Malam
Min Pov
"Abeoji, omma, Min, saya dengan appa keluar sekejap, ada urusan pejabat yang nak kena siapkan segera " ujar V kepada semua.
"Ok V" ujarku manakala omma dan appa hanya tersenyum nipis.
Sebaik sahaja V dan appa keluar.
"Min, mari duduk sini, ada perkara yang appa nak bagitau " ujar appa sedikit tegas.
Aku hanya menurut sahaja dan duduk di sofa kecil bertentangan dengan sofa yang appa dan omma duduki.
Mungkin inilah perbincangan yang omma maksudkan petang tadi.
"Biar appa berterus terang dengan kamu.
Selama ini kami semua simpan rahsia ni dari pengetahuan kamu.
Tapi sekarang sudah masanya untuk kamu tahu. " ujar appa serius.
Aku sendiri pun rasa seram akan perkara yang ingin mereka sampaikan.
"Sebenarnya keluarga kita adalah pemilik kumpulan Gangster High dan appa adalah ketuanya.
Kita bersaudara dengan kumpulan Dragon High yang kini diketuai oleh Taehyung, suami kamu.
Tu juga sebab kenapa kami kahwinkan kamu berdua, demi untuk keselamatan kamu dan persaudaraan antara dua kumpulan yang dulunya renggang." Nada appa hanya mendatar.
"Appa saja nak kenakan Min ke? Ke appa hanya nak uji kepercayaan Min?" Soalku dengan sedikit sinis.
"Appa kamu tak main-main Min, ni perkara benar" ulas omma lembut.
Jelas riak wajah yang risau pada kedua-duanya.
"Taehyung dah mewarisi Dragon High. Hanya Gangster High yang masih menunggu pewaris" ujar appa.
"Jadi appa nak Min jadi Ketua Gangster?! " soalku kegeraman.
"Minn... "
" Min bukan yang terpilih, hanya yang terpilih yang mampu memiliki kuasa sebagai ketua dan diiktiraf oleh ahli kumpulan " celah omma saat appa sudah seperti api yang membara.
Ya. Appa marah jika aku buat sesuatu yang menyakitkan hatinya hatta sekecil kuman.
"Siapa dia yang terpilih?" Aku rasa seperti ingin mengamuk, perkara ini tiada kaitan dengan aku langsung. Jadi untuk apa beritahu aku.
"Orang tu adalah unnie kamu, Hyejin. Yang terpilih adalah anak lelaki pertama, jika tiada diberikan pula pada anak perempuan pertama yang matang dan mampu menaungi kumpulan.
Appa dan omma dah tua Min, kami sendiri tak pasti bila kami akan mati.
Jadi appa harap kamu boleh menyokong unnie kamu sebagai orang kanan dia.
Tinggalkan kerjaya kamu tu untuk selamanya. Boleh kan Min?" Pinta appa panjang lebar.
Omma hanya memberi pandangan penuh mengharap.
Aku!
Tidak, aku tak akan tinggalkan kerjaya aku tidak sama sekali.
Menjadi penulis novel terkenal di korea adalah matlamat aku, tak mungkin bila aku dah dapat kecapi impian aku ni, aku kena berhenti pulak sekarang.
Lagipun aku dah terbiasa dengan hidup yang tenang ni.
"Min..... Min boleh berhenti bekerja sebagai editor, tapi tidak sebagai penulis novel!" Ujar aku tegas.
"Appa tak kira, appa nak kamu berhenti lakukannya dan tolong unnie kamu uruskan Gangster High. Muktamad " ujar appa yang mula berang.
Aku hanya terdiam tanpa berkutik. Risau amarah appa akan memuncak nanti.
"Dan lusa kamu kena ikut ke majlis pelantikan unnie kamu sebagai ketua Gangster High yang rasmi! " kata appa sebelum pergi meninggalkan aku dan omma.
"Min, omma harap sangat kamu boleh ikut permintaan appa kamu tu " pinta omma sambil mengelus tangan aku.
Dan aku hanya mampu menganggukkan kepala. Kata-kata omma ibarat satu jampi kepadaku.
V Pov
Aku dan appa mula bergerak ke lubuk Gangster Low. Kami hanya membawa 20 orang anak buah.
Hal ini kerana ketua Gangster Low sangat gerun kepada appa.
Appa seorang yang tidak berhati perut apabila memberikan hukuman. Bahkan tiada rayuan yang akan mendapat belas kasihan daripadanya.
"Lengan kamu ok V? " soal appa sambil tersengih kambing.
Appa bukannya nak tau sangat keadaan tangan aku tetapi sengaja nak perli nama 'manja' yang Min berikan.
Aku hanya fokus pada pemanduan sahaja.
"Siap nama manja lagi " usik appa.
Appa kekadang cuba untuk mengusik tetapi serak basah suaranya kelihatan seperti polis pencen. Kasar.
Walaupun appa seorang gangster yang ganas, namun aku dibesarkan oleh seorang bapa tunggal yang biasa, dia hulurkan kasih sayang pada aku tanpa berbelah bagi dan melindungi aku dengan sebaiknya. Hatta aku dihantar ke beberapa negara asing.
Sehinggalah suatu hari aku dibelasah teruk oleh anak-anak buah kumpulan Gangsters Low sehingga hampir lunyai. Sejak itulah appa membuka cerita mengenai Dragon High kepadaku.
"Marah nampak " usik appa lagi saat aku hanya memandang tajam kearahnya melalui ekor mata.
"Appa ni suka buat andaian sendiri! " ujarku sambil mencebik. V tu perkataan pendek yang Min beri bukannya yeobo atau oppa.
"Dah sampai mana mengelamun tu? " soal appa.
Rupanya aku termasuk jalan yang salah.
Adoii haii.... Malu.
Aku hanya membatu.
"Taehyung kamu sayangkan Min? " soal appa lagi seperti serius.
"Haa, kita dah sampai jom keluar appa " fuhh selamat dah sampai.
Appa hanya mengeleng.
Tujuan kami datang kesini adalah untuk membuat perjanjian tambahan.
Sebaik saja kaki melangkah memasuki gudang markas Gangster Low, bau darah bagaikan satu wangian yang menusuk.
Terdapat 2 orang yang diikat dan disebat dengan sangat kejam.
Mereka seperti tiada sekelumit belas terhadap orang yang disebat.
"Langsung korang tak kasihankan mereka ya!" Soal appa dengan sinis.
"Mungkin sebab kau semua belum merasa sebatan yang sebenar kan? " sambung appa lagi sambil mula menyingsing lengan bajunya.
Dengan segera 2 orang yang disebat itu diusung keluar.
Tau takut kalau kena sebat dengan appa. Lagipun boleh nampak kalau mereka hanya nak tunjuk kuasa.
"Jadi mari kita mulakan. " kataku tidak mahu membuang masa.
Aku, appa dan Jihwan (nama ketua Gangster Low) duduk di meja di sebuah bilik.
"Aku tak nak buang masa, kita terus ke tajuk asal sahaja
Pertama, semua peraturan antara Gangster Low dan Dragon High akan tetap dikekalkan dan akan diadakan beberapa tambahan peraturan lagi, kalau ada apa-apa yang kamu nak tambah silakan, aku akan pertimbangkan. " ujar appa sebagai penjelasan sebab kami kesini.
"Semua ahli keluarga Dragon High kau tak boleh kacau atau sentuh walaupun mereka ada melakukan apa kesalahan pun, termasuk setiap penambahan ahli baru dan semua generasi akan datang, araa?" Soal appa.
"Saya setuju dengan syarat ni" balas Jihwan.
"Kamu tidak boleh menganggu ketenteraman ahli kumpulan kami mahupun anak buah kumpulan kami melakukan segala urusan mereka selagi tidak menganggu kerja Gangster Low"
Pelbagai lagi peraturan yang diutarakan oleh appa bagi kebaikan kumpulan Dragon High dan semuanya dipersetujui oleh Jihwan.
Pelik.
"Sekarang giliran saya, pada yang bukan ahli kumpulan Dragon High atau ahli keluarga, tiada masalah untuk saya sentuh kan.
Dan saya nak adik saya dapat dikahwinkan dengan anak tuan rumah dia ditempatkan sekarang. " utaranya.
Owhhh, patutlah semua yang appa ajukan dia setuju. Ini yang dia nak rupanya.
"Urusan peribadi tidak boleh dikaitkan dengan urusan kumpulan. Dan kau sedar kalau Jiyoung (nama adik Jihwan) kahwin dengan anak ahli kumpulan Dragon High, secara automatiknya dia kena menjadi ahli kumpulan Dragon High juga! Dengan status dia hamba, dia tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang kaya! " bidas appa pedas.
"Kalau begitu saya rela. Asalkan dia bahagia " balas Jihwan.
"Sungguh kau tak kisah? " soal aku pula.
Tbc.
Ok, author sengaja bagi tergantung, apa2 pun readers sila lh fk sbb jihwan tu nk kawinkn adik dia dgn ank ahli kumpulan Dragon High tu...