๐Œ๐‘ ๐‹๐”๐๐€๐“๐ˆ๐‚ยฉ๏ธ

ื ื›ืชื‘ ืขืœ ื™ื“ื™ AshyikinHelvins

94.1K 3.9K 135

๐“ฃ๐“ฎ๐“ท๐“ฐ๐“ด๐“พ ๐“”๐“ต๐“ถ๐“ช๐“ท ๐“•๐“ช๐“ป๐“ฒ๐“ผ๐“ฑร—๐“ข๐“ฑ๐“ช๐“ป๐“ฒ๐“ฏ๐“ช๐“ฑ ๐“๐“ฒ๐“ป๐“ฒ๐“ผ๐“ฑ ๐“œ๐“ฒ๐“ด๐“ฑ๐“ช๐”‚๐“ต๐“ช Tengku Elman Farish merup... ืขื•ื“

without you๐Ÿค
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
Bab 25 [END]

BAB 24

3.9K 122 4
ื ื›ืชื‘ ืขืœ ื™ื“ื™ AshyikinHelvins

4 Bulan sudah berlalu. Airish menjalankan kehidupannya seperti biasa. Dia redha dengan ketentuan ilahi sebab dia tahu siapa dia untuk menyalahkan takdir.

Perancangan Allah lebih baik. Pernah suatu hari dia menindakkan takdir yang Allah tentukan kepadanya. Tetapi dengan sokongan ahli keluarganya dan mertuanya dia boleh menerima kenyataan.

Setidak-tidaknya dia cuba untuk berdamai dengan takdir.

Allah uji sebab Allah sayang kepadanya hambanya.

Dia duduk di rumah milik dia dan juga Elman. Sudah puas uminya dengan ibu mentuanya memujuk dirinya untuk tinggal bersama mereka tetapi dia tetap berdegil mahu duduk di rumah mereka berdua kerana dia sudah tunggu masa untuk bersalin.

"Auchhh..." Berkerut muka Airish menahan sakit.

Airish memegang di bawah perutnya apabila perutnya terasa senak kerana baby di dalam perutnya mengeras. Dia mengusap perutnya yang terasa sakit.

Setelah beberapa minit, sakit tadi hilang serta-merta. Uminya cakap kalau baby sentiasa mengeras di dalam perut maknanya tidak lama lagi dia akan bersalin.

Kalau di hitungkan due datenya ada 2 minggu lagi masa dia untuk bersalin. Tetapi baby dia dalam perutnya selalu mengeras. Sakit bila baby mengeras rasa macam perut kena pulas.

Yang paling harey Mikhail bukan main lagi gelakkan dirinya apabila berjalan macam pingguin. Siap ajuk lagi cara dia berjalan.

Airish bangun dari katil untuk pergi ke tingkat bawah.

Seleranya semenjak mengandung ini lain macam sedikit. sikit-sikit nak makan.

Setelah berada si tangga terakhir dia mengatur nafasnya kembali kerana kelelahan. Dia pergi ke dapur. Dia berfikir sejenak mahu makan apa.

Oyeahhh!

Kalau makan maggie pun best ini.

Tanpa berfikir panjang dia terus membuat maggie kari. Setelah maggie siap dia terus membawa mangkuk yang berisi maggie ke meja makan. Dia membaca doa makan terlebih dahulu sebelum makan.

Airish menyuap maggie ke dalam mulutnya.

"Uish syoknya makan maggie." Bukan main lebar lagi muka Airish apabila dapat makan maggie.

Dia baru nak makan maggie sekali lagi tetapi di halang oleh tangan seseorang.

"Siapa bagi kebenaran sayang makan maggie? Abang tak suka lah sayang tak ikut cakap abang. Susah sangat ke nak ikut cakap abang?" Ujar Elman dengan nada marah.

Mesti korang hairan kan? Sebenarnya Elman tak mati pun. Part yang dia menangis bagai nak rak itu cuma terkejut apabila doktor memberitahu dekat babah yang Elman koma. Elman mengalami komplikasi ketika pembedahan di jalankan. Elman di sahkan koma.

Elman di jangkakan koma selama 2 hari tetapi di sebabkan semangat Elman kuat. Elman hanya koma cuma 6 jam saja. Alhamdulillah penyakit Elman sudah beransur pulih berkat usaha Elman yang tidak berputus asa untuk membuat rawatan susulan.

"Alah abang, sayang makan sikit je. Itu pun nak kedekut. Bukannya sayang yang nak sangat pun, tapi baby yang nak." Airish menunjukkan perutnya yang sudah sarat itu dengan muka tidak bersalah.

Kau main petik aje nama anak kau kan Airish? Kesian anak kau dapat mak kaki fitnah.

"Tak adanya baby yang nak makan. Mak baby yang mengada nak makan kan? Nafsu mak baby ni bukan boleh percaya sangat." Elman membebel apabila melihat isterinya selamba saja makam mee segera semasa mengandung.

Elman mengambil mangkuk maggiennya. Dan ya Alhamdulillah maggienya sudah selamat mendarat ke dalam mulut suaminya.

Airish menelan air liur apabila suaminya melahap maggienya sehingga habis.

Kejam betul laki kau Airish.

"Abang ni kedekut lah. Kesian baby tak sempat habiskan maggie." Runggut Airish sambil mengusap perutnya yang sudah membulat besar itu.

Tersenyum suka dirinya di saat baby menendang. Itulah momment yang paling di sukainya.

"Bukan kedekut but maggie is not healty for you and our baby sayang." Elman memujuk isterinya yang sudah memuncung itu.

Comel aje muka mak buyung itu merajuk. Nasib baik Airish ini tak ada mengidam yang pelik-pelik dan terkena alahan teruk. Kalau tidak kalau tidak mahu pening kepalanya nak melayan.

Hanya perangai bininya saja yang makin gedik dan kuat merajuk.

"Yelah-yelah sorry abang. Tapi kenapa abang balik awal hari ini, bukan ke abang cakap yang abang ada meeting ke hari ini?" Airish memandang muka Elman dengan pelik.

"Meeting cancel so abang baliklah. Abang rindu sayang tau." Ujar Elman tersengih gatal.

Mood mengaumnya sudah kembali.

"Rindulah sangat..." Airish membuat muka jelek.

Dia membasuh gelas yang di gunakannya tadi. Setelah membasuh gelas dia terus naik ke bilik di iringi oleh Elman.

"Hati-hati sayang." Pesan Elman yang memegang bahunya erat.

Airish menjulingkan mata tanda menyampah.

Airish bersandar di kepala katil sambil melayan Running Man manakala Elman pula mandi.

Selang beberapa minit perutnya terasa sakit lagi. Tetapi tidak lama sakitnya di perutnya kembali hilang.

Selesai Elman mandi. Dia menghampiri katil, di tangannya ada sepasang stoking. Dia duduk di hujung kaki isterinya. Kaki isterinya di pegang, dia mengeluh kecil apabila melihat kaki isterinya bengkak.

"Sayang ada buat kerja rumah ke hari ini tanpa pengetahuan abang? Kenapa kaki bengkak?" Elman bertanya dengan isterinya. Dia memandang muka isterinya yang berubah merah.

Airish mengerut keningnya.

"Mana ada abang, kaki sayang memang bengkaklah." sangkal Airish laju. Kakinya memang bengkak pun tapi dia malas nak picit.

"Sekejap abang nak ambil minyak panas." Elman bangkit dari katil dan menuju ke drawer di sebelah isterinya. Minyak panas di capai dan dia duduk kembali di tempat tadi.

Kaki Airish di urut Elman perlahan. Elman memandang muka isterinya yang berkerut sambil mengusap perutnya perlahan.

"Sayang kenapa? Dari tadi abang tengok sayang macam tak selesa?" Soal Elman hairan.

"Tak selesa sikit." Adu Airish.

Selesai memakaikan stoking untuk isterinya. Elman duduk bersandar di kepala katil sama seperti posisi isterinya. Dia melayan Running Man bersama-sama dengan isterinya. Sekali sekali ketawa mereka berdua pecah apabila melihat adegan pengkhianat.

Airish dari tadi merasa perutnya tidak selesa. Sekali sekala mukanya berkerut apabila sakit di perutnya kembali lagi. Dia mengubah posisinya agar selesa. Dia kembali fokus menonton rancangan tersebut.

"Sayang kenapa?" Tanya Elman lagi.

Fokusnya terganggu apabila isterinya asyik bergerak-gerak membetulkan kedudukannya.

"Entahlah abang, perut sayang sakit tapi sakit tu hilang balik." Jawab Airish dengan kerutan di dahi kerana tidak selesa kembali.

"Ya ke? Kalau sakit kita pergi hospital mana tahu sayang dah nak bersalin?" Ujar Elman panik.

Mukanya sudah cuak apabila mendengar perkataan sakit dari mulut isterinya.

"Tapi kalau di ikutkan masih ada 2 minggu lagi due date sayang cukup. Sayang rasa belum sampai waktu untuk sayang nak bersalin. Ini pun sakit sikit je nanti sakit itu akan hilang balik sekejap lagi." Terang Airish kepada Elman. Dia tidak mahu Elman risau.

"Ya ke? Kalau sakit lagi sayang beritahu dekat abang. Abang takutlah sayang." Elman risau akan isterinya.

"Baby jangan sakitkan mama tau, kesian mama sakit." Dia berkomunikasi dengan anak di dalam kandungan isterinya.

Dia mengusap perut membulat isterinya dengan lembut.

"Abang, baby tentang lah." Airish berkata dengan teruja.

Elman ketawa apabila merasa tendangan si kecil.

Di cium perut isterinya lembut. Lalu dia melekapkan telinganya di perut isterinya.

Airish mengusap rambut suaminya lembut.

"Abang relax okey, kalau makin sakit sayang beritahu abang." Ujar Airish lembut. Dia tidak mahu suaminya terlebih risau akan dirinya.

Elman melekapkan telinganya di perut Airish.

"Baby jangan nakal-nakal tau. Kesian mama sakit." Pesan Elman lalu mengusap perut membulat isterinya.

Airish tersenyum suka melihat Elman sedang berkomunikasi dengan anak di dalam kandungannya. Dia kembali menonton running man di televisyen. Dia melihat Elman ketawa terbahak-bahak apabila melihat Lee kwang soo kena pedajal oleh Jae Suk dengan Haha.

Airish bangkit dari katil.

"Sayang nak pergi mana?" Tanya Elman.

"Sayang nak pergi toilet sekejap, abang janganlah risau." Airish sudah berlalu pergi ke bilik air apabila pundi kencingnya sudah tidak tahan lagi.

Elman menghantar langkah isterinya dengan ekor matanya.

Airish kembali keluar dari bilik air apabila sudah menunaikan hajatnya. Dia menuju ke arah katil tetapi langkahnya terhenti apabila perutnya semakin sakit. Tangannya memegang di bawah perutnya apabila sakit di perutnya semakin mencengkam.

Elman laju bangkit dari katil apabila melihat isterinya sudah tertunduk memegang perut.

"Kenapa? Perut sayang sakit lagi ke?kalau sakit kita pergi hospital." Elman bertanya dengan risau.

"Sakit abang..." Airish mencengkam lengan Elman erat.

Perutnya semakin sakit. Membulat matanya apabila merasa cecair panas mengalir di celah kelangkangnya.

"Sayang! Air ketuban sayang dah pecah." Panik saja suara Elman saat melihat seluar yang di pakai isterinya sudah basah lecun.

"Abang sakit..." Adu Airish perlahan. Dia meringis kesakitan apabila perutnya semakin sakit.

"Sayang duduk dulu abang pergi ambil barang sayang." Elman mencempung isterinya agar duduk di biral katil.

Airish duduk sambil mengusap perutnya perlahan. Bibirnya tidak berhenti dari berzikir.

Elman kembali keluar dari closet room, dia membawa pakaian Airish yang di ambilnya.

"Sayang tukar seluar. Seluar sayang dah basah." Elman yang sudah duduk melutut di hadapan isterinya.

Dia membantu isterinya menukar seluar. Selesai menukar seluar dia memakaikan cardigan untuk isterinya. Tudung sarung yang di ambilnya tadi di pakaikan di kepala isterinya.

"Barang-barang baby abang dah letak dalam kereta hari tu kan?" Airish bertanya kepada Elman.

"Abang dah simpan dalam kereta hanya tunggu sayang je lagi." Elman terus mencempung isterinya seraya turun ke bawah.

Sampai saja mereka berdua di hospital. Terus dia di masukkan ke dalam labour room apabila doktor check bukaannya sudah 6cm.

Nak tergelak Airish apabila melihat muka cuak Elman semasa tengah memandu habis lampu merah di langgar suaminya. Dia hanya mampu mengeleng melihat tingkah gelabah Elman. Siap bersedialah Elman bila surat saman sampai.

Airish berbaring mengiring menahan contractions di atas katil sambil menunggu bukaannya cukup.

Elman masih di luar untuk menelefon ahli keluarga mereka.

Berkerut dahinya menahan rasa sakit di perut dan di pinggangnya. Dia melihat Elman masuk kembali ke dalam dengan wajah risau.

Elman menghampiri isterinya yang sedang menahan sakit. Dia menggenggam tangan kecil isterinya lalu di kucupnya lembut.

"Sayang tahan okey. InsyaAllah semuanya akan okey." Elman mengusap perut isterinya lembut untuk mengurangkan rasa sakit.

Elman berzikir di telinga isterinya  dan dia memberi kata-kata semangat kepada isterinya.

Mereka berdua menoleh serentak apabila pintu bilik di buka dari luar.
Seorang doktor perempuan dan dua orang juruwat sudah masuk ke dalam biliknya.

Doktor itu memeriksa bukaan serviks Airish.

"Bukaan puan dah 9 cm. Kepala baby dah nampak so puan dah boleh meneran. Puan ikut arahan saya kalau saya cakap push, puan kena push ya?" Doktor tersebut memberi arahan kepada Airish.

Airish hanya mengangguk. Dia sudah tidak larat bersuara lagi.

Elman melihat isterinya sudah bersedia untuk melahirkan zuriatnya. Tangannya sudah menggenggam erat tangan isterinya.

"Bila saya kira sampai tiga, puan kena push okey?" Arah Doktor kembali.

Airish mengangguk. Dia membalas genggamam tangan Elman dengan erat.

"Puan tarik nafas panjang dan hembus perlahan-lahan. 1. 2. 3 push puan..." Arah doktor tersebut.

Airish menarik nafas. Dia mengangkat kepalanya sehingga dagunya mencecah ke dadanya. Dia mula meneran.

Airish menggengam tangan Elman kuat.

"Sayang boleh. Sayang kena kuat untuk baby, abang ada dekat sebelah. Sayang jangan risau." Elman membisik di telinga Airish. Peluh di dahi isterinya di kesat lembut.

Bibir pucat Airish tersenyum seraya mengangguk kepada Elman. Dia meleraikan genggaman mereka berdua.

"Terbaik puan. Kepala baby dah nampak jadi puan kena teran lagi. Tarik nafas dan push puan..." Arah doktor tersebut dengan nada lantang.

"Ya Allah..." Tangisan Airish pecah apabila sakit di perutnya semakin mencekam.

Tanganya sudah mencengkam lengan Elman erat.

Elman menunduk lalu mecium dahi isterinya lembut. Air mata isterinya di usap perlahan. Terusik hati lelakinya melihat wanita kesayangannya bertarung nyawa melahirkan zuriatnya.

"Good puan kepala baby dah keluar. Puan relax sekejap ambil nafas, hembus perlahan-lahan." Doktor tersebut memberi arahan agar Airish mengatur nafasnya.

Airish mengikut arahan dari doktor itu.

"Okey puan. Masa untuk puan meneran sekali lagi." Ujar Doktor itu lagi.

"1. 2. 3 push puan.."

Airish menarik nafas sedalam yang mungkin. Dia mengangkat kepalanya sedikit dan mula meneran.

Airish meneran dengan sekuat tenaganya. Dia merasa seperti ada sesuatu benda asing yang melucur laju dari celah kelangkangnya.

"Congratulations sir and madam. You two are having a baby boy." Doktor tersebut mengangkat sedikit bayi tersebut.

Dia meletakkam baby tersebut di atas dada Airish setelah di bersihkan sedikit sisa darah yang melekat di tubuh bayi tersebut.

"Encik nak potongkan tali pusat anak encik tak?" Doktor tersebut memberi peluang kepada Elman untuk memotong sendiri tali pusat anaknya.

"Sure." Elman sudah bersedia memotong tali pusat anaknya.

Dia memotong tali pusat anaknya dengan lafaz Bismillah terlebih dahulu. Mengalir air mata lelakinya apabila di beri peluang untuk memotong tali pusat anaknya sendiri.

Airish mengoyak senyumannya apabila mendengar bunyi tangisan anak kecil bergema di dalam bilik bersalin. Tepat pukul 6:33 petang Airish selamat melahirkan bayi lelaki.

Airish memandang muka Elman yang tersenyum manis. Di mengangkat kepala sedikit lalu di ciumnya penuh kasih kepala anaknya yang sudah berhenti menangis di atas dadanya.

Elman menunduk mencium dahi isterinya dan anaknya dengan lembut. Rambut lebat anaknya yang masih melekit dengan sedikit darah di elus penuh kasih. Dia seperti bermimpi yang dia sudah mempunyai anak sendiri.

"Good job mama. It's a boy! Terima kasih sebab berjuang untuk melahirkan zuriat kita." Elman berbisik di telinga isterinya.

Gembira dia apabila mendapat tahu yang dia mendapat anak lelaki. Dia dengan Airish memang tidak mahu mengetahui gender anak mereka dari awal kerana mereka mahu di beri kejutan. Dia tidak kisah kalau anaknya lelaki atau perempuan. Baginya asalkan isteri dan anaknya kedua-dua sihat dan selamat, itu sudah cukup baginya.

"Welcome papa." Airish mengalirkan air mata kegembiraan.

Elman mengalirkan air mata kegembiraan. Bibirnya mengoyak senyuman apabila melihat kecomelan anaknya.

Airish tersenyum manis apabila melihat bayi yang di cuci oleh nurse.
Rasa tidak percaya yang dia sudah mempunyai anak. Bagai terasa baru semalam dia mendapat tahu yang dirinya mengandung.

Segala rasa sakit yang di rasai tadi terus hilang takala melihat wajah kecil bayi yang baru keluar dari rahimnya sendiri.

"Sayang, thank you tau sebab dah lahirkan zuriat abang. Abang minta maaf sebab abang tak tahu nak balas jasa sayang macam mana." Ucap Elman kepada Airish sambil mengucup pipi dan dahi wanita kesayangannya dengan penuh syahdu.

"Itukan memang tugas sayang, abang tak perlu balas jasa sayang, cukuplah abang sentiasa ada si samping sayang itu pun dah cukup untuk sayang. Abang, sayang nak rehat boleh? Sayang penatlah" Ujar Airish perlahan dengan mata sedikit kuyu. Tenaganya sudah berkurangan.

"Sayang rehat dulu abang nak jumpa family kita dekat luar dulu?" Elman mengelus rambut isterinya lembut.

Airish cuma mengangguk sahaja kerana dia terlampau penat.

Airish terbangun kerana bunyi bising di dalam biliknya. Dia membuka matanya. Dia terkejut melihat pakaiannya sudah di tukar dan dia sudah di pindahkan di bilik wad persendirian.

Sumpah dia tidak sedar langsung selepas dia meminta Elman yang dia mahu berehat. Mungkin ubat yang di masukkan tadi sangat kuat dan menyebabkan dia separuh sedar semasa di jahit.

Dia melihat umi dengan ibu mentuanya sibuk bersembang. Selang beberapa minit nurse masuk bersama baby. Nurse tersebut memberi bayi tersebut kepadanya.

Airish mendukung anaknya dengan berhati-hati. Maklumlah baru pertama kali pegang anak sendiri. Airish menatap muka anaknya dengan penuh kasih.

Dia tersenyum apabila melihat muka anaknya yang seakan sama macam muka dia sendiri cuma hidung, kening dan lesung pipit saja anaknya ambil dari papanya. Yang lain copy paste wajahnya sendiri.

Handsome betul anak aku.

Geram dia melihat wajah si kecil yang ke merah- merahan.

"Amboi sayang senyum lebar nampak. Tahu lah muka baby copy paste dia,tapi tak payah admire sangat. Abang cemburu tahu tak." Elman memcebik tanda tidak berpuas hati.

"Cehh dengan anak sendiri pun nak cemburu ke? My baby boy is my first love not you! Bhai!" Airish sengaja mengusik Elman.

"Sayang... Janganlah." Meleret suara Elman. Dia mencebik bibir tanda merajuk dan terasa hati.

Sampai hati bini aku dah tak sayang aku lagi. Ini nak merajuk setahun ni.

"Alolo.... Baby syayang saya ni merajuklah." Usik Airish lagi lalu mecubit pipi Elman geram menggunakan tangan kiri. Tangan kanan pula mengendong anaknya.

Nak tergelak dirinya melihat muka cemberut Elman. Sudahlah dia tidak boleh ketawa seperti biasa. Kalau dia tergelak mahu terbukak jahitannya nanti. Seram nak kena jahit lagi.

Elman segera menepis tangan Airish. Dia masih merajuk. Nak merajuk setahun.

"Woi sengal! Sudah-sudahlah nak merajuk itu dah jadi bapak budak pun perangai tak pernah berubah. Kalau nak bermanja lepas kita orang balik boleh tak?" Tegur Mikhail dengan wajah jengkel sambil mendukung Sharifah Maniesa Radhea binti Syed Amirul Mikhail. Anak perempuannya bersama Rhea yang sudah berusia setahun lebih.

Nasib baik Arfan dengan Afham tidak ada di dalam wad kalau tidak mahu chaos wad di kerjakan mereka dengan usikan gila mereka semua. Kadang-kadang naik semput juga Elman di kerjakan abang-abang iparnya yang terlebih sengal seperti dia juga.

"Elehhh jealous lah tu." Bidas Elman dengan muka minta di pijak lumat-lumat.

"Shhh... Diam boleh tak? Bingit telinga babah dengar kau orang berdua bertekak. Sudahlah suara bunyi macam langau!" Tangan Encik Ariffin sudah naik menepuk belakang Mikhail geram. Dah jadi bapak budak pun suka betul nak cari pasal.

"Hah korang berdua nak letak nama apa dekat anak kamu berdua ni?" Tanya Puan Hanim dengan teruja.

Teruja apabila mendapat cucu sulung di dalam keluarganya. Lama sudah dia mengidam mahu mempunyai cucu dan Alhamdullilah sekarang dia sudah menjadi nenek.

"Sayang ke atau abang yang nak bagi nama baby?" Airish bertanya kepada Elman.

Mana lah tahu Elman sudah ada nama nak bagi dekat anak sulung mereka berdua.

"Abang tak kisah pun nama apa. Sayang nak pilihkan ke?"

"Haah, tapi abang macam mana?" Airish memandang muka suaminya meminta jawapan.

"Abang okay je kalau sayang nak bagi nama, janji maksud nama itu baik-baik." Ujar Elman bersungguh-sungguh sambil tersenyum manis.

Nampak kedua lesung pipitnya yang tenggelam di kedua belah pipinya.

"Okay kalau macam tu. Sayang nak letak nama baby Tengku Elhan Maleeq bin Tengku Elman Farish okey tak?" Cadang Airish kepada Elman untuk kepastian sama ada Elman suka atau tidak akan nama yang di cadangnya itu.

"Sedap nama baby sayang bagi. So kita nak panggil nama baby apa?" Elman bertanya dengan nada teruja. Terbias cahaya kegembiraan di mata Elman.

Pandai bininya cari nama untuk anak merekaberdua. Kalau bininya cakap itu nama bekas Ex dia memang dia akan bantah habis-habisan.

"Kita panggil nama dia Elhan. Okay kan?" Airish memilih nama Elhan sebab nama Elhan tidak jauh beza dengan nama Elman.

"Mehh Elhan. Maktok dukung dia." Puan Hanim menghulurkan tangannya kepada Airish. Dia mahu mendukung cucunya.

Airish terus menghulur Elhan kepada ibu mertuanya dengan penuh berhati-hati.

"Ini kamu makan tau adik. Kamu jangan tak makan pula makanan orang berpantang." Pesan Puan Zahra dengan garang.

"Ya umi. Nanti adik makan." Mahu atau tidak Airish harus patuh dengan arahan Uminya.

Kalau di langgar arahan mahu setahun telinganya mendengar bebelan berbisa Uminya.

Satu jam yang lalu ahli keluarga mereka sudah balik. Elhan sudah di ambil nurse kembali untuk di buat pemantauan sama ada kesihatan Elhan terjejas atau tidak. Maklumlah Elhan di lahirkan dua minggu lebih awal dari tarikh yang sepatutnya Elhan di lahirkan. Doktor takut antibody Elhan tidak kuat sepenuhnya.

Kini tinggal mereka berdua di dalam bilik. Airish kembali tidur kerana masih kepenatan. Elman pula turun ke bawah untuk menunaikan solat Isyak.

3 hari kemudian. Airish berpantang di rumah mereka sendiri kerana permintaannya sediri. Alhamdullilah dia dan Elhan sudah di benarkan balik selepas 2 hari bertapa di hospital. Terasa rindu pula dekat rumah sendiri.

Elman yang uruskan segala urusan mereka berdua. Sanggup bapak si Elhan mengambil cuti sebulan untuk pastikan mereka berdua okey dan selesa. Sekali sekala uminya dengan ibu mentuanya uruskan mereka berdua di rumah mereka sendiri.

Ditatap penuh geram wajah anaknya. Geram. Dia obses dengan anaknya sendiri.Airish mencium penuh geram pipi Elhan yang gebu itu. Siapa saja yang tidak geram melihat pipi Elhan yang tembam dan gebu itu. Rezeki Elhan apabila air susu badannya meriah. Elhan di lahirkan seberat 3.19 kg. Sekarang baru tiga hari Elhan di lahirkan berat badan Elhan semakin bertambah. Semangat betul Elhan menghisap susu ibunya yang meriah itu.

Airish menoleh ke arah pintu apabila terasa pintu bilik di buka. Dia tersenyum apabila melihat kelibat Elman masuk ke dalam bilik sambil menatang dulang makanan yang di masak oleh Elman.

Sumpah dia kagum dengan kesungguhan dan kesabaran Elman dalam menjaga dia dan juga Elhan. Elman duduk di atas katil di hadapan isterinya.

"Sayang makan tau. Abang dah masak untuk sayang."

Elman melemparkan senyumanan manis sehingga menampakkan kedua lesung pipitnya untuk istsrinya.

Airish addicted betul dengan dimple suaminya. Nasib baik Elhan ada mewarisi lesung pipit milik papanya.

"Terima kasih abang sebab dah jaga sayang dan Elhan dengan sempurna."

Airish mencapai tangan kanan Elman seraya mencium kekura tangan Elman dengan penuh hormat.

"Alah sayang benda kecil macam ni sayang jangan risau. Ini kan memang dah tanggungjawab abang bagi keselesaan untuk sayang dan juga Elhan. Ini saja yang abang mampu buat dan balas jasa sayang selama abang jadi suami sayang. Abang yang sepatutnya ucap terima kasih dekat sayang." Balas Elman seraya menarik Airish ke dalam dakapannya. Di peluk erat tubuh isterinya.

Setelah itu dia mencium kedua belah pipi dan dahi isterinya lembut. Elman mahu mencium di bibir Airish tetapi di halang oleh tangan Airish yang sudah melekapkan telapak tangannya di bibirnya dari menjadi mangsa Elman.

"Abang jangan nak melebih pula. Sayang dah bagi abang cium pipi jangan nak mengada nak cium tempat lain pula. Orang dah bagi betis dia nak paha pula." Terus Airish menolak badan Elman supaya berhenti dari menciumnya.

Dia melihat Elman sudah memasamkan muka apabila dia menolak badan Elman dari terus memeluk dirinya.

"Sayang ni. Abang baru nak bermanja-manja dengan sayang. Sekarang ini sayang dah tak macam dulu semenjak Elhan ada." Luah Elman dengan nada tidak berpuas hati.

"Apa lah abang ini. Dengan anak pun nak cemburu ke?" Airish melihat Elman mencebikkan bibir.

"Haishh mengadanya laki aku ni, dah tua pun nak merajuk juga." Gumam Airish perlahan. Mengada betul.

"Bukan cemburu okey. Abang cuma terasa hati aje sebab sayang buat abang macam tak wujud lepas dah ada anak sekarang ini." Elman memeluk tubuhnya. Wajah di palingkan ke arah lain. Merajuk

Airish menjulingkan matanya apabila melihat tingkah Elman seperti kanak-kanak ribena. Orang tua kalau merajuk kalah budak-budak.

Dia terus menarik kedua belah telapak tangan Elman dan di letakkan di atas pehanya. Dia tengah pujuk Elman harap-harap berjalan dengan lancar.

"Okey sayang minta maaf kalau sayang ada buat abang terasa hati dekat abang secara sengaja atau pun tak sengaja. Sayang minta maaf okey." Airish mencium kedua belah tangan Elman tanda dia meminta maaf dengan bersungguh-sungguh.

Timbul rasa bersalah terhadap Elman. Mungkin apa yang Elman cakap ada betulnya. Mungkin ada perkara yang dia buat sehingga membuat Elman terasa hati dengannya.

Elman memandang isterinya yang tengah menunduk mencium tangannya lalu meminta maaf kepadanya.

Elman mengulum senyuman apabila melihat Airish meminta maaf bersungguh-sungguh kepadanya.
Tadi dia hanya mengusik Airish mengatakan yang dirinya terasa hati dengan sikap dan layanan isterinya terhadapnya.

Tidak lama selepas itu Elman cuak apabila melihat Airish yang tiba-tiba menangis tersedu- sendan. Tangannya sudah basah dengan air mata isterinya.

Terus Elman menarik tangannya dari di cium oleh Airish. Elman terus menarik isterinya kedalam pelukkannya. Dia mengusap belakang isterinya perlahan untuk memujuk isterinya supaya berhenti menangis.

Elman sudah seperti cacing kepanasan apabila isterinya semakin galak menangis. Bodoh betul lah kau ni Elman. Bini tengah berpantang emosi tak stabil kau nak usik pula.

"Shhh... Sayang janganlah menangis. Abang minta maaf sebab usik sayang tadi. Abang tak ada pun nak terasa hati dekat sayang. Abang cuma nak usik sayang itu aje." Pujuk Elman dengan nada yang lembut.

"Sayang betul-betul nak minta maaf dekat abang mungkin apa abang cakap ada betulnya. Mungkin sayang ada buat abang terasa hati tanpa sayang sedar." Kata Airish bersungguh-sungguh di dalam pelukkan Elman.

Baju T-shirt yang di pakai oleh Elman sudah lecun dengan air mata. Dianya yang menyembamkan wajahnya di dada Elman.

"Sayang tak ada buat abang terasa hati pun, abang cuma nak usik sayang aje." Pujuk Elman laju lalu menarik muka Airish supaya memandang wajahnya.

Elman dengan laju mengusap air mata isterinya menggunakan ibu jarinya dengan lembut. Di cium kedua belah mata isterinya dengan syahdu.

Airish hanya mengangguk. Dia menarik senyuman nipis dan memeluk erat tubuh Elman. Elman juga membalas pelukkan isterinya.

"Abang, terima kasih untuk semuanya tanpa abang mungkin sayang tak akan rasa kegembiraan yang abang bagi untuk sayang." Airish berkata dengan nada ikhlas. Inilah kegembiraan yang di carinya selama ini. Cinta sejati yang di carinya selama ini juga.

"Kasih sayang di terima. Abang pun nak minta maaf atas apa yang berlaku sebelum ini dan terima masih sekali lagi sebab dah melahirkan zuriat abang yang handsome macam papa dia." Ujar Elman seraya mencium ubun-ubun isterinya dengan penuh rasa cinta.

Elman memperketatkan lagi pelukkan mereka berdua seperti tidak mahu melepaskan isterinya. Cintanya untuk isterinya bukan berkurang tetapi semakin bercambah. Anugerah daripada Allah ini akan di jaganya sebaik mungkin.

"Itu memang tanggungjawab sayang melahirkan zuriat abang." Airish merungkai pelukkan antara mereka berdua.

Dia terus mencium kedua pipi Elman dengan laju. Memerah muka Airish menahan malu. Terus dia menyembamkan kembali mukanya di dada bidang Elman.

"Eii gatal tau mama Elhan ni. Abang babap sayang karang tak ke naya Elhan dapat adik cepat." Usik Elman dengan nakal.

Airish mengangkat kepalanya. Laju tangannya mencubit perut Elman dengan geram.

"Abang jangan nak mengada boleh tak?" Marah Airish lalu menjeling Elman.

"Okey-okey. Abang nak usik sikit pun tak boleh. Sensitif betullah sayang ni, dah jom makan abang suapkan."

Elman mencapai makanan yang di masaknya tadi di atas meja sebelah katil.

Airish hanya menurut dan membuka mulut untuk makan.

"Kan dah sejuk makanan yang abang buat sebab layan drama sayang." Bebel Elman apabila makanan yang di masaknya untik isterinya sudah sejuk apabila melayan drama sebabak isterinya.

"Nak salahkan sayang pula, dia yang mengada buat drama salahkan kita pula."

Airish mencebik tidak berpuas hati sambil mengunyah makanan yang di suap oleh Elman.

"Ehh sayang ni makan itu cuba elok-elok sikit. Makan jangan bercakap tak elok." Marah Elman seraya mengelap hujung bibir Airish yang kotor terkena makanan menggunakan ibu jarinya.

Dengan muka tidak bersalah dia memasukan ibu jari yang di gunakannya untuk mengelap hujung mulut Airish ke dalam mulutnya.

Airish hanya menggeleng kepala apabila melihat tingkah Elman.

Elman menyuap makanan ke dalam mulut Airish tetapi dengan pantas Airish menolak kerana dia sudah kenyang.

Sisa makanan yang lebih jangan di tanya lagi sebab Elman dah bedal sampai licin.

"Sayang nak apa-apa lagi tak? Abang nak turun bawah kemas dapur, nanti abang naik atas balik" Tanya Elman yang sudah berdiri di tepi katil. Dia mencapai dulang di atas meja.

"Tak ada abang." Airish menggeleng tanda tiada apa lagi yang di mahunya.

"Okey kalau macam itu abang turun dulu. Sayang pergilah rehat dulu nanti abang naik balik." Elman dengan pantas mencium bibir Airish.

"Gatal betul orang tua ni." Marah Airish kepada Elman apabila suaminya itu mencium bibirnya.

"Gatal dengan isteri sendiri tak apa. Siapa suruh sayang manis sangat masa berpantang ini. Dengan berkain batik memang mengoda iman abang betul. Rawrrr..." Elman ketawa terbahak-bahak seraya keluar dari bilik tidur mereka.

Airish tergelak kecil dengan sikap Elman yang gatal tidak bertempat. Kalau dia ketawa terbahak-bahak mahu terbuka jahitannya nanti.







Vote🤍

ื”ืžืฉืš ืงืจื™ืื”

You'll Also Like

1.6M 58.9K 43
1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Ma...
160K 12.6K 69
Season 2 of ILY, Mr. Korean Mafia. Bintang tak selalu ada untuk bulan tapi aku akan selalu ada untuk kau. *********** "Aku janji aku akan protect kau...
23.5K 1.3K 38
GREY SERIES : NO.1 *.โœง Helena Dahlia Grey ร— Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.โœง โ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ข [ one girl ร— seven brothers ] Helena Dahlia. Gadis kecil yang...
7K 398 24
๐‘ ๐‘ก๐‘Ž๐‘›๐‘‘ ๐‘Ž๐‘™๐‘œ๐‘›๐‘’ ๐‘ ๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘’๐‘  Elena Zahra - gadis kacukan italian-malaysia yang bekerja sebagai seorang doktor Aariz Louis Kim - lelaki penuh d...