Her Fate | COMPLETED

بواسطة Lyrameyn

311K 11.6K 306

• First book of the Her Series • "Never thought you were the one." Hidup aku memang sejak dulu tak pernah ber... المزيد

CAST & DISCLAIMER
HF : 1
HF : 2
HF : 3
HF : 4
HF : 5
HF : 6
HF : 7
HF : 8
HF : 9
HF : 10
HF : 11
HF : 12
HF : 13
HF : 14
HF : 15
HF : 16
HF : 17
HF : 18
HF : 20
HF : 21
HF : 22
HF : 23
HF : 24
HF : 25
HF : 26
HF : 27
HF : 28
HF : 29
HF : 30
HF : 31
HF : 32
HF : 33
HF : 34
HF : 35
HF : 36
HF : 37
HF : 38
HF : 39
HF : 40 (FINALE)
thank u, next

HF : 19

6.6K 282 7
بواسطة Lyrameyn


Masuk sahaja dalam kereta, aku mengeluh bosan.

"Asal cepat sangat kita balik dari rumah mummy? Nak bergosip pun tak sempatlah!" Aku memuncungkan bibir.

Bayangkan, datang rumah mummy pukul 1 petang balik pukul 5 petang. Pale hotak dia! Aku nak bermanja dengan mummy pun tak sempat. At least tunggulah daddy balik dengan Julia dari beli barang tunang dia dengan Izzat. Ni tak, baru duduk sekejap, dah "Alissa jom balik nanti jam." Menyampah aku!

"You ni dengan gosip lah apa lah, macam takde talefon!" Dengus Noah.

Aku mencebik dan menekan punat radio. Berkumbang lagu Sumpah nyanyian Naim Danial.

"Andai rembulan tidak lagi mampu bercahya, terangilah gelapku walaupun dalam gelita, dengarkanlah ku-" belum sempat aku menghabiskan nyanyianku, Noah terlebih dahulu mematikan radio.

Tangan Noah aku pukul. "Apa masalah you ni? I nak nyanyi tak boleh, nak jumpa mummy tak boleh? Apa je I boleh buat?" Tanyaku geram.

"Nyanyi pun macam katak kena sunat ada hati nak nyanyi." Kata Noah pendek sebelum kembali mengfokuskan pandangan pada jalan raya.

"Hello, suara I ni macam Siti Nurhaliza tau tak?"

Noah ketawa besar. "Siti Nurhaliza? Puih macam Sajat pun ada. At least Sajat ada peminat. You?"

Aku terus mendiamkan diri dan menghadap talefon buka Instagram. Aku tengok story Vivy Yusof tentang anaknya Sarah. Alahai comelnya. Huwaa. Bilalah nak ada anak ni? Aku mengerling Noah disebelah yang diam selepas bertikam lidah dengan aku tadi.

"Noah, Noah." Panggiku seraya memukul lembut pehanya.

Tanganku ditepis oleh Noah. "You nak apa lagi ni?" Mukanya frust sebab sekarang tengah jam.

"Uhm.. you nak ada anak tak?" Soalku tiba tiba.

Noah tersentak. "Kenapa you tanya I tiba tiba ni?" Dia mencuri pandang kepadaku sambil membawa kereta.

"Taklah, tengok ni." Aku menunjuk nunjuk talefon ku kepada Noah. Story Vivy Yusof tentang Sarah tadi.

Noah menepis aku lagi. "Alissa! I'm driving!"

Aku menarik balik talefon ku. "Ni ha anak Vivy Yusof. Comel gila ok. Bila lah nak ada anak sendiri ni?" Gumamku sendirian.

Noah ketawa. "You nak ada anak ke?"

Tanpa aku sedar, aku mengangguk. "Mestilah nak. Sekali comel macam Sarah ni. Oh my god."

"Siapa nak jadi bapa anak you tu?" Tanya Noah lagi. Mukanya kelihatan gembira sangat tengok aku yang jawab tanpa aku sedar.

"Entah tapi nak yang handsome, charming, berbudi bahasa." Aku dah terbayang bayang wajah 'bakal-bapa-kepada-anak-aku'

Sekali aku dengar Noah ketawa terbahak bahak. Aku berdecit geram. Ish kena main lagi lah aku ni. Aku memukul lagi peha Noah.

"Aduh Al sakitlah!"

"Padan muka! Main main lagi kan!" Mukaku merah padam. Yelah aku dengan dia tak pernah cakap pasal benda yang melibatkan hal anak-anak ni. Sekali dah cakap macam awkward pulak.

"Taklah, kalau you nak anak I boleh bagi." Noah menayang muka miangnya.

"Dah! Dah! Pandang depan tu and jangan cakap dengan I lagi. I nak tidur." Aku memusingkan tubuhku kekiri dan menutup mata.

Tiba tiba aku terdengar talefon aku berbunyi daripada aplikasi Whatsapp. Ayah? Aku dah berdebar semacam.

Ayah
Al, ayah rindu kamu. Baliklah jenguk ayah bila bila.

Selesai baca, aku tanpa menunggu lama aku terus delete message itu dan delete conversation sekali. Bukan senang macam tu Ayah nak aku balik selepas aku dah senang dan bahagia. Tanpa aku sedar aku menangis sikit dan tertidur.


"AL BANGUN." Satu tangan kasar menyentuh mukaku membuatkan aku rasa tak selesa.

Terpisat pisat aku bangun dari tidur dan nampak Noah sedang merenungku dekat. Dalam 1 inchi je. Terus secara automatik aku menolak Noah menjauh dari aku.

"Ew get off me you creep." Dashboard dikebawahkan dan aku membetulkan rambutku yang kelihatan serabut.

"Ala dah cukup lawa dah tu. Jom keluar." Tanpa menunggu aku, Noah keluar dan masuk ke dalam mall tersebut.

Aku mengikutnya dan melihat sekeliling. Tempat apa ni? Masuk sahaja, ada tangga yang naik ke tingkat atas. Noah menghulurkan tangannya namun aku buat buat tak nampak je. Pintu kaca ditolak dan kami berdua masuk. Bila aku tengok sekeliling, baru aku tau ni Sunway Piramid. Kami di Asian Street.

"Buat apa dekat Sunway?" Soalku kepada Noah yang jalan seiring denganku.

Dia diam dan meneruskan jalan. Ish mamat ni berlagaklah pula dengan aku! Aku lesing karang! Malas nak gaduh dengan orang gila, aku ikut je Noah dari belakang. Dalam 15 minit berjalan, dia keluar dari Asian Street dan aku pun ikut sama.

"Ish Noah Hakimi. Kita buat aoa dekat sini? I nak baliklah I penat!" Rengekku. Kakiku dah mula sakit akibat berjalan tak henti.

"Sabar. I tengah lapar nak makan TGI ni. Lepastu kita tengok Fashion Show." Selamba kata Noah dan dia masuk ke TGI Fridays yang berada di sebelah kiri aku.

Kami duduk dan memesan makanan.

"I nak Burger Champion ni dengan air apple juice." Sedar tak sedar perutku juga berkeroncong minta diisi.

"Same with me but pepsi instead of apple juice." Kata Noah dan menghulurkan kembali menu tersebut.

Kami berdua senyap dan hanya melayan talefon. Hailah mamat ni nasib baik aku dah kemas baju semalam kalau tak kan.

Bila makanan dah sampai, kami berdua menjamu selere dan I must say the champion burger ni memang sedap gila.

Habis makan, totalnya dah nak 70 lah juga tapi kisah apa aku, bukan aku yang bayar! Sekarang misi aku nak cari Tiger Sugar.

"Noah I nak Tiger Sugar." Kataku. Noah hanya mengangguk dan mengikut jejak langkah aku berjalan mencari Tiger Sugar.

Setelah lama berjalan akhirnya aku jumpa Tiger Sugar dan jangan tanyalah berapa panjang orang beratur. Tapi disebabkan aku dah nak meroyan nak minum bubble tea, aku tetap gagahkan beratur.

Noah menggeleng melihat aku yang selamba beratur panjang panjang. "Gila ke you nak beratur panjang panjang ni?"

"You susah hati sangat kenapa? You nak tak, I belanja?" Aku bermurah hati nak belanja musuh aku air kegemaranku ini.

"No thank you. I don't eat that stupid looking black pearls." Katanya berlagak dan berlalu duduk di sebuah kerusi panjang.

Ek eleh mamat tu! Berlagaknya! Racist pulak tu. Aku pantang kalau orang perangai racist racist ni! Lantak kau lah sombong, aku dah beli kau jangan nak mengendeng!

Bila tiba giliran aku, "yes miss nak yang mana?" Ujar pekerja itu.

Aku berfikir sejenak. Sejujurnya ini kali pertama aku minum Tiger Sugar.

"Just give me your bestseller satu." Dompet dalam beg dikeluarkan.

Sehelai not RM 20 aku hulurkan. Aku dapat nombor giliran dan tak lama selepas itu, aku dapat air aku. Straw dicucuk ke atas cawan dan aku mula menyedut. Aku berjalan kearah Noah yang masih sedang duduk di kerusi panjang itu.

Tapi dia bukan sorang. Dia tengah cakap dengan seorang budak junior sekolah. Muka Noah nampak tak selesa bercakap dengan minah tu. Nampak saje aku berjalan kearahnya, dia terus meminta diri dari budak perempuan itu.

"Siapa tu?"

"Junior. Apatah nama dia I pun tak ingat. Eh nak sikit." Dia meminta air aku.

Aku menggeleng laju. "Eh tadi I dah nak belikan you tak mau. Sekarang nak minta I?" Aku buat muka bodoh dan berlalu ke depan.

Noah masih meminta air aku dan aku memberinya. Malang tak berbau, Noah minum separuh air aku. Aku terus hempuk badan dia.

"You jerk! Tadi I nak belikan you kata taknak! Kata apalah sedap sangat dengan pearl hitam bodo tu. but now you minum separuh air I!"

Muka selambanya ditayang. "Alah nantilah I belikan you lagi. Bukan mahal pun." Ujarnya bongkak.

Sampi sahaja di middle concourse, aku dan Noah mencari tempat duduk. Aku macam keliru apehal mamat ni sanggup datang dekat sini? Ramai ramai macam ni. Ni pun nasib baik je dapat kerusi. Suasana penuh dengan suara orang dan flash kamera dari pihak media. Aku bukan minat pun benda ni, aku lihat muka Noah pun aku rasa dia merasakan benda yang sama.

Dah 20 minit MC tu membebel apa tah kat depan tu, aku pun dah mula ngantuk. Air Tiger Sugar aku sedut perlahan dan menggigit gigit pearl.

"Now give it up for MoonVilion! Dengan koleksi rayanya!" Jerit MC itu.

Raya? Ya lagi sebulan nak puasa. Aku masih melayan perasaan dengan menyedut air aku. Tapi bila mataku melihat pentas aku tersedak dan hampir tercekik pearl aku.

"Go girl!" Noah menjerit dan menepuk tangannya kepada model diatas.

Modal diatas pentas. Iaitu, Wardina. Yang aku tau aku hampir mampos tercekik pearl.


Hi guys, finally update juga. After this chap maybe chap about diorang pergi London. So any place recommendations are welcomed!  Please vote and share this story dengan kawan, atuk nenek mak ayah kakak adik abang tau! 🤣💜

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

116K 10.7K 52
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
28.6K 1.1K 55
Hanan Nur Layla seorang yang ceria, tetapi sebuah insiden hitam dalam hidupnya menyebabkannya mula mengasingkan diri dari rakan-rakannya. Tapi, tetap...
77.9K 6.7K 25
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
94.2K 4.4K 37
"Sepuluh tahun aku tertanya-tanya mana silapnya aku? Apa yang aku dah buat sampai dia menghilang begitu saja? Dan sekarang, dia muncul semula macam t...