THE TWO PRINCE AND THE PRINCE...

Por asterhyzells_

344K 15K 2.5K

[FANTASY ROMANCE + ACTION] [COMPLETE] Tiada apa-apa yang berubah setelah kematian Harrash kecuali kehidupan M... Mais

BAB 01
BAB 02
BAB 03
BAB 04
BAB 05
BAB 06
BAB 07
BAB 08
BAB 09
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73: ENDING
SPECIAL CHAPTER 01
SPECIAL CHAPTER 02
SPECIAL CHAPTER 03
SPECIAL CHAPTER 04: ENDING
NEW STORY!

BAB 32

4.3K 213 68
Por asterhyzells_

Aarash terduduk lemah di atas kerusi. Wajah ummi yang dikasihinya dipandang penuh sebak. Kenapa satu demi satu insan yang disayanginya hendak meninggalkan dia?

"Racun apa yang perempuan tu bagi dekat ummi, Uncle?"soal Aarash tanpa menoleh memandang wajah Zack. Matanya masih memandang wajah Maira yang tidak sedarkan diri.

"Uncle pun tak tahu. Tadi sebelum ummi Rash minum air tu, Uncle dah suruh perempuan tu minum dulu. Tak ada apa-apa terjadi pun pada dia. Tapi bila ummi Rash minum, jadi macam ini pula."jelas Zack. Dia turut bersedih melihat Maira yang terbaring tidak menyedarkan diri seperti itu. Sepatutnya dia lebih berhati-hati.

"Uncle ada cedera dekat mana-mana?"soal Aarash lagi. Wajah Zack yang dianggap sebagai bapa saudaranya sendiri itu dipandang. Dia cukup mengenali kelima-lima pengawal peribadi Maira kerana sejak kecil lagi mereka berlima melindungi keluarganya.

"Tak ada. Irfan, kau jaga Ratu sekejap. Aku nak telefon Mike."arah Zack. Irfan hanya menurut dan berjaga di sebelah Maira.

"Bersabar ya Rash. Dah makan belum ni?"soal Irfan prihatin.

"Dah tadi. Uncle duduklah, Rash nak cari Haziq sekejap."pamit Aarash. Dia terus beredar dari situ menuju ke bilik kerja Haziq. Punggung dilabuhkan di atas kerusi sebaik sahaja masuk.

"Kau kenapa muka sedih je? Lyza marahkan kau ke?"soal Haziq dengan dahi berkerut.

"Bukan, tapi ummi aku. Ummi aku dekat luar Ziq. Dia tenat sebab kena racun dekat seseorang tadi."ujar Aarash sebak. Setitik air matanya jatuh ke pipi.

"Astaghfirullah al azim."mengucap Haziq. Terkejut dia mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Aarash.

"Kenapa Dia nak tarik semua orang yang aku sayang Ziq? Baba aku pun Dia tarik semasa aku perlukan kasih sayang dia."ujar Aarash sebak. Air matanya tidak henti-henti mengalir.

"Semua yang terjadi ni mesti ada hikmahnya. Tabah ya."kata Haziq. Bahu sahabatnya itu digosok memberi kekuatan. Mendengar ketukan di pintu, Haziq menoleh memandang ke arah pintu.

"Siapa dekat luar?"soal Haziq.

"Lyza. Ellyza Izziana."balas Ellyza dari luar.

"Aku tinggalkan kau dengan isteri kau dalam ni. Aku keluar dulu."ujar Haziq. Dia terus keluar dari bilik. Ellyza dipelawanya masuk.

"Abang?"panggil Ellyza. Wajah suaminya yang menunduk itu dipegang lalu diangkat. Air mata yang tersisa di pipi disekanya lembut. Aarash terus memeluk pinggang Ellyza dengan wajah yang disembamkan pada perut Ellyza. Ellyza hanya membiarkan Aarash melepaskan tangisannya sehingga dia bertenang sendiri.

Jujur dia tidak pandai memujuk. Dia sendiri juga turut bersedih melihat Maira jadi seperti itu. Melihat diri Aarash seperti ini, lagilah dia sedih. Tidak boleh dibayangkan jika dia yang berada di tempat Aarash. Berat sekali dugaan yang dihadapi oleh suaminya.

"Lyza tak pandai pujuk, tapi abang kena kuat. Ummi mesti tak suka tengok abang lemah macam ni. Tak apa kalau abang nak menangis. Nak luahkan dekat Lyza pun boleh, tapi nanti ya? Alex cakap ummi dah sedar. Jom kita pergi tengok dia."ujar Ellyza.

"Ummi dah sedar?"soal Aarash. Ellyza hanya mengangguk kecil.

"Okey jom kita pergi tengok."Aarash sudah berdiri ingin keluar. Laju Ellyza menghalang.

"Sekurang-kurangnya basuhlah muka tu. Sembab sangat. Sedih ummi tengok nanti."ujar Ellyza. Aarash hanya menurut. Usai sahaja membasuh muka, dia terus berjalan menghampiri Maira dengan senyuman di bibir.

"Ummi."Aarash memeluk Maira seketika. Sempat dia melabuhkan ciuman di pipi ummi tersayang.

"Ya sayang? Hmm lepas ni abang kena jaga kakak dengan adik tau?"Maira menggosok lembut belakang badan Aarash.

"Abang tak nak. Abang nak ummi jaga. Siapa nak masakan bubur untuk kami bertiga nanti? Abang tak nak rasa bubur daripada air tangan orang lain."ujar Aarash.

"Ya ummi jaga. Macam baba jaga kita selama ni. Nanti Lyza tolong masakan. Ummi dah ajar dia tau? Jangan kecewakan dia. Nanti ummi merajuk dengan abang. Ummi nak lepas ni abang jaga kakak dengan adik. Dan permintaan terakhir ummi, bagi jantung ummi kepada kakak."ujar Maira.

"No! Abang tak akan bagi jantung ummi kepada kakak. Kakak pun mesti tak nak tau? Tolonglah ummi... Rash akan cuba cari penawarnya."kata Aarash. Jikalau dia memberikan jantung Maira kepada Airish, sudah semestinya Maira akan meninggal dunia.

"Rash..."luluh kedengaran Sarah memanggil dirinya. Dapat dilihat Sarah juga sedang menangis sambil memegang satu sampul putih.

"Racun tu tak ada siapa yang tahu penawarnya. Kalau ada pun, perempuan yang racuni ummi Rash sahaja yang tahu, tapi dia dah mati. Doktor Melda dan Profesor Ghaif tengah berusaha selidik penawar yang perempuan itu makan. Racun itu, racun Dyrenzhia. Melihatkan keadaan kau Maira, mesti racun tu pekat dan diberi dos paling tinggi."ujar Sarah.

"Kalau dah dapat tahu pun apa penawarnya, mungkin mustahil untuk hasilkan dalam masa dua hari. Ummi Rash tak dapat bertahan lama."sambung Sarah lagi. Air mata Aarash sudah tidak dapat dibendung lagi. Laju sahaja ia menuruni pipi. Nana yang berada di sebelah turut menangis dalam pelukan Shafiq. Tidak dijangka secepat itu orang yang sudah dianggap satu-satunya adik kandung sendiri bakal meninggalkannya.

"Bagi jantung ummi kepada kakak. Kalaupun ummi hidup, tak akan nak biarkan kakak mati? Kakak baru sahaja mahu merasa bahagia. Ummi selalu bahagia. Sekarang giliran kakak pula."ujar Maira. Sungguh Aarash rasa tersepit ketika ini. Di antara Airish dan Maira, siapa yang patut dipilihnya? Bingung dirinya ingin membuat keputusan.

"Mari ikut daddy."Izzuan menarik tangan Aarash menuju ke arah satu ruangan yang tiada orang.

"Kenapa Dia nak tarik semua orang yang Rash sayang daddy? Mula-mula baba, lepas tu Tok Ma. Dia juga hampir tarik kakak, daddy. Sekarang ini ummi pula. Rash tersepit. Rash takut daddy."luah Aarash. Teruk dia menangis di hadapan Izzuan.

"Dia tarik mesti bersebab. Kalau itu permintaan ummi, relakan sahaja Rash. Mungkin baba sudah menunggu ummi di atas sana. Cuba Rash fikir betul-betul keadaan ummi dan kakak. Kalau kakak tak jalankan pembedahan tu, kakak akan mati. Ummi pun akan mati sebab tak ada penawar. Lebih baik selamatkan yang mana boleh daripada dua-dua tiada. Cuba buat keputusan yang baik Rash."ujar Izzuan. Air mata di pipi Aarash disekanya.

"Tapi Rash takut daddy. Macam mana dengan adik dan kakak? Mereka mesti sedih nanti. Aarash tak dapat nak bayangkan macam mana hidup kami bertiga tanpa ummi nanti."

"Ummi seorang yang kuat bukan? Dia kuat membesarkan kau orang bertiga tanpa baba. Kau orang bertiga pun mesti kuat tau?"ujar Izzuan lagi memberikan kata-kata semangat.

"Boleh daddy buat keputusan untuk Rash? Rash tak dapat fikir kali ini daddy."pinta Aarash. Mindanya terasa kosong saat ini.

"Boleh. Ikut permintaan ummi."kata Izzuan.

"Maaf mencelah. Tapi macam mana kalau jantung Ratu Maira sendiri pun sudah terkena racun itu? Bukan ke bahaya juga untuk Puteri Airish?"soal Haziq sekadar menduga.

"Kena atau tidak, itu belakang cerita. Rasanya sempat untuk Doktor Melda dan Profesor Ghaif cari tahu penawarnya. Itu pun kalau mereka dapat kesan. Kalau tidak susah penawar itu dihasilkan, maka Puteri Airish akan selamat. Itu kalau jantung Ratu Maira turut terkena racun tu. Yang pastinya kalau terkena sekali pun, ia sedikit sahaja."ujar Sarah.

"Nanti Aunty tolong pembedahan tu dan kau orang berdua juga kena tolong sebagai pembantu utama."sambung Sarah lagi seraya memandang Alex dan Haziq.

"Dah pergi jumpa ummi. Pembedahan tu buat esok. Mungkin tak sempat untuk tunggu lusa."ujar Izzuan.

"Okey."balas Aarash sepatah. Dia berjalan menuju ke arah Maira dengan perasaan sebak yang memenuhi ruang hati, namun bibirnya tetap dipaksa melakar satu senyuman tipis.

"Ummi sakit ke ummi? Kesian ummi. Nanti ummi makan ubat tau? Ryyan bosan tidur tanpa ummi. Tak ada orang nak dodoikan."ujar Aryyan yang berbaring di sebelah Maira. Tangannya memeluk erat pinggang Maira.

"Iya ummi makan. Ryyan jangan nakal-nakal nanti tau? Dengar cakap abang dengan kakak."kepala anaknya itu diusap penuh kasih. Dia turut sedih untuk meninggalkan anak-anaknya, namun dia juga tidak mampu menghalang aturan yang ditetapkan oleh dia.

"Okey ummi. Ryyan sayang ummi banyak-banyak. Sayang baba juga."ucap Aryyan.

"Ya, ummi sayang Ryyan juga."balas Maira.

"Ummi, abang letak ummi dalam wad sekali dengan kakak ya? Luangkanlah masa dengan kakak juga."ujar Aarash.

"Ya, tapi jangan bagitahu lagi yang ummi kena racun dan pasal ummi nak dermakan jantung tu. Ummi tak nak kakak sedih malam ini. Bagitahu dia lepas dia sihat."kata Maira.

"Baik ummi. Rash jadualkan pembedahan tu esok petang ya?"balas Aarash. Maira hanya mengangguk kecil dengan senyuman di bibir. Aarash terus memberikan isyarat kepada beberapa orang jururawat untuk memulakan kerja mereka. Maira terus dimasukkan ke dalam wad Airish.

Airish yang terganggu dengan bunyi mencelikkan matanya. Berkerut dahinya melihat wadnya dipenuhi oleh orang. Matanya terpaku pada wajah yang amat dikenalinya. Tidak semena-mena air matanya jatuh berjuraian. Dia sudah mula berfikiran negatif. Betullah perasaan tidak sedap hatinya tiga jam yang lepas itu menandakan sesuatu akan terjadi.

"Kakak, kenapa kakak menangis ni?"soal Maira. Air mata Airish disekanya.

"Kenapa dengan ummi? Ummi sakit?"soal Airish dengan sendu tangisannya. Pantang betul melihat Maira jatuh sakit.

"Ummi kemalangan kecil je. Tak payah risaulah."ujar Maira ingin menyedapkan hati Airish.

"Kakak sedihlah tengok ummi sakit. Jangan sakit lagi ummi."kata Airish. Maira hanya mengangguk dengan senyuman lebar.

•••

Maira memeluk Airish erat manakala Aryyan pula memeluk Maira dari belakang. Aarash hanya duduk di atas kerusi di sebelah Aryyan sambil merenung cahaya bulan yang terpancar di sebalik pintu gelangsar wad mewah itu.

"Nanti kalau ada apa-apa terjadi dekat ummi, kalau kamu bertiga rindukan ummi, tengoklah bintang. Lepas tu sedekahkan al-fatihah."ujar Maira tiba-tiba memecahkan kesenyapan di dalam bilik itu.

"Kenapa ummi cakap macam tu? Jangan buat kakak takut. Kakak tak sukalah macam ni. Tu cara yang ummi ajar bila rindukan baba."kata Airish.

"Hmm nanti kakak tahulah."balas Maira.

"Nanti Ryyan baca banyak-banyak. Ryyan pandai tau?"ujar Aryyan bersungguh-sungguh.

"Pandai anak ummi. Jangan tinggal solat tau?"kata Maira. Aryyan di belakang hanya mengangguk kecil tanda faham.

"Abang jadi seorang Raja yang baik nanti. Tak tahu tanya daddy atau mana-mana Uncle atau Aunty. Jaga kakak dengan adik baik-baik."ujar Maira.

"Baik ummi."balas Aarash.

Malam sudah berlalu. Aarash semakin berdebar dengan keputusannya. Terasa kosong otaknya ketika ini. Semua benda yang dibuatnya serba tidak kena. Nasib baik sahaja Fina lekas membetulkan yang dia buat.

"Rash, bertenang okey? Jangan macam ni. Tak elok tahu? Bertenang. Istighfar banyak-banyak. Tak pun pergi rehat dulu sekejap."ujar Sarah. Aarash hanya mengangguk kecil lalu membuat apa yang disuruh oleh Sarah. Fina dan jururawat lain sudah naik kesian melihat keadaan Aarash. Di mana doktor yang selalu ceria dahulu?

"Dah-dah jom. Dah nak mula ni. Rash kena tukar baju tu. Pergi bersedia."kata Sarah.

"Aku akan rindukan kau nanti. Kau lah sahabat dan adik aku yang aku paling sayangi."ujar Nana dengan tangisannya. Badan Maira dipeluknya erat bagaikan tidak mahu lepas.

"Aku sayang kau orang semua. Sayang kau juga Nana. Jangan lupakan aku tau?"kata Maira. Air mata Nana disekanya.

"Kirim salam aku dekat Harrash nanti."ujar Idham. Maira hanya mengangguk mengiyakan.

"Selamat tinggal ummi. Ryyan sayang ummi."Aryyan di sisi Maira melambaikan tangan dengan senyuman lebar.

"Ye sayang. Ummi sayang Ryyan juga"balas Maira dengan senyuman dibibir. Mata teralih pula ke arah katil Airish yang baru ditolak ke tepinya.

"Ummi..."panggil Airish sebelum dia mula terlelap akibat ubat yang diberi. Perkara terakhir yang dilihatnya adalah senyuman Maira. Pasti perit sekali rasa sakit kehilangan yang akan dialaminya sebaik sahaja mengetahui tentang umminya nanti.

"Dah boleh masuk."ujar Fina untuk menyuruh para jururawat menolak katil Maira dan Airish masuk ke dalam dewan bedah. Sebaik sahaja Maira dan Airish tiada di hadapan mata, Aryyan menumbuk dinding sekuat hati sehingga darah mengalir membasahi tangannya.

"Ryyan? Hey jangan macam ni. Bertenang. Tarik nafas... hembus. Ikut apa yang Uncle cakap tu cepat."ujar Qayyum cuba menenangkan Aryyan.

"Lepas ni Ryyan dah tak boleh tengok senyuman ummi. Ryyan bersumpah akan siat kulit orang yang bagi ummi minum racun tu."perlahan sahaja Aryyan berkata, namun masih dapat didengari oleh mereka semua. Gerun mendengar suaranya. Apa yang dicakapnya itu pasti akan dibuatnya. Air mata jernihnya laju menuruni pipi. Iris matanya yang kebiruan itu tepat menatap wajah Qayyum.

"Iya. Tapi Ryyan kena kawal kemarahan Ryyan dulu. Tengok mommy, daddy, Acik Na, Aunty, Uncle. Kesian mereka tengok Ryyan macam ni. Mari ikut Uncle pergi rawat tangan tu dulu."ujar Qayyum. Tangan Aryyan ditariknya menuju ke arah salah seorang jururawat.

Berjam-jam di dalam bilik bedah, akhirnya selesai juga pembedahan itu. Tiga kali Sarah memarahi Aarash kerana tidak fokus. Marah bukan kerana geram, tapi hendak menegur. Sedih hatinya melihat Aarash tidak tentu arah seperti itu. Aarash terduduk lemah di tepi dinding dalam dewan bedah setelah Maira dan Airish dikeluarkan dari situ.

Air matanya sekali lagi jatuh berjuraian. Sarah yang baru hendak keluar dari bilik bedah itu hanya memandang sekilas. Kaki digerakkan menuju ke arah Ellyza yang masih menunggu di ruangan menunggu.

"Lyza pergilah masuk dalam bilik bedah. Aarash perlukan Lyza sekarang ni."ujar Sarah. Ellyza hanya mengangguk kecil lalu berjalan menuju ke bilik bedah. Dia duduk mencangkung di sebelah Aarash kemudian rambut Aarash diusapnya dan badan Aarash dipeluknya.

"Abang dah buat benda yang betul. Lyza tak boleh nak halang abang bersedih, tapi jangan lama-lama. Kesian ummi nanti."ujar Ellyza.

"Abang dah bunuh ummi guna tangan abang sendiri. Abang tamatkan nyawa ummi."kata Aarash yang sudah menangis teresak-esak. Terasa mahu potong sahaja kedua-dua tangan. Rasa menyesal mula menghurung diri. Dia mahukan Maira semula. Berharap sangat agar dia dapat mengundurkan masa.

"Mana ada. Itu permintaan ummi untuk dermakan jantung dia untuk kakak. Abang selamatkan kakak. Mari bersihkan diri dulu. Abang pun kena rehat, kena makan. Nanti nak pantau kakak pula. Ingat yang abang kena jaga kakak dan Aryyan. Kalau abang lemah macam ni, macam mana dengan kakak dan Aryyan?"ujar Ellyza. Aarash hanya mengangguk kecil dan mengikuti Ellyza keluar.

•••

Nama racun atau penawar adalah rekaan sahaja.

Continuar a ler

Também vai Gostar

593K 37.4K 64
Serena memiliki hobi yang aneh, gadis itu senang menghancurkan rumah tangga orang lain. Bagi Serena, menghancurkan rumah tangga orang lain adalah sua...
599K 26.7K 50
Aduh,dia bagaikan 'hurricane' dalam hidup aku.Sudahlah datang dalam hidup aku tanpa diundang.Dulu,hidup aku tenang tanpa gangguan macam air yang tak...
3.6M 237K 76
Selama 28 tahun hidup, Rene sama sekali tidak memiliki pikiran untuk menikah apalagi sampai memiliki anak. Dia terlalu larut dengan kehidupannya yang...
6.1M 479K 57
Menceritakan tentang gadis SMA yang dijodohkan dengan CEO muda, dia adalah Queenza Xiarra Narvadez dan Erlan Davilan Lergan. Bagaimana jadinya jika...