๐Œ๐‘ ๐‹๐”๐๐€๐“๐ˆ๐‚ยฉ๏ธ

By AshyikinHelvins

94.6K 3.9K 135

๐“ฃ๐“ฎ๐“ท๐“ฐ๐“ด๐“พ ๐“”๐“ต๐“ถ๐“ช๐“ท ๐“•๐“ช๐“ป๐“ฒ๐“ผ๐“ฑร—๐“ข๐“ฑ๐“ช๐“ป๐“ฒ๐“ฏ๐“ช๐“ฑ ๐“๐“ฒ๐“ป๐“ฒ๐“ผ๐“ฑ ๐“œ๐“ฒ๐“ด๐“ฑ๐“ช๐”‚๐“ต๐“ช Tengku Elman Farish merup... More

without you๐Ÿค
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24

Bab 25 [END]

5.3K 152 8
By AshyikinHelvins

1 tahun kemudian

Airish meninggalkan Elman dan juga Elhan yang terlena di atas katil kerana dia ingin memasak untuk mereka berdua. Dia kesian melihat Elman yang tidak cukup tidur kerana membantu dirinya menjaga Elhan.

Bila tengah malam Elhan meragam dia yang bangun untuk tengok-tengokkan Elhan. Apabila dia mahu menolong Elman jagakan Elhan dia tak nak. Elman takut dia keletihan kecuali bila Elhan mahu menyusu baru Elman bagi Elhan kepadanya.

Sesungguhnya dia sangat beruntung memiliki suami yang baik dan memahami seperti Elman. Siapa sangka orang yang dia benci dulu sekarang sudah menjadi orang yang paling dia sayang.

Dia turun ke tingkat bawah untuk memasak tengah hari. Dia menuju ke ruang dapur. Dia melihat barang basah di dalam peti sejuk. Dia melihat ada sotong. Di ambil bekas yang menyimpan sotong. Setelah itu dia mengambil sayur kangkung.

Dia bercadang mahu membuat sotong goreng tepung, sayur kangkung tumis belacan dan telur dadar. Sebelum memasak lauk dia memasak nasi terlebih dahulu. Setelah memasak nasi dia terus memaparkan skill memasaknya.

Selesai siap memasak dia pergi ke atas untuk memanggil Elman untuk turun makan.

"Abang bangun turun makan." Kejut Airish sambil menepuk lengan Elman perlahan.

Dia mendukung Elhan di sebelah Elman yang sudah terjaga. Dia membawa membawa Elhan turun ke bawah untuk menemani Elman makan.

Airish duduk di kerusi sambil memangku Elhan yang leka bermain air liur. Elhan ketawa suka apabila di agahnya. Tersenyum kecil Airish apabila melihat empat batang gigi Elhan yang baru sahaja tumbuh dua di atas dan dua di bawah. Airish terpaksa memangku Elhan yang terlebih aktif itu. Kalau di lepas mahu semput nyawanya menangkap Elhan.  Lagi-lagi bila Elhan sudah pandai berjalan memang tak menang tangan Airish mengejar Elhan berjalan.

"Wah sedapnya sayang masak hari ini?" Ujar Elman dengan teruja sambil mencendok nasi dan sayur kangkung tumis belacan ke dalam pinggannya.

Airish hanya tersenyum sahaja melihat gelangat Elman yang berselera makan.

"Sedap sangat ke sayang masak abang?"  Airish bertanya kepada Elman yang leka makan.

"Kalau sayang yang masak mestilah sedap. Thank you sayang dah masak makanan sedap-sedap." Puji Elman seraya mengucapkan terima kasih terhadap isterinya yang sudi memasak untuknya.

"Sama-sama abang." Airish hanya senyum.

"Kenapa sayang tak makan?" Elman menyoal kepada Airish dengan muka kehairanan.

"Tak apa abang makanlah dulu, nanti sayang makan lepas abang habis makan. Elhan kan terjaga ini, nanti tengah sayang makan Elhan mengamuk pula nanti." Airish hanya tersengih melihat gelanggat anaknya semakin buas.

"Ohh tak ada masalah pun sayang nak makan. Abang kan ada tolong suapkan sayang." Elman mengenyitkan matanya kepada Airish.

"Gatal ehh? tak naklah sayang." Bantah Airish laju.

"Alah tak apa sekali sekala kan? Meh nganga mulut sayang." Arah Elman kepada Airish. Dia sudah bersedia menyuap isterinya makan.

Airish hanya menurut sahaja kemahuan Elman. Fuyo best pula Elman tolong suap dirinya makan. Siap tak pakai sudu pula itu, cuma suap guna tangan makin berseleralah dirinya mahu makan.

"Ohh sebelum abang terlupa. Sayang bila masuk kerja?" Elman bertanya kepada isterinya sambil tangannya menyuap makanan ke dalam mulutnya sendiri.

"Sayang masuk kerja bulan depan. Kenapa abang tanya?" Airish mendodoi kembali Elhan apabila Elhan melentok manja di atas ribanya sambil bermain baju Airish. Nasib baik hari ini Elhan behave.

"Habis itu Elhan macam mana?" Elman bertanya perihal Elhan. Siapa yang akan jaga anak nya itu kalau isterinya itu bekerja.

Dia tidak kisah kalau Airish mahu bekerja kembali tetapi dia hanya risau akan Elhan tiada siapa yang akan menjaga.

"Kalau hal Elhan abang jangan risau. Umi dengan mama beria-ria betul nak jaga Elhan. Hari itu Umi dengan mama dah berbincang pasal Elhan. Mereka berdua bersetuju menjaga Elhan bergilir-gilir setiap minggu. Abang tak kisah ke kalau sayang masuk kerja kembali?" Tanya Airish dengan wajah serba salah kepada Elman.

"Abang tak kisah dan abang tak halang pun sayang nak kerja. Abang cuma risau tentang Elhan itu je. Kalau umi dengan mama dah bersetuju nak jaga Elhan abang tak risau sangat." Elman kembali mencedok nasi untuk kali ke tiga. Dia bukan main berselera lagu nak makan.

"Thank you abang." Ucap Airish dengan teruja.

"Welcome sayang. Nanti bagi upah eh." Elman tersenyum nakal.

Airish mencebik . Gatal. Dia menggeleng kepala melihat Elman yang berselera makan. Awal-awal lagi dia sudah tolak untuk makan kerana dia sudah kenyang.

"Malam ni abang nak makan apa?nanti sayang masak." Airish  menepuk punggung Elhan perlahan.

"Abang nak makan sayang boleh tak?"

"Betul-betullah nanti sayang tak nak masak padan muka!" Airish menjulingkan matanya.

Sengal betul.

"Alah orang nak bergurau pun tak boleh. Okay abang nak makan kari kepala sayang eh eh ikan dengan udang goreng tepung." Elman sudah ketawa terbahak-bahak melihat muka geram isterinya.

"Ishhh perangai tak macam bapak budak! Ada ke patut nak makan kepala sayang. Sebelum abang nak makan kepala sayang biar sayang yang makan dulu kepala abang baru adil."

"Cubalah kalau berani."

"Mestilah sayang berani. Ingat sayang ini baik hati sangat?" Airish menjeling suaminya.

"Sudahlah sayang. Baik sayang naik  letak Elhan atas katil sebelum abang babap sayang dekat sini!" Ujar Elman sambil mengemas pinggan mangkuk untuk di cuci.

"Tak apalah. Abang bawa Elhan naik atas nanti sayang basuh semua itu." Bantah Airish.

"Sayang dah masak tadi biarlah abang pula tolong basuhkan. Tak susah mana pun, kalau sayang nak basuh juga. Selepas sayang basuh semua benda, sayang layan abang lepas iru nak tak?" Elman mengugut kepada Airish.

Airish laju menggeleng. Memang taklah jawabnya. Baik aku lari awal-awal.

"Ehh tak apa biar sayang bawa Elhan naik. Abang pergilah basuh!" Laju Airish mendukung Elhan yang terlena di dalam dukungannya.

"Haa tahu takut!" Ujar Elman dengan angkuh.

Keesokan harinya Elman bercadang untuk keluar berdua kerana sudah lama mereka berdua tidak meluangkan masa bersama di luar.
Bukan Airish nak sangat pun keluar dating tetapi Elman yang paksa dirinya. Sudah bermacam-macam alasan dia bagi dekat Elman tetapi Elman tetap memaksa.

Bila dia bagi alasan tiada orang mahu menjaga Elhan apabila mereka keluar nanti. Elman lagi bijak pergi suruh mamanya tolong jagakan Elhan sementara mereka berdua keluar dating.

Kalau dia tak ikut kemahuan Elman. Elman main ugut pula dekat dia.

"kalau sayang tak nak ikut abang tak apa, malam nanti sayang kena layan abang biar Elhan dapat adik cepat."

Haa kau rasa kau boleh ke lawan cakap si sengal Elman itu?

"Sayang dah siap ke? Kalau dah jom kita gerak sekarang. Sebelum itu kita hantar Elhan dekat rumah mama dulu." Ujar Elman dengan senyuman menampakkan kedua lesung pipitnya.

"Dah, jomlah."

Airish mengulum senyuman apabila memadang wajah suaminya.
Wasehh handsome betul suami aku.

Banyak tempat mereka berdua pergi.
Dari tasik yang Airish selalu pergi bila ada masalah. Selepas itu mereka pergi ke mall tengok wayang, makan, solat dan sambung jalan lagi sampai mereka berdua kelelahan.

Airish mengajak Elman balik tetapi Elman tak nak sebab ada satu tempat lagi yang Elman belum pergi.
Sepanjang perjalan Airish membebel dengan Elman. Elman ini tak reti penat ke? Aku yang tak drive ni dah penat.

"Abang nak bawa sayang pergi mana lagi ni? Sayang dah letihlah nak balik jumpa Elhan." Airish memandang muka Elman yang leka memandu.

Elman menghiraukan bebelan dari mulut isterinya.

"Sayang oh sayang bangunlah kita dah sampai." Kejut Elman perlahan. Pipi Airish di elusnya lembut.

Airish terpisat-pisat membuka mata. Bila masa pula dia terlelap ni?

Airish melihat pemandangan  di hadapannya. Dia terpegun melihat pantai yang terbentang cantik dan luas di hadapannya.

Airish menoleh ke sebelahnya. Tetapi Elman sudah tiada di sebelahnya. Airish keluar dari kereta mencari kelibat Elman tetapi tiada. Dia melihat jam di pergelangan tangannya sudah pukul 5 petang. Airish menelefon Elman tetapi telefon Elman tertinggal di dalam kereta.

"Ishh mana pulak laki aku menghilang ini? Sekejap betul dia menghilang." Bebel Airish seorang diri.

Airish terkejut apabila matanya di tutup oleh tangan seseorang dari belakang. Dia sudah menggigil ketakutan kerana hanya dia seorang saja di sini. Sudah lah Elman tak ada. Manalah pergi si Elman ini.

Airish mencuba melepaskan dirinya tetapi orang itu mengunci dirinya menggunakan lengan milik orang itu di lehernya. Airish semakin meronta ronta tetapi makin kuat orang itu mengunci dirinya.

"Kau siapa hah?" Soal Airish dengan kasar.

Geram betul.

"Jangan banyak tanya boleh tak? Kau ikut cakap aku apabila aku arahkan kau!" Arah orang itu kepada Airish.

"Ehhh kejap, suara ini macam aku pernah dengarlah? Kau angah aku kan? Alah lepaslah Arfan! Apa angah ingat adik ni bodoh sangat ke tak cam suara angah?" Airish meneka dengan penuh keyakinan.

"Angah kepala otak kau! Aku ni orang yang nak rogol kau! Kau diam sebelum aku bunuh kau dekat sini juga. Aku cakap kau perlu ikut arahan aku susah sangat ke?" Jawab gerangan tersebut dengan kasar.

"Okay aku ikut tapi boleh slow sikit tak suara kau bila bagi arahan. Telinga aku sakit tahu tak?"

"Kau diam boleh tak? Aku cuma ikut arahan bos aku sahaja!" Balas orang itu dengan nada bengang.

Airish terjatuh kerana di tolak oleh orang yang tak guna tersebut. Dia mengangkat mukanya untuk melihat
gerangan tersebut.

Arfan sudah ketawa terbahak-bahak apabila melihat melihat muka cuak Airish apabila di tolaknya tadi.

"Ingat lawak ke? Sakit tahu tak?" Airish melempar sandalnya kepada Arfan yang galak ketawakannya.

Arfan sempat mengelak dari terkena sandal di lepar Airish.

"Padan muka!" Ujar Arfan dengan ketawa dengan senyuman mengejek.

"Angah buat apa dekat sini?Angah dengan siapa dan kenapa angah buat adik terkejut?" Airish bertubi-tubi dengan nada geram. Rasa nak di cekiknya Arfan.

"Adik nak angah  jawab yang mana satu dulu?" Tanya Arfan kepada Airish. Dia mengangkat keningnya.

"Jawab semua dengan sekali gus! Sudah lah laki orang hilang entah ke mana!" Rungut Airish seraya melilaukan anak matanya mencari kelibat Elman tetapi tiada.

"Adik nak tahu sangat kan? Adik tanyalah dekat suami adik sendiri." Arfan dengan selamba menjawab pertanyaan adiknya.

"Hahh sekejap. Maksud angah, laki adik ke yang rancang semua ni?" Airish menyoal dengan kerutan di dahi tanda kebinggungan.

"Adik tanyalah dekat laki adik sebelah sana." Arfan menunjukkan jari telunjuknya di sebelah pokok kelapa yang ada belakang mereka.

Ada sebuah meja beserta makanan yang sudah di sediakan seperti candle light dinner.

Candle light dinner apa benda hari masih terang-menerang.

Nak cakap gila.

Elman normal.

Arghh lantak lah.

Airish pergi ke arah Elman yang sudah melambai dari jauh. Airish berjalan menuju ke arah Elman dengan bengang.

Siapa je yang tak bengang kena tolak. Sampai sahaja dia di sana. Dia terus memukul dada Elman.

"Ingat lawak ke? Sayang ingat abang hilang tahu tak? Sudahlah pergi prank orang dengan angah. Sakit tahu tak angah tolak!" Adu Airish kepada Elman dengan mulut di sebikkan.

"Alah abang gurau je lah. Abang buat semua ni sebab abang nak buat suprise dekat sayang." Elman ketawa kecil. Dia hilang tadi kerana mahu menayangkan drama sebabak dari isteri dengan anaknya.

"Bila masa abang buat semua ini?" Airish bertanya sambil menunjukkan kejutan yang tak semengah dari Elman tetapi dia terharu gila kot apabila Elman buat macam ini.

"Tadi masa kita jalan-jalan, atas bantuan angah dengan Aina." Bagitahu Elman dengan selamba. Dia sudah merancangkan dengan personal assistantnya dan juga abang iparnya itu.

"Siapa Aina itu? scandal abang ke?" Airish bertanya dengan musykil. Dia mengecilkan matanya memandang Elman.

Sebab setahu dia Aina tu PA Elman dekat office. Tapi kenapa perlu Aina yang uruskan sebab Syikin atau Rhea boleh aje tolong aturkan.

"Haah, bakal madu sayang yang tolong buatkan tadi." Selamba Elman mengiayakan pertanyaan isterinya. Sengaja nak usik buah hati pengarang jantung.

Airish menjenggilkan matanya, tunggu masa aje nak pukul orang sampai arwah ini.

"Kalau dah rasa banyak sangat pahala dekat dunia ni buatlah. Sudahlah sayang nak balik." Bidas Airish dengan marah. Dia mahu berlalu pergi, tetapi dengan cepat Elman menahan tangannya.

"Sensitif betul lah sayang ni. Abang gurau aje tak akan nak merajuk. Kenapa sayang dah tak boleh nak di ajak bergurau macam sayang mula-mula mengandungkan Elhan dulu? Tak akan sayang mengandung lagi sebab kita tak buat projek lagi?"  Elman mengusik isterinya lalu tersenyum nakal.

Airish menumbuk perut Elman dengan kuat.

Siot betul lah Elman ini!

"Sengallah abang ni! Ingat kelakar ke?" Airish sudah mengalirkan air matanya.

"Alah sayang, janganlah menangis sebab abang bergurau je tadi. Abang tak akan menduakan sayang sebab sayanglah nyawa abang. Sayang kena ingat yang abang tak akan pandang perempuan lain selain sayang."

Elman memegang kedua belah pipi isterinya. Anak mata hitam gelapnya merenung anak mata hazel milik isterinya.

Airish terus memeluk Elman dengan erat kerana terharu.

"Thank you for everything. Terima kasih abang sebab dah jaga sayang dan juga Elhan dengan baik. Sabar dengan perangai sayang. " Ujar Airish  dengan suara serak akibat menangis.

"Sama-sama sayang. Abang tak perlu luahkan sebab sayang dah tahu apa yang ada dalam hati abang. Terima kasih atas segala-galanya sayang." Elman mengucup dahi isterinya lembut.

Airish menjengketkan kakinya. Mulutnya di dekatkan di tepi telinga Elman.

"I love you Mr Lunatic." Bisik Airish di telinga Elman lalu mencium pipi kanan Elman dengan laju.

"I love you to Mrs Lunatic. Sayang adalah cinta pertama dan cinta terakhir abang. I have never regretted loving you, in fact I am very grateful that Allah sent you to me. Sayang adalah bidadari kiriman Tuhan untuk abang." Ungkap Elman dengan penuh romantik.

Eceyyy ceyy bidadari kiriman tuhan. Masa mula-mula kahwin dulu bukan main kaw-kaw lagi Elman kutuk Airish bakal ahli neraka.

"Even though he was the first to make me fall in love, and he was also the first to make me disappointed. But you were the first to heal my wounds and you also brought happiness when I was numb and I believe that even if you don't have wings. I will believe that you can fly me without fear and doubt. Even if you are not a drop of god, I will not be disappointed because you made me the goddess in the heavenly garden." Airish memegang kedua belah tangan Elman. Di genggamnya erat tangan Elman.

"Thank you for putting up with my lack of everything, thank you for always being by my side when I need you and thank you for everything. You have to remember as long as my heart beats I will take care of you and our son until the end of time. As long as this breath blows there is no other love until we grow old together."

Giliran Elman pula meluahkan isi hatinya kepada isterinya. Dia melabuhkan ciuman di dahi Airish dengan lama dan mengeratkan lagi pelukkan mereka seperti tidak mahu melepaskan isterinya pergi.

"Walaupun abang bukan cinta pertama sayang tetapi abang adalah cinta terakhir sayang. Cinta teragung sayang." Airish menyembamkan wajahnya di dada Elman.

Sungguh dia sangat beruntung memiliki suami seperti Elman. Dia mendoakan semoga hubungannya dengan Elman berkekalan hingga ke jannah.

"Ti voglio bene, signor Marito" (Saya sayang awak, Encik Suami) Airish menjerit di telinga Elman sambil tersenyum gembira.

Gembira yang dia impikan selama ini. 

                         ........End.....

               ~ Dengan ini Mr Lunatic      
                   melabuhkan tirai.~




Cerita yang di reka saya hanya imaginasi saya sediri tidak ada kena mengena dengan orang yang hidup atau orang yang telah mati. Maaf andai info tentang kedoktoran saya tidak tepat. Saya hanya menulis apa yang saya jumpa. Apa yang di tulis hanyalah rekaan semata-mata.

Terima kasih baca sampai ke penghujung cerita. Tanpa anda kentang hanya menyendiri.😌

Salam sayang dari kentang kepada anda semua🤍

                           ❤📝💙

Continue Reading

You'll Also Like

241K 8.3K 62
Kereta di parkir di bawah porch. Enjin dimatikan. Orang yang berada di sebelah dikerling. Boleh tidur pula dia ni, ujar Zayyan Mateen dalam hati. Zay...
32.8K 1.7K 29
KAPTEN DANIELLEA ARALYN โ€ข Seorang juruterbang pesawat awam. Seorang yang lemah lembut jika dilayan lembut. Mudah gelabah. Pemalu tapi tidak malu sang...
98.8K 3.5K 59
[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah ap...
397K 20.5K 56
[KARYA KETIGA YUYUAIRA] ~~~ NAURA ZULAIKHA Ibu bapanya meninggal dunia sekali gus menjadikan dia sebagai anak yatim piatu pada usianya 15 tahun. Mula...