Touch (On Going)

By vongraceijien

13.4K 945 371

I'jien Gracevon@copyright protected ©2020/2021 Genre : Romance, Drama Language : Malay, English, Italian 🧥 C... More

🤝
Opening..
one
two
three
four
five
six
seven
eight
nine
ten
eleven
thirteen
fourteen
fifteen
sixteen
seventeen
eighteen
nineteen
twenty
twenty-one
twenty-two
twenty-three
twenty-four
twenty-five

twelve

534 35 19
By vongraceijien


            Canna sudah tidak dapat mengawal tangisnya. Air matanya berderai tatkala sedang menunggu teksi di atas bahu jalan. Pengalaman pahit yang baru terjadi tadi menghantui mindanya. Ayat-ayat yang diutarakan padanya masih terngiang-ngiang di corong telinga. Ia sungguh pedas!

          "Caleb.. kalaulah awak tak lakukan benda tu.. saya tak akan jadi macam ni.." rasa kesal terhadap si abang tercetus tanpa sedar.

________

             Selesai membuat pemeriksaan ke atas tubuhnya, Canna berhadapan pula dengan doktor pakar. Hasil keputusan pemeriksaan kulitnya agak meruntun jiwa.

           "Hm.. kulit awak masih belum sihat Cik Canna. Nampaknya ia semakin membesar.. awak tentu berpeluh banyak, kan?" Doktor itu sudah dapat menangkap punca kulit Canna semakin teruk.

Si gadis menganggukkan kepala bermaksud benar.

           "Ok.. tapi tak apa. Ubat yang abang awak pesan hari tu dah sampai. Ini dia.." kata doktor itu sambil menghulurkan botol kecil berisi pil berwarna putih dalamnya.

Canna menghembus nafas lega sekali apabila benda itu benar-benar wujud.

           "Terima kasih doktor.." ucapnya.

            "Ubat ni perlu dimakan sebiji saja dalam sehari. Tak boleh skip. Saya harap ia berkesan pada tubuh awak.. kalau ada apa-apa masalah alahan, awak terus datang ke sini berjumpa saya. Ok?" Sambung doktor itu lagi.

             "Baik.." sahut Canna.

              "Eh, abang awak tak datang hari ni? Atau dia tunggu di luar?" Soalan mengenai keberadaan Caleb amat merunsingkan fikiran Canna.

              "Oh, abang saya tak dapat datang. Dia outstation.." entah berapa kalikah Canna harus menipu orang sekelilingnya.

             "Patutlah.. tapi jangan lupa datang dua minggu kemudian, ya? Sebab saya nak tengok kulit awak hasil dari pengunaan ubat ni." Kata si doktor lagi.

              "Ok.. thanks a lot, doctor.." ucap Canna.

Semasa dia ingin membuat pembayaran di kaunter farmasi, wang yang dipinjamnya dari Tuan Muda Edgar terus dikeluarkan bersama dompetnya. Saat dia mengira wang kertas itu, hatinya terkejut! Ia melebihi 400 Dolar! Terbeliak mata si gadis memandang kertas bernilai itu!

              "500..??"

              "Cik, ini bil untuk ubat baru yang cik pesan.. dan yang ni pula bil pemeriksaan.." tegur pembantu farmasi padanya.

Kertas kecil yang dipanggil bil itu terus dibaca oleh Canna. Nombor-nombor yang tertera atas kertas itu membuatkan mulutnya ternganga! Ia amatlah mahal berbanding sebelum ini! Kecut perut dibuatnya! Tapi nasib baiklah dia masih mempunyai wang saku sendiri dan menambah wang pinjamannya tadi untuk membayar bil-bil itu. Selesai saja urusannya di sana, Canna terus berganjak pergi.

Mengapa hidupnya harus sesulit ini? Kalau diikutkan hati, dia tidak ingin ke sana! Tapi dia tidak mahu menyusahkan doktor yang telah berusaha mendapatkan ubat untuknya itu. Caleb telah berjanji akan membeli ubat mujarab tersebut darinya. Lantas, Canna tidak mahu nama abangnya buruk jika memungkiri janji. Tapi ini mungkin akan menjadi kali yang terakhir Canna ke situ..

________

           Jam berdetik sesaat demi sesaat.. seminit lagi jam akan menunjukkan pukul 11 pagi. Canna berada dalam kegelisahan semasa berdiri di dalam lif. Nasibnya baik kerana lalu lintas jalanraya tidak sesak tadi. Tapi bibirnya menggumam berharap lif itu bergerak lebih pantas ke tingkat lima.

Ting..

Ia terhenti! Dengan gerakan pantas, Canna meluru keluar dan berlari masuk ke dalam pejabatnya!

Krakk..

Ketika dia membuka pintu pejabat miliknya, Canna amat terkejut sekali apabila terlihat sosok tubuh Tuan Muda Edgar berdiri tegak di dalam berhadapan muka pintu masuk! Canna terkaku!

          "You're on time.." sapanya.

          "Err.." Canna bingung mengapa lelaki itu ada di sini? Adakah dia sengaja menunggu dan mencari kesalahan Canna lagi?

           "Masuk. Ada perkara saya nak cakap." Kata Tuan Muda Edgar.

Daun pintu ditutup rapat lalu Canna melangkah masuk ke dalam. Keringatnya membasahi dahi semasa berhadapan lelaki itu.

           "Ya, tuan muda.. ada apa-apa kerja yang perlu saya lakukan?" Tanya Canna.

           "Memang ada. Tapi bukan sekarang. Tadi ayah saya call, dia kata rakan bisnesnya nak berjumpa petang ni untuk berbincang tentang projek iklan. Tapi ayah saya tak sihat nak bersua muka dengan mereka. Jadi, dia arahkan saya menjadi wakil. Awak kena ikut sama, sebab awak kan tahu pasal pengiklanan?" Ulasnya.

Canna tersentak!

             "Err.. tapi tuan muda.."

             "Tiada tapi-tapi! Awak mesti ikut juga!" Seperti biasa, lelaki itu akan mengaum.

Apa yang perlu Canna lakukan? Terpaksalah dia menurut segala arahan si tuan muda.

              "Follow me after work!" Dia menyambung lagi.

Tanpa mendengar alasan Canna, si pemuda bangsawan segera keluar dari bilik pejabat itu. Canna dibelenggu rasa tidak sedap hati. Bertemu dengan para usahawan? Ia menyebabkan dia gelisah dan takut! Bagaimanakah cara mereka berbincang? Ataupun berbual? Jikalau mereka melihat dirinya seperti ini, tentu mereka akan memerlinya. Fikir si gadis. Tapi dia tidak boleh melarikan diri mahupun bersembunyi dari tugasnya. Dia pasti akan hilang pekerjaan jika menolak.

_________

         Mentari senja mulai terbenam. Selepas waktu bekerja, Canna mengekori Tuan Muda Edgar dari belakang menuju ke kereta mewahnya. Dari kejauhan matanya terpandang seorang pemandu yang sedang menanti orang kaya itu. Pakaiannya kemas dan bersih. Canna terpegun melihat kenderaan berwarna hitam mewah berkilat terparkir di hadapan bangunan syarikat.

          "Silakan masuk tuan muda," ucap pemandu bernama Philip sambil membuka pintu untuknya.

Si jejaka kaya tidak menyahut tapi badannya terus disumbat masuk ke dalam perut kereta. Canna terpinga-pinga apabila pintu kereta ditutup sebelum dirinya masuk.

          "Eh?"

Tuan Muda Edgar membuka ruang cermin tingkap lalu berkata..

         "Duduk di depan. Saya tak selesa duduk dengan awak di sini."

Cermin ditutup semula. Philip tersenyum kambing saja.

          "Silakan masuk cik," katanya lalu bergegas ke pintu sebelah dan membukanya untuk Canna.

           "Err.. terima kasih." Balas si gadis.

           "Hoi, jangan pula awak berlagak nanti. Ingat, awak tu orang bawahan saya saja." Perli Tuan Muda Edgar yang berada di belakang.

Canna mengetap kelopak bibir tanda geram tapi dia langsung tidak menjawabnya. Setelah itu barulah kereta tersebut bergerak menyusuri jalan raya.

__________

         Mereka tiba di sebuah restoran mewah yang hanya dikunjungi para bangsawan serta golongan elit termasuklah artis. Tempat itu khusus untuk orang-orang berduit sahaja. Suasananya menggetarkan jiwa Canna yang baru pertama kali menjejakkan kaki di situ. Dilihatnya sekeliling restoran.. semua pelanggannya berpakaian formal. Tidak ada seorang pun menyarungkan baju sepertinya. Canna menjadi segan pula. Kepalanya menunduk tatkala mengiringi Tuan Muda Edgar dari belakang. Seorang pelayan menghampiri mereka berdua lalu mempelawa mereka masuk ke dalam restoran bahagian VVIP.

        Terdapat beberapa buah bilik ruangan khas untuk mereka yang ingin bersuasana tenang dan tidak bising. Apabila mereka dijemput masuk ke dalam, Canna menjadi teramat takut sekali! 3 orang lelaki berusia berbaju kot kemas duduk atas bangku mewah masing-masing di sebuah meja bulat dan besar yang dihiasi bunga ros di tengah-tengahny. Mereka serentak memandang Tuan Muda Edgar.

           "Hai Edgar Vin.. how are you boy? Jemputlah duduk.. ayah awak macam mana sekarang? Ok?" Salah seorang dari ahli usahawan itu bertanyakan khabar yang bernama Tuan Loise.

Tuan Muda Edgar seraya duduk di bangku selepas Canna membersihkan benda itu dengan tisu basah bersanitasi. Lelaki berumur itu semua bangkit dan menghulurkan tangan untuk menyalam, tapi si pemuda bangsawan memberi isyarat sopan yang dia tidak mahu berjabat tangan. Kesemua mereka saling berpandangan apabila melihat sikap anak Tuan Besar Norme.

            "Maaf.. saya tak biasa bersalaman. Terima kasih sebab menjemput.. saya ok, tapi ayah saya belum sihat sepenuhnya. Sebab tulah saya jadi wakil dia di sini." Kata Tuan Muda Edgar.

Canna tidak mengambil tempat duduknya, malah dia berdiri jauh sedikit dari meja itu seperti seorang pengawal peribadi. Sesekali dia dipandang oleh para usahawan itu semua. Canna lantas menundukkan kepala. Telinganya pula mendengar segala perbualan.

          "Oh.. tak apa. Ayah awak dah maklumkan kepada kami tadi. Saya dengar awak memiliki beberapa buah hotel. Sekarang uruskan syarikat legasi ayah awak pula. Boleh tahan juga awak ya? Muda-muda lagi dah maju.." puji salah seorang lagi.

Tuan Muda Edgar tergelak bangga.

           "Haha.. biasalah.. saya tak suka duduk goyang kaki di rumah harapkan duit orang tua saja. Erm.. tapi kalau boleh, saya nak perbincangan kita diteruskan sekarang." Ulas Tuan Muda Edgar berayat angkuh. Ketara sekali dia tidak selesa bertemu dengan orang-orang tua itu semua dan ingin perjumpaan itu segera selesai.

           "Oh, awak nak cepatkah ni? Atau ada urusan lain?" Tanya sahabat baik bapanya.

           "Em.. tak juga. Tapi kalau boleh saya nak berbincang terus. Kedatangan saya bukan nak makan di sini." Jawabnya lagi secara berterus terang.

Mereka bertiga agak tersentap. Tapi perbincangan itu lantas diteruskan tanpa memesan makanan terlebih dahulu.

            "Baiklah, biar saya mulakan. Sebenarnya saya nak buat satu iklan produk minyak wangi. Tapi saya tak tahu macam mana proses pengiklanan dan tak ada idea kreatif untuk menarik pelanggan. Saya harap awak boleh berikan pendapat. " Kata seorang usahawan bernama Encik Roland.

Ianya disambung lagi oleh seorang lagi rakan Tuan Besar Norme iaitu Tuan Loise yang juga seorang usahawan hotel.

            "Saya pula nak promosikan hotel yang baru siap dibina di Itali. Saya dan Encik Roland sudah berpakat nak buat satu iklan tapi berkonsepkan minyak wangi dan hotel. Kata lainnya, bergabung dalam satu iklan. Sebab minyak wanginya berjenama, hotel saya pula bertaraf 5 bintang. Rasanya kombinasi dua iklan ni sangat padan."

Tuan Muda Edgar menggaru dahi. Tiada langsung idea tercetus dari mindanya. Yang dia tahu cuma menguruskan hotel dan duit, bukannya memberi idea. Kemudian Canna dipanggil ke hadapan.

          "Canna, can you give your opinion about this?"

           "Ha?" Dia terpinga-pinga.

Mata-mata para usahawan itu semua tertumpu padanya ketika ini.

           "Awak kan tahu macam mana kerja tu? Bagilah pendapat dan idea yang bernas supaya mereka tertarik dengan syarikat kita." Tambah Tuan Muda Edgar secara berbisik.

Padamulanya Canna berasa amat gentar. Tapi secara tiba-tiba saja otaknya berfungsi dengan baik. Idea tercetus begitu saja. Dengan jari jemari bersentuhan dan badan berdiri tegak, dia pun memulakan perbicaraan.

           "Erm.. hai semua.. oleh sebab Tuan Muda Edgar masih baru dalam syarikat The Vin's, saya sebagai pembantunya ingin kemukakan idea bagi pihaknya.."

Tiga orang usahawan itu tersenyum padanya. Mereka tidak mencelah, malah ingin mendengar lebih lanjut ulasan Canna.

           "Pada pendapat saya.. rakaman semasa membuat iklan tu mestilah mengikut kriteria jenama minyak wangi. Ia mesti dilakonkan di dalam setiap ruang hotel tu juga. Model penting untuk meragakan produk serta mempromosikannya. Err.. rasanya pelakon terkenal lebih sesuai untuk mempamerkan iklan minyak wangi dan hotel tu.. sebab mereka ada personaliti dan daya tarikan serta ramai peminat. Sudah pasti penggemar minyak wangi dan para pelancong akan tertarik bila artis terkenal tu muncul di kaca tv." Canna berasa amat cemas! Adakah idea dan pendapatnya itu terlalu biasa?

Tuan Muda Edgar hanya diam membisu. Jari telunjuknya mengusik bibir bawah sambil merenung Canna dari sisi.

             "Saya suka pendapat dan idea awak. Ia boleh diguna pakai. Oh ya, siapa nama awak?" Gadis itu dipuji dan ditanya.

Belum sempat Canna menyahutnya, Tuan Muda Edgar terus bersuara bagi pihaknya.

             "Her name is Canna Mercury.."

Kepala si gadis seraya menoleh ke arah Tuan Muda Edgar!

              "Oh, Cik Canna rupanya? Nama awak cantik dan jarang saya dengari. Orangnya pun sedap mata memandang.." sekali lagi Canna dipuji oleh Tuan Mith yang kelihatan berusia dari dua orang rakannya.

Dia tersipu malu.. Bila dipuji sebegitu, sekurang-kurangnya bertambah semangatnya untuk terus bekerja. Tuan Muda Edgar tersengih sinis.

           "Sila teruskan perbincangan tadi.." sampuknya.

            "Haha.. janganlah tergesa-gesa, Edgar.. malam masih panjang. Lagipun kita kan cuma berbincang? Tapi saya suka pendapat gadis ni. Kalau boleh saya nak dengar lebih lagi." Kata Encik Roland. Mata kecilnya merenung Canna dari atas kepala sampailah ke bawah kaki.

            "I'm a bit different than my father, Mr. Roland. He's your bussiness mates, but i am just his son. I prefer we talk straight about the advertising topics. Not about this.. girl." Balas Tuan Muda Edgar sambil jarinya menunjuk Canna.

Mungkin lelaki ini tidak biasa berbicara dengan orang yang lebih tua darinya. Apatah lagi mengenai topik projeķ iklan yang baru dibincangkan.

            "Lucunya awak, Edgar. Dulu sewaktu awak kecil, awak seorang yang ceria dan suka berkawan. Petah bercakap pula tu. Tapi bila dah besar.. wah.. banyak perubahan berlaku pada diri awak. Kami bertiga dan Norme bersahabat baik sejak di sekolah menengah sampailah sekarang. Saya faham awak tentu rasa janggal berbual dengan kami sebab tak seusia awak, betul tak? Tapi tak baik layan orang tua macam ni.. apatah lagi layan seorang pembantu macam orang gaji. Sepatutnya awak pelawa Cik Canna duduk di bangku sebab dia tu perempuan.." Tuan Loise menyindir halus.

Tuan Muda Edgar terpanah mendengar baris perkataan terakhir dari mulut Tuan Loise! Mata lelaki tua itu pula asyik menumpukan perhatian pada si gadis!

          "Tapi dia orang bawahan saya, tuan. Kenapa pula saya kena ajak dia duduk di sini?" Balas Tuan Muda Edgar.

           "Haha.. sebab baru saja tadi dia wakil suara awak. Tak salah dia duduk dengan kita. Lagipun cik Canna kan pembantu awak?" Jawab orang tua elegan itu lagi.

            "Ya, betul apa Loise kata tu. Cik Canna, jemputlah duduk." Encik Roland menyokong dari tepi.

Canna seraya menundukkan kepala kerana segan.

             "Sambil kita berbincang, apa kata kita minum wain dulu? Tentu tekak awak rasa kering, kan?" Sambung salah seorang lagi.

Disebabkan tidak mahu difikir sombong, Tuan Muda Edgar menyuruh Canna mengambil tempatnya di sebuah bangku kosong bersebelahan Encik Roland.

             "Canna, duduk."

             "Err.." gadis itu terbantut kata.

             "Duduk.." seru Tuan Muda Edgar lagi. Suaranya kecil tapi ia berbunyi tegas.

Canna segera melabuhkan punggungnya.

             "Maafkan saya tuan-tuan semua.. saya tak pandai minum wain berasaskan arak. Kalau wain biasa bolehlah.." Kata Tuan Muda Edgar secara jujur kepada mereka bertiga.

              "Ah, biar betul? Saya tak percayalah.. haha.." balas Tuan Loise berbaur mengejek.

Pemuda itu tersengih.

               "Haha.. pelik bukan? Saya memang tak suka sentuh minuman beralkohol. Tapi.. pembantu saya ni akan menjadi wakil bagi pihak saya." Tambahnya.

Canna terkilan! Adakah patut Tuan Muda Edgar menjadikannya orang suruhan meminum arak?

                "Tu.. tuan muda, saya tak pandai minum arak.." Canna memberanikan diri.

Senyum sengih Tuan Muda Edgar hilang begitu saja! Lalu dipandangnya Canna yang tampak gerun.

             "Mari kejap," katanya kemudian bangkit dari kerusi dan menjauhi meja makan bulat itu beberapa meter diekori Canna dari belakang.

             "Awak kena minum dengan mereka untuk saya. Tiada alasan! Kalau awak tolak permintaan ni, esok awak jangan datang ke pejabat lagi!" Nada suaranya mengugut perlahan.

             "Tapi.." Canna ingin menjawab tapi dicelah.

             "Awak nak teruskan bekerja atau dibuang? Sekarang ni waktu awak bertugas. Kalau awak sudi jadi wakil saya, duit yang awak pinjam tadi dikira langsai. Gaji awak bulan ni juga tak akan diganggu. Anggaplah cara ni awak bayar balik pinjaman yang awak buat tu. Setuju?" Ulas Tuan Muda Edgar memancing si gadis untuk menurut perintahnya.

Canna terkaku seketika. Tetapi bila difikirkan, kata-kata lelaki ini ada kebaikan juga. Gajinya akan kekal tidak dipotong, malah duit yang dipinjam tadi langsai dengan hanya minum arak bersama orang-orang tua kaya itu.

Tenungan si tuan muda pula berbaur meminta simpati yang hanya dibuat-buat saja. Fikiran Canna bercelaru! Tapi duit yang dipinjamnya tadi agak banyak. Jika dia tidak lakukan apa yang dipinta Tuan Muda Edgar, pasti dia akan kehilangan pekerjaan ini. Wang yang ingin dikumpul untuk menjamin abangnya juga pasti tidak akan kesampaian.

          "Mahu atau.." sekali lagi Tuan Muda Edgar menyeru.

           "Baiklah. Sa.. saya akan minum bersama mereka.." Akhirnya Canna menyerah kalah hanya kerana mahu mempertahankan pekerjaannya!

Pemuda ini tersenyum kambing menandakan dia puas hati. Canna umpama seekor kerbau yang diikat tali pada hidungnya lalu dipaksa dijadikan hamba membajak tanah!

Mereka balik semula ke bangku masing-masing selepas berbincang singkat. Gemuruh menemani hati sang gadis sunti yang tidak pernah menyentuh arak mahupun datang ke tempat sebegini. Buat yang pertama kalinya demi Caleb.. dia rela berkorban apa saja! Inilah kehidupan sosialis elit di sebalik tabir.. berstatuskan kekayaan dan kuasa, mereka hanya perlu taburkan duit untuk memiliki segalanya. Rasuah.. ini tidak pernah lari dari kehidupan mereka. Walaupun sekadar meminum minuman beralkohol, tetapi Canna tidak pernah berniat untuk mencemarkan tubuhnya dengan air syaitan itu! Dia terpaksa..

_________

           Tegukan demi tegukan arak wain mahal ke dalam mulut, satu jam telah pun berlalu selepas berbincang lanjut mengenai projek para usahawan itu. Canna mulai berasa tidak selesa pada perut dan kerongkongnya. Pipinya kemerah-merahan, lidah dan mulutnya sudah tidak boleh menerima kehadiran wain beralkohol yang sering diajukan padanya sejak tadi. Rasa mual pada tekak ditahannya saja. Tuan Muda Edgar cuma berpeluk tubuh atas bangkunya memerhatikan gelagat si gadis begitu juga para usahawan itu.

           "Cik Canna, awak ok? Siapa yang akan hantar awak balik nanti?" Tanya Encik Roland.

Ketika ini dia sengaja menarik rapat bangkunya di samping Canna. Tuan Muda Edgar masih tetap di posisinya menonton kelakuan si tua itu. Namun, Canna tidak membalas soalan tadi akibat ketidakselesaan diri. Kepalanya asyik menunduk sambil mengetap erat kelopak mata.

          "Edgar, dia ni belum berkahwin, kan? Haha.." soalan itu diajukan kepada si pemuda bangsawan.

           "Hm.. Of course she's single." Selamba Tuan Muda Edgar menyahut walhal dia sudah dapat membaca fikiran Encik Roland rakan baik bapanya.

           "Erm.. nice. Perbincangan kita tadi nampaknya dah tamat. Semua pun dah setuju dengan projek tu, kan? Oleh sebab Cik Canna ni bujang.. apa kata saya hantar dia balik? Ada juga teman saya berbual sepanjang perjalanan nanti.. hehe.." ulas Encik Roland lagi.

Panas telinga Tuan Muda Edgar mendengar ayatnya! Kata-kata itu berbaur nafsu si tua!

           "Ya, semuanya dah settle. Hal berkaitan kerja jangan campur adukkan dengan benda lain, Encik Roland. Dia pekerja saya dan saya kena bertanggungjawab atas keselamatannya. Saya yang bawa dia ke sini dan saya juga yang akan hantar dia balik. Awak tak perlulah susahkan diri." Jawabnya.

            "Tapi dia dah mabuk ni, tak boleh berjalan lurus. Lagipun awak tentu tak suka sentuh orang sembarangan, kan? Tak mungkin awak akan papah dia nanti, haha.." Encik Roland menyindir. Sifat Tuan Muda Edgar yang tidak suka menyentuh dan takutkan kuman sudah lama diketahuinya.

Tuan Loise dan Mith tertawa kecil di sudut bangku. Perangai miang kawan mereka yang seorang ini sudah dikenali sejak dahulu lagi dan dia tidak pernah berubah. Tuan Muda Edgar bingkas bangun dari duduknya apabila tangan berkerut itu mula menyentuh bahu Canna! Gadis itu cuba mengelak tatkala bahunya terasa hangat tetapi tenaganya lemah!

            "Kan saya kata saya yang hantar dia balik? Encik Roland, tak baik ambil kesempatan padanya. Apatah lagi ketika dia mabuk macam ni. Maafkan saya sebab berkasar bahasa, tapi saya tak nak pekerja saya jalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki. Kecuali dia sendiri membuat pilihan tu." Panjang lebar ulasannya.

Encik Roland seraya menurunkan semula tangan panasnya lalu memandang sinis ke tepi. Mulutnya bisu tanpa kata.

          "Sa.. saya balik dulu.. terima kasih tuan-tuan.." tiba-tiba Canna bersuara seiring tubuhnya bangkit dari bangku secara perlahan-lahan.

Sebenarnya dia telah mendengar perbualan mereka sejak tadi lagi, tapi mulutnya tidak berkuasa menjawab ataupun menyampuk. Tanpa memandang mereka semua, dia berjalan menuju ke muka pintu dalam keadaan pening terhuyung-hayang.

           "Good night, everyone. See you soon.." pantas Tuan Muda Edgar berucap lalu mengejar Canna dari belakang.

Langkah kaki si gadis tidak selincah selalu. Dia tahu dirinya sedang dirasuk alkohol. Tapi dia berusaha melawan arus air arak dalam darahnya yang kian merebak!

            "Hoi, berhenti." Tuan Muda Edgar mengarah dari belakang. Canna langsung tidak menyahut malah kakinya masih bergerak sambil tangan menyentuh dinding.

             "I said stop moving!" Jerkah lelaki itu lagi.

Tangannya pantas menyeluk telefon bimbit dari saku kotnya lalu menghubungi si pemandu kereta untuk menjemput Canna.

            "Canna, Philip akan datang sebentar lagi! Kami hantar awak balik!" Sambung Tuan Muda Edgar.

             "T.. tak apalah.. saya.. boleh balik sendiri.." kecil suara Canna menjawabnya. Urat-urat kepalanya berdenyut-denyut, sakit menyerang!

Tuan Muda Edgar berdengus geram! Akibat risau gadis itu balik seorang diri dalam keadaan mabuk, dia terus berlari menghampirinya lalu menerkam tubuh Canna!

           "Erk..!?" Gadis itu terkesima!

Tubuhnya terasa bagai dilambung, pinggangnya dicengkam begitu juga pahanya! Canna umpama sedang bermimpi! Kelopak matanya semakin tertutup, wajah si pemuda bangsawan kelihatan kabur pada pandangannya dari sisi. Canna dalam keadaan separa sedar akibat mabuk. Tapi dia masih cuba menolak dari diangkat keluar.

            "Le.. lepaskan saya.. tuan muda.." Canna menjerit nyaring semasa digendong sehingga ke muka pintu keluar restoran mewah itu.

Philip si pemandu yang baru sahaja keluar dari kenderaan mewah milik majikannya terpinga-pinga. Wajah bengis si tuan muda amat menggerunkan hati! Tuan Muda Edgar berlari tergesa-gesa ke kenderaannya kerana risau mata-mata akan terlihat dirinya mengendong seorang gadis. Pasti ia akan menjadi bahan berita hangat nanti!

          "Where have you been!?" Philip terus ditengking.

           "Maaf tuan muda.. tadi saya ke tandas.." tersekat-sekat jawapan Philip.

           "Ahh..! Bodoh! Nah, angkat perempuan ni! Haih..! Menyusahkan!" Balas Tuan Muda Edgar lalu menurunkan Canna dari gendongannya.

Philip tangkas menangkap tubuh kecil tidak bertenaga itu dari terjatuh. Tapi pada waktu ini juga Canna pitam tidak sedarkan diri. Philip bertambah panik!

          "Tuan muda.. dia pengsan.."

          "What!? Damn! Put her in the car now!" Kata Tuan Muda Edgar lagi.

Tanpa berlengah, dia segera masuk terlebih dahulu ke dalam perut kereta agar tidak dilihat sesiapa. Canna pula disumbat masuk ke bangku hadapan. Setelah itu, Philip segera memandu kereta tersebut meninggalkan kawasan restoran mewah.

__________

            Sakit kepala menyerang Canna pada waktu pagi yang cerah kesan dari wain yang diminumnya semalam. Setelah semalaman dibuai tidur yang lena, akhirnya dia tersedar dari tidurnya. Cahaya mentari pagi yang memancar masuk ke dalam bilik menyilaukan matanya. Haruman segar yang tidak pernah dihidunya menggamit rasa selesa.. tapi apabila dia membuka luas matanya, jantungnya bagaikan meletup! Canna bukan berada di dalam biliknya sendiri, tetapi di sebuah bilik asing!

          "Huh!?"

Dia terus melompat dari atas katil akibat terkejut! Matanya meliar memandang persekitaran bilik luas, kemas dan serba mewah itu dengan perasaan cemas!

           "Sa.. saya di mana ni..!?"












*
*
*
✍ 21 & 22 July 2020.

Continue Reading