BAB 06

4.4K 186 9
                                    

Kedengaran suara seseorang sedang muntah membuatkan hati Maira dan Nana risau. Tidak mungkinlah kemungkinan apa yang dikatakan oleh Sarah itu menjadi kenyataan.

"Arr... Ermm apa yang Yang Mulia Ratu Maira dan Puan..."sedikit getaran pada nada suara Sofia. Terkejut sungguh melihat dua wanita itu berada di dalam wad ini.

"Puan Farhana. Saya ibu kepada Iydan dan di sebelah ini ummi kepada Airish. Sofia okey ke tak ni?"soal Nana.

"O-okey. Um-ummi Airish? Ratu Maira? Bukan ke ummi Airish tu Puan Humaira?"terkejut Sofia. Terkedip-kedip kelopak matanya cuba mencerna apa yang disampaikan oleh wanita di hadapannya ini.

"Ya. Itu saya, Maira Humaira. Tak perlu panggil saya ratu sebab saya hanyalah bekas ratu. Awak boleh panggil saya Mak Cik Maira atau pun nak panggil ummi pun boleh."ujar Maira.

"Ahh baik. Jadi kenapa..."

"Kami datang nak tengok Sofia je. Sofia okey tak? Kami dengar Sofia muntah-muntah tadi."soal Nana memotong pertanyaan Sofia.

"Okey je."tipu Sofia. Tiba-tiba pintu dikuak oleh seseorang. Ellyza! Tidak betah lagi dia mahu menunggu di luar pintu. Itu yang dia masuk terus ke dalam.

"Kau mengandung?"soal Ellyza berterus terang. Maira dan Nana sedikit tersentak dengan kelakuan Ellyza. Tangan Maira naik menampar bahu Ellyza.

"Kenapa pula Mak Cik? Alah Lyza cuma nak cepat."Ellyza juihkan bibirnya.

"Cuba jaga sikit hati orang. Aihh budak ni."geram Maira.

"Aku tak mengandung."balas Sofia.

"Are you sure?"Ellyza mengecilkan matanya.

"Ya. Aku pasti sangat. Aku period. Muntah tu cuma sebab gastrik."jelas Sofia.

"Baguslah kalau macam tu."Ellyza mengangguk kecil. Matanya tertancap pada kertas yang tiba-tiba terjatuh di kakinya. Lantas kertas itu diambilnya, namun terus direbut oleh Sofia.

"Ni bukan kertas apa-apa pun. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya nak minta izin keluar dulu. Ada kerja nak buat."ujar Sofia. Kertas tadi direnyuknya dan dimasukkan ke dalam tong sampah.

"Ouh. Maaf menganggu kalau macam tu. Hari lain nanti kita jumpa balik. Aku nak bincang sesuatu dengan kau. Mungkin esok atau lusa."kata Ellyza.

"Okey."balas Sofia sepatah. Beg silangnya diambil kemudian tangan Puan Yani dikucupnya.

"Fia pergi dulu emak. Hujung minggu nanti Fia jenguk lagi. Sayang emak."Sofia mengucup dahi dan pipi Puan Yani sebelum dia menghampiri Maira dan Nana.

"Boleh Fia nak salam? Tak elok tak salam tangan orang tua sebelum pergi."pinta Sofia. Maira hanya mengangguk kecil. Lantas tangan dua wanita itu disalamnya. Kaki diatur keluar dari wad.

"Sedihnye aihh. Dah lama aku tak lawat emak aku"kata Nana tiba-tiba.

"Sabarlah eh. Aku pun dah lama tak jumpa ibu aku."Maira mengusap lembut belakang badan Nana.

"Tiba-tiba pula rindukan mummy."ujar Ellyza membuatkan dua wanita itu tergelak kecil. Tak boleh tengok orang berdrama sikit!!

•••

Sofia mengemaskan sedikit pakaian seragam sekolahnya. Tidak dihiraukan pandangan mata pelajar lain terhadapnya. Mesti perkara itu sudah tersebar di sekolah. Gosip-gosip tentangnya, dia hanya buat tidak dengar.

"Dia kena rogol? Euww dah kotor!"

"Mesti nanti dia mengandungkan anak haram kan?"

THE TWO PRINCE AND THE PRINCESSTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang