BAB 53

3.6K 198 39
                                    

Airish merenung ke luar pintu gelangsar. Fikirannya menerawang kepada hal sebulan yang lepas di mana Hannif memberitahu dirinya keguguran. Hatinya sebak mengenangkan anaknya yang hanya sempat tinggal selama tiga minggu sahaja di dalam rahimnya.

Lamunannya hilang apabila sepasang tangan memeluk tubuhnya dengan kepala dilentokkan pada bahu. Airish mengukirkan senyuman melihat Aryyan yang memandang dirinya. Sudah datang mood bermanjanya dengan Airish. Bibir dimuncungkan sebelum mulutnya bergerak menuturkan kata-kata.

"Nek Ngah a-ajak kakak makan dekat bawahlah. A-Acik Na masak nasi ayam."ujar Aryyan.

"Iya? Ni kenapa suara Aryyan lain je ni? Sakit tekak ke?"soal Airish dengan senyuman di bibir. Fikirnya ketika ini lebih baik dia cuba lupakan dulu tentang anaknya yang sudah tiada itu. Tidak patut dia bersedih lama-lama kerana masih lagi ramai orang yang disayanginya berada bersama dengannya.

"Tadi Ry-Ryyan batuk. Sakit tekaklah."balas Aryyan. Tekaknya digosok perlahan. Airish mengerutkan dahi lalu dahi Aryyan disentuhnya.

"Ryyan demamlah. Nanti Ryyan kena rehat dan makan ubat. Jom turun."ajak Airish. Tangan Aryyan dipimpinnya keluar dari bilik.

"Abang, Ryyan demam ni."ujar Airish setibanya di meja makan.

"Iya ke?"soal Aarash. Tangannya dilekapkan pada dahi dan leher Aryyan.

"Nanti Ryyan makan ubat okey?"

"Ryyan tak nak ubat yang cair. Ryyan nak yang keras. Yang cair tak sedap."Aryyan menggelengkan kepalanya beberapa kali dengan mimik muka loya. Aarash ketawa kecil melihat mimik muka Aryyan.

"Iyalah."balas Aarash mengalah. Setiap kali Aryyan demam, pasti dia akan memberikan ubat demam yang cair berwarna merah itu dan setiap kali itulah Aryyan memuntahkannya semula.

"Baby nak makan apa?"soal Hannif cuba untuk menolong.

"Tak apalah. Rish boleh ambil sendiri."balas Airish dengan senyuman tipis. Lengan dihulur ke hadapan mengambil senduk untuk mencedok sup ayam. Belum sempat sup ayam itu didaratkan ke dalam pinggan nasinya, sup ayam itu terlebih dahulu tertumpah di atas meja makan termasuk dengan senduk.

"Maaf."ucap Airish. Senduk itu cuba diambilnya semula, namun tangannya seakan berat dan senduk itu terlepas di atas meja semula. Tangan kanannya mula mengigil membuatkan dahinya berkerut pelik.

"Rish okey tak ni?"Nana mara menghampiri Airish. Tangan kanan Airish dibeleknya seketika.

"Tak tahu Acik Na, tapi tangan Rish tak boleh nak pegang senduk tu."jujur Airish. Dia menoleh ke arah Nana yang masih membelek tangannya.

"Hidung Rish berdarah balik ni."Nana memegang kedua-dua pipi Airish sebelum tisu yang dihulurkan oleh Iydan diambilnya lalu darah di hidung Airish dilap. Pandangan Airish sudah berbalam-balam dan badannya seakan terhuyung-hayang menanti jatuh. Tidak sampai beberapa minit, badannya mendarat di dada Hannif dengan keadaan separuh sedar.

"Rish sakit a-abi."kata Airish tersekat-sekat. Tekaknya terasa seperti ingin mengeluarkan sesuatu. Tanpa amaran, cecair merah pekat terhambur keluar dari mulutnya membasahi baju Hannif. Terus Airish tidak menyedarkan diri.

"Baby?"Hannif menepuk pipi Airish beberapa kali sebelum mencempung Airish menuju ke klinik kecil dalam istana itu. Klinik itu tiada kurangnya cuma kelengkapan pembedahan sahaja tidak disediakan. Nana meraup wajahnya seketika lalu dia bangun dan duduk di sebelah Shafiq. Wajah masing-masing di situ automatik berubah muram melihatkan keadaan Airish.

Medina menghentakkan sudunya di atas meja sebelum dia beredar dari situ. Syahez sedikit terpinga-pinga, namun laju dia mengejar langkah isterinya. Mellysa pula berubah tempat menuju ke sebelah Aryyan yang diam tidak terkutik. Belakang badan Aryyan diusapnya perlahan-lahan. Aryyan memeluk kemas pinggang Mellysa. Sudahlah dia tidak larat dengan demamnya, dihurung pula rasa sebak yang tiba-tiba menjalar di dalam diri.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang