π˜Όπ™‰π˜Όπ˜Ύπ™Šπ™‰π˜Ώπ˜Όπ™Ž

By nekkho-

5.4K 830 157

Paradise Resort,sebuah pusat perlancongan yang baru saja dibina di dalam kawasan hutan. Sempena pembukaan res... More

ANACONDA
PROLOG
CHAPTER 1
CHAPTER 2
CHAPTER 3
CHAPTER 4
CHAPTER 5
CHAPTER 6
CHAPTER 8
CHAPTER 9
CHAPTER 10
CHAPTER 11
CHAPTER 12
CHAPTER 13
CHAPTER 14
CHAPTER 15
CHAPTER 16
CHAPTER 17
CHAPTER 18
EPILOG

CHAPTER 7

283 43 1
By nekkho-

"Ok,clear!"

Setelah memastikan Jong Kook,lelaki bengis berbadan sasa itu tidak kelihatan mengawasi pagar eletrik,Chanyeol dan Suho lekas keluar dari tempat persembunyian mereka dan meluru ke arah sebuah kotak besi yang berada bersebelahan pintu masuk pagar tersebut.

Kotak tersebut terpaksa dibuka dengan pencungkil kerana penutupnya dikunci dengan mangga.

"Cepat matikan pagar elektrik ni," gesa Chanyeol. Sesekali dia memerhati sekeliling,memastikan Jong Kook tiada. Suho mengangguk faham,mengamati lama beberapa kompenan dan wayar wayar berselirat di dalam kotak tersebut.

"Cepatlah wei! Nanti Jong Kook datang! Naya kita nanti!" kata  Chanyeol.

"Kejaplah!" Suho menarik satu injap pada kotak tersebut. Serta merta arus elektrik yang mengalir pada pagar tersebut mati.

"Ok done!" Suho mengangkat thumbs up pada Chanyeol.

Terlebih dahulu,Chanyeol melekapkan jarinya pada pagar tersebut untuk memastikan tiada arus elektrik. Hanya rasa sejuk besi yang dirangsang oleh reseptor jarinya. Selamat!

"Mana kunci tu,"soal Chanyeol.

Suho menyeluk poket seluarnya. Segugus kunci yang diikat pada keychai dihulurkan pada Chanyeol. Suho mencuri kunci tersebut dari bilik pengawal. Nasib baiklah Si Jong Kook tinggalkan kunci tersebut. Nampaknya,kerja mereka cukup senang.

Chanyeol terus memasukkan kunci ke dalam lubang mangga. Kunci dipulas 360° dan mangga tersebut terlerai dari rantainya. Pintu pagar itu dikuak sedikit. Mereka berdua keluar melepasi pagar tersebut. Pintu pagar itu ditutup semula. Mereka lekas berlari ke dalam kawasan hutan,menuju ke arah kawasan paya yang mereka lalui semalam.

*    *    *    *

Selepas kenyang mengisi perut dengan dua keping roti bersama segelas susu,Jong Kook kembali semula ke pondok pengawal untuk berehat sekejap. Semalam,dia tak dapat tidur,ulang alik satu resort untuk mencari ular yang dah makan Kai.

Dahi Jong Kook berkerut. Barang barang di dalam pondok bersepah,seperti baru saja digeledah oleh seseorang. Kunci pagar elektrik yang tadinya elok berada di atas meja kerjanya dah lesap. Tak silapnya,memang kunci tersebut dia letakkan di atas meja,tapi sekarang dah takde. Konklusinya,seseorang telah memecah masuk ke dalam pondok dan mengambil kunci pagar elektrik.

Jong Kook terus melihat skrin komputer yang disambungkan pada cctv. Rakaman beberapa minit tadi,selepas dia meninggalkan pondok dilihat dengan penuh teliti.

Skrin komputer memaparkan dua orang lelaki meluru ke arah pintu pagar elektrik. Salah seorang daripada mereka berdua membuka pintu pagar utama elektrik. Jong Kook sudah mendapat jawapannya. Sayangnya,wajah kedua dua lelaki tersebut tidak dapat dilihat dengan jelas.

"Shit!" Jong Kook menepuk meja kasar. Dia terus keluar dari pondok menuju ke arah pagar elektrik. Kotak punca kuasa yang menghidupkan arus elektrik pada pagar tersebut kelihatan terbuka. Injapnya telah ditarik,menyebabkan pagar elektrik tidak berfungsi.

"Babi! Dasar bodoh! Kalau aku dapat tangkap korang berdua,siap aku kerjakan," Jong Kook tak henti henti menyumpah seranah. Dia menaikkan semula injap. Pagar elektrik berfungsi semula. Pintu masuk pagar tersebut dikunci semula dengan kunci pendua.

"Korang belum tentu dapat balik semula ke sini dengan selamat," Jong Kook tersenyum sinis,terpacak berdiri di situ sambil pandangannya dialihkan ke luar pagar. Sesekali,dia tergelak kecil. Mereka bertiga sengaja menempah buat,menjadikan diri mereka sebagai mangsa Anacondas. Bodoh!

*    *    *    *

"Aku rasa Chanyeol dan Suho dah berjaya keluar ke hutan. Now,kita pulak yang kena bertindak. Kita semua kena cari Kai," gesa D.O. Nak harapkan Si Jong Kook dan Lee Kwang Soo,sampai sekarang pun diorang tak dapat apa apa berita tentang Kai dari mereka berdua. Entah hidup ke tak Kai sekarang pun diorang tak pasti.

"Resort ni luas. Kita nak cari dia kat mana. Lagipun,kita sekarang dalam bahaya. Pembunuh tu still berlegar legar kat luar sana tu. Silap silap,kita pulak yang akan mati," Lay terus membantah.

"Habis tu,kau nak biarkan Kai mati macam tu je. Bila kita balik ke Seoul nanti kau nak jawab apa bila parent Kai kalau diorang tanya pasal dia. Kau nak cakap yang Kai mati? Tak ke mengamuk omma dan appa dia!"D.O tidak henti henti mendesak. Banyak kemungkinan yang akan berlaku sekarang. Selagi Kai dan Chen belum dijumpai,diorang takan dapat balik ke Seoul semula.

"Yelah! Yelah!" akur Lay,tak nak terus bertekak  dengan D.O.

"Tok! Tok!" pintu bilik mereka diketuk kasar dari luar,mengejutkan mereka semua.
Mereka memandang sesama sendiri sebelum masing masing menumpukan pandangan ke arah Baekhyun.

"Baek,kau pergi buka pintu tu sekarang," arah Xiumin. Baekhyun bangun dari duduknya dan menuju ke pintu bilik. Tombol pintu dipulas perlahan. Seseorang yang berada di luar terus menolak pintu tersebut sehingga terdorong sedikit tubuh Baekhyun ke belakang.

"Kau ni memang takde adab ke! Main terjah bilik orang sesuka hati," marah D.O pada Jong Kook yang tercegang di hadapan muka pintu. Jong Kook dengan wajah bengis mengamati mereka semua sambil jari telunjuknya dihalakan ke arah mereka satu persatu.

"1,2,3,4....." terkumat kamit bibirnya membilang jumlah penghuni bilik tersebut.

"Aku dah agak dah,mana tiga orang kawan korang yang lain," tengking Jong Kook. Yang dimaksudkan oleh Jong Kook itu ialah Suho,Chanyeol dan Chen. Alamak,dah terkantoi.

"Diorang keluar makan tadi," balas Lay terpaksa menipu.

"Kau tak payah tipu aku! Diorang bertiga dah ceroboh masuk bilik pengawal dan curi kunci pintu pagar. Diorang buat apa keluar ke hutan," sogok Jong Kook lagi.

"Err.....manalah aku tahu!" Lay cuba berdolak dalih.

"Kat mana diorang bertiga! Bagitahu aku sekarang," suara Jong Kook makin tinggi memaksa Lay. Lay terketar ketar ketakutan.

"Bro,pehal ni maki maki kawan aku," Baekhyun cuba back up Lay. Cara Jong Kook dah macam nak ajak gaduh.

"Chanyeol dan Suho pergi ke hutan untuk cari kawan kitorang. Semalam,Chen hilang lepas balik dari paya! Kitorang syak,mungkin Chen sesat kat dalam hutan," Lay terpaksa membocorkan kebenarannya.

"Bodoh! Bodoh! Kau tahu tak,kawan kawan korang tu takde otak. Diorang saja nak tempah maut. Hutan tu bahaya! Kawan kawan kau mungkin akan jadi makanan ular ular anacondas yang kepalaran kat luar sana tu,"sedar tak sedar,kebenaran yang telah lama Jong Kook simpan,terlucut keluar dari mulutnya sendiri.

"Ular anaconda? Kau mengarut apa ni? Ular je kot,bukannya harimau," Lay tergelak kecil,memperlekeh amaran dari Jong Kook. Bunyinya macam tak logik.

"Kawan korang semua,Kai....kemungkinam Kai dah kena makan oleh ular anaconda," tambah Jong Kook lagi.

"Ehh kau ni,hilang akal ke apa? Kau nak buat lawak pun agak agaklah. Kalau kau nak takutkan kitorang,at least carilah reason yang masuk akal sikit," sampuk Xiumin. Panas hati Jong Kook dibuatnya. Diorang semua bukan nak percaya pun,ejek dia balik adalah.

"Kalau kawan korang mati,jangan salahkan aku," Jong Kook meluru keluar. Tak guna bercakap dengan orang takde otak.

*    *    *    *

Lebih setengah jam mereka berdua pusing sekeliling kawasan paya tersebut,mencari Chen. Berkali kali nama Chen dijerit kuat,tapi mereka tetap gagal mengesan Chen di mana. Nak teroka satu hutan yang luas tu,sampai ke malam takan habis.

"Yeol,ni macam telefon bimbit Chen je," Suho mengangkat telefon yang dijumpai di sebalik timbunan daun kering. Chanyeol mengangguk,mengiakan kata kata Suho. Telefon Chen dibelek lalu dihidupkan.

"Jumpa apa apa tak kat dalam telefon tu?" soal Suho. Chanyeol menggeleng. Mereka meneruskan pencarian. Di satu tempat,mereka menemuai kesan tapak kasut terbentuk di atas tanah lembap. Mungkin tapak kasut Chen.

"Yeol,cecair apa yang terpercik kat sekitar pokok pokok ni?" pokok pokok sekeliling kawasan tersebut dipenuhi dengan tompokan tompokan merah. Suho mencalit sedikit cecair berwarna merah pekat itu lalu dihidu. Bau hanyir menusuk masuk ke dalam rongga hidung.

"Ni darah!"mata Suho dan Chanyeol sedikit terbeliak. Keliru sama ada darah tersebut darah haiwan ataupun darah milik manusia.

"Ssrrkkk! Sssrrkk! Srrkkk!" timbunan timbunan semak di sekeliling mereka kelihatan bergerak. Suho pandang Chanyeol silih berganti.

"Benda apa tu?" soal Suho menggenggam lengan Chanyeol erat.

"Rilek. Mungkin tupai kot. Takde apalah!" kata Chanyeol cuba meredakan Suho. Ketika itu juga,bunyi kicauan burung bergema di sekitar hutan. Burung burung terbang ke udara, keluar dari tempat persembunyian masing masing,seperti mereka dapat menjangka kehadiran sesuatu dan melarikan diri dari pemangsa mereka.

"Yeol,aku rasa tak sedap hatilah," adu Suho. Chanyeol mengambil sebatang dahang kering lalu digenggamnya erat. Dia mendekati semak tersebut dan menguisnya. Suho pula menyorok di belakang Chanyeol.

Zupppp

Seekor ular berwarna hijau menerjah keluar dan cuba mematuk Chanyeol. Nasib baik Chanyeol bertindak pantas memukul kepala ular tersebut. Saiz ular gergasi itu sangat besar dan panjang. Saiznya lebih besar dari Chanyeol sendiri. Chanyeol dan Suho tak pernah lihat ular sebesar tu.

Continue Reading

You'll Also Like

250 38 7
Mengisahkan Ali berumur 13 tahun dan dia telah menjadi ustaz dan berpakaian kopiah putih, selendang bahu lelaki dan berjubah hitam. Dia juga selalu m...
6.2K 1.1K 49
Zaman Melaka | Slip time Danny, Danial, Is dan Khairy adalah empat sosok sahabat yang bersama. Masing-masing mempunyai kepakaran melihat hantu namun...
10.5K 1.3K 101
Kumpulan kisah kisah seram pendek AMARAN : kisah kisah yang disediakan mungkin tidak sesuai untuk kanak kanak dan mereka yang lemah semangat, paranoi...
101K 4.4K 19
Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang tinggal di asrama kerana tidak dapat balik untuk CUTI SEMESTER. Ini adalah pertama kali mereka terpaksa t...