THE TWO PRINCE AND THE PRINCE...

By asterhyzells_

344K 15K 2.5K

[FANTASY ROMANCE + ACTION] [COMPLETE] Tiada apa-apa yang berubah setelah kematian Harrash kecuali kehidupan M... More

BAB 01
BAB 02
BAB 03
BAB 04
BAB 05
BAB 06
BAB 07
BAB 08
BAB 09
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73: ENDING
SPECIAL CHAPTER 01
SPECIAL CHAPTER 02
SPECIAL CHAPTER 03
SPECIAL CHAPTER 04: ENDING
NEW STORY!

BAB 29

4K 184 10
By asterhyzells_

Hannif memegang lembut tangan Airish lalu dikucupnya penuh kasih. Rindu sungguh ingin mendengar suara Airish, gelak ketawanya dan pelbagai lagi ragamnya. Sudah sebulan Airish tidak menyedarkan diri dan luka pembedahan sudah hampir sembuh.

"Lamanya baby tidur. Tak rindu nak berbual dengan abi ke?"ujar Hannif. Kain basah di tangan Airish digerakkan perlahan-lahan, membersihkan tangan Airish.

"A–abi."serak kedengaran suara Airish memanggil. Hannif menoleh memandang Airish dengan senyuman. Butang kecemasan ditekannya ingin memanggil Aarash.

"Iya sayang?"sahut Hannif perlahan.

"Nak ummi."pinta Airish dengan air mata yang mulai mengalir membasahi pipi.

"Sekejap abi telefon ummi ya?"ujar Hannif sebelum dia bergerak ke tepi untuk memberi laluan kepada Aarash untuk memeriksa Airish.

"Kakak boleh dengar tak apa yang abang cakap?"soal Aarash dibalas anggukan kecil daripada Airish.

"Ka–kakak nak ummi. Mana ummi?"pinta Airish lemah.

"Ummi dalam perjalanan. Sekejap lagi dia sampai. Kakak minum air sikit."Aarash menghulurkan segelas air mineral ke arah Airish.

"Ummi okey?"soal Airish sementelah air diminumnya.

"Ummi okey je."balas Aarash.

"Zahra nak bunuh ummi, abang. Dia bawa pisau masa tengah sembang dengan ummi."cerita Airish. Matanya mula berair lagi sekali.

"Ya, Zahra dah tak ada. Kakak jangan risau dan jangan banyak bergerak. Luka belum sembuh sepenuhnya lagi. Rehat ya? Nanti abang suruh nurse bawakan bubur."ujar Aarash.

"Betul ni?"soal Airish.

"Iya. Kakak boleh tanya Uncle Hannif. Abang nak keluar sekejap."pamit Aarash. Aarash terus terduduk mencangkung di hadapan pintu wad Airish setelah pintu itu ditutup. Wajah diraup seketika. Fina, Alia dan Haiqal yang berdiri di belakang Aarash hanya membisukan diri.

"Alhamdulillah."ucap Aarash dengan senyuman di bibir. Tiga jururawat itu turut mengukirkan senyuman.

"Rindunya baby."Hannif mengucup pipi Airish sekilas membuatkan pipi Airish merona merah.

"Malulah abi."omel Airish. Hannif ketawa kecil lalu air mata Airish yang masih berada di pipi disekanya.

"Dah jadi isteri abi pun malu lagi? Haihh..."ujar Hannif. Maira mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam wad Airish. Manalah tahu Hannif tengah melepas rindu dengan isteri dia, dia pula pergi kacau.

"Ummi!"Airish laju memeluk pinggang Maira. Tangisannya terhambur jua. Lega betul melihat Maira sihat sahaja di hadapan matanya.

"Ya sshhh ummi ada ni. Jangan risau."pujuk Maira.

"Maaf, ini ada makanan untuk Puteri Airish."tegur Marliana. Bubur dan segelas air kosong diletakkan di atas meja kemudian dia terus beredar dari situ.

"Kau suaplah dia. Aku nak balik sekejap, ada urusan dengan Hakim. Makan elok-elok baby."ujar Hannif. Ciuman diberikan di atas dahi Airish sebelum dia beredar dari situ.

"Ummi suap ya?"Maira meninggikan sedikit katil kemudian bubur disuap ke dalam mulut Airish.

"Ummi kena jaga diri selalu tau? Sentiasa bawa Uncle Zack dan Uncle Mike kalau nak pergi mana-mana."ujar Airish setelah dia menghabiskan separuh daripada bubur itu.

"Iya. Risau sangat dia dekat ummi. Jaga kesihatan tu. Nanti kalau Rish sihat, bolehlah ada baby dengan Uncle Hannif. Mesti comel kan?"usik Maira. Hidung Airish dicuitnya.

"Malulah ummi."gumam Airish.

"Eleh malu konon. Sofia dah dapat baby tau?"ujar Maira.

"Wah dah dapat baby? Baby girl atau boy?"soal Airish teruja.

"Hmm baby girl, Farisya namanya. Nanti Sofia datang melawat kakak."ujar Maira dengan senyuman. Airish mengangguk teruja.

•••

Ellyza menghentikan langkahnya tepat di hadapan kaunter. Wajah Marliana dipandang dengan senyuman di bibir.

"Mana Doktor Danish?"soal Ellyza.

"Ada dekat dalam. Selalu je cari Doktor Danish ni. Rindu ke?"usik Marliana.

"Taklah. Saya dah bagitahu dia nak datang untuk bincangkan pasal rawatan saya. Rasanya Doktor Katrina dah bagitahu Doktor Danish yang saya dipindahkan ke sini semula sebab Doktor Katrina ada hal kecemasan di luar negara."jelas Ellyza.

"Lah macam itu. Pergilah masuk. Dia ada dalam bilik dia tu."ujar Marliana. Ellyza terus beredar menuju ke bilik Aarash. Pintu diketuk beberapa kali sebelum dia masuk ke dalam. Punggung dilabuhkan di atas kerusi sebelum fail diserahkan kepada Aarash.

"Dear, do you love me?"soal Aarash membuatkan dahi Ellyza berkerut. Sudah kenapa tiba-tiba kena sawan cinta ni?

"Hey I bergurau je. Janganlah ambil serius sangat. I tahu you dah kahwin dengan Prince Aarash. Kan I ambil you, sia-sia je I kena pancung nanti."ujar Aarash.

"You punya tahap bergurau tu macam nak buat penyakit I bertambah parah tahu?"Ellyza mendecit geram manakala Aarash hanya ketawa. Fina di tepi Aarash hanya mengetap bibir menahan kejanggalan di antara mereka bertiga.

"Okey biar I tengok fail tentang perkembangan you dulu. Doktor Katrina ada cakap apa-apa tak sebelum dia pergi?"soal Aarash dengan mata yang masih tertumpu pada fail.

"Dia kata I dah 90% sembuh. Walaupun dah sembuh sebanyak tu, I masih kena jaga pemakanan apa semua tu. Itu je."ujar Ellyza.

"Iya betul tu. Jadi you akan diperiksa dekat sini selama dua bulanlah mungkin untuk sahkan yang you tu dah sembuh sepenuhnya. Rawatan you akan dimulakan mulai minggu hadapan. Jadi, jaga pemakanan tau?"jelas Aarash.

"Okay. So, sekarang ni I boleh pergi kan? I nak lawat sepupu I."soal Ellyza. Aarash hanya mengangguk kecil lalu Ellyza terus keluar daripada bilik itu.

"Doktor! Doktor!"Fina terus mengambil tempat duduk di hadapan Aarash.

"Apa?"soal Aarash sepatah.

"Doktor tak nak bagitahu Puan Ellyza– Eh! Ellyza haa lagi ke? Nanti Ellyza tahu sendiri parahlah doktor. Lagi-lagi adik doktor ada dekat sini. Tak ke terbongkar nanti?"ujar Fina.

"I dah fikir sebelum ni. Petang nanti I bagitahu dia memandangkan I dah suruh Alex dengan Haziq jaga wad ni. I datang balik pagi esok."jelas Aarash.

"Okey doktor. Saya keluar dululah."pamit Fina.

•••

Bunyi derapan kasut tumit tinggi kedengaran di laluan yang sedikit sunyi itu. Manusia-manusia di dalam sangkar hukuman itu hanya mampu diam meratapi nasib. Puas merayu ingin dikeluarkan, namun apakah daya? Sudah buat kesalahan kenalah tanggung sendiri.

"Mana kurungan Zahra? Kesalahan cubaan membunuh Puteri Airish."soal Ellyza.

"Ada dekat kurungan hujung sekali Puteri Ellyza."balas pengawal penjara itu dengan nada datar. Ellyza terus mengatur langkah menuju ke sel Zahra.

"Woi bangun!"tempik Ellyza. Namun Zahra masih tidak memberikan sebarang reaksi dan masih nyenyak tidur.

"Tak nak bangun hmm?"Ellyza mengukirkan senyuman sinis sebelum dia beredar menuju ke suatu tempat. Dua minit berlalu, Ellyza kembali semula dengan membawa satu baldi yang dipenuhi air. Air itu disimbah kuat ke arah Zahra menyebabkan Zahra tercungap-cungap menyedarkan diri.

"Kau nak apa setan?"jerkah Zahra geram.

"Aku yang kau panggil setan? Kau lah setan! Mana perikemanusiaan kau bodoh? Cuba cakap dekat aku, Airish pernah ke buat kau terluka? Calar walaupun sikit je. Pernah?"soal Ellyza  geram.

"Apa masalah kau? Benda ni tak ada kaitan dengan kau pun! Kau menyibuk pahal!"tempik Zahra pula tidak mahu mengalah.

"Dia adik ipar aku! Jadi, ada hal lah sekarang kan? Baik kau cakap! Kau berdendam apa dengan dia setan?"jerit Ellyza. Ini kalau Zahra duduk di hadapan dia dan bukannya dalam kurungan, sudah lama dia belasah sampai mampus!

"Kau nak tahu sangat kan?"Zahra ketawa sinis. Macam orang tidak waras kalau dilihat. Bibirnya sudah merekah tanda tidak berselera untuk makan.

"Aku selalu dapat apa yang aku nak, tapi kenapa aku tak boleh dapat Aarash? Aku benci tau tengok Aarash layan perempuan tu lebih. Mesra pula tu. Hati aku rasa bagai dihiris. Aku tak kira dia adik atau emak dia! Aku tetap tak suka! Aarash aku punya! Kau pun tak boleh dapat dia!"nada Zahra yang tenang pada mulanya mula berubah bengang.

Tangan dihulur keluar dari jejari besi itu seakan-akan ingin mencekik Ellyza kemudian dia melepaskan tawa. Ellyza hanya mengerutkan keningnya, pelik dengan perangai Zahra yang sudah seperti orang tidak waras sahaja gamaknya. Ada juga aku lempang si Zahra ni!

"Kau dah kenapa? Gila? Atau buat-buat gila untuk mengelak hukuman gantung?"sinis Ellyza.

"Aku? Kau kata aku gila? TAK GUNA!! AKU TAK GILA! ARGHH!"jerit Zahra tidak tentu arah. Kepalanya mula dihantuk-hantukkan pada dinding penjara itu sehingga mengeluarkan darah yang banyak.

"Pengawal!"panggil Ellyza kuat. Pengawal penjara itu terkocoh-kocoh menghampiri Ellyza. Melihatkan tindakan gila Zahra, pengawal penjara itu segera membuka pintu sel penjara. Zahra yang masih menghantukkan kepalanya pada dinding itu ditahannya dan digari ingin menghentikan tindakannya itu.

"Hello Uncle... Zahra ni memang tak waras ke? Lyza ada dekat penjara ni, tapi entahlah Zahra macam orang tak siuman."ujar Eyliz sambil berjalan menuju ke luar penjara.

"Tak siuman macam mana pula? Cuba Lyza jelaskan sikit dekat Uncle apa yang dia buat."pinta Hakim di dalam talian.

"Dia tiba-tiba hantuk kepala dia dekat dinding sampai berdarah masa bercakap dengan Lyza. Sekarang ni Lyza biar pengawal yang uruskan dia."jelas Ellyza.

"Macam tu. Apa-apa Uncle siasat dulu pasal tu. Jangan buat kesimpulan melulu pula. Mana tahu dia pura-pura je semata-mata untuk mengelak daripada hukuman gantung."ujar Hakim.

"Okey Uncle. Kalau macam tu Lyza pergi dululah."Ellyza terus mematikan panggilan kemudian nombor Aarash pula dihubungi setelah dia masuk ke dalam kereta. Pintu ditutup dan aircond dipasang setelah kereta dihidupkan. Memang tidaklah dia mahu pandu kereta semasa menelefon.

"Iya sayang?"sapa Aarash di dalam talian. Ellyza mendecit mendengar panggilan Aarash. Walhal sebenarnya ada taman yang dipenuhi bunga di dalam hati.

"Nak tahu something tak?"soal Ellyza.

"Apa? Kau mengandung ke?"soal Aarash buat-buat terkejut. Sengaja mahu mengusik Ellyza sahaja sebenarnya. Ellyza membulatkan matanya tidak percaya. Soalan bodoh apakah itu? Belum sentuh sudah kata mengandung? Memang tidaklah!

"Kau ni dah kenapa? Kita tak ermm— Tak akanlah aku nak mengandung? Boleh tak jangan keluarkan soalan tak masuk akal macam tu?"marah Ellyza. Pipinya sudah merah menahan malu.

"Okey kalau macam tu, nanti aku tuntut hak aku yang satu itu. Jadi, kau nak cakap apa tadi?"soal Aarash menukar topik.

"Ah sudah! Mampuslah kau Lyza."ujar Ellyza tanpa bunyi.

"Hello? Hello? Lyza?"panggil Aarash di dalam talian. Pelik pula Ellyza senyap tiba-tiba.

"Haa... Haaa iya. Aku nak tanya kau ada jumpa Zahra tak lepas dia dimasukkan dalam penjara?"soal Ellyza.

"Hmm tak ada pun. Semua aku serahkan dekat Uncle Hakim. Kenapa?"soal Aarash pelik. Memang tidaklah dia mahu berjumpa Zahra memandangkan dia sibuk berada di hospital untuk pantau keadaan Airish.

"Aku rasa Zahra dah gila lah. Tadi aku pergi jumpa dia—"belum sempat Ellyza menghabiskan kata-katanya, Aarash memotong.

"HAH? KAU BUAT APA DEKAT SANA?"soal Aarash terkejut. Ellyza lagilah terkejut sampaikan dia terbaling telefon ke atas dashboard kerana mendengar suara Aarash yang kuat. Nasib baik tidak lempar kena cermin kereta. Kalau tidak, naya sahaja telefon dan kereta dia. Dada diurut sebelum telefon dicapai semula.

"Kau okey tak Lyza? Lyza?"panggil Aarash risau. Bunyi seakan hentakan kuat tadi merisaukan dirinya.

"Kenapa kau tak jerit lagi kuat sampai gegendang telinga aku sekali pecah?"geram Ellyza. Kedengaran Aarash ketawa kecil di dalam talian membuat muka Ellyza makin cemberut. Sakit sungguh hati ini!

"Sorry lah aku cuma risau pasal kau. Okey-okey sambung apa yang kau nak cakap tadi."ujar Aarash.

"Risaulah konon. Nasib aku tak bawa kereta lagi. Kalau tak menduda kau!"gumam Ellyza perlahan.

"Tadi aku jumpa dia. Masa kami tengah bercakap, dia tiba-tiba hantuk kepala dekat dinding sampai berdarah tau? Dia kata dia tak suka tengok kau bermesra dengan Airish. Tak kiralah ummi atau adik kau, dia tak suka. Aku pun dia tak nak lepas. Sah dia dah gila."cerita Ellyza.

"Kau dah bagitahu Uncle Hakim pasal tu?"soal Aarash.

"Haa dah. Dia cakap nanti dia periksa dulu. Itu je."balas Ellyza.

"Aipp tadi aku dengar macam ada orang cemburu je. Tiba-tiba cakap pasal Zahra."usik Aarash.

"Ma–mana ada aku cemburu! Aku tak cemburu pun!"nafi Ellyza.

"Eh iya ke? Aku tak mention kau pun."

"Mana ada! Malaslah cakap dengan kau!"Ellyza terus menamatkan talian seusai menghabiskan ayatnya. Aarash hanya menghamburkan ketawa. Tidak pernah tidak seronok bila mengusik Ellyza.

•••

Cuti ditambahkan hmm marilah kita mereput dalam rumah lagi😪semua kedai dekat rumah saya tak bukaa huwaaaaaaaa nak beli topup! Kalau saya tak update, faham-fahamlah🤣

Continue Reading

You'll Also Like

5M 920K 50
was #1 in angst [part 22-end privated] ❝masih berpikir jaemin vakum karena cedera? you are totally wrong.❞▫not an au Started on August 19th 2017 #4 1...
2.4M 446K 32
was #1 in paranormal [part 5-end privated] ❝school and nct all unit, how mark lee manages his time? gampang, kamu cuma belum tau rahasianya.❞▫not an...
3M 292K 84
Bercerita tentang Labelina si bocah kematian dan keluarga barunya.
918K 76.8K 36
(𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐦𝐢𝐠𝐫𝐚𝐬𝐢 𝟏) 𝘊𝘰𝘷𝘦𝘳 𝘣𝘺 𝘸𝘪𝘥𝘺𝘢𝘸𝘢𝘵𝘪0506 ғᴏʟʟᴏᴡ ᴅᴀʜᴜʟᴜ ᴀᴋᴜɴ ᴘᴏᴛᴀ ɪɴɪ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴᴅᴜᴋᴜɴɢ ᴊᴀʟᴀɴɴʏᴀ ᴄᴇʀɪᴛᴀ♥︎ ___...