." kata Firja sambil cuba mencuri nafas. Dia masih tidak dapat melupakan mimik muka Qaayed tadi.

"Tak apa, janji hensem." jawabnya penuh yakin sambil menjongketkan keningnya berkali. Dia tersenyum lebar apabila wajah Firja yang masih belum dapat berhenti ketawa. Ini pertama kali dia melihat Firja tersenyum bahkan ketawa kerananya. 

Entah apa perasaannya ketika ini tapi apa yang dia tahu, dia bahagia. Untuk seketika.

"Sudahlah tenung muka aku, jomlah masuk kereta. Panas gila sekarang ni." 

Qaayed hanya menggaru kepalanya sebelum kunci keretanya dibuka.

"Okay, aku akan bawa kau jalan-jalan sekitar KL. Kau pun baru jejak sini beberapa bulan lepas kan?" ujar Qaayed sebelum dia mula mengundurkan keretanya untuk keluar daripada tempat parkir hospital itu.

"Mana kau tahu?" 

"Aku tahulah, kan kita pernah naik satu bas dulu. Muka kau nampak confused sangat masa tu. Sampai aku cakap paip bocor pun kau tak faham." 

"Okay, Qaayed stop it. Perkara yang lepas usah dikenang." pipi Firja berubah merah apabila teringatkan kejadian itu. Kenapa Qaayed perlu ingat kejadian memalukan itu.

"Mana boleh lupa, itu kali pertama aku jumpa kau dan kali pertama juga kepala batu kau terhempap atas bahu aku. Berat betul." nampaknya mod usikan Qaayed masih belum terpadam. Hati senang, maka laju saja mulutnya bercakap hari ini.

"Ya Allah, Qaayed! Sudahlah, aku malu!"

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 59K 57
" It hurts when you try to make things right, and all that they can see in you is wrong. " - Arisya Delina Hidupnya hanya dihambakan pada kerja. Diab...
2.4M 193K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...
446K 20.4K 45
[ C O M P L E T E ] " Dia yang aku puja, Dia yang aku mahu " Dia, seorang perempuan yang sangat berbeza perwatakannya. Dia lain, dia tak sam...
996K 46.1K 52
"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Eian Wazif | Ledy Hara