HELLO ANGEL ©️

נכתב על ידי jkshlvffy

12.3K 1.4K 37

Mencari yang ikhlas bukan senang. Bila ada yang sanggup menghargai, maka jangan dilepaskan. Tuhan sentiasa ad... עוד

00
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40

26

210 32 0
נכתב על ידי jkshlvffy

~ ʜᴇʟʟᴏ ᴀɴɢᴇʟ ~







'Maaf. Aku tak dapat jumpa abang kau malam ini. Aku ada hal nak settle. Tapi, tak bermakna kau lepas kali ini. Kau hutang aku masa untuk berjumpa dengan abang kau.'

Sticky note yang sengaja ditampal di depan pintu office itu aku pandang lama.

Pergilah, Oh Sehun. Pergi sejauh mana yang awak nak. Jagalah buah hati awak itu ketat-ketat. Jangan sampai dia tinggalkan awak. Tak apa. Saya dah biasa menunggu orang yang tak akan pernah muncul.



~ Flashback 1 hour ago ~



"Oppa, malam ini temankan sayang kat rumah. Appa dengan eomma tak ada. Sayang takut seorang diri kat rumah."

Aku yang baru saja ingin masuk berhenti seketika. Aik? Lama bebenor perempuan ni kat sini? Tak reti nak balik ke?

"Sorry, sayang. Oppa nak jumpa orang malam ini. Esok sajalah. Oppa janji. Esok oppa belanja sayang makan apa saja yang sayang suka. Nak beli satu restoran pun tak apa."

"Tak nak! Oppa tak sayang Wen lagi."

"Sayang, please. Ini urgent."

Aik? Nak jumpa abang aku saja kut. Bukan nak jumpa Father kat curch. Ehem!

"Kalau oppa tak datang apartment sayang malam ni, jangan harap oppa boleh jumpa sayang lagi."

Amboi!

Krik krik

"Okey. Oppa akan cancel meeting oppa malam ini. Oppa akan temankan sayang malam ni."

Deg..

Ugutan kecil macam tu pun kau boleh takut, Sehun. Sayang sangat kau dengan dia. Kalah rasa sayang aku pada kau.



Kaki ku melangkah masuk ke dalam bilik kerja ku yang bersebelahan dengan bilik kerja Sehun. Entahlah. Dah kali ke berapa hati aku retak pun aku tak tahu.

Wahai cik hati, tolonglah bertahan. Maafkan tuan kau yang begitu bodoh ini. Tuan kau ini sanggup melukakan hatinya sendiri hanya untuk bersama orang yang sudah lama melupakan kewujudan dirinya selama bertahun-tahun.

Aku mengemaskan segala apa yang patut. Apa yang pasti, Sehun tak perlu berjumpa dengan Luhan oppa. Bukan aku nak pisahkan mereka, tapi aku tak rasa sekarang adalah waktu yang tepat untuk mereka bersemuka.



~ ¤ ~



Pagi akhirnya pun tiba. Aku memandang ke sekeliling rumah. Sunyi semacam. Tak biasanya pagi hari macam ini. Kecualilah appa dan eomma pergi outstation and Luhan oppa sibuk kat office. Memang macam tanah perkuburan rumah ini.

Tapi, tak mungkin appa dengan eomma pergi outstation. Kalau ya, mereka pasti akan memaklumkan kepada aku terlebih dahulu.

Pintu fridge aku buka. Sebotol minuman mineral aku capai lalu aku minum sehingga separuh. Mata aku pula sibuk memandang seluruh isi dapur tersebut.

Ting !

Aku memandang iPhone 7 aku yang terbiar di atas meja. Ada pesan yang masuk.



From : Eomma 💜

Seol, maafkan eomma sebab lupa nak bagitahu kamu semalam. Appa dengan eomma pergi ke Busan sebab kawan appa kamu sakit. Mungkin kami di Busan selama seminggu. So, tolong jaga diri dengan baik dan pesan pada abang kamu suruh dia jangan selalu sangat balik lambat. Tak baik. Tadi eomma dah pesan sebelum pergi. Jaga diri elok-elok ya. Annyeong.



Kepala aku terangguk-angguk membaca pesan dari eomma. Telefon pintar itu aku letakkan di atas meja kembali. Baru saja aku ingin mengatur langkah untuk membuat sarapan, kaki aku terhenti seketika apabila mendengar telefon pintar itu kembali berbunyi.



From : Unknown

Aku dalam perjalanan ke rumah kau sekarang. Pastikan ada orang. Kalau tak, tahulah nasib kau nanti.



Mata ku automatik terbuka lebar. Yak! Siapa penyangak yang sungguh berlagak dan biadap ni?! Apa kau ingat aku takut dengan ugutan kau? Hell no!



To : Unknown

Siapa anda? Kalau anda masih mengganggu saya lagi, saya tidak akan ragu-ragu membuat laporan polis!



SEND !

Telefon yang tidak berdosa itu kembali menghempap meja makan. Biarlah pecah. Bukan aku tak boleh beli baru. Tinggal bodek Luhan oppa saja suruh dia belikan. Apa susah?

"Seol, apa bunyi bising tu?"

Kepala aku toleh ke arah lelaki yang sekarang ini berada di ambang pintu dapur. Wajahnya kelihatan lesu dengan matanya yang membengkak. Luhan oppa baru habis nangis ke? Kenapa pula dia menangis?

"Oppa tak apa-apa ke?" Soal aku risau tanpa menjawab soalannya terlebih dahulu.

Lelaki itu hanya tersenyum lemah kepada ku. Tangannya menarik salah satu kerusi di meja makan tersebut sebelum dia mendudukkan dirinya di atas kerusi tersebut.

"I'm okay. Don't worry. Oh iya, tadi eomma ada pesan yang dia dengan abeoji pergi ke Busan selama seminggu. Kawan abeoji sakit tenat katanya." Ujar Luhan oppa.

Aku mencapai segelas air suam lalu ku hulurkan kepadanya. Luhan oppa sempat bingung menatap ku.

"Minum air sikit. Mungkin oppa terlampau penat kut sebab itu rasa tak bermaya semacam." Ujar aku sambil tersenyum.

Dia hanya mengangguk sambil tersenyum. Air suam di tangan aku lalu diambil dan diminum sekaligus. Sedikit kelegaan timbul di wajahnya yang kacak itu.

"Seol, pergi bukakan pintu." Arah Luhan oppa.

Aku mengerutkan dahi ku pelik.

"Buka pintu? Oppa nak pergi mana?" Soal aku pelik.

"Ada tetamu, sayang. Cepat bukakan pintu. Tak baik biarkan tetamu menunggu lama kat luar." Ujar Luhan oppa sedikit geram dengan perangai kurang peka ku.

Aku hanya mampu buat muka pelik. Sejak bila bel loceng rumah itu berbunyi? Dengan kepala yang masih blank itu, aku mengatur langkah menuju ke pintu utama.

Clak ...

Deg

Sekali lagi mata aku terbuka lebar apabila menyedari siapa tetamu kami pada pagi itu.

"Bo...bos buat apa kat sini?"

Siapa lagi kalau bukan Oh Se Hun?

"Aku ada cakap yang aku nak datang tadi dan kau boleh pula menjawab nak report polis bagai. Nampak sangat kau tak save pun nombor bos kau sendiri." Ujarnya dengan sinis.

Aku menggigit bibir bawah aku. Ya Tuhan, bukan aku tak nak save. Tapi, aku selalu lupa nak minta nombor dia. Huhu..

"Ma..maaf." Gumam ku serba salah.

"Sudahlah. Abang kau ada kat rumah tak?" Soal Sehun lagi.

Aku tersentak. Aduh..

"Lu--"

"Seol, siapa yang datang?"

Aku dan Sehun sama-sama menoleh ke arah lelaki tersebut yang sedang berpaut pada sofa.

Tak. Aku tak risau tentang pertemuan mereka. Tapi, aku risau tentang keadaan Luhan oppa sekarang ini. Dia okey ke tak? Huft..

"Err.."

"Selamat pagi."

"Se..sehun?" Gumam Luhan oppa sedikit terkejut apabila melihat kehadiran lelaki itu.

Tapi, itu tidak lama. Luhan oppa tersenyum ke arah Sehun.

"Masuklah. Seol, tolong buatkan minuman untuk tetamu kita." Ujar Luhan oppa setelah berjeda selama 50 saat.

Aku apa lagi? Terus ke dapurlah jawabnya. Nak protes, kang dianggap kurang ajar. Tapi, si malaikat gila ni pun satu. Agak-agaklah nak datang time pepagi buta macam ni. Haih..








[][][]

TO BE CONTINUED ...

#VOTE #KOMEN #THANKYOU
#사랑하자

Guys, author nak cakap sikit yang part ni author unpublish balik sebab ada separuh besar dari part ni ditelan oleh wattpad masa tu. I'm sorry sebab menyusahkan you all untuk baca sekali lagi.

By the way, rajin-rajinkanlah diri dan ringankanlah tangan untuk VOTE. Bukan susah pun sayang-sayang ku sekalian. Okay, that's all. I hope you enjoy.

Annyeong ! ♡♡

감사합니다 엑소 사랑하자

המשך קריאה

You'll Also Like

1K 48 11
A Malay BxB FanFic Of MinYun! Selama dua tahun bersekolah di Artiny Highschool, Yunho sentiasa dibuli oleh si anak pemilik sekolah tersebut, Mingi. M...
29.1K 581 15
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
77.9K 397 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
44.6K 2.5K 47
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...