BAB 37

4.2K 211 48
                                    

Hannif membuka pintu kereta di sebelah Airish kemudian Airish diangkatnya masuk ke dalam. Awal-awal lagi Hannif sudah mengingatkan kepada Airish agar tidak melangkah keluar sendiri. Bimbang Airish akan pening jika berjalan sendiri di luar memandangkan Airish sudah lama berkurung di dalam hospital.

"Hai kak Airish."sapa Medina ceria. Badan Airish dipeluknya erat sebaik sahaja Hannif membenarkan Airish berdiri sendiri.

"Hai. Tahniahlah sebab dah nak kahwin dengan Syahez. Itulah awal-awal orang dah kata jangan gaduh. Kan dah berjodoh."bisik Airish.

"Itu bukan jodoh kak tapi bodoh. Tak kena langsung Dina kahwin dengan Syahez."bisk Medina membalas. Mulutnya dicebikkan geram.

"Iyalah tu."Airish mengusap sedikit bahu Medina sebelum mara ke depan.

"Kakak!"teruja Aryyan. Airish dipeluknya erat melepaskan rindu walhal baru dua hari yang lepas tidak berjumpa.

"Iya? Rindunya adik."Airish mengucup pipi Aryyan sekilas.

"Rindu kakak juga."balas Aarash.

"Mana ummi?"soal Airish membuatkan semua orang terdiam. Akhirnya tibalah saat-saat yang paling mahu dielakkan oleh mereka semua. Debaran di dada kian terasa.

"Rish, apa kata Rish ikut Tok Nek pergi makan dulu. Semua orang dah sediakan makanan kegemaran Rish tau?"ujar Puan Isya ingin mengubah topik.

"Rish dah kenyang Tok Nek. Tolonglah, Rish nak jumpa ummi. Kenapa semua orang macam tak nak bagi Rish jumpa ummi je? Ada sesuatu terjadi dekat ummi ke? Kenapa Rish nampak ummi pun ikut masuk dewan pembedahan hari itu?"soal Airish bertubi-tubi. Cukuplah beberapa minggu tidak melihat kelibat ummi tersayang, tidak sanggup lagi dia menahan untuk satu minit. Ingin sekali dia memeluk tubuh itu.

Aarash melangkah setapak ke hadapan Airish kemudian badan Airish dipeluknya erat. Belakang badan Airish diusapnya lembut. Yang lain hanya mampu menunduk menekur lantai. Tidak sanggup ingin melihat dan mendengar tangisan Airish yang akan bergema di dalam istana itu.

"Dengar baik-baik apa yang abang nak cakap ni. Ummi dah tinggalkan kita semua. Dia dah tiada kakak"ujar Aarash. Airish terkedu. Dada Aarash ditolaknya menjauh daripada dirinya. Anak matanya memandang wajah Aarash dengan tangan yang sudah menggeletar, menahan sebak yang tak tertanggung di dalam diri.

"Abang bergurau ke dengan kakak? Tak lawaklah abang. Tak baik tau? Abang nak kakak mati kena serangan jantung lagi sekali ke?"soal Airish. Air mata sudah bergenang menunggu untuk jatuh ke pipi sahaja lagi.

"Hey. Apa cakap macam tu?"Aarash memeluk tubuh Airish. Tidak sanggup lagi dia mendengar perkataan mati meniti di bibir insan yang tersayang. Kematian seorang demi seorang insan yang disayangi bagaikan rasa perit yang tidak berkesudahan. Luka bagaikan tidak sembuh sehinggalah penyebab kematian itu dibalas perbuatannya.

"Ummi betul-betul dah tinggalkan kita ke abang?"soal Airish dengan sendu tangisannya. Wajah disembam pada dada Airish.

"Betul tapi ummi masih hidup di dalam hati kita semua dan juga di sini. Ummi dermakan jantung kepada kakak hari itu."ujar Aarash. Kebenaran yang diperkatakan oleh Aarash membuatkan Airish terkedu lagi sekali. Remuk sekali hatinya mendengar apa yang dikatakan oleh Aarash. Tidak tahu bagaimana lagi dia mahu mengungkapkan rasa itu.

"Tak... Abang tipu! Kenapa abang buat macam tu? Kakak dah bunuh ummi... Kakak dah bunuh ummi!"jerit Airish. Dia terduduk di atas lantai sambil mencengkam kepalanya. Dia tidak mampu menerima kebenaran. Berhari-hari dia menanti ingin pulang ke istana berjumpa dengan ummi kesayangannya. Namun hampa, hanya duka yang menyambut kepulangannya.

"Baby, kenapa cakap macam tu? Baby tak bunuh ummi."Hannif cuba memujuk.

"Betul baby. Ummi tenat, jadi dia dermakan jantung dia dekat baby."ujar Atif pula. Sarah duduk mencangkung di hadapan Airish. Kedua-dua belah tangan Airish yang masih mencengkam kepala dipegang lalu diuraikan lembut. Kepala Airish diletakkan di bahunya cuba memujuk.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang