BAB 28

4.2K 185 18
                                    

"Sweetnya..."omel Marliana perlahan. Bimbang akan mengganggu pesakit lain dan juga Hannif yang berada di dalam wad.

"Kan? Biar pun pelik hubungan perkahwinan mereka, tapi sweet dia tak boleh cakap."tambah Alia.

"Seingat dan setahu aku lah kan, Putera Hannif yang jaga Puteri Airish sejak Puteri Airish baby sampai besar. Anggap macam anak sendiri pula tu."ujar Haiqal. Fina mengangguk menyokong kata-kata Haiqal.

"Betullah tu. Kalau dia yang jaga, mesti dia seorang yang penyayang kan? Untung siapa dapat dia."kata Fina.

"Muka Puteri Airish seiras dengan Ratu Maira. Cuma Puteri Airish nampak cekung sangat. Kesian dia sakit sampai macam tu sekali. Kenapa dia masih lagi tak boleh dapat penderma jantung?"soal Marliana.

"Entah. Dengar cerita padanan jantung dia susah sikit nak cari. Sebab itulah masih tak jumpa."balas Alia.

"Dah jomlah kerja. Nampak dekat Doktor Danish, kena bebel sampai bernanah telinga pula nanti."ujar Haiqal.

"Alah rilekslah. Sekarang ni waktu lunch. Tak puas lagi tengok muka Puteri Airish. Comel!"kata Fina.

"I tahu adik I comel. Nanti dia sedar, you tataplah muka dia tu puas-puas. Nak ajak sembang pun boleh sweety."sampuk Aarash. Fina hanya tersengih manakala tiga orang lagi jururawat itu menahan senyum.

"Doktor, nama saya Fina. Bukan sweety tau?"Fina membetulkan. Perlahan sahaja suaranya, namun mampu didengari oleh mereka. Maira dan Puan Zhurah berada di situ sekali, mana mungkin dia mahu cakap kuat-kuat.

"I tahulah. Salah you manis sangat. Kurangkan makan gula okey."ujar Aarash sebelum masuk ke dalam wad Airish diikuti Maira dan Puan Zhurah.

"Jangkitan mulut manis dia tu lagi berbisa!"gumam Fina. Tiga jururawat itu menghamburkan tawa tanpa bunyi. Ayat Fina boleh tahan betulnya itu.

"Fina, nanti you tolong bagitahu Marliana untuk pantau wad ni selalu. Kalau boleh tiga kali sehari."ujar Aarash.

"Baik doktor."balas Fina pendek. Segan apabila Hannif, Puan Zhurah dan Maira memandang diri dia.

"Tunang you ajak lunch dekat atas tu. Pergilah. Kesian I tengok dia dah serupa lelaki hilang isteri."Aarash menjulingkan matanya ke atas membaca pesanan teks di telefonnya.

"Iyalah. Nak pergilah ni."Fina menghelakan nafas setelah keluar daripada wad. Akhirnya boleh bernafas tenang juga.

"Airish masih lagi tak ada perkembangan?"soal Puan Zhurah.

"Ada lah juga. Dia dah lepas tahap kritikal. Bila-bila masa je dia boleh sedar."ujar Aarash. Maira sudah mengucap syukur di dalam hatinya.

"Nif, tak nak balik ke? Dah tiga hari duduk dekat hospital tak balik-balik. Kena rehat juga."tegur Puan Zhurah.

"Kalau macam tu Nif baliklah dulu. Sekejap lagi Nif datang semula."ujar Hannif.

"Datang esok je lah. Malam ni Aarash ada untuk temankan Rish."kata Puan Zhurah lagi. Hannif hanya mengangguk faham.

Aryyan berjalan ke arah kaunter. Beberapa manusia yang sedang berjalan di tepinya dipandang lalu dia menundukkan wajahnya. Tadi dia datang bersama dengan Medina, tetapi boleh pula tiba-tiba dia tersesat seorang diri. Sudah Medina pesan supaya jangan pergi ke mana-mana sampai dia keluar.

"Awak cari siapa ya?"soal Kevin.

"Ca-cari kak Dina."perlahan Aryyan membalas. Menunduk wajahnya ketakutan.

"Kak Dina? Marliana, awak ada nampak atau kenal tak mana-mana penjaga budak ni?"soal Kevin. Marliana menghampiri Kevin lalu wajah Aryyan dilihatnya sedikit. Dapat dilihat separuh sahaja wajah Aryyan kerana ditutupi dengan teddy bear.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang