๐˜ผ๐™‰๐˜ผ๐˜พ๐™Š๐™‰๐˜ฟ๐˜ผ๐™Ž

By nekkho-

5.4K 830 157

Paradise Resort,sebuah pusat perlancongan yang baru saja dibina di dalam kawasan hutan. Sempena pembukaan res... More

ANACONDA
PROLOG
CHAPTER 1
CHAPTER 2
CHAPTER 3
CHAPTER 5
CHAPTER 6
CHAPTER 7
CHAPTER 8
CHAPTER 9
CHAPTER 10
CHAPTER 11
CHAPTER 12
CHAPTER 13
CHAPTER 14
CHAPTER 15
CHAPTER 16
CHAPTER 17
CHAPTER 18
EPILOG

CHAPTER 4

284 45 3
By nekkho-

Dewan Makan,

Semua meja sudah penuh. Hanya ada satu meja je lagi yang masih kosong,tapi yang buat Ji Hyo enggan nak duduk kat meja tu sebab ada Baekhyun dan kawan-kawannya.

"Kenapalah dia boleh ada kat sini?" monolog Ji Hyo. Baekhyun yang melihat Ji Hyo,tersenyum ke arah wanita itu sambil melambaikan tangannya,menyuruh Ji Hyo berkongsi meja bersamanya. Ji Hyo menjeling tajam. Nak tak,Ji Hyo terpaksa jugak mengalah,pergi ke arah meja Baekhyun dengan muka yang tebal.

"Boleh saya duduk?" soal Ji Hyo. Hanya terdapat satu saja kerusi kosong di sebelah Baekhyun.

"Boleh! Boleh! Duduklah," Baekhyun mengangguk laji,lalu menarikkan kerusi di sebelahnya untuk Ji Hyo duduk. Ji Hyo melabuhkan punggungnya tanpa memandang Baekhyun. Dia malu sebenarnya nak bertentang mata dengan Baekhyun lagi lagi bila ingat pasal dia simbah air coca cola kat muka Baekhyun.

"Haderr,punjaan hati Baekhyun duduk kat sebelah. Mengeraslah  Baekhyun nanti," usik Chanyeol. Baekhyun mencubit paha Chanyeol yang duduk di sebelah kananya. Muka Baekhyun nampak merah.

"Kau ni,jagalah mulut tu sikit!" bisik Baekhyun.

"Malam ini pihak kami menyediakan pelbagai jenis hidangan western yang lazat untuk anda anda semua. Kesemua hidangan ini dimasak oleh Chef kami yang kami datangkan khas dari Itali iaitu Kang Gary," kata Jae Suk,memperkenalkan Gary yang berada di sebelah. Semua pelancong memberikan tepukan pada Gary. Jae Suk menyerahkan mic pada Gary,memberi peluang pada lelaki itu untuk bercakap sepatah dua kata.

"Jemput makan ye. Mian,kalau Stick dan Spaghetti yang saya masak tidak menepati citarasa anda anda semua or tak sedap. Makanlah kenyang kenyang sebab lepas kita semua akan ke paya untuk melihat habitat kelip-kelip," kata Gary. Jae Suk dan Gary turun dari pentas dan menuju ke arah meja makan khas untuk mereka. Para pekerja mula mengagihkan makanan ke meja pelancong masing-masing.

"Wah,sticklah wei! Sedap ni!" sorak Chanyeol. Bau stick tu sungguh sedap,membuka selera. Chanyeol menghiris daging stick lalu tanpa ragu ragu dimasukkan ke dalam mulutnya. Isi daging dikunyah dengan penuh nikmat.

"Lembut gila daging stick ni. Ni mesti daging mahal. Rasa sosnya pun sedap,tak terlalu manis dan tak terlalu masin. Perfect!" komen Chanyeol yang sangat profesional dalam bab bab masakan ni.

Baekhyun pula sedang berselera makan Spaghetti Bolognese.

"Mak aihh,spaghetti ni pun sedap. Meatball dia besar gila," puji Baekhyun mengangkat thumbs up. Diorang nampak berselera menjamah makanan masing tapi tidak Ji Hyo. Pekerja-pekerja ulang alik sana sini,tak cukup tangan sebab ada yang minta tambah makanan.

Ji Hyo hanya pandang stick di pinggangnya itu,langsung tidak disentuh. Seleranya hilang,lagi lagi bila terbayangkan apa yang dia lihat petang tadi. Ji Hyo tahu,daging stick yang diorang semua makan tu sebenarnya daging........... Kalau diorang semua tahu,tentu diorang akan memuntahkannya balik.

"Kenapa tak makan?" soal Baekhyun.

"Saya dah kenyang," balas Ji Hyo tersenyum tawar. Pinggang stick ditolak sedikit menjauhinya. Tekak Ji Hyo terasa loya.

"Ke nak saya suapkan," usik Baekhyun,lagi buat Ji Hyo rasa nak muntah. Ji Hyo gapai gelas minuman,dan meneguk sedikit fresh orange itu,sekadar untuk menghilangkan loya.

"Serius ke kau tak nak makan? Kalau macam tu bagi kat aku jelah spaghetti dan stick ni,", sampuk Lay,mengambil pinggang stick Ji Hyo tanpa rasa malu.

"Wei,Lay behavelah sikit. Tak malu ke," marah Baekhyun,menepuk tangan Lay. Lay bukannya reti malu. Dirembat daging stick tersebut.

"Ehh takpe! Ambillah!" kata Ji Hyo.

"D.O,Kai mana? Kenapa dia tak turun makan?" soal Xiumin apabila menyedari,Kai tiada bersama mereka. Patutlah rasa kurang.

"Kai demam. Dia tak larat nak jalan,so aku suruh dia rest dalam bilik je. Takpe,nanti aku tapau makanan untuk dia," balas D.O.

Tiba-tiba Ji Hyo bingkas bangun dari kerusinya. Baekhyun menahan tahan Ji Hyo.

"Awak nak pergi mana?"

"Tandas kejap. Nak cuci tangan!" Ji Hyo menepis tangan Baekhyun dan terus berlalu pergi ke tandas. Ji Hyo masuk ke dalam tandas,terus menuju ke sinki.

Bwuarrkkkk!

Dia memuntahkan semua isi perutnya. Tekaknya terasa sangat loya dan geli. Dia berkemur beberapa kali dan membersihkan mulutnya. Usai,Ji Hyo menguak pintu tandas untuk keluar. Namun,langkahnya terhenti di situ apabila Jong Kook sedang terpacak berdiri di luar tandas,memandang tajam ke arahnya.

Ji Hyo menelan air liur.

"Kenapa ni Encik?" Ji Hyo cuba mengelak,melarikan diri dari Jong Kook. Namun,Kwang Soo yang entah dari mana datangnya,menahan Ji Hyo dari belakang.

"Lepaskan akulah. Kau nak apa dari aku hah! Lepaskan aku," Ji Hyo meronta-ronta. Kwang Soo menekup mulut Ji Hyo,tak nak orang lain dengar jeritannya.

"Bawa dia ke office boss. Malam ni jugak kita selesaikan dia," arah Jong Kook. Wajah Ji Hyo terus bertukar pucat lesi,seperti dia dapat menjangka apa yang akan berlaku padanya nanti.

*    *    *    *

Pintu bilik tersebut diketuk perlahan.

"Masuklah!"

Suara Kai berada di dalam kedengaran. D.O terus menerobos masuk ke dalam bilik. Kelihatan Kai terbaring di atas katil sambil bermain dengan telefonnya.

"Macam mana keadaan kau?" soal D.O.

"Dah ok sikit lepas makan ubat tadi," balas Kai.

"Aku ada bawakan makanan untuk kau ni. Kau makan ye! Nanti perut kau kosong. Dari semalam lagi kau tak makan," kata D.O,meletakkan plastik berisi makanan itu di atas meja bersebelahan katil. Maklumlah,bila demam selera makan pun jadi hilang.

"Yelah!" Kai menganggukkan kepalanya.

"Aku dan kawan-kawan nak keluar pergi paya kejap. Nak tengok kelip-kelip! Kau jaga diri baik-baik. Kalau perlukan pertolongan,call je mana mana pekerja resort," kata D.O sebelum keluar dari bilik meninggalkan Kai.

*    *    *    *

"Ok,nampaknya semua peserta dah ada. Sebelum kita pergi ke paya,saya sarankan supaya anda anda semua memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang sebab tak nak bagi nyamuk gigit," pesan Gary mengingatkan mereka semua,maklumlah bila masuk hutan,nyamuk berlambak ada.

"Wei Chanyeol,kau ada nampak Ji Hyo tak?" soal Baekhyun,menguis lengan Chanyeol.

"Takdelah wei," Chanyeol menggeleng. Baekhyun melilau memandang sekelilingnya. Tiada pulak kelibat Ji Hyo bersama mereka semua.

"Bukan ke tadi dia pergi toilet kan?"

"Memanglah dia pergi toilet. Tapi takanlah lama macam ni," Baekhyun mula risau. Risau sekiranya sesuatu berlaku pada Ji Hyo. Entah entah Ji Hyo tergelincir dalam toilet dan pengsan,Baekhyun mula berfikir negatif.

"Perempuan biasalah Baekhyun. Kau macam tak kenal perempuan. Mungkin Ji Hyo period dan tengah tukar pad," ujar Chanyeol. Baekhyub rasa bukan tu sebabnya. Dah 30 minit ni,batang hidung Ji Hyo langsung tidak kelihatan.

"So,kau nak pergi cari dia ke? Tak payahlah wei! Biarkan je Ji Hyo tu. Lagipun,dia bukannya bini kau sampai kau nak risau macam ni sekali,"kata Chanyeol cuba menenangkan Baekhyun yang nampak gelisah,tak senang duduk bila Ji Hyo takde.

"Ok,jom kita gerak sekarang!" pintu pagar elektrik itu dibuka. Mereka beratur dalam beberapa baris dan keluar menuju ke hutan,dipandu oleh Gary di hadapan.

"Paya cuma lebih kurang 20 meter je dari sini. So,kita kena jalanlah sikit nampaknya," kata Gary.

"Banyak sial nyamuk kat sini," rungut Suho,menepuk pipinya berkali kali. Beberapa bintik merah mula timbul di pipinya akibat digigit nyamuk.

Awuuuoooi!!!

Bunyi lolongan anjing dari kejauhan menambahkan lagi suasana seram di dalam hutan. Orang tua tua cakap,kalau bunyi anjing ni maknaya ada hantu berdekatan kita. Suho yang jenis penakut terus memeluk lengan Chen di sebelahnya.

"Kau pehal ni? Kacau aku tengah ambil gambar je," marah Chen,menghentakkan kemera DSLRnya pada kepala Suho.

"Kau dengar tak bunyi anjing tadi. Haelmoni aku cakap kalau....."

"Mengarut je semua tu," pintas Chen lalu menepis tangan Suho kasar. Suho mencebik,memeluk tubuhnya yang terasa sejuk disapa angin malam.

"Sikit lagi kita akan sampai di kawasan paya!" kata Gary.

Suho menghalakan torchlightnya ke arah semak semak di sekeliling mereka. Semak-semak tersebut kelihatan bergerak,seperti ada sesuatu yang tersembunyi di sebaliknya.

Suho mula rasa tak sedap hati.

"Chen!" Suho lekas memanggil Chen.

"Apa lagi kau ni?"

"Semak tu bergeraklah! Macam ada benda tengah sembunyi kat situ," kata Suho. Chen mengalihkan pandangan ke arah semak yang dimaksudkan oleh Suho itu.

"Takde apa pun!" semak itu langsung tak bergerak seperti apa yang Suho katakan.

"Betul. Tadi aku tengok semak tu bergerak,"Suho cuba menyakinkan Chen.

"Dah dah,kau jangan main-main boleh tak. And please jangan kacau aku!" Chen bergerak ke barisan hadapan dan meninggalkan Suho sorang diri kat belakang.

Suho mencebik. Nilah kawan!

Srrkkkk! Srrkkkk!

Bila Suho berjalan,semak-semak di sekitarnya kelihatan bergerak seperti ada sesuatu yang sedang mengekorinya senyap-senyap.

Vote and comment!

Korang rasa spe yang akan jadi mangsa pertama anaconda?

Wait for the next chapter!

Continue Reading

You'll Also Like

18.2K 313 17
Sebenarnya Siri Bercakap Dengan Jin berbentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. Enam puluh peratus...
31.2K 810 22
TOLONG AKU ! AKU DICULIK ! AKU TAK TAHAN LAGI ! AKU DISEKSA ! AKU TAK SUCI LAGI ! AKU JADI BAHAN PEMUAS NAFSU DIA ! AKU DAH SERIK ! AKU BENCI DIA ! D...
6.1K 917 56
Hai Assalamualaikum.. kali ni aku nak ceritakan team paranormal x extreme bahagian dua.. stay tuned
95.9K 4.4K 42
KALI INI AKU NAK CERITAKAN PENGALAMAN SEBENAR AKU DEKAT HOSPITAL. STAY TUNED.