BAB 65

3.9K 192 27
                                    

Ariz menyepak sedikit air yang ada di dalam kolam ke arah Syahez. Sedap pula Syahez berendam dalam kolam dengan cuaca panas seperti ini.

"Kau apa hal?"soal Syahez bengang. Dia sedap-sedap berendam diam-diam, tiba-tiba dipercik air sebegitu.

"Tak ada lah. Aku bosan tahu tak? Dahlah tak dapat keluar!"rungut Ariz.

"Kenapa pula tak boleh keluar? Kau cirit-birit?"soal Syahez menduga.

"Taklah. Aku ada sebab aku sendirilah. Mana Dina? Tak nampak batang hidung pun."Ariz mengubah topik.

"Tu belakang kau. Panjang umur dia."Syahez menjuihkan bibirnya ke arah Medina yang berjalan menghampiri mereka.

"Syahez, dahlah berendam. Naik tolong aku lipat baju! Cepatlah!"ujar Medina dengan tangan yang sudah bercekak pinggang.

"Eh lipat baju pun ajak aku. Buat sendirilah. Tapi bukan ke kau dah siap lipat baju semalam?"kening Syahez berkerut pelik. Seingatnya semalam Medina sudah melipat baju. Tidak akanlah hari ini lipat pula?

"Alah Syahez! Cepatlah!"gesa Medina dengan muka cemberut. Tangannya dihulur ingin mencapai tangan Syahez.

"Iyalah. Tolong ambil kain dekat sana tu."pinta Syahez. Medina tanpa membalas mengambil kain itu lalu tangan Syahez ditariknya masuk ke dalam bilik.

"Aku di sini dia buat macam halimunan. Sampai hati betul! Baik aku layan Fiqah. Nasib orang single."bebel Ariz seorang diri. Afiqah yang sedang memberi makan kepada arnab-arnab Airish dihampirinya. Tanpa disedari Sandra memerhatikan mereka di tepi pintu gelangsar dengan perasaan geram yang meluap-luap. Melihatkan Ariz dan Afiqah yang galak ketawa menambahkan lagi rasa bencinya. Tangannya naik menyentuh dada yang terasa sakit.

"Kenapa aku rasa sakit bila tengok kau orang bermesra macam ni? Kau orang tak layak bahagia bila mama aku menderita disebabkan kau orang!"ujar Sandra perlahan. Air matanya yang sudah membasahi pipi dilap kasar.

"Tak guna! Kan air mata aku dah keluar."omel Sandra. Kaki dihayun menuju ke arah biliknya sendiri.

•••

Sandra menghendap dari pintu bilik jika ada sesiapa di ruang tamu. Masing-masing duduk di hadapan televisyen menonton filem. Pintu ditutup perlahan kemudian dikunci dari dalam. Sandra melompat dari balkoni biliknya.

"Fuh selamat kali ni."gumam Sandra apabila dirinya selamat tiba di atas tanah tanpa sebarang kecederaan. Kakinya lantas dihayun ke luar istana dengan kadar cepat. Dengan menggunakan teksi, Sandra sampai ke rumahnya lebih cepat. Sunyi sahaja rumahnya tanpa seorang penghuni.

Tidak mengambil banyak masa, Sandra menukar pakaiannya. Pakaian yang cukup tertutup yang diberi oleh Sarah cukup merimaskan dirinya. Satu persatu pakaian seksi yang ada di dalam almarinya dibelek.

"Nice! Tak sabar nak pergi club. Rindu wiski aku!"Sandra terlompat kecil akibat terlalu teruja. Baju yang agak terdedah itu disarung pada tubuhnya. Usai itu dia mula bergerak club. Wiski diteguknya rakus. Al maklumlah sudah lama tidak merasa minuman kegemarannya itu.

"Hai sayang."tegur seorang lelaki. Lelaki yang sama telah ditumbuk oleh Alex kali terakhir Sandra menjejakkan kakinya club itu.

"Hai Ray! Lama tak jumpa. Miss me ya sayang?"soal Sandra seraya memeluk pinggang lelaki itu.

"Of course."balas Ray penuh minat. Gelas wiski yang dipegang oleh Sandra diambil lalu diteguknya. Sandra hanya tersengih.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang