THE TWO PRINCE AND THE PRINCE...

By asterhyzells_

343K 14.9K 2.5K

[FANTASY ROMANCE + ACTION] [COMPLETE] Tiada apa-apa yang berubah setelah kematian Harrash kecuali kehidupan M... More

BAB 01
BAB 02
BAB 03
BAB 04
BAB 05
BAB 06
BAB 07
BAB 08
BAB 09
BAB 10
BAB 11
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73: ENDING
SPECIAL CHAPTER 01
SPECIAL CHAPTER 02
SPECIAL CHAPTER 03
SPECIAL CHAPTER 04: ENDING
NEW STORY!

BAB 12

3.9K 175 2
By asterhyzells_

Bunyi deheman seseorang membuatkan Danish mengukirkan senyuman. Lantas dia menoleh memandang Ellyza yang sudah cemberut mukanya.

"Opss sorry!! I Lupa pula yang you ada dekat sini."Danish tersengih manakala Fina di sebelah hanya menggulingkan matanya. Nampaknya Danish sedang membuat lawak basi di pagi hari ini.

"Okey kalau macam tu I balik dulu."Ellyza sudah berdiri kegeraman. Geram sungguh dengan Danish yang tampak langsung tidak serius merawatnya.

"Eh you keluar selangkah je, I kurung you dalam wad selama sebulan. Jangan main-main dengan I."ugut Danish. Ellyza merengus geram lalu menghempas punggungnya di atas kerusi semula. Sudah tiga puluh minit masanya terbazir begitu sahaja disebabkan Danish.

"Tak baik untuk kesihatan kalau you duduk hempas-hempas macam tu tahu."tegur Danish. Ellyza mendecit malas.

"Okey, jadi hari ini macam mana keadaan you?"soal Danish dengan senyuman.

"Seperti yang you tengok, I okay. Tak mati lagi disebabkan you lupa I ada dekat dalam bilik ni."sinis Ellyza. Danish menjuihkan bibirnya.

"Sorry okay sorry. Okey sekarang ni I nak tengok ruam you dekat muka tu. Buka mask tu."arah Danish. Dia mula menyarung sarung tangan. Wajahnya didekatkan sedikit dengan wajah Ellyza untuk meneliti ruam di bahagian wajah.

"Nampaknya ruam ni dah beransur pulih. Ada peningkatanlah nampaknya ni. Congrats!"ujar Danish. Ellyza masih lagi diam. Sebenarnya dia berdebar apabila wajah Danish menghampiri mukanya. Fina berjalan menuju ke arah pintu bilik apabila kedengaran pintu bilik diketuk beberapa kali. Buka sahaja, terlihat wajah Haiqal yang cemas.

"Doktor, kita ada lima orang pesakit kecemasan dalam dua minit lagi. Boleh doktor tinggalkan sekejap rawatan tu? Kita hanya ada Doktor Alex dan Doktor Husna sahaja sekarang ini."pinta Haiqal tergesa-gesa.

"Haa okey, okey. Fina, can you finish this? I rasa you dah cukup pandai untuk ambil darah dia?"ujar Danish. Fina hanya mengangguk faham. Hampir dua bulan dia melihat Danish merawat Ellyza. Dapatlah juga dia hadam sedikit.

"Okay good."Danish terus meninggalkan bilik itu tergesa-gesa. Sarung tangan dibuangnya dan digantikan dengan yang baharu.

"Mana doktor-doktor baharu? Tak akan tak ada seorang pun masa ni?"soal Danish, dingin. Nampaknya Danish sudah naik angin.

"Doktor-doktor tu ada mesyuarat disebabkan mereka baru berpindah ke sini dan beberapa orang daripada mereka sudah ditugaskan untuk jaga pesakit VIP."jelas Haiqal. Danish merengus geram. Setakat mana pun amarahnya memuncak, pesakit perlulah diutamakan terlebih dahulu.

"Doktor! Doktor! Pesakit ni tiba-tiba kena sawan!"ujar salah seorang paramedik di situ.

"Haiqal, you uruskan."arah Danish. Bunyi alat degupan jantung yang mula berdesing membuatkan Danish menanggalkan kot doktornya. Lantas dia naik ke atas katil pesakit untuk memulakan CPR.

"Dia sudah stabil sedikit sekarang. Anita, you tolong I periksa apa masalah dia, lepas tu bagitahu pendapat you dekat I nanti."ujar Danish lalu dia berlari mendapatkan pesakit yang lain.

"Awak pergilah tolong mereka. Saya boleh je tunggu atau datang balik petang nanti."kata Ellyza. Dia pun naik pening melihat keadaan di luar bilik Danish yang tersangatlah sesak baginya.

"Betul ni? Nanti Doktor Danish marah pula. Tengok daripada mood dia sekarang ini pun macam tengah marah."ujar Fina.

"Marah? Are you serious? Perangai happy tak kena tempat macam tu pandai marah?"soal Ellyza tidak percaya. Fina menghelakan nafasnya.

"Kalau Doktor Danish naik angin, marah atau seangkatan dengannya, memang teruklah kena tahu tak? Apa-apa pun betul ni saya boleh keluar? Kesian pula tengok Doktor Danish rawat pesakit macam tu."soal Fina menginginkan kepastian.

"Hmm ya pergi je lah. Kalau dia marah, cakap je lah saya suruh. Pandai-pandailah saya bagi alasan nanti."balas Ellyza.

"Baik, terima kasih."ucap Fina. Dia terus beredar keluar.

Hampir dua jam berlalu, akhirnya keadaan kembali tenang. Namun tiga doktor itu masih lagi kelihatan sibuk. Haziq tiada di hospital memandangkan dia ada khusus di hospital lain.

"Alia, you jadualkan pembedahan untuk kedua-dua pesakit ni petang nanti. Pastikan pesakit yang mengalami kecederaan di bahagian belakang badan itu diutamakan terlebih dahulu."arah Danish.

"Baik doktor."balas Alia sebelum beredar.

"Fina, you dah selesai ambil darah Cik Ellyza? Cepat sangat you keluar tolong I tadi."ujar Danish. Fina sudah meneguk air liur kelat. Janganlah Danish mengamuk.

"I nak you yang buat. I still tak boleh percayakan pembantu you. Jadi, maknanya dia belum ambil darah I."sampuk Ellyza yang berdiri memeluk tubuh di hadapan pintu bilik kerja Danish.

"Auch macam tu pula. Boleh you tunggu lagi tiga puluh minit tak? I ada sedikit lagi kerja yang tak selesai."pinta Danish tersengih-sengih. Ellyza meniup owning tudungnya.

"Okay fine!!"balas Ellyza pasrah. Menyesal pula rasanya buat keputusan tadi. Kalau dia suruh Fina buat, pasti sekarang ini dia sudah dapat tidur dekat rumah sewanya.

"Comel."omel Danish tersengih-sengih. Jururawat-jururawat yang lain turut tersenyum melihat Danish. Mendengar suara-suara sedang bercakap yang sangat dikenali, senyuman Danish terus pudar. Terdiam mereka yang sedang bercakap.

"You semua tak ada otak ke?"soal Danish.

"Apa maksud doktor ni?"soal salah seorang doktor baru dipindahkan itu.

"Buka telefon you!! Langsung tak baca ke mesej kecemasan tu? MESEJ MACAM TU YOU ABAIKAN MACAM BODOH JE?"jerkah Danish. Ellyza yang mendengar suara Danish mengeluarkan sedikit kepalanya untuk melihat apa yang berlaku.

"You ingat mesej macam tu ditubuhkan untuk sembang suka-suka ke? You tahu tak yang sekarang ni you bekerja dekat mana?"soal Danish lagi dengan nada sedikit kuat. Semua terdiam, takut mahu membalas.

"Kenapa diam?! I tanya tu jawablah!!Kena pindah sini terus jadi bodoh ke? Kau orang pakai otak apa? Elok belajar pandai-pandai tapi masih bodoh serupa orang tak ada otak!!"hambur Danish.

"You all dengar sini eh! I bagitahu sekali je. Lepas ni kalau benda ni berlaku lagi, I akan buat lesen doktor you digantung. Dapat je mesej kecemasan terus datang sini walaupun waktu mesyuarat. Kalau dah terdesak sangat tak boleh datang, tak apalah juga. Ni mesyuarat je pun!! Tak penting sangat pula tu!!"ujar Danish.

"Baik doktor."

"Sebagai denda kau orang, seminggu ni kau orang kena ronda pesakit dalam wad ni dan buat kerja nurse untuk menjaga pesakit. Ada silap kecil je, I denda you all bersihkan habis lantai wad ni selama dua minggu."ujar Danish lagi. Tujuh doktor itu hanya dengan pasrahnya akur. Danish masuk ke dalam bilik kerjanya dengan muka bengang. Fina turut masuk dengan senyap.

"Boleh you hulurkan air mineral tu."pinta Danish. Sakit tekak pula membebel tadi. Suara pun sudah serak bunyinya.

"Tak sangka you pandai marah Doktor Danish. Bangga betul I dekat you."ujar Ellyza seraya menghulurkan sebotol air mineral kepada Danish. Danish menjuihkan bibir. Perlilah tu!!

"Iyalah-iyalah. Terima kasih sebab  bangga dekat I. Mari sini I nak sambung rawat you. Nanti tak sempat pula takut ada apa-apa kes kecemasan lagi."kata Danish. Dia memakai sarung tangan baharu pula.

"Penyakit I ni boleh sembuh ke doktor?"soal Ellyza tiba-tiba.

"InsyaAllah boleh. Dua pesakit I pun sekarang ni rasanya dah 95 peratus sembuh. You cuma kena ada semangat dan niat untuk pulih. Selagi you ada dua benda tu, makin tinggi peluang nak sembuh tau? Haa lagi satu, jangan berani nak langgar apa-apa peraturan yang I dah tetapkan untuk you."ujar Danish.

"Baik Tuan Doktor!!"balas Ellyza bersemangat. Fina yang sedari tadi  berdiam diri hanya mengukirkan senyuman.

"Haa hujung minggu ni you kena kosongkan rancangan you. I ada something nak buat dengan you."

"Buat apa?"soal Ellyza dengan dahi dikerutkan. Baru ingat mahu pulang ke istana. Rindu mommy dan daddy...

"Ada lah. Jangan nak banyak tanya dan jangan nak mengelat!"ujar Danish.

"Iyalah."balas Ellyza malas.

•••

Suara-suara sumbang yang sedang mengata kedengaran. Jururawat-jururawat sudah berbisik tidak puas hati di dalam hati. Doktor-doktor baru dipindahkan itu beranilah pula mengutuk Danish ketika Danish sedang berada di dalam bilik bedah.

"Dia ingat dia siapa nak marah-marah orang macam tu. Denda sesuka hati dia je."bentak Sarina.

"Yang kau nak protes tak puas hati tu kenapa? Salah kau juga tadi. Kami dah nak pergi tau? Tapi kau yang halang. Inilah akibatnya."ujar Kevin pula.

"Mesyuarat tadi pun penting juga kan. Kenapa nak salahkan aku pula? Doktor Danish tu yang tiba-tiba marah orang kenapa?"bentak Sarina lagi.

"Doktor tak sepatutnya merungut macam itu. Doktor Danish baik orangnya. Dia buat macam itu untuk ajar doktor supaya lebih cekap menjalankan tugas. Beri pengajaran sikit."ujar salah seorang pesakit bernama Abu.

"Ajar? Beri pengajaran? Huh! Dia siapa nak buat macam tu?"Sarina ketawa sinis.

"Dia Ketua Doktor dekat sini. Ada masalah Doktor Sarina?"jawab Haziq.

"Haah memang ada pun! I tak suka dia denda-denda I macam ni tahu tak!"geram Sarina.

"Apa yang dia denda dekat doktor tu baru sikit tahu tak? Itu, Ketua Jururawat Alia kena ronda setiap wad dalam hospital ni dalam masa dua bulan disebabkan masalah gementar dan fobia akan darah. See, sekarang ni dia berjaya atasi masalah tu."kata Abu. Alia di salah satu sudut mengukirkan senyuman tipis apabila pesakit mula bersorak kepadanya.

"Ni Doktor Haziq pun pernah kena akibat kecuaian mengenal pasti penyakit sewaktu baru kenal Doktor Danish. Dendanya Doktor Haziq tak boleh tidur hampir satu minggu untuk mengenal pasti 30 jenis penyakit lain yang ada dalam hospital ni."ujar Abu lagi.

"Betul. Masa tu I cuma salah kenal pasti penyakit jantung je, tapi I tak kisah. Tengoklah apa yang jadi dekat I sekarang ni. I jadi lebih cekap untuk menguruskan pesakit trauma. Jururawat dan doktor di sini buktinya."sahut Haziq.

"Bila doktor dah kenal Doktor Danish betul-betul, nanti doktor tahulah dia tu macam mana orangnya. Lepas seminggu ni, dia akan minta maaf dengan doktor-doktor semua. Percayalah Doktor Danish hanya mahukan yang terbaik untuk doktor-doktor semua."ujar Alia pula.

Sarina hanya buat bodoh dan terus beredar. Malas mahu bertikam lidah lebih lama. Lagi dia membalas, lagi ramai yang membela Danish. Baik diam.

"Wah Doktor Haziq, awal balik. Bukan doktor balik esok eh?"soal Marliana.

"I miss you all sebab itulah balik awal. Tak tertanggung rindunya."Haziq ketawa kecil diikuti tiga jururawat yang tinggal menjaga wad.

"Sikit je orang. Berapa pembedahan sedang dijalankan sekarang ni?"soal Haziq.

"Ermm empat. Doktor Sue pun baru balik tadi. Balik je terus bedah salah seorang pesakit."jelas Alia.

"Dia memang rajin. I masih lagi ada jet lag. Tak boleh nak membedah nanti pening. Jadi, I cuma ronda wad hari ni. Siapa nak bantu I?"soal Haziq.

"Biar saya bantu."Anne menawarkan diri. Haziq hanya mengangguk kecil sebelum beredar.

"Pembedahan berjaya doktor?"tegur Alia dengan senyuman. Daripada riak wajah Danish, dia sudah tahu pembedahan berjaya namun dia saja ingin beramah mesra. Danish sengih dan mengangguk.

"Setakat uni Doktor Danish kita ni tak pecah rekod lagi bab pembedahan tak berjaya kan?"ujar Fina dibalas anggukan daripada Alia.

"Uitss sayang!! Kenapa datang sini petang-petang? Rindu I eh?"Danish tiba-tiba bersuara membuatkan beberapa orang jururawat dan pesakit menoleh ke arah gerangan yang dipandang oleh Danish.

"Rindu? Tak akan sesekali! I datang nak ambil ubat I yang tertinggal dalam bilik you tadi. I tak rela dimasukkan wad sebab hari-hari boleh nampak muka you macam kodok ni."bebel Ellyza.

"You kata muka I yang terlebih kacak daripada Prince Charming ni macam kodok? Eh sesedap rasa dia je. Gigit nanti! By the way, ubat you ada atas meja I."ujar Danish. Ellyza menggulingkan matanya ke atas sebelum beredar ingin mengambil ubatnya.

"Banyak sangat makan panadol ni. Itu yang mulut tak boleh nak cakap benda manis."omel Danish. Jururawat-jururawat di situ hanya ketawa. Boleh pula Danish buat lawak!

Continue Reading

You'll Also Like

22.4K 1.3K 45
menceritakan 7 sahabat yang memiliki kesamaan nasib satu sama lain, dikarenakan ada masalah keluarga tapi ada juga yang memang harus kehilangan orang...
2.4M 236K 75
Bercerita tentang Labelina si bocah kematian dan keluarga barunya.
40.2K 3.4K 72
[COMPLETE] [MODERN + ROYAL FANTASY + ACTION ROMANCE] Dendam dan keadilan... Membawa dia ke negara bernama Gynzells, bersebelahan Florensia. Berjumpa...
7.2K 379 21
WAJIB FOLLOW AKUN AUTHOR DULU..! • • • Apa jadinya kalau gadis cantik, imut plus bar bar, ber Transmigrasi ke sebuah Novel yang berjudul LOVE FOR AL...