BAB 27

4.3K 205 19
                                    

Maira menangis teresak-esak di atas kerusi menunggu. Aarash yang sedari tadi berjalan mundar-mandir di hadapan Maira mula berhenti. Dia melangkah menuju ke arah Maira lalu kedua-dua tangan Maira yang menekup wajah ditarik perlahan-lahan. Air mata Maira disekanya lembut.

"Jangan menangis ummi. Kakak mesti tak suka kalau tengok ummi menangis macam ni."pujuk Aarash. Maira terus memeluk Aarash. Wajahnya disembamkan di leher anaknya kemudian esakkannya mula kedengaran lagi sekali.

"It's okay kalau ummi sedih sangat. Nangislah. Kakak tak akan apa-apa ummi."Aarash mengusap belakang badan Maira. Dia pun turut sedih melihat umminya menangis sebegitu.

Melihatkan dua orang jururawat berlari keluar daripada bilik bedah, Aarash sudah dapat mengagak sesuatu telah berlaku. Pelukan Maira dirungkainya. Dia menahan salah seorang jururawat itu.

"Alia, apa terjadi?"soal Aarash.

"Puteri Airish kritikal. Dia hilang banyak darah. Rasanya Doktor Husna tak mampu nak kawal seorang doktor."ujar Alia cemas.

"Okay you boleh pergi. Ummi, Rash masuk tengok kakak. Ummi tunggu sini ya? Banyakkan berdoa."ujar Aarash. Mendapat anggukan daripada Maira, Aarash terus beredar dari situ. Hannif pula, sejam setelah Airish duduk di dalam bilik bedah, dia terus ke surau untuk solat.

"I akan ambil alih pembedahan ni. Fina, you jadi pembantu I."arah Aarash.

"No! I yang mulakan pembedahan ni dan I akan tamatkannya! You siapa nak masuk campur?"bentak Husna.

"I Doktor Danish dan juga Putera Aarash bakal raja Florensia. Jangan nak bertikam lidah dengan I Husna. Kalau ada apa-apa jadi dekat adik I, I pancung you siap-siap esok!"tegas Aarash. Husna terus beralih ke tepi. Terkejut dengan kenyataan Aarash.

"Jangan nak keluar lagi. I masih perlukan you dalam ni Husna."ujar Aarash dengan mata yang mulai fokus pada perut adik kembarnya yang sedang dibedah. Husna hanya mengangguk kecil menunggu apa yang akan disuruh oleh Aarash.

"Jadi, terangkan macam mana luka pisau tu."arah Aarash.

"Luka pada bahagian dada kanannya didapati ada serpihan pisau yang tersekat di dalamnya. Agak berbahaya untuk dikeluarkan dan boleh menyebabkan kematian. Dan untuk luka kedua itu, tikaman pisau hampir mengena jantungnya.

Kami juga dapati pesakit mengalami serangan jantung yang agak teruk. Jantungnya sudah pun rosak teruk dan perlu ditukar. Kalau tidak, dia berisiko tinggi untuk meninggal jika serangan jantung berlaku lagi sekali."terang Husna.

"Okay terima kasih untuk penerangan itu Doktor Husna. Kalau you nak keluar, silakan."ujar Aarash. Husna mendecit. Kakinya dihentak-hentakkan menuju ke luar. Terasa dihalau pula!

Leka Maira melayan perasaan sedih dan risaunya. Terasa nafas hangat menghembus di pipinya dan satu ciuman di pipinya, Maira menoleh. Lagi sekali tangisannya terhambur di bahu sang kekasih hati.

"Don't cry sweetheart. Percayalah Airish tu kuat seperti mana umminya yang tabah."ujar Harrash. Air mata Maira disekanya lembut cuba memujuk. Sunyi sahaja ruangan itu tanpa manusia pada pukul 3 pagi. Hanya Maira sahaja yang berada di situ. Ada orang lain sekali pun, itu cumalah jururawat yang duduk jauh di kaunter.

"Sayang tak kuat hubby. Sayang takut."kata Maira dengan sendu tangisannya. Harrash melutut di hadapan Maira lalu kedua-dua belah pipi Maira dipegangnya lembut.

"Hey sweetheart, pandang sini. Pandang hubby."arah Harrash lembut. Maira mengangkat sedikit wajahnya memandang wajah Harrash.

"Percayalah semua kesakitan ni tak lama. Semua orang layak mendapat bahagia sayang. Cuma untuk mendapatkan bahagia tu, kita kenalah bersabar. Nanti dia akan datang dengan sendirinya. Percaya pada ketentuan Dia. Semua yang diaturkan oleh Dia pasti ada hikmahnya."ujar Harrash.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang