BAB 52

3.7K 190 30
                                    

Mawar mencelikkan matanya perlahan-lahan. Akibat lama tidak membuka mata, terasa pedih matanya membuatkan dia memejam mata kembali. Mata dibuka semula dan dia cuba mengamati keadaan di sekelilingnya. Sangkaannya dia berada di hospital apabila memandang siling dan dinding putih di sekelilingnya, tetapi bukan.

Baru sahaja hendak bangun, pergerakannya terasa terbatas. Comforter diselak sedikit dan kelihatannya ada satu tangan memeluk dirinya. Fikirnya tangan itu adalah milik Qayyum, namun sangkaannya meleset apabila dia menoleh ke tepi. Deruan nafas lelaki yang elok nyenyak tidur di sebelahnya terasa di leher. Selama ini dia tidak pernah bersentuhan kulit dengan lelaki lain kecuali Qayyum dan Atif.

"Arghh!"tempik Mawar terkejut. Alex yang turut terkejut terpinga-pinga seketika. Tangan Alex yang masih memeluk dirinya ditepis ke tepi lalu Mawar terus bangun dan berdiri di tepi katil. Tersentak dirinya apabila menyedari dia hanya mengenakan sehelai kemeja putih sahaja untuk menutupi badan. Lantas tangan disilangkan pada dada, ingin menutup auratnya yang terdedah.

"Kau siapa?"soal Mawar dengan nada marah. Alex masih dengan dunianya sendiri. Tidak sangka Mawar akan sedar sekarang. Rasa gembira mula menjalar di dalam hati.

"Woi! Aku tanya kau siapa? Apa kau buat dekat aku?"soal Mawar geram. Alex berdiri dan menghampiri Mawar. Semakin Alex mendekati, semakin itulah Mawar mengundurkan langkah ke belakang sehingga dia tidak menyedari dirinya sudah melepasi pintu gelangsar.

Branula yang tercucuk di tangan sedari tadi lagi sudah tercabut kasar dari tangannya sehingga tangannya mengalirkan darah. Mawar menggelengkan kepalanya beberapa kali cuba mengusir rasa pening. Sedar-sedar sahaja sudah banyak berjalan, sudah tentu dia akan pening.

"Kau siapa? Jangan dekat dengan aku!"larang Mawar. Dia masih lagi berjalan melangkah ke belakang melepasi pintu gelangsar.

"Berhenti Mawar sayang. Berhenti!"arah Alex kalut apabila menyedari Mawar semakin menghampiri kolam renang di tingkat dua itu. Mawar tidak mendengar, malah semakin berundur sehinggalah dia terjatuh ke dalam kolam tanpa sempat ditarik oleh Alex.

Mawar semakin tenggelam ke bawah dengan tangan yang tergapai-gapai. Tidak terdaya dirinya mahu berenang melawan air itu dengan kepala yang semakin pening dan rasa sakit menyengat di bahagian perutnya. Alex lantas menarik Mawar naik ke atas. Dada Mawar diurutnya beberapa kali melakukan CPR. Mawar terus terbatuk-batuk mengeluarkan air.

"Kau okey tak?"soal Alex. Mawar tidak menjawab, kepalanya masih lagi pening dan penglihatannya agak berbalam-balam. Baru sahaja Alex mahu mencempung Mawar masuk ke dalam, tangannya ditepis kasar oleh Mawar.

"Jangan sentuh aku! Kau siapa?"soal Mawar dengan dahi berkerut. Bibirnya sudah membiru dan dia menggigil kesejukan. Mana tidak sejuknya jikalau masuk ke dalam kolam pada waktu pagi. Alex pula masih kering kerana dia tidak masuk ke dalam kolam ketika menarik Mawar keluar.

"Nanti aku jawab. Sebelum tu, kau kena keringkan badan dulu. Aku tahu kau pening. Siapa suruh banyak bergerak lepas sedar tadi?"ujar Alex terselit bebelan. Dia terus mencempung Mawar masuk ke dalam.

"Lepaskan aku lah! Lepas! Lepas!"ronta Mawar sambil menampar-nampar dada Alex. Dia tidak suka kulit Alex bersentuhan dengan kulitnya. Jari-jemari Alex jelas terasa di kulit bahagian pahanya. Alex tidak menghiraukan, malah dia membaringkan Mawar di atas sofa. Kalau dibaringkan atas katil, satu hal pula kena tukar cadar katil nanti. Kalau sofa itu tidak mengapa. Uruskan esok pun boleh.

Sehelai kemeja biru dan sehelai tuala diambil dari dalam almari, kemudian Alex menghampiri Mawar semula. Kemeja dan tuala itu diletakkan atas meja di tepi. Alex melabuhkan punggung di sebelah Mawar yang masih menggigil. Sudahlah di luar tadi sejuk, di dalam pula terkena aircond yang dipasang. Lagilah bertambah sejuknya.

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang