Touch (On Going)

By vongraceijien

13.4K 945 371

I'jien Gracevon@copyright protected ©2020/2021 Genre : Romance, Drama Language : Malay, English, Italian 🧥 C... More

🤝
Opening..
one
two
three
four
five
six
seven
eight
nine
ten
eleven
twelve
fourteen
fifteen
sixteen
seventeen
eighteen
nineteen
twenty
twenty-one
twenty-two
twenty-three
twenty-four
twenty-five

thirteen

393 34 12
By vongraceijien


          Canna membelek-belek tubuhnya bagi memastikan dirinya tidak diapa-apakan semalam. Nasibnya baik kerana pakaiannya masih tersarung rapi tidak diganggu. Akibat terlalu takut, beg sandangnya yang diletak pada meja terus dirembat lalu dia bergegas keluar dari bilik itu!

Krakk..!

          "Eh..!?"

Dia hampir bertembung badan dengan seorang lelaki lampai di hadapan pintu! Orang itu ialah si tuan muda anti kuman! Terbeliak mata Canna melihatnya! Tubuhnya menggigil bagaikan terserempak hantu!

           "Heh, dah bangun rupanya? Nak pergi mana ni? Balik?" Tegur Tuan Muda Edgar.

          "Err.. err.. ya.. saya.." gadis itu tergugup-gugup.

           "Awak ingat boleh balik macam tu saja? Awak tahu tak apa yang dah berlaku semalam..? Kalau diikutkan hati, saya nak buang saja awak di tepi jalan tau! Hei.. nasib baiklah saya masih ada rasa perikemanusiaan! Kalau awak ni lelaki, dah lama saya tinggalkan awak di restoran tu!"

Seperti selalu, Tuan Muda Edgar akan menjerit. Canna bingung. Entah apa yang telah terjadi semalam ketika dirinya mabuk. Kejadian terakhir diingatinya semalam ialah semasa bahunya disentuh oleh Encik Roland. Selepas itu fikirannya hilang entah ke mana.

            "Erm.. a.. apa yang.. saya dah buat..?" Dia bertanya.

Tuan Muda Edgar merapatinya lalu menundukkan kepala. Canna mengorak selangkah ke belakang. Kemudian lelaki itu menunding jari telunjuk ke batang hidungnya yang mancung.

            "Nampak tak lebam ni? Nampak!? Berani awak humban kasut ke muka saya!? Macam mana saya nak masuk ke syarikat dengan muka macam ni!?" Tengkingnya lagi.

Canna terkejut melihat bekas lebam membiru kecil pada batang hidung lelaki itu. Dia mengetap bibir sambil mengetuk kepalanya sendiri akibat perbuatan yang tidak dijangka berlaku pada malam semalam.

          "Mi.. minta maaf tuan muda.. saya tak sedar yang saya buat begitu.. tapi.. kenapa pula saya ada di sini..?"

Nafasnya berhembus kencang seiring anak mata meliar ke sana sini beserta raut wajah yang sangat ketara sedang ketakutan. Sudah tentulah Canna berperasaan janggal dan panik sebegini kerana ia tidak pernah terjadi pada dirinya. Bayangkan jikalau Caleb mengetahui hal ini, pasti nahaslah Tuan Muda Edgar. Malang, Caleb hanya mampu merenung jeriji besi dan dinding bersama dua rakan subahatnya ketika ini.

          "Sebab saya kasihan! Takkanlah saya nak letak awak di tepi jalan raya? Atau campak saja di kawasan rumah orang? Saya masih ada hati budi tau! Tentu awak berdendam dengan saya sebab selalu mengarah, kan!?" Jawab Tuan Muda Edgar untuk soalan Canna si kecil molek tadi.

Gadis itu terkesima! Pandangannya terus tertumpu pada wajah sang pemuda bangsawan angkuh yang berdiri di hadapannya ketika ini. Tapi dia mengawal nada suara semasa menjawab walaupun di dasar hatinya ingin membidas semula.

          "Tuan muda.. saya tak pernah simpan dendam pada awak. Saya ikhlas bekerja.." katanya.

Lelaki itu mengerling tajam pada Canna sambil berpeluk tubuh.

         "Ah! Pandai betul awak berlakon! Ikhlas konon.. cis! Padahal dalam kepala otak cuma mahukan duit!" Cemuh Tuan Muda Edgar bersuara lantang. Kemudian dia tersengih lalu menambah kata.

          "Tapi tak sangka pula orang-orang tua sukakan perempuan muda tak berkelas macam awak ni. Nasib baiklah saya ni tak jahat sangat. Kalau saya biarkan awak jadi habuan Encik Roland semalam, tentu awak dah bunuh diri pagi ni."

Sakitnya hati Canna! Lelaki ini sungguh menjengkelkan! Tapi walaupun lidah Tuan Muda Edgar setajam pisau, Canna terhutang budi padanya kerana telah menyelamatkan dirinya dari disentuh orang tua kaya itu semalam. Canna menelan rasa sakit di hati.

          "Apa-apapun.. terima kasih sebab.. bantu saya. Tapi kalau boleh.. saya tak mahu sentuh arak lagi lepas ni.." Canna merenung lantai seiring suara lembut.

Alunan tona suara yang tidak lantang itu menjentik jantung si tuan muda. Badannya yang tadinya melengkung menyandar bingkai pintu tiba-tiba berdiri tegak. Dengusannya terjadi, kedua-dua belah tangannya membuka pelukan tubuh sendiri lalu disorok pada mulut saku seluar mahalnya. Kadang, dia berasa kesal bila asyik memarahinya. Kadang, rimas ketika berhadapan gadis yang baru sahaja menjadi pembantunya ini. Canna yang sedang menundukkan kepala di hadapannya direnung sejenak. Tuan Muda Edgar menjeling lagi.

           "Hm.. ok. Perbincangan semalam tu berjaya disebabkan awak. Terima kasih juga sebab minum bagi pihak saya. Oleh sebab semalam awak berjasa, saya benarkan awak cuti hari ni. Esok pula hari Ahad, rehatlah secukupnya. Sebab kita dah mula sibuk sekarang. Philip akan hantar awak balik. Keluar dari rumah ni dan jangan berani datang ke sini lagi." Katanya tegas tapi berbaur prihatin.

Canna tersengih di dalam hati. Beginikah layanan si tuan muda pada tetamunya? Tidak dijemput minum kopi ataupun dialu-alukan? Padahal lelaki ini sendiri membawanya ke sini. Bukannya Canna mengharapkan layanan bak puteri, tapi sekurang-kurangnya janganlah dihalau sebegitu rupa. Mindanya bermonolog. Namun, arahan tetap arahan. Sambil tersenyum, dia pun membalas semula.

           "Baik tuan muda.. maaf sebab menyusahkan.. saya pergi dulu, terima kasih." ucapnya lalu cuba menyelinap keluar dari muka pintu bilik.

Kelakuannya yang tampak ingin segera beredar diperhatikan si jejaka kaya.

            "Hoi! Kemaskan bilik ni dulu! Sudahlah menumpang, tinggalkan begitu saja!?" Jerkah si tuan muda apabila Canna hampir melangkah kaki ke luar pintu bilik.

             "Eh? Baik tuan muda." Canna tersentap tapi dikerjakan juga apa yang diarah.

Tidak mahu membuang masa memerhatikan Canna, Tuan Muda Edgar lantas meninggalkan bilik itu.

___________

         Setelah selesai mengemaskan bilik di mana semalaman Canna beristirehat, dia kemudiannya turun perlahan-lahan dari tingkat dua rumah agam itu. Sesekali degupan jantungnya bergoncang aktif tatkala anak mata terpegun melihat kemewahan yang terserlah di dalam rumah tersebut. Kelihatan juga beberapa orang wanita memakai pakaian seragam pembantu rumah sedang membersihkan ruang tamu yang luas. Dirinya terasa seperti menjadi tumpuan mereka. Tapi Canna hanya tersenyum tanpa menegur. Dia berasa malu pula. Dengan langkah kaki laju, dia segera bergerak menuju ke muka pintu besar. Tetapi saat dia melalui jalan dihadapan mereka, gegendang telinganya terdengar sesuatu dari mulut-mulut wanita itu.

           "Tak sangka tuan muda dah pandai bawa perempuan ke sini, kan? Hebatlah gadis ni.. walaupun tak cantik, tapi dapat tawan hati tuan muda bengis tu."

Langkah kaki Canna hampir terhenti tapi ia tetap melangkah! Tali beg sandang dicengkam kuat. Ingin dipandangnya dua wanita itu tapi dia menguatkan semangat untuk tidak menoleh.

           "Ahh.. mungkin gadis ni mainan tidur saja.. sebab semalam Philip hantar dia ke bilik tetamu, bukannya ke bilik tuan muda. Saya pun hairan juga. Takkanlah.. tuan muda dah berubah? Dia kan tak suka sentuh orang lain? Tengok gadis ni, rambut berserabai. Muka pucat, pemakaian pun biasa sangat. Peliklah citarasa tuan muda ni."

           Penampilan Canna dikritik lagi. Dirinya dipandang serong, padahal dia tidak pernah pun menyangka akan dibawa ke sini! Mahu saja dia membidas tanggapan mereka, tapi dia tetap meneruskan langkah keluar dari rumah agam itu! Setelah berhasil keluar dari kediaman Tuan Muda Edgar, tiada lagi kedengaran suara ataupun ayat-ayat menyakitkan yang datang dari dalam. Canna mengeluh panjang. Adakalanya dia berasa amat sesal kerana sanggup menjadi kuli Tuan Muda Edgar.

          Ketika berada di perkarangan rumah, kelihatan si pemandu kereta melambai-lambai ke arahnya. Nampaknya lelaki itu ingin bicarakan sesuatu. Fikir Canna.

           "Cik Canna, silakan masuk. Saya hantar cik pulang.." sapa Philip beserta pelawaannya.

Canna tersentak. Senyum segannya muncul.

           "Eh, tak apalah. Saya boleh naik teksi. Terima kasih saja.."

            "Ini arahan tuan muda, cik. Kalau saya tak lakukannya, saya akan dibuang kerja.. dia cuma nak saya tahu jalan pulang ke rumah awak." Balas Philip lagi. Ketara sekali kegusaran di wajahnya.

            "Err.. kenapa pula dia nak tahu?" Tanya Canna.

            "Sebab lain kali kalau ada apa-apa terjadi pada awak, senang saya hantar pulang. Semalam kami cuba kejutkan awak dari pengsan sebab nak tanya alamat, tapi lain pula yang terjadi." Sambung Philip.

Perasaan malu menyerang Canna apabila hal yang tidak disedarinya semalam diungkit semula. Keningnya meninggi.

            "Haha.. maaflah. Saya tak ingat.. apa sebenarnya yang saya dah buat?" Soalnya ingin tahu.

             "Apa kata cik masuk ke dalam kereta dulu. Saya ceritakan dalam perjalanan nanti. Kalau tuan muda nampak kita berbual macam ni tentu dia melalak lagi." Mata Philip asyik memandang pintu rumah agam risau Tuan Muda Edgar keluar secara tiba-tiba.

Canna tidak mahu gara-gara menolak pelawaan itu, Philip pula dibuang kerja. Terpaksalah si gadis akur. Semasa dalam perjalanan pulang, Philip seringkali tergelak sakan. Ia membuatkan Canna ingin tahu apa sebenarnya yang telah terjadi.

           "Boleh saya tahu apa yang saya lakukan semalam? Teruk sangat ke?"

Philip menahan tawa kemudian memulakan cerita sambil tangannya mengawal stereng kereta.

           "Maaf sebab ketawa. Tapi peristiwa semalam tu buat saya geli hati. Awak tahu tak, itulah kali pertama saya tengok tuan muda pegang seseorang."

Canna lantas memandangnya. Bulu tengkuknya meremang, dadanya panas bukan bermakna marah. Tapi cemas!

           "Pe.. pegang? Siapa yang dipegangnya?" Tanya si gadis yang terlupa kejadian semalam.

           "Awaklah, siapa lagi? Haha.. bukan setakat pegang, tapi angkat. Dia gendong awak dari dalam restoran sampailah ke luar. Tak sangka betul lah.." sambung Philip lagi.

Perasaan seram sejuk mulai mengganggu sanubari si gadis! Acap kali dia cuba mengimbas kembali apa yang telah berlaku, akhirnya barulah dia mengingati serba sedikit kejadian itu. Rupanya semalam dia bukannya bermimpi disentuh Tuan Muda Edgar! Tentu lelaki itu berendam dalam cecair sanitizer selepas menyentuhnya. Canna mencengkam jari jemari sambil mengetap bibir. Tapi telinganya masih terbuka luas mendengar keterangan sahih dari mulut Philip.

            "Satu lagi yang buat saya nak pecah perut. Semasa awak pengsan dalam kereta, dia asyik menjerit pada telinga awak, tapi awak tak sedar-sedarkan diri juga. Termasuklah saya sendiri tapi semua tak berhasil. Lepas tu, tuan muda ketuk kepala awak guna beg, barulah awak tersedar. Tapi awak buka kasut dan terus humban mukanya. Haha.. hebat betul. Pertama kali dalam sejarah peristiwa tu berlaku. Padan muka dia sebab dihumban, haha.."

Canna membisu seketika.. Patutlah Tuan Muda Edgar berang sekali melihatnya tadi serta dicemuh.

           "Tapi kenapa pula dia bawa saya ke rumah besarnya?" Soalan ini diajukan serta merta kepada Philip.

           "Sebenarnya semalam dia nak saya hantar awak ke hotel saja, tapi entahlah. Tiba-tiba dia berubah fikiran nak bawa awak balik ke rumahnya tu. Mungkin sebab risaukan keadaan awak yang mabuk. Lagipun dia ni agak famous dikalangan bangsawan, sebab tu dia tak nak timbulkan kontroversi. Dia berhabisan sembunyikan awak dari mata orang-orang semalam. Kalau lepas ni ada berita tentang awak dan dia di mana-mana media, awak buat-buat tak tahu sajalah, ya? Biasalah orang kaya ada nama.. pergi ke mana-mana atau bersama siapa pun mesti dijadikan bahan berita. Dia tu jenis yang tak suka menjadi perhatian orang ramai." Ulasan Philip membuka mata Canna.

Si gadis diam sejenak tapi selepas itu dia ajukan soalan lagi.

          "Terkenal sangatkah dia ni? Yang saya tahu, ayahnya saja yang dikenali ramai."

           "Hanya golongan bangsawan saja yang mengenali siapa Tuan Muda Edgar. Kebanyakan orang macam kita ni tak tahu siapa dia. Kalau bukan sebab ayahnya, tentu tak ada sesiapa mengenali tuan muda." Ujar Philip.

Canna menganggukkan kepala tanda faham. Selepas beberapa minit menyusuri jalan raya sambil berbual, terdetik hati Canna ingin melawat abangnya di penjara. Rindu sememangnya telahpun terbuku di hati sejak peristiwa tempoh hari.

            "Err.. boleh tak turunkan saya di bandar saja? Saya nak beli sesuatu." Canna enggan memberitahukan hal yang sebenar.

            "Oh? Sudah tentu. Saya boleh tunggu awak selesai beli barang, lepas tu hantar awak pulang." Pantas Philip menjawab.

Canna seraya menggelengkan kepala.

            "Eh, tak apalah. Saya boleh tumpang teksi saja nanti. Awak baliklah ke rumah agam tuan muda."

            "Betulkah ni, cik Canna? Tapi macam mana kalau tuan muda tanya tentang alamat rumah awak? Matilah saya nanti." Philip menggaru dahi.

Canna segera menulis alamatnya pada sekeping kertas lalu diserahkan kepada Philip. Ia bertulis alamat tempat tinggalnya.

             "Awak tunjukkan saja kertas ni padanya. Terima kasih sebab tumpangkan saya sampai di sini."

Lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu enggan bertanya lagi ataupun mendesak Canna dari terus menumpangnya. Pasti Canna ada perkara penting yang perlu dilakukan di bandar, fikir Philip. Kereta mewah yang bukan miliknya itu segera dihentikan pada bahu jalan di pertengahan kota raya atas permintaan Canna.

            "Hati-hati ya cik Canna." Philip melontar pesanan ringkas.

            "Baik.. terima kasih sekali lagi." Balas Canna beserta senyuman.

Hilang saja kenderaan itu dari pandangan matanya, Canna lantas menahan sebuah teksi yang sedang meluncur agak perlahan di atas jalan raya. Destinasi sebenar yang ingin ditujunya ialah penjara, iaitu 'kediaman' kedua Caleb.

__________

            Sudah seminggu tidak bersua muka, akhirnya Canna bertemu semula dengan si abang. Akan tetapi, mereka tidak mampu berbicara secara berhadapan. Cermin tebal kalis peluru memisahkan antara mereka. Tatkala Canna merenung abangnya yang berada di dalam, hatinya sebak. Wajah Caleb kelihatan kusam tidak seperti sebelum ini. Kepalanya dibotakkan, berbaju seragam warga penjenayah amat menyakitkan hati dan menyentuh perasaan. Hampir pecah tangki air matanya melihat situasi abangnya tapi ia cuba ditahan dari mengalir. Pasti Caleb akan bertambah sesal jikalau air mata itu terlihat. Kerana rindu, mereka serentak mencapai gagang telefon yang digunakan untuk berbicara antara pelawat dan banduan. Ketika ini Caleb tampak malu berhadapan adiknya bila merasakan keadaan diri amat teruk sekali. Namun, dia sebenarnya sangat gembira kerana si adik sudi datang menjenguknya.

         "Hai Caleb.. awak apa khabar?" Canna memulakan bicara. Keluhan nafasnya cuba dikawal.

Abangnya tersenyum lalu menundukkan kepala. Malu bila ditatap oleh sepasang mata yang pilu. Gagang telefon dicengkam kuat pada tangan. Mengapa Canna menyoalnya sebegitu sedangkan dia yang seharusnya bertanya mengenai keadaan adiknya? Beberapa saat kemudian barulah Caleb menyahut soalan biasa yang sangat bermakna itu.

           "Hai.. saya sihat. Awak pula apa khabar..? Kenapa awak nampak kurus sangat?" Perasaan bimbang wujud tatkala sosok tubuh adiknya tampak susut dari sebelum ini. Wajahnya pula tidak seceria dahulu.

           "Haha.. saya macam awak juga, sihat. Saya kan memang kurus dari dulu? Mungkin sebab kita dah lama tak berjumpa. Sorry sebab jarang jenguk awak.. saya dah mula bekerja. Pasal tu lah selalu tak ada masa ke sini.." jawab Canna.

Mendengar saja perkataan 'bekerja', si abang mulai tidak keruan. Posisi duduk dibetulkan, makin rapat wajahnya pada cermin dengan kening mengerut tajam.

            "Kerja? Awak kerja sebagai apa? Jadi hamba majikan tak guna tu? Canna, saya tak nak awak dibuli! Forget about me and live your life. I'll come back soon. Saya akan berkelakuan baik supaya dikeluarkan awal dari tempat ni. Faham?" Hujahnya.

Canna memalsukan gelak kecil. Adakah patut dia merahsiakan hal sebenarnya? Mungkin ya.

             "Awak ni terlalu risaukan sayalah.. sebenarnya saya bukan bekerja dengan orang tu. Tapi dengan auntie Bella. As her waitress." Canna berbohong dengan wajah serius.

Kedengaran jelas keluhan nafas si abang dari dalam corong telefon. Wanita itu adalah pemilik restoran kecil yang selalu Caleb dan Canna kunjungi. Adakah abangnya mempercayai kata bohong Canna? Hampir seminit dia menyepikan diri, tiba-tiba..

               "M.. maafkan saya, Canna. Sepatutnya sayalah yang tanggung dan jaga awak.. i'm so stupid and useless!"

Suara garau bercampur tangis ini menyesakkan pernafasan si adik. Lensa matanya beralih arah ke permukaan meja enggan menatap wajah abangnya yang sedang menangis. Tidak semena-mena, pasti Canna turut terikut menangis sama.

          "Tolong berhenti salahkan diri, Caleb. Anggaplah apa yang terjadi ni sebagai pengajaran buat awak. Lepas awak keluar suatu hari nanti, saya harap awak tak ulang benda yang sama lagi.. dan janganlah menangis. Kita sama-sama kuatkan hati." Pujuk si adik.

Caleb mengesat air mata lelakinya lalu membalas senyuman Canna. Ayat-ayat pujukan tadi berjaya menenangkan hatinya sedikit. Tidak mahu terus bersedih, Caleb lantas menukar topik perbualan.

            "Erm.. macam mana dengan kulit awak? Ada tak awak datang ke pusat kesihatan tu?"

Canna tersentak kecil.

             "Oh, kulit saya dah semakin baik. Ya, saya ada hadiri temujanji hari tu. Doktor kata saya kena makan ubat tu setiap hari. Tapi buat sementara ni.. mungkin saya tak akan ke sana." Jujur jawapan si adik.

              "Kenapa pula?" Tanya Caleb.

              "Hm.. kos perubatan dan rawatan mahal sangat.. saya tak mampu bayar bil tu. Lagipun keadaan saya sekarang masih ok. Tujuan saya bekerja cuma nak kumpul duit untuk bebaskan awak. Saya tak kisah pasal kulit ni.."

Caleb bertambah gusar mendengar ulasan Canna yang terpaksa membanting tulang demi membebaskan dirinya. Jari jemari mengusap kepala botaknya seiring dengusan keras.

              "Tak payah kumpul duit. 5 tahun tu tak lama pun. Kadang-kadang awak kena pentingkan diri sendiri, Canna. Jangan disebabkan orang lain awak sanggup buat apa saja." Suaranya tegas membantah keputusan adiknya.

               "Tapi awak abang saya. Macam mana saya nak biarkan? Saya tak nak kita berbalah pasal benda ni lagi dan saya memang dah buat keputusan nak kumpul duit untuk awak. Satu lagi yang awak perlu ingat. Awak.. bukan orang lain.."  bergetar bibir Canna saat ini.

Abangnya mengeluh dan mengeluh lagi. Tidak kiralah berapa banyak kali dia merayu agar Canna menghentikan niat murninya, tapi dia tetap keras kepala.

                "Maafkan saya kalau tak dapat jenguk awak sekerap yang mungkin.." sambung Canna.

               "Saya tak kisah pun kalau awak tak datang sampai 5 tahun." Caleb segera menyahut padahal dia amat bimbangkan Canna dan mahu si adik melawatnya selalu.

Canna tersengih. Sebenarnya dia tahu Caleb sengaja berkata seperti itu.

                "Ok. Kalau itu yang awak nak.." belum sempat Canna menghabiskan ayat, Caleb lantas memintas.

                "Sekurang-kurangnya 3 kali sebulan!"

Kedengaran suara Canna tergelak dibalik corong telefon. Caleb menahan malu. Pipinya ketara kemerahan bak buah epal.

                "Haha.. saya janji akan datang walau sesibuk mana pun." Kata Canna. Senyuman yang terpapar ikhlas di wajahnya menunjukkan dia tidak berbohong.

Tiba-tiba pegawai penjara yang mengawal keadaan di dalam menegur Caleb.

             "Time's out! Get up and go back to your cell!" Kasar dan lantang suaranya.

Caleb mengetap bibir. Canna yang tadi tergelak bertukar hambar. Sedar tak sedar, rupanya masa melawat sudahpun tamat. Alangkah bagus jikalau sesi lawatan dipanjangkan sekurang-kurangnya 1 jam? Si adik berharap. Apakan daya, undang-undang penjara harus dituruti. Sebelum Caleb mengangkat punggung dari kerusi, dia memesan sesuatu pada Canna.

              "It's time for me to go.. please be careful outside. Don't trust people.. and take care of yourself. One more thing.. visit me at least once or twice a month, ok?" Berkaca anak mata lelaki itu ketika menatap adiknya di sebalik cermin tebal.

Canna mencengkam gagang telefon sekuat hati menahan dari mengeluarkan suara tangisannya.

             "I.. I promise.." jawabnya sendu.

Belum sempat Caleb mengucapkan kata selamat tinggal, gagang telefon dirembat dari tangannya lalu dia digari semula. Tubuh Caleb ditolak kasar kerana dia enggan berjalan laju. Kepalanya asyik berpaling ke belakang sambil bibirnya membicarakan sesuatu yang tidak Canna dengari..

             "Bye, Canna.."

Apabila kelibat Caleb tidak lagi kelihatan, Canna meletakkan semula gagang telefon pada tempatnya lalu bangkit dari kerusi pelawat. Waktu inilah air matanya mengalir deras umpama hujan yang turun lebat membasahi wajah bumi. Dia menepuk-nepuk dadanya perlahan kerana terlalu sedih dan sakit hati..

_________

              Sementara itu di rumah agam milik Tuan Muda Edgar..

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering semasa dia sedang sibuk melayan filem dalam talian pada kaca skrin komputer riba di atas katil mewahnya. Nama pemanggil yang tertera pada telefon bimbit ialah ayahnya. Ia adalah panggilan video. Akibat terkejut, Tuan Muda Edgar bingkas bangun lalu menutup separuh mukanya menggunakan selimut. Yang kelihatan hanyalah sepasang mata cantik sang jejaka bangsawan.

            "Hi dad. What's up?" Sambut Tuan Muda Edgar. Kamera hadapan telefon bimbit sengaja dialih ke sana sini supaya wajahnya tidak kelihatan.

            "Hm.. hai. Ayah saja call sebab nak tanya khabar." Tuan Besar Norme mengerut kening tajam bila melihat gelagat anak lelakinya berkelakuan pelik.

             "Oh.. haha. Saya sihat, syarikat pun ok tak ada masalah." Balas Tuan Muda Edgar.

              "Baguslah. Tapi boleh tak fokuskan kamera tu pada muka awak saja? Peninglah ayah tengok goyang sana goyang sini. Awak sedang buat apa tu? Berselimut pula." Komen ayahnya.

Tuan Muda Edgar menggaru kepala. Langsung tidak dijawabnya pertanyaan tadi. Ia menimbulkan kesangsian pada Tuan Besar Norme.

             "Is there's someone.. with you right now? Well.. if you're busy. I won't bother.."

             "Hell no! Ugh..!" Melenting pula Tuan Muda Edgar apabila disangka berteman di situ.

              "Jadi kenapa awak asyik sembunyikan muka? Awak buat ayah curiga tau." Sambung Tuan Besar Norme lagi.

Akhirnya Tuan Muda Edgar memfokuskan kamera pada mukanya tetapi balutan selimut masih menutup separuh wajah dari hidung ke mulut. Ayahnya menggaru dahi melihat perangai Tuan Muda Edgar. Tidak pernah dia kelihatan gusar sebegini.

              "What happen with your face?Tuan Besar Norme sengaja menyoal.

Anaknya mengeluh kecil lalu menjawab beserta soalan mengelak dari terus ditanya mengenai wajahnya.

               "Hmm.. Nothing. Ada apa ayah call ni?"

               "Sebenarnya ayah ada hal penting nak cakap. Sebentar tadi Encik Roland hubungi ayah berkenaan projek iklan gabungan rakan-rakan ayah tu. Mereka kata, mereka puas hati dan tak sabar iklan tu disiarkan di kaca televisyen. Kalau boleh ia mesti dilaksanakan secepat yang mungkin." Ujar si ayah.

                "Ohh.. pasal tu. Ya, saya memang nak projek tu dibuat secepat yang mungkin. Tapi saya nak cari lokasi yang sesuai untuk buat penggambaran." Balas Tuan Muda Edgar.

Ayahnya tersengih kecil.

                 "Rome, Itali." Jawabnya pantas.

Terbeliak anak mata Tuan Muda Edgar kerana lokasi telah pun dipilih tanpa berbincang terlebih dahulu. Dia seraya membantah.

                 "Jauhnya? Kenapa pula di sana? Ayah ni sesuka hati saja buat keputusan sedangkan saya yang menguruskan syarikat tu. Hm.. saya tak setuju."

Tuan Besar Norme mengerut kening tajam.

                 "Awak ingat ayah tak ada hak dalam syarikat tu? Ia masih bernaung atas nama ayah. Awak cuma tolong uruskan. Lagipun lokasi tu atas permintaan dan persetujuan rakan-rakan ayah. Kita tak boleh bantah. Kalau tidak, tentu mereka akan batalkan kontrak ni. Siapa yang rugi? Kita kan?" Bebelnya.

                "Huh.. mengada-ngada betul lah kawan ayah tu semua. Memandai saja buat keputusan. Kenapa tak bincang saja semalam semasa perjumpaan? Leceh betul! Sepatutnya syarikat yang kena pilih lokasi, bukan klien!" Keluh si anak.
           
                "Kenapa awak tak boleh terima pendapat orang lain, Edgar? Kenapa asyik nak ikut rentak sendiri? Sekali sekala awak kena ubah sikap tu. Jangan asyik nak menang. This is just beginning. Banyak lagi benda yang awak kena belajar dalam dunia pengiklanan ni. Faham? Lagipun ayah sendiri dah bersetuju sebab produk-produk mereka tu berjenama. Kalau boleh, ia harus dilakonkan di tempat yang cantik, mewah tetapi bercirikan klasik moden, bukan di dalam studio." Panjang lebar ulasan Tuan Besar Norme.

Malas mendengar hujahan lanjut ayahnya, Tuan Muda Edgar segera memintas.

             "Ok, ok! Saya setuju. Puas hati? Bila mereka nak start?"

              "Lusa. Bawa cik Canna sekali." Sahut ayahnya.

Tuan Muda Edgar tergelak sinis apabila nama si gadis yang dianggapnya dungu disebut.

               "Her? Why should I bring her along? Saya cuma perlu bawa orang-orang produksi syarikat, bukannya dia. She knows nothing." Dia merendahkan Canna walhal semalam gadis itulah yang telah berjaya membuatkan rakan-rakan ayahnya tertarik untuk bekerjasama.

Sedikit kemarahan muncul dalam hati sang ayah. Dia berdengus keras di balik layar kaca skrin telefon bimbit.

                "Awak patut ucapkan terima kasih padanya, bukan mengecam. Dia diberi pujian tinggi oleh rakan-rakan ayah sebab layanan baik serta kebijaksanaannya. Dan ingat, dia pembantu awak di dalam syarikat. Layanlah dia macam kawan, bukannya orang gaji. Kalau bukan kerana cik Canna, ayah rasa kontrak tu tak akan berjaya. Hm.. ayah tahu yang awak suka pijak kepalanya, kan? Awak tak boleh macam tu, Edgar. Rendahkanlah diri tu sikit." Kata Tuan Besar Norme.

Dia amat menitikberatkan keselesaan dalam bekerja. Kalau boleh Tuan Besar Norme ingin anaknya bersikap peramah dan menganggap Canna dan warga The Vin's Advertisement Company sebagai kawan baik. Tuan Muda Edgar menggaru dahi runsing memikirkan hal itu. Tanpa sengaja, selimut yang menutup separuh mukanya terselak menampakkan lebam pada hidungnya.

             "Eh, kenapa dengan hidung awak tu?" Tuan Besar Norme lantas bertanya. Topik serta merta bertukar.

Tuan Muda Edgar tersentak lalu menarik semula selimutnya. Dia tampak terpinga-pinga.

             "Heii.. tak ada apalah. Ok, saya akan bawa perempuan tu nanti. Perbincangan dah selesai, kan? Saya nak sambung tidur." Tuan Muda Edgar berbohong kerana ingin mengelak dari membahaskan topik mengenai hidungnya tapi si ayah berkeras mahu mendengar jawapan tentang soalannya tadi.

Ia kerana Tuan Muda Edgar tidak pernah cedera sejak dari kecil lagi. Ini membuatkan ayahnya risau.

             "Jawab soalan ayah, Edgar. Awak bergaduh ke? Dengan siapa? Sebab apa? Tak pernah ayah tengok awak menggelabah macam ni, apatah lagi lebam atau luka di kulit awak."

Padamulanya Tuan Muda Edgar ingin menamatkan saja panggilan video itu, tetapi dia sedang berhadapan dengan seorang ayah yang prihatin. Tuan Besar Norme menjaganya dengan baik dan berhati-hati sejak kecil lagi tanpa ada sedikit pun kecederaan pada badannya. Sudah tentulah si ayah berasa risau melihat hidung lebam Tuan Muda Edgar yang sebelum ini tidak pernah terjadi. Setelah beberapa saat membisu, akhirnya Tuan Muda Edgar menyahut soalan tadi seiring nada keluhan panas hati.

             "Hmm.. saya dihumban kasut.."

Hampir ayahnya tergelak tapi suara cuba dikawal dari tersembul keluar. Perasaan lucunya bercampur bimbang. Perkara ini amat mengejutkan si orang tua.

              "What? Shoe? Who did it?"

Tuan Muda Edgar menggosok kasar rambutnya seakan-akan malu memberitahukan siapa yang berani melakukan hal itu kepadanya. Tetapi dia terpaksa bercakap jujur pada ayahnya sendiri.

              "That girl.." suaranya perlahan malas menyebut nama Canna.

               "Canna?? Hahaha..!"

Lantang sungguh tawa Tuan Besar Norme bila dapat mengagak gadis itu adalah Canna setelah Tuan Muda Edgar mengangguk kecil mengiyakan jawapannya.

                "Ah! Dia menyusahkan! Kejadian semalam adalah perkara paling malang pernah saya alami! She's dumb! Sebab tu saya tak nak bawa dia ke Itali! Entah apa pula kejadian di situ nanti. Tentu macam monyet masuk bandar, jakun!" Cemuh si anak.

Tuan Besar Norme menggelengkan kepala.

            "Ayah tak sangka pula dia berani buat macam tu pada awak. Boleh ayah tahu kenapa awak dihumban? Mesti awak buli dia, kan? Jangan pula disebabkan hal tu, awak pecat dia." Tuan Besar Norme bernada serius selepas ketawa.

           "Saya hampir nak pecat, tapi dia sebenarnya tak sengaja dan saya tak buli pun. She's drunk last night and didn't remember anything. Semuanya disebabkan kawan-kawan ayah ajak minum wain. Ayah kan tahu saya tak pandai minum minuman keras? Jadi saya suruhlah Canna menjadi wakil. Sampailah waktu pulang, saya tumpangkan dia sebab mabuk teruk. Tapi saya tak tahu di mana rumahnya, jadi saya dan Philip cuba bertanya. Heii.. lain pula yang terjadi." Tuan Muda Edgar menerangkan segalanya.

Geli hati ayahnya bila mendengar cerita semalam. Itu adalah kali pertama anak lelakinya dicederakan seseorang.

            "Ayah rasa dia sangat sesuai jadi pembantu awak. Dalam diam, dia sebenarnya berani. Sebab tu awak kena selalu beringat.. jangan disangka air yang tenang tiada buaya, haha." Usik Tuan Besar Norme.

Anaknya tersengih benci.

            "Hei, malaslah nak cakap pasal benda ni. Menyakitkan hati betul! Sekarang saya pula terpaksa bercuti sebab lebam ni!" Marahnya.

             "Hm.. apa-apa pun, Canna sebahagian orang penting dalam syarikat. Jangan singkirkan dia.. ok? Ini permintaan ayah." Kata Tuan Besar Norme.

             "Sebab? Ayah minat dengannya ke?" Si anak ketawa kecil.

              "Ya, berminat dengan menantu perempuan macam dia." Gurau si ayah pula.

Ketawa kecil Tuan Muda Edgar sepi semula. Gurauan ayahnya tidak menepati citarasanya langsung.

             "Mungkin, tapi bukan dia. Ayah jangan nak ubah tajuk pula. Saya tak berminat dengan.." belum habis Tuan Muda Edgar berbicara, ayahnya terus memotong.

               "Jodoh di tangan Tuhan, Edgar. Sesiapa pun pilihan awak suatu hari nanti, ayah akan sentiasa restui. Tapi.. buatlah pilihan yang tepat. Jangan jadi macam ayah dan mama awak.."

Ketara kekesalan pada wajah Tuan Besar Norme ketika ini. Matanya tidak lagi memandang kamera telefon bimbit, malah ia dialihkan ke arah lain. Tuan Muda Edgar pula diam membisu apabila teringat semula tentang ibu kandungnya yang sudah bertahun-tahun meninggalkan mereka. Sedih, sakit hati. Inilah perkataan yang menggambarkan raut wajah dua beranak ini sekarang.

             "Erm.. ayah berehatlah.. jangan lagi fikir hal yang dah lalu. Esok saya akan adakan meeting dengan staff produksi tentang projek rakan-rakan ayah tu. Saya akan dengar cakap ayah pergi ke Itali.. bersama Canna seperti yang ayah inginkan." Kata Tuan Muda Edgar.

Orang tua yang kelihatan sedang duduk bersandar pada tilamnya tersenyum manis pada si anak. Kadang batuknya terjadi disebabkan masalah pernafasan. Tuan Muda Edgar khuatir akan keadaan ayahnya tetapi tidak mahu menunjukkan perasaan itu. Dia risau ayahnya bertambah sedih jikalau Tuan Muda Edgar menunjukkan reaksi ataupun perasaan bimbang dihadapan ayahnya.

            "Baguslah. Kalau ada apa-apa masalah, jangan lupa maklumkan pada ayah. And for your info, Tuan Loise akan sediakan penginapan, pengangkutan serta kemudahan lain termasuk makan minum kamu di sana. Kamu akan membuat penggambaran iklan dan menginap di hotelnya sepanjang kamu bekerja sehingga selesai. Kalau ada apa-apa permintaan lain, awak hubungi saja dia. Ok? Jaga diri baik-baik di negara orang.. jangan sombong. Tak pasal-pasal, orang Itali bencikan awak pula." pesan ayahnya.

Tuan Muda Edgar menganggukkan kepala menurut perintah.

            "Alright.. I'll call you after I arrived. Take care too.. bye," singkat jawapan anak lelakinya.

              "Bye," sahut Tuan Besar Norme dan panggilan video pun ditamatkan begitu saja.

Tuan Muda Edgar mengeluh panjang atas katilnya sambil memikirkan kerja yang akan berlangsung pada lusa hadapan di Itali. Bukannya dia tidak pernah ke sana, tetapi kali ini atas dasar kerja. Terdahulu, dia hanya datang melancong. Fikirannya berbalik pada si gadis kecil molek berbaju tebal pula. Dia tersengih sinis lalu bercakap seorang diri.

           "Menantu? Hah! Merepek sajalah ayah ni. Hm.. Canna, baju awak tu rasanya sesuai dipakai di Itali, haha.."

Sepantas kilat telefon bimbitnya dicapai semula. Canna terus dihubunginya. Beberapa saat kemudian kedengara suara halus menyahut panggilan itu.

📞 "Hello, tuan muda.."

📞 "Hei Canna, esok datang ke pejabat. Ada hal penting nak dibincangkan dengan pihak produksi." Tanpa membalas sapaan Canna, Tuan Muda Edgar terus menyatakan hal tersebut.

📞 "Esok? Bukankah esok hari Ahad..?" Tanya Canna.

📞 "Hoi, jangan bertanya boleh tak!? Kalau saya kata turun kerja, awak kena ikut cakap! Kenapa? Ada masalah ke? Kalau tak dapat datang, cakap! Saya boleh gantikan awak dengan orang lain! Bengap betul lah awak ni!" Lelaki ini terus melenting.

Canna hanya menyoal pertanyaan ringkas, bukannya membantah arahan itu. Barangkali dia sedang dilanda sakit hati pada ketika ini.

📞 "Baiklah.. saya akan datang.." halus jawapannya tanpa membalas panjang lebar.

📞 "Jam 8 pagi!" Jerit Tuan Muda Edgar lalu menekan butang merah pada kaca skrin menamatkan panggilan singkat itu.

Prap!

Telefon bimbitnya seraya dibaling pada dasar tilam. Ia dijeling bagaikan benda itu adalah Canna.

          "Tiap kali bercakap dengan awak, panas pula hati saya. Heii.." keluhnya sambil mengusap batang hidung yang lebam.

Dan.. kesinambungan bahagian seterusnya akan datang lagi.. 😌







*
*
*
✍ July- 25 October 2020.

P/s sory baru dapat update. Hehehe.. 😅

             

            

     

          

           

         

Continue Reading