BAB 12

3.9K 175 2
                                    

Bunyi deheman seseorang membuatkan Danish mengukirkan senyuman. Lantas dia menoleh memandang Ellyza yang sudah cemberut mukanya.

"Opss sorry!! I Lupa pula yang you ada dekat sini."Danish tersengih manakala Fina di sebelah hanya menggulingkan matanya. Nampaknya Danish sedang membuat lawak basi di pagi hari ini.

"Okey kalau macam tu I balik dulu."Ellyza sudah berdiri kegeraman. Geram sungguh dengan Danish yang tampak langsung tidak serius merawatnya.

"Eh you keluar selangkah je, I kurung you dalam wad selama sebulan. Jangan main-main dengan I."ugut Danish. Ellyza merengus geram lalu menghempas punggungnya di atas kerusi semula. Sudah tiga puluh minit masanya terbazir begitu sahaja disebabkan Danish.

"Tak baik untuk kesihatan kalau you duduk hempas-hempas macam tu tahu."tegur Danish. Ellyza mendecit malas.

"Okey, jadi hari ini macam mana keadaan you?"soal Danish dengan senyuman.

"Seperti yang you tengok, I okay. Tak mati lagi disebabkan you lupa I ada dekat dalam bilik ni."sinis Ellyza. Danish menjuihkan bibirnya.

"Sorry okay sorry. Okey sekarang ni I nak tengok ruam you dekat muka tu. Buka mask tu."arah Danish. Dia mula menyarung sarung tangan. Wajahnya didekatkan sedikit dengan wajah Ellyza untuk meneliti ruam di bahagian wajah.

"Nampaknya ruam ni dah beransur pulih. Ada peningkatanlah nampaknya ni. Congrats!"ujar Danish. Ellyza masih lagi diam. Sebenarnya dia berdebar apabila wajah Danish menghampiri mukanya. Fina berjalan menuju ke arah pintu bilik apabila kedengaran pintu bilik diketuk beberapa kali. Buka sahaja, terlihat wajah Haiqal yang cemas.

"Doktor, kita ada lima orang pesakit kecemasan dalam dua minit lagi. Boleh doktor tinggalkan sekejap rawatan tu? Kita hanya ada Doktor Alex dan Doktor Husna sahaja sekarang ini."pinta Haiqal tergesa-gesa.

"Haa okey, okey. Fina, can you finish this? I rasa you dah cukup pandai untuk ambil darah dia?"ujar Danish. Fina hanya mengangguk faham. Hampir dua bulan dia melihat Danish merawat Ellyza. Dapatlah juga dia hadam sedikit.

"Okay good."Danish terus meninggalkan bilik itu tergesa-gesa. Sarung tangan dibuangnya dan digantikan dengan yang baharu.

"Mana doktor-doktor baharu? Tak akan tak ada seorang pun masa ni?"soal Danish, dingin. Nampaknya Danish sudah naik angin.

"Doktor-doktor tu ada mesyuarat disebabkan mereka baru berpindah ke sini dan beberapa orang daripada mereka sudah ditugaskan untuk jaga pesakit VIP."jelas Haiqal. Danish merengus geram. Setakat mana pun amarahnya memuncak, pesakit perlulah diutamakan terlebih dahulu.

"Doktor! Doktor! Pesakit ni tiba-tiba kena sawan!"ujar salah seorang paramedik di situ.

"Haiqal, you uruskan."arah Danish. Bunyi alat degupan jantung yang mula berdesing membuatkan Danish menanggalkan kot doktornya. Lantas dia naik ke atas katil pesakit untuk memulakan CPR.

"Dia sudah stabil sedikit sekarang. Anita, you tolong I periksa apa masalah dia, lepas tu bagitahu pendapat you dekat I nanti."ujar Danish lalu dia berlari mendapatkan pesakit yang lain.

"Awak pergilah tolong mereka. Saya boleh je tunggu atau datang balik petang nanti."kata Ellyza. Dia pun naik pening melihat keadaan di luar bilik Danish yang tersangatlah sesak baginya.

"Betul ni? Nanti Doktor Danish marah pula. Tengok daripada mood dia sekarang ini pun macam tengah marah."ujar Fina.

"Marah? Are you serious? Perangai happy tak kena tempat macam tu pandai marah?"soal Ellyza tidak percaya. Fina menghelakan nafasnya.

"Kalau Doktor Danish naik angin, marah atau seangkatan dengannya, memang teruklah kena tahu tak? Apa-apa pun betul ni saya boleh keluar? Kesian pula tengok Doktor Danish rawat pesakit macam tu."soal Fina menginginkan kepastian.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang