Koleksi Cerita Seram

Door nashabella07

10.9K 326 56

Cerita seram yang pernah aku baca Meer

Menanti Kekasih
Ulek Mayang
Nenek Tenggek
Adik Aku
LPT2 Bukit Besi
Disorok Jin Dalam Timbunan Kain
Suara Misteri Maria (Part1)
Suara Misteri Maria (Part2)
Suara Misteri Maria (Part3)
Suara Misteri Maria (Part4)
Makcik Nasi Lemak
Nampak Mak Saya Tak?
Volkswagen Kuning
Panggilan Seram Ke Sebuah Saluran Radio
Penampakan Pontianak
Aku Dan Sesuatu#1
Aku Dan Sesuatu#2
Aku Dan Sesuatu#3
Berani Kau Kutuk Aku
Hantu Asrama
Hantu Asrama#2
Bilik Stor
Penangan Ilmu Penunduk Suami
Bertempur Dengan Jin (PENANGGAL)
Kawan Baru
Video 1
Video 2
Budak Hantu
Budak Hantu: Apa Jadi Dengan Pan?
Menikah Dengan Pontianak
Orang Siling
Jenazah Bangun
Hantu Rumah Baru
Hostel
Kerana Kedegilanku

Kereta Sebuah Keluarga Rosak & Tersadai Tepi Lebuhraya

295 9 0
Door nashabella07

Sepasang suami isteri yang masih muda bersama bayi mereka sedang dalam perjalanan di Lebuhraya Karak. Ketika itu, waktu malam.

Mereka memilih waktu malam untuk mengelak traffic jam dan panas matahari.

Semasa si suami memandu dalam kesunyian lebuhraya Karak, tiba-tiba, kereta yang dipandunya menghadapi masalah dan enjin terus mati. Si suami terkejut kerana dia yakin dia ada periksa kereta tersebut sebelum memulakan perjalanan jauh untuk keselamatan keluarganya.

Kemudian, mereka tiada pilihan lain kecuali berhenti di tepi jalan.

Si suami keluar untuk periksa enjin kereta tersebut manakala si isteri bersama anak mereka menunggu di dalam kereta.

Selepas beberapa minit, si suami kembali semula dan memberitahu yang dia tak jumpa apa-apa masalah dan cuba untuk menghidupkan kereta itu lagi. Tetapi, kereta tersebut masih tak nak hidup. Akhirnya, si suami terpaksa membuat keputusan yang sukar sama ada tunggu sahaja sampai kereta lain lalu atau cari pondok telefon berdekatan.

Tidak ingin meninggalkan keluarganya, si suami mengambil keputusan untuk menunggu. Namun, setelah 20 minit, tiada satu kereta pun yang lalu di situ. Si suami tiada pilihan, dia nekad untuk cari pondok telefon berdekatan.

Sebelum pergi, dia menasihati isterinya untuk mengunci pintu kereta lalu dengan berat hati pergi meninggalkan isteri dan anaknya.

Si isteri hanya melihat suaminya berjalan pergi dengan kerisauan di minda. Dia berdoa agar seseorang akan ternampak kereta mereka yang rosak dan menawarkan bantuan lambat-laun nanti. Dia juga khuatir jika kemalangan terjadi di Lebuhraya Karak.

Berjam-jam berlalu dan si isteri mula bertambah risau. Dia risau jika sesuatu terjadi kepada suaminya.

Tiba-tiba, dia terlihat cahaya biru dan merah yang datang dari kereta peronda. Melalui cermin pandang belakang, dia nampak seorang anggota polis keluar dari kereta dan menuju ke kereta rosak tersebut. Mereka meminta si isteri untuk keluar dari kereta rosak tersebut secara senyap dan jangan pandang belakang.

Si isteri keluar (bersama bayi) dan berjalan ke arah kereta polis dengan anggotanya. Bila dia sudah berada di jarak yang selamat, dia pun menoleh ke belakang dan terlihat kepala tanpa badan suaminya di atas kereta mereka.

Sehingga hari ini, badan si suami masih belum ditemui.
Dipercayai, sepanjang menunggu suaminya pulang ke kereta dari pondok telefon, terdapat beberapa bunyi dentuman datang dari atas kereta tersebut.



The End~

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

4.1M 314K 186
■ MALAY VERSION ■ Wattys2016 awards: EDISI PENGUMPULAN Horror - Feeling brave? Prepare for a scare with these creepy tales , eeri encounters , urba...
31.1K 810 22
TOLONG AKU ! AKU DICULIK ! AKU TAK TAHAN LAGI ! AKU DISEKSA ! AKU TAK SUCI LAGI ! AKU JADI BAHAN PEMUAS NAFSU DIA ! AKU DAH SERIK ! AKU BENCI DIA ! D...
315K 11.4K 42
Okay aku nak menceritakan satu kisah benar yang terjadi dekat aku dahulu. Apa-apa pun stay tuned.
6.1K 917 56
Hai Assalamualaikum.. kali ni aku nak ceritakan team paranormal x extreme bahagian dua.. stay tuned