BAB 21

4.3K 173 14
                                    

Danish meneliti fail pesakit yang dipegangnya penuh teliti. Panggilan daripada Alia langsung tidak disedarinya. Fina menggulingkan bola matanya. Kebelakangan ini Danish terlalu bekerja berlebihan. Bahagian betis Danish ditendangnya untuk menyedarkan Danish.

"Auchh!! You ni dah kenapa?"soal Danish terkejut. Berkerut dahinya menahan sakit pada kaki.

"Doktor tu kusyuk sangat tengok fail tu. Alia panggil pun tak dengar."bebel Fina. Danish tersengih.

"Sorry. Ada apa panggil I?"soal Danish.

"Encik Ahmad nak balik. Bila dia boleh balik? Dia cakap doktor tak bagitahu pun dia bila dia boleh balik."ujar Alia.

"Ouhh maybe minggu depanlah sebab I kena pantau dia sikit lagi. Luka pembedahan dia belum kering lagi."balas Danish.

"Doktor ada kes baru pula ke sampai kusyuk macam tu tengok fail?"tegur Kevin.

"Haah, pesakit penting."balas Danish.

"Siapa?"soal Kevin dan Fina serentak.

"Puteri Florensia, Puteri Airish Mikhaeyla."balas Danish. Kevin dan Fina berfikir untuk seketika.

"Woii sembang apa? Tak ajak aku pun."Marliana melagakan bahunya dengan bahu Fina.

"Kau kenal ke Puteri Airish Mikhaeyla?"soal Fina. Marliana menggelengkan kepala.

"Anak Raja Izzat dengan Ratu Maira tu, yang kembar sepasang."ujar Haiqal tiba-tiba.

"Lah yang tu. Tapi dia sakit apa doktor?"soal Kevin dengan dahi berkerut.

"Jantung. Sukar nak cari padanan jantung untuk dia. Jadi dia tak boleh buat pembedahan untuk tukar jantung."jelas Danish.

"Jadi, doktor nak daftar dia sebagai pesakit jantunglah? Nak cari penderma? Macam itu?"soal Fina. Danish senyum dan mengangguk.

"You memang pandai!! Tak sia-sia tunang you cadangkan you sebagai pembantu I."puji Danish. Fina mendecit perlahan Mulut itu tidak pernah tidak manis!

"Hah mana fail pesakit tu?"soal Alex yang baru tiba di situ.

"Nah. Kau tolong eh. Dekat hospital yang kau pergi tu nanti daftarkan dia. Dia pesakit terpenting kita dan ni atas arahan Yang Mulia Raja Izzuan Fahrin juga."ujar Danish.

"Oh okey."Alex mengangguk kecil sebelum menyambut huluran Danish.

"Comelnya dia."puji Marliana.

"Kau lagi comel."Kevin mengenyitkan matanya ke arah Marliana. Marliana mencebik. Tolonglah halau spesies Doktor Danish yang satu ini! Nanti habis pesakit dalam wad ini kena diabetes!

"Ehmm kalau ikut kiraan aku, umur dia sekarang ni dalam 23 atau 24 macam itulah, tapi kenapa muka dia comel sangat? Macam budak 15 tahun je aku tengok."ujar Fina teruja.

"Ikut genetik Ratu Maira lah tu. Ratu Maira kan comel."balas Haiqal tersengih-sengih.

"Lain macam kau ni."kata Marliana. Marliana, Fina dan Kevin sudah memandang pelik ke arah Haiqal. Haiqal mendecit.

"Suka hati. Aku peminat Ratu Maira. Kau dah syuhh jauh-jauh. Tapikan, terakhir kali aku tengok muka Ratu Maira masa Putera Aarash post dekat instagram pasal hari lahir dia tak silap aku. Dia masih comel walaupun dah berumur 43 tahun."ujar Haiqal lagi.

"Empat puluh tiga? Tak akanlah dia lahirkan kembar sepasang tu masa umur 18 tahun? Muda weh!"Fina sudah terkejut beruk.

"Kau ni baru tahu ke? Ketinggalan betul!"Haiqal mendecit lalu beredar. Malas mahu membawang lama-lama. Nanti kena marah dekat Danish barulah tahu mahu berhenti membawang.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang