Mr Heartless (On Hold)

nrfthl_ által

74.1K 4.1K 291

Memegang status sebagai anak yatim piatu langsung tidak memberi kesan kepada Nur Qistina Humairaa'. Namun, di... Több

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Author's Note
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Pictures
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Sorry
Bab 27
Author's note
Notice

Bab 17

1.9K 123 4
nrfthl_ által

Kereta yang dipandu oleh Redza membelok ke kiri. Aku teragak-agak untuk menegur suaminya itu setelah lama berdiam diri.

"Rifqi okay ke?" Soalku perlahan.

"Okay je. Kenapa?" Balasnya tanpa memandang ke arahku.

"Sorry pasal pagi tadi." Aku menyematkan jari antara satu sama lain. Takut.

Dia diam tanpa ada ura-ura untuk membalas ucapanku.

Marahkah dia?

"Iqi tak biasa dengan orang baru." Beritahunya setelah lama berdiam diri.

Aku hanya mengangguk perlahan.

"Nanti saya kena makan dekat dapur lah ye?" Entah nak kata bergurau ataupun tak.

Dia diam buat kesekian kalinya. Aku sudah menggigit bibir perlahan. Sudah menjadi tabiatnya menggigit bibir.

Sering ditegur oleh umi kerana aku pernah menggigit bibir sehingga berdarah. Itupun berlaku apabila dia berasa terlalu takut ataupun terlalu marah.

Suasana dalam kereta mewah itu sunyi seperti awal-awal dia masuk sebentar tadi.

'Kenapalah rasa macam lama sangat nak sampai rumah ni' kataku di dalam hati.

Akhirnya akau memgambil keputusan untuk tidur. Lebih-lebih lagi kepalanya yang terasa mencucuk-cucuk dan perutnya terasa senak itu membuatkan dia tidak selesa.

***
Terasa bahuku disentuh perlahan. Aku membuka mataku walaupun kepala terssa berat.

Ingatkan tidur ni boleh lah dapat kurangkan rasa sakit di kepalanya itu.

Makin bertambah adalah.

"Bangun. Dah sampai." Ucap Redza lantas keluar dari perut kereta tanpa menungguku.

Aku memejamkan mata untuk beberapa saat kerana kepalanya terasa berpusing.

Perlahan-lahan aku keluar dati kereta dan menuju ke dalam rumah.

Kelihatan Rifqi berlari-lari ke arah Redza yang sedang membuka kasut itu.

Aku memegang sisi kereta untuk mengimbangkan badanku yang tidak stabil ini. Sebelah tangan lagi aku menyentuh perut yang terasa sakit sekali.

Takkanlah..

"Angah nak dukung." Kedengaran suara Rifqi yang sedang merengek dekat Redza.

Aku membuka langkah kakiku dengan perlahan-lahan. Perbualan antara Redza dan Rifqi tidak lagi aku endahkan.

Cahaya matahari yang memancar itu cukup menyukarkannya untuk membuka mata. Sakit. Tambahan dengan perut yang terasa senak.

Baru aku ingin membuka langkah yang seterusnya, aku sudah jatuh terduduk. Aku memusingkan kepalaku beberapa kali mengharapkan rasa sakit itu hilang.

Nak minta tolong mungkin Redza dah masuk dalam.

ketika tanganku ingin mencapai tiang, terasa lengan dan pinggangku dipaut erat.

Aku tidak mampu untuk melihag gerangannya kerana beban yang ditanggung di kepala dan perut cukup berat.

"Boleh jalan tak?" Kedengaran suara Redza di tepi telingaku.

Aku hanya mengangguk perlahan. Aku memegang lengan Redza dengan erat supaya dapat menampung badannya

Belum sempat aku ingin melangkah, terasa tubuhku melayang.

Cepat-cepat aku memaut leher Redza. Sedaya upaya aku membuka mata untuk melihatnya.

"A-awak. Saya boleh jal--" terhenti ucapanku apabila Redza memotong percakapannya.

"Sakit buat cara sakit." Kedengaran tegas dalam nada suaranya membuatkan aku tidak berani untuk membuka mulut.

Kelihatan Rifqi sedang duduk di ruang tamu memandangku tajam.

Alahai. Maaf lah dik. Akak tak ada niat nak rampas abang awak ni.

Rasa bersalah mula menyelubungi dirinya.

Mama yang baru keluar dari bahagian dapur terkejut apabila melihat aku didukung oleh Redza.

Perasaan malu makin menebal dalam diri.

"Qistina tak sihat ke sayang?" Soal umi risau.

Belum sempat aku membuka mulut, Redza sudah memotongnya dahulu.

"Senggugut mama." Aku menoleh ke arahnya pantas.

"Mana ada!" Dalihku sedikit geram.

Redza hanya menjeling sekilas ke arahku.

Tak penat ke dukung aku lama-lama inche suami oi!

"Awak, turunkanlah saya. Say-" Redza memandangku tajam. Aku diam buat kali kedua.

"Tak apalah. Qistina rehat dulu okay? Nanti Redza tolong Qistina." Aku merasakan benda tersekat di bahagian kerongkong.

"Angah naik dulu." Tutur Redza sopan.

"Macam mana awak tahu?" Bisikku kepada Redza apabila suaminya mula menaiki anak tangga.

Alahai, kenapa tak guna lift je. Dah lah badan dia berat!

"Tahu apa?" Aku mencebik geram. Tak tahu ke buat-buat tak tahu!

"Tahu tulah!" Aku mengalihkan pandanganku ke arah lain. Tak sanggup nak pandang muka dia. Boleh terbakar muka dia nanti.

"Aku lelaki aku tahu lah perempuan period ke tak." Aku terkedu.

Terus aku mengambil keputusan untuk diam dan memaut lehernya erat supaya tidak jatuh.

Sungguh dia tidak tahan dengan keadaannya sekarang. Haruman maskulin milik suaminya benar-benar menusuk rongga hidungnya.

Lemah iman macam ni Ya Allah!

Redza membaringkan badanku di atas katil kami.

Baru tangannya hendak membuka tudungku, pantas aku menegah.

"Tak apa. Saya boleh buka sendiri." Dia hanya mengangkat bahu. Kemudian dia keluar dari bilik.

Aku melepaskan nafas lega. Dengan pantas aku membuka segala yang ada di kepalanya. Tidak lupa juga membuka handsock dan diletakkan di tempat sepatutnya.

Aku menggagahkan diriku untuk menukar pakaian dan membersihkan diri.

Dia juga terkejut dengan 'hadiah' yang Allah berikan ini, kerana sewaktu tengahari tadi tidak ada tanda-tanda untuk datang. Lalu sempat juga dia menunaikan solat Zuhur.

Senggugut semakin teruk dan tidak kalah juga dengan sakit di kepalanya. Selepas dia membersihkan diri, aku merebahkan tubuhku di atas katil. Tidak lama kemudian, kedengaran pintu bilik dibuka.

Kelihatan Redza memasuki bilik ini sambil tangannya membawa segelas air dan mengambil tempat disebelahku.

"Teh kelat elok untuk senggugut. Minum sampai habis." Tuturnya sambil menghulurkan gelas itu kepadaku.

Air yang masih panas itu membuatkan aku terseksa untuk meminumnya.

"Hot pack ni nanti letak kat atas perut." Entah bila Redza membawanya pun aku tidak tahu. Mungkin Redza membawanya sewaktu dia sedang mandi sebentar tadi.

Hot pack itu aku ambil dan mengikut arahannya. Malu aku dibuatnya. Mana taknya, Redza lebih mengetahui hal sebegini berbanding aku yang merupakan seorang perempuan!

Dia hanya merenungku yang sedang terkial-kial meminum teh kelat ini. Sewaktu dia di rumah Qaseh, umi selalu suruh dia minum air ini. Tapi dia menolak kerana tidak tahan dengan rasanya.

Tapi kali ni bila Redza yang menyuruhnya, dia tidak berani untuk membantah. Kang ada yang kena marah tak tentu pasal.

"Awak nak sikit?" Entah soalan apa yang aku keluarkan saat ini. Tidaj senang dibuatnya apabila Redza tidak berhenti merenungku.

Dia hanya diam tidak berbicara. Tiada perasaan.

Mungkin dia sedar akan ketidakselesaan aku, dia mengalihkan pandangannya dan bingkas bangun.

"Jangan lupa habiskan air tu. Kalau nak makan bagitahu." Aku hanya mengangguk tanda faham.

Buat masa sekarang ni, dia tiada nafsu untuk makan kerana sakit senggugut membantutkan segalanya.

"Terima kasih and sorry sebab menyusahkan." Tuturku apabila Redza ingin memasuki bilik air. Ingin mandi mumgkin.

Dia menoleh ke arahku sebentar dan mengangguk perlahan.

"Lepasni makan banyak sikit. Dah serupa aku dukung skeleton je." Balasnya sebelum menutup pintu bilik air.

Aku menjadi speechless secara tidak langsung selepas mendengar balasan daripada suaminya itu.

'Kurang hasam betul' aku mencebik geram.

Skeleton dia panggil aku?!

***

#vote&comment#




Olvasás folytatása

You'll Also Like

820K 41.5K 64
Highest Ranked #25 in Romance ------ Emma Mikayla baru sahaja ditugaskan di sebuah hospital swasta sebagai Thoracic Surgeon. Dia menyangka bahawa h...
182K 12K 76
Genre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . 𝐓𝐨 𝐭𝐡𝐞 𝐦𝐚𝐧 𝐰𝐡𝐨 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐡𝐞𝐫 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐭𝐡�...
[OG] Identity . által

Ifjúsági irodalom

625K 31K 85
Beautiful cover by @prncsiman Aryana Aqilah. Siapa sangka gadis yang dingin ini bisa mengubah hidup seorang Tengku Adam Iman Hanafie? "You're my Miel...
2M 114K 72
Seawal usia 20-an , aku terpaksa bekerja sebagai pengasuh kepada anak-anak encik duda demi tiga ribu sebulan . Pada pandangan orang kaya , tiga ribu...