BAB 29

4K 183 10
                                    

Hannif memegang lembut tangan Airish lalu dikucupnya penuh kasih. Rindu sungguh ingin mendengar suara Airish, gelak ketawanya dan pelbagai lagi ragamnya. Sudah sebulan Airish tidak menyedarkan diri dan luka pembedahan sudah hampir sembuh.

"Lamanya baby tidur. Tak rindu nak berbual dengan abi ke?"ujar Hannif. Kain basah di tangan Airish digerakkan perlahan-lahan, membersihkan tangan Airish.

"A–abi."serak kedengaran suara Airish memanggil. Hannif menoleh memandang Airish dengan senyuman. Butang kecemasan ditekannya ingin memanggil Aarash.

"Iya sayang?"sahut Hannif perlahan.

"Nak ummi."pinta Airish dengan air mata yang mulai mengalir membasahi pipi.

"Sekejap abi telefon ummi ya?"ujar Hannif sebelum dia bergerak ke tepi untuk memberi laluan kepada Aarash untuk memeriksa Airish.

"Kakak boleh dengar tak apa yang abang cakap?"soal Aarash dibalas anggukan kecil daripada Airish.

"Ka–kakak nak ummi. Mana ummi?"pinta Airish lemah.

"Ummi dalam perjalanan. Sekejap lagi dia sampai. Kakak minum air sikit."Aarash menghulurkan segelas air mineral ke arah Airish.

"Ummi okey?"soal Airish sementelah air diminumnya.

"Ummi okey je."balas Aarash.

"Zahra nak bunuh ummi, abang. Dia bawa pisau masa tengah sembang dengan ummi."cerita Airish. Matanya mula berair lagi sekali.

"Ya, Zahra dah tak ada. Kakak jangan risau dan jangan banyak bergerak. Luka belum sembuh sepenuhnya lagi. Rehat ya? Nanti abang suruh nurse bawakan bubur."ujar Aarash.

"Betul ni?"soal Airish.

"Iya. Kakak boleh tanya Uncle Hannif. Abang nak keluar sekejap."pamit Aarash. Aarash terus terduduk mencangkung di hadapan pintu wad Airish setelah pintu itu ditutup. Wajah diraup seketika. Fina, Alia dan Haiqal yang berdiri di belakang Aarash hanya membisukan diri.

"Alhamdulillah."ucap Aarash dengan senyuman di bibir. Tiga jururawat itu turut mengukirkan senyuman.

"Rindunya baby."Hannif mengucup pipi Airish sekilas membuatkan pipi Airish merona merah.

"Malulah abi."omel Airish. Hannif ketawa kecil lalu air mata Airish yang masih berada di pipi disekanya.

"Dah jadi isteri abi pun malu lagi? Haihh..."ujar Hannif. Maira mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam wad Airish. Manalah tahu Hannif tengah melepas rindu dengan isteri dia, dia pula pergi kacau.

"Ummi!"Airish laju memeluk pinggang Maira. Tangisannya terhambur jua. Lega betul melihat Maira sihat sahaja di hadapan matanya.

"Ya sshhh ummi ada ni. Jangan risau."pujuk Maira.

"Maaf, ini ada makanan untuk Puteri Airish."tegur Marliana. Bubur dan segelas air kosong diletakkan di atas meja kemudian dia terus beredar dari situ.

"Kau suaplah dia. Aku nak balik sekejap, ada urusan dengan Hakim. Makan elok-elok baby."ujar Hannif. Ciuman diberikan di atas dahi Airish sebelum dia beredar dari situ.

"Ummi suap ya?"Maira meninggikan sedikit katil kemudian bubur disuap ke dalam mulut Airish.

"Ummi kena jaga diri selalu tau? Sentiasa bawa Uncle Zack dan Uncle Mike kalau nak pergi mana-mana."ujar Airish setelah dia menghabiskan separuh daripada bubur itu.

"Iya. Risau sangat dia dekat ummi. Jaga kesihatan tu. Nanti kalau Rish sihat, bolehlah ada baby dengan Uncle Hannif. Mesti comel kan?"usik Maira. Hidung Airish dicuitnya.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSWhere stories live. Discover now