Jodoh Instagram

By nureline

798 33 7

Eliz Syazia , gadis yang sangat berjiwa kental . Pelbagai dugaan diharungi . Berkat orang sekelilingnya dia m... More

JODINSTA 1
JODINSTA 2
JODINSTA 4
JODINSTA 5
JODINSTA 6
JODINSTA 7
JODINSTA 8
JODINSTA 9
JODINSTA 10
JODINSTA 11
JODINSTA 12
JODINSTA 13
JODINSTA 14
JODINSTA 15
JODINSTA 16
JODINSTA 17
JODINSTA 18

JODINSTA 3

51 2 0
By nureline

Taman Adda Heights .

Iphone 7 Luthfi berdering dan bergetar . Tertera nama Aiman . Apalah dia nak malam malam buta ni .

"Hello Luth . Esok kitorang nak hangout . Nak join tak ? " Aiman memulakan pembicaraan .

"Siapa je and kat mana ? " soal Luthfi .

"Paradigm . Aku , Naqib ngan classmate girl aku tiga orang "

"Ouh malas lah aku . Ade geng kau yang lain lagi " dalih Luthfi .

"Okay la kalau cemtu . Btw ada El tau . Byeeee "

Tuttutttt.......

"Cilake punya kawan . Bukan nak bagitahu awal awal " bebel Luthfi sendiri .

Dia kembali mendail nombor Aiman semula .

"Eh aku nak ikut lah ! Kul brp esok ? "

"Eleh tadi bukan main malas la pelah . Dengar nama El je bukan main kau eh " Aiman mula bebel .

"Alah kau ni . Kul berapa esok ? "

"1 petang "

"Ouhokay aku tunggu kat dalam MPH ar " jawab Luthfi teruja .

"Okay bye"

Tuttutttt.....

●●●

Paradigm Mall

Eliz datang awal ke Paradigm . Tidak mengikut apa yang dirancang oleh rakan rakan yang lain . Dia sengaja datang awal kerana mahu mencari buku latihan di MPH .

Kenapa tak tunggu rakan yang lain ? Semua tak boleh pakai . Lain nak cari lain yang dicari .
Eliz sampai di Paradigm Mall tepat jam 12.00 tengah hari .

MPH dituju . Seperti biasa mata akan melilau melihat lihat sekeliling walaupun dah acap kali datang ke sini .

Lagu Pematah Hati nyanyian Nabila Razali berkumandang menandakan ada seseorang menelefon . Tertera nama Izzah disitu .

"Hello "

"El kau kat mana ? Aku da sampai ni . Kat dalam MPH . Datang awal la sikit weh "

"Jadah haram . Janji kul 1 " Eliz mula mencarut .

"Bapak aku hantar awal . Dia nak keluar . Kau kat mana ni ? "

"Baru sampai . Otw MPH lah ni . Nasib baik aku terfikir nak datang awal . Kalau tak lone to ly lah kau " jawab Eliz lagi .

"Hahahah . Dah la cepat sini . Aku kat bahagian buku latihan "

"Oklah jap bye "

Eliz mengatur seribu langkah ke MPH yang berada di tingkat 3 . Masuk sahaja MPH dia berjalan pantas ke arah tempat letaknya buku latihan .

Penatnya lalu lorong lorong kecik ni . Dah la MPH ni besar . Mahu tak letih mencarinya .

"Woi mana kau Zah " Eliz sedikit menjerit memanggil Izzah .

Mujur tidak ramai orang . So suka hati dia je lah . Eliz merungut di dalam hati . Tak pasal pasal kena jogging dalam kedai buku ni . Eliz berlari lari anak mencari dimana rakan baiknya itu .

Tiba di satu lorong ,

"Allahuakbarr " Eliz beristighfar  apabila hampir melanggar manusia yang duduk melunjur di tepi rak buku itu .

Mujur dia tak langgar dan sempat brek kecemasan . Kalau tak mahunya dengan dia sekali tergolek dekat situ .

'Yang manusia ni pun satu ingat kedai bapak dia ke nak duduk kat bawah bagai . Dah la lorong kecik . Kalau aku langgar tadi tak ke jadi bala ' marah Eliz dalam hati.

Lelaki bertopi yang duduk dibawah itu memandang Eliz seketika . Dia perasan akan itu . Eliz menarik nafas dan terus pergi dari situ .

Dia cuba mengingati semula wajah lelaki tadi . Macam kenal . Tapi dekat mana itu tak ingat .

Akhirnya Eliz jumpa Izzah di bahagian hujung sekali . Berbual gampang betul minah tu . Cakap tak serupa bikin .

Eliz mengajak Izzah ke bahagian buku latihan . Hanya ada beberapa minit lagi sebelum pukul 1 . Mereka kena berkumpul di depan Starbucks .

Apabila dia lalu di tepi lorong itu . Kelihatan masih lagi ada susuk tubuh yang melunjur kaki . Dia hanya membuat bodoh dan kembali mencari buku yang diperlukan .

Kadangkala terasa seperti diperhatikan . Sesekali Eliz menjeling ke arah lelaki itu tadi . Pehal semacam je . Dan tiba tiba suara yang dikenali bergema di ruangan itu .

" Woi lama dah kau tunggu ?" muncul satu suara .

Eliz dan Izzah pandang serentak ke arah datangnya suara itu .

"Eh Aiman !!"  jerit Izzah .

"Eh korang buat apa kat sini ?" soal Aiman . Yelah maybe dia pelik juga . Janji kat Starbucks pukul 1 , ni baru 12 lebih . Eh awal kan ?

"Cuci baju man . Kan El ? " Izzah jawab sarkastik .

Dengar sahaja nama Eliz disebut , Emir terus memusingkan badan menghadap Eliz dan Izzah .

Satu

Dua

Tiga

Jantung Luthfi berdegup kencang . Betullah tekaannya tadi . Sah , dia tak salah orang . Memang itu Eliz .

'Jodoh memang tak kemana ' desisnya dalam hati .

Eliz pula seperti tidak keruan apabila matanya bertentangan dengan Luthfi .

'Jadi orang yang hampir langgar aku dan yang dah terima maki hamun aku tu crush aku sendiri ? Whatthee' bisik hati kecil Luthfi .

"Eh Izzah !" panggil Luthfi teruja ingin memberhentikan lamunan tadi .

"Luthfi ! Lama sia tak jumpa " kata Izzah semakin terkejut .

"Tulah . Tak sangka jumpa kau kat sini " jawab Luthfi pula .

"Dah takpayah nak sangka nangka sangat . Jom blah . Naqib ngan Nadya da tunggu kat bawah " sampuk Aiman .

Mereka berempat berjalan menuju ke Starbucks . Luthfi masih lagi tidak percaya yang dia jumpa crush sendiri . Face to face . Hangout sekali pula tu . Dan paling sweet ada sesi hampir melanggar .

"Weh man bila ke masanya kau ajak Luth ?" soal Izzah hairan .

"Ha ? Semalam ler . Saje je aku nak suruh dia teman El . Kesian El , kan selalu hangout dia kena jalan sorang sorang . So harini aku bawakkan peneman dia " jawab Aiman panjang lebar .

"Ee apa kau ni !!" Eliz mengetuk kepala Aiman dengan begnya .

"Sakit setan !" adu Aiman .

Luthfi tergelak melihat telatah comel Eliz . Muka dia sumpah merah menahan malu .

"Ouh haahla lupa pulak . Korang berdua tak kenal lagi kan ? Ha Eliz ni Luthfi , kawan sekolah rendah kitorang . Ha , Luth ni pulak Eliz bestfriend kitorang . Dia single and available lagi " jelas Izzah .

'Takpayah kenalkan pun aku dah kenal lah zah oi ' kata hati Eliz .

Pantas tangan Eliz mencubit pinggang Izzah . Marah barangkali .

"Sakit lah aduhh !!" Izzah mengadu kesakitan akibat digigit semut gergasi .

"Ha El , Luth ni pun single and available jugak . So korang berdua ada chance lah hahahah " tambah Aiman lagi .

Luthfi memandang Aiman dengan tajam . Siap kau aku kerat 18 man ! Eliz pula da pandang Aiman macam nak telan .

Depan Starbucks .

Dari jauh lagi kelihatan wajah Nadya dan Naqib yang sedang marah . Aduh habislah mereka .

"Ha da sampai pun nenek nenek atok atok ni " Nadya menunjukkan muka garangnya .

"Ha semalam dah janji kan . Siapa lambat dia belanja " sambung Naqib pulak .

"Aku datang paling awal okay . Pukul 12.30 lagi da sampai " Eliz membela diri .

"Aku 12.15 lagi da sampai sini" kata Izzah pula .

"Ha aku 12.45 dah sampai . See awal 15 minit " tambah Aiman lagi .

"Argh takde takde . Janji kat depan starbucks pukul 1 . Sekarang ni pukul 1 sekor pun takde . Aku ngan Nadya je berdua " Naqib mula berang .

Aduhai pasal lambat yang berapa minit je tu pun nak bergaduh . Gila kan geng aku ni ?

"Alah kitorang saje je nak bagi korang suwett " balas Eliz .

"Dah lah , biar aku je belanja " sampuk Luthfi .

Kini semua mata tertumpu ke arah Luthfi dengan mata membulat . Mulut terlopong .

"Apa ? Aku nak belanja ni . Tak nak ke ? " kata Luthfi bernada merajuk .

"Ofcourse nak ! " balas Naqib .

"Nak ler!" balas Nadya pula .

"Rugi tolak" balas Aiman lagi .

"Mak aku kata rezeki jangan ditolak " sambut Izzah pula .

"Eish korang ni tak baik la buli dia . Dia baru je join kita " Eliz pula bersuara .

"Uyooooo!!!" jerit mereka berempat .

Eliz mengulingkan bebola matanya . Dia memandang Luthfi , dia menelan air liur . Sekali ,

Pap!!

Mata bertentangan mata . Jantung berdetak dengan laju . Perasaan apakah ini ? Eliz cepat cepat mengalihkan pandangan ke arah lain .

"Mende bodo . Dah la aku nak g toilet . Korang g wayang dulu" Eliz terus beredar dari situ .

Bukannya dia buat apa pun dekat tandas , sekadar memperbetulkan tudung yang senget dan anak rambut yang terkeluar . Biasalah perempuan .

Keluar sahaja dari tandas , langkah Eliz terhenti apabila melihat Luthfi yang sedang bersandar di dinding . Em nak tegur ke tak ? Alah buat bodoh je lah .

Eliz pandang ke depan dan buat tak nampak sahaja apabila lalu sebelah Luthfi . Luthfi yang perasan Eliz sudah keluar dari tandas cepat cepat mengejar .

"Eliz ! " panggil Luthfi dan lantas membuat langkah Eliz terhenti .

"Eh Luth . Asal kat sini . Bukannyaa..."

"Tadi aku g tandas , pastu teringatkan kau . Tu yang tunggu sekali " jelas Luthfi . Eliz sudah terangguk angguk .

"Dah jom ar . Nanti dorang tunggu pulak " Luthfi memulakan langkah menuju ke escalator (takretieja) .

Eliz dibelakang hanya mengikut Luthfi . Sesekali dia memandang wajah Luthfi . Beruntungnya aku dapat jalan dengan crush . Huh . Kau hado ?

●●●

"Ha buat tandas berjemaah ke tolong cuci lobang jamban " soal Nadya sarkastik sambil mengangkat keningnya yang tak berapa tebal .

"Diam ar " tempik Eliz lantas mengeluarkan duit untuk membayar ticket wayang kepada Izzah . Eliz dah pesan awal awal dekat Izzah supaya belikan dulu .

Mereka berenam masuk ke panggung wayang . Didahului dengan Nadya , Naqib , Aiman , Izzah , Eliz dan Luthfi . Eh jap ? Ikut pasangan lah .

Pada mulanya Eliz nak bersuara tapi memandangkan mereka semua dah duduk , memang takkan menang lah berdebat dengan diorang . Sengaja sangat nak kenakan Eliz dan Luthfi .

Dengan berat hati dan sedikit kegembiraan kerana duduk sebelah crush Eliz perlahan lahan duduk di kerusinya . Luthfi yang disebelah sedang mengadjustkan kerusinya supaya selesa .

Eliz mengerling ke arah Izzah . Izzah kelihatan senyum bermakna memandang Eliz .

"Uyyo duduk sebelah crush . Have a nice moment girl and behave sikit okay " bisik Izzah ke telinga Eliz . Eliz menunjukkan penumbuknya ke arah Izzah .

Filem Dukun mula ditayangkan . Kata orang seram . Tapi apalah sangat seramnya bagi Eliz Syazia. Wayang masih sepi tanpa jeritan suara . Agak tenang rasanya .

Tekak Eliz berasa haus . Tangannya perlahan lahan mengambil air yang dibelinya tadi yang berada di kanan kerusi . Tiba tiba....

Gulp !! Eliz terpegang tangan seseorang . Dia pantas mengangkat muka memandang pemilik tangan tersebut . Allahu tangan crush pulak ! Sejuknya tangan dia .

Mata mereka berdua tertancap walaupun keadaan samar samar gelap . Luthfi berdehem sebelum mengangkat tangannya yang menindih tangan Eliz .

"Sorry " hanya itu yang mampu diterbitkan dari bibir Luthfi . Dia salah amik air dan dia lupa airnya berada di kanan bukan kiri . Buat malu saje dengan Eliz . Dah la siap terpegang .

Eliz mengiringkan kepalanya ke kanan . Tiba tiba muncul perkara yang mengejutkan di paparan skrin . Eliz terkejut lantas tertunduk di bahu Luthfi tanpa dia sedar . Dia menutup matanya menggunakan bahu Luthfi . Lama .

"Emm..Eliz . Dah takde dah " tegur  Luthfi apabila Eliz lama melandingkan kepala dibahunya .

"Eh..ss..sorry " ucap Eliz gagap dan menahan malu . Apakah ? Macam mana boleh hilang kawalan ni .

Eliz terdengar ketawa Izzah dan Aiman disebelah . Ha kena bahan lah jap lagi .

●●●

Amphawa Boat Noodles

"Kau duduk sana lah " arah Eliz kepada Izzah .

"Argh aku dapat dulu " betah Izzah .

"Aku nak duduk mana ?! " soal Eliz poyo walaupun dia tahu hanya tinggal satu tempat kosong sahaja .

"Situ!!" Jawab Nadya dan Aiman serentak .

Membulat mata Eliz memandang mereka . Eliz menelan air liur .

"Alah Nad , tukar tempat !" arah Eliz .

"Takmau" jawab Nadya selamba .

Eliz mencebikkan muka .

"Dah la duduk je la El . Nak makan ni " kata Izzah .

"Takguna . Sengaja tau korang ni " Eliz membebel sendiri .

Eliz memandang muka Luthfi . Malunya pasal kat wayang tadi . Hilang keayuannya .

Gulpp !!

Dia pandang ! Habis tereye contact . Jantung please behave sikit . Takpayah nak aktif sangat . Dari mata turun ke hati . Ooppss !

Semasa hidangan sampai , Eliz terus makan . Mereka yang lainnya berbual . Hashtag membawang lah. Entah kenapa hari ini dia sedikit pendiam . Luthfi pula kadang kadang ikut ketawa .

Eliz bukan apa , malu saja . Tak biasa lah lepak dengan crush macam ni . Nanti dia tengok perangai sebenar Eliz ha habis kena reject kahkahkah .

"Dah la aku gerak dulu geng " kata Aiman .

"Aku pun " sambung Izzah pula .

"Me too" sambut Nadya .

"Caye pun . Bye " kata Naqib yang masih lagi sedang menghirup airnya lalu meletakkannya semula apabila bajunya ditarik oleh Nadya .

Eliz memandang mereka berempat yang sudah beredar dari situ . Dia menelan air liur sekali lagi . One more time ? Kau gila ke . Sengaja tau diorang ni grr .

Matanya perlahan lahan memandang ke arah Luthfi . Muka dia pun blur semacam je horhor . Dengan mulut ternganga sekali . Lengkap package eh hahah . Tutup la sikit mulut tu cik abang !

Eliz melepaskan keluhan . Dia yakin rakan rakannya memang sengaja nak bagi chance berdating dengan Luthfi . Macam mana dia nak hadap Luthfi ni ? Pasal tadi tu tak hilang malu lagi . Siap esok aku cincang 14 !!

Continue Reading

You'll Also Like

843K 34.1K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
808K 83.4K 68
⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...
1.5M 49.3K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
21.1K 1.1K 62
2nd Next generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kena...