BAB 50

4.1K 182 37
                                    

Hanis duduk bersila di atas tikar. Yasin dibuka lalu dibaca. Syahez turut melakukan benda yang sama. Bukannya dia tidak mengenali Ezar. Mereka berdua pun berkawan cuma tidak terlalu rapat. Air bunga disiram di atas tanah berbukit yang kering itu.

"Boleh aku cakap dulu tak? Aku nak pergi dekat kubur Mawar pula ni."pinta Syahez. Hanis hanya mengangguk kecil membenarkan.

"Assalamualaikum, Ezar. Aku tahu walaupun kita tak rapat sangat, kita masih kawan kan? Aku cuma nak ucapkan terima kasih sebab selalu temankan Hanis dulu. Sejujurnya, aku malu juga dekat kau sebab abaikan adik sendiri."Syahez ketawa hambar.

"Apa-apa pun, terima kasih eh. Ada masa nanti kita jumpa lagi. Dah, aku pergi dulu."pamit Syahez.

"Okey."balas Hanis sepatah. Hanis merenung kubur di hadapannya itu seketika. Jujur dia sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Ezar dan tidak hanya menganggap Ezar sebagai abang angkat. Air mata yang jatuh di pipi dilap kemudian senyuman diukir.

"Assalamualaikum abang. Lama tak jumpa. Hanis ingat abang mengelak daripada Hanis sebab Hanis merajuk dengan abang lama sangat. Hanis menyesal abang. Hanis menyesal..."Hanis mula teresak-esak. Wajahnya disembamkan pada lutut. Sukar dirinya mahu menerima kenyataan bahawa lelaki yang dicintai dalam diamnya sudah meninggal dunia.

"Hanis menyesal sebab memori terakhir kita bukan memori gembira. Hanis menyesal merajuk dengan abang. Abang tolonglah cakap semua ni mimpi je. Hanis tak sanggup abang. Hanis penat kehilangan orang yang disayangi."ujar Hanis dengan wajah yang masih disembam pada lutut.

Terasa satu tangan menepuk belakang badannya perlahan, Hanis mendongak. Setahunya tiada sesiapa pun di sekitarnya kerana Syahez sudah pun beredar ke arah kubur Mawar. Hanis tersentak seketika melihat wajah itu. Fikirannya bagaikan kosong dan hanya Ezar yang diingati.

"Abang! Kenapa tinggal Hanis?"soal Hanis seraya memeluk lelaki di sebelahnya. Lelaki itu terkejut seketika.

"Ma-maaf Puteri. Saya Ezar, pengawal peribadi Raja Izzuan. Puteri salah orang ni."ujar Ezar. Tangannya menarik lengan Hanis berlapikkan baju untuk meleraikan pelukan.

"Sorry. Kenapa awak datang sini?"soal Hanis. Dia termalu sendiri kerana telah memeluk orang lain. Wajahnya dipalingkan ke arah lain. Malu hendak memandang Ezar yang masih setia duduk mencangkung di tepinya.

"Ermm Putera Syahez panggil Puteri untuk balik. Dah senja. Puteri buat apa dekat kubur adik saya? Ahh maafkan saya kerana bertanya."ujarnya sopan.

"Adik? Ni kubur abang Ezar. Tu tengok nama dia sendiri, Muhammad Ezar Rizqi bin Khair"balas Hanis. Dia memnadang wajah Ezar seketika. Lelaki dihadapannya tampak sangat seiras bagaikan kembar sahaja dengan abang angkatnya.

"Iya. Dia adik saya dan saya pula abang dia, Ezar Raykal."kata Ezar membuatkan Hanis terkejut lagi sekali. Patutlah tampak seiras sahaja mereka berdua.

"Kembar?"duga Hanis. Ezar menggelengkan kepalanya.

"Taklah. Kenapa Puteri soal macam tu?"soal Ezar pelik.

"Tak mungkinlah. Jumpa dekat istana esok. Assalamualaikum. Jangan nak bantah pula!"Hanis terus beredar dari situ. Sementara itu, Ezar masih dengan muka peliknya. Berkerut dahinya mencerna apa yang baru diberitahu oleh Hanis.

"Kembar? Macam mana boleh jadi kembar pula? Muka aku dengan Rizqi sama ke?"soalnya sendiri. Menyedari Hanis sudah tiada di hadapannya, dia turut beredar dari situ.

Medina memandang sayu ke arah kubur yang menempatkan Mawar. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Begitu juga dengan yang lain, namun bacaan yasin tetap diteruskan. Tidak disangka Mawar akan pergi secepat itu, malah diusia yang masih muda. Air bunga disiram kemudian rata-rata orang mula beredar meninggalkan Qayyum dan Izzah.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang