[RE-EDIT]Projek Memikat Hati...

By tyracaramel

1.6M 76.9K 3.8K

COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam... More

Prolog
1;Si encik abang crush (edited)
2; terserempak (edited)
3;Birthday (edited)
4;Kem (edited)
5;Night walk
6;Keputusan SPM
7;Tolong
8;Annoying
9;Ragut
10; sepupu 'mat salleh'
11;Cemburu[repost]
12; Haji Ismail
13;tangkap basah[Repost]
15; gambar
16; apa maksudnya dan kenapa?
17;This is sweet or what?
18;shopping barang dapur
19;Rindu (I)
20;balik kampung
21; Siapa Nadia?
22; Hadiah
23; New University
24;kejutan
25;Pujuk
26; Demam
27;Hilang lagi [Repost]
28; jealousy detected
29; Parents to be
30; something wrong
31;Cemburu lagi
32;Dituduh
33;First day in Ramadhan
34;Bakal mak mertua?
35; Makan hati
36;Check up
37;Baju baby
38; Alahai ummi dan abah[edited]
39;Jasmine?
40;Haji Ismail?
41; Outstation (I)
42;Outstation (II)
43; Rindu (II)
44; Jasmine in your area
45;Malam raya
46;Raya pertama
47;Terbongkar
48;Mimpi
49;Tease her
50;Saksi kejadian?
51; Maafkan aku
52;Pujuk
53; Ego si dia
54;Jumpa?
55;Ikut kata hati,badan binasa
56; Kembali ke pangkuannya
57; Caption ? [Re-edit]
Not an update
58;Ibu Ayah
59;Risau
60;Hospital
61;Muhammad Fiqran Rayyan
Epilog
Tinta penulis (eceh😂)
• Special #1 •
• Special #2 •
• Special #3 •
• Special #4 •
• Special #final •
(2)1 - Playboy ?
(2)2- Bercerai
(2)3- Sayang abang [re-edit]
(2)4 - Abang cemburu!
(2)5 - Anak siapa?
(2)6 - Alief
(2)7 - Jatuh
(2)8 - Gugur
(2)9 - Terasa hati (I)
(2)10 - Terasa hati (II)
(2)11 - Suami orang
(2)12 - Kahwin dua?
(2)13 - Orang ketiga
(2)14 - Suka ke?
(2)15 - I'm sorry
(2)16 - Selesai?
(2)17 - luahannya
(2)18 - Idiot!
(2)19 - Marah
(2)20 - Aku ceraikan kau
(2)21 - Mimpi buruk
(2)22 - Siapa sebenarnya dihati?
(2)23 - Sunyi
(2)24 - Maaf!
(2)25 - Jalan-jalan
(2)26 - Approve!
(2)27 - Mana satu?
(2)28 - Huda,Huda!
(2)29 - Cabar
(2)30 - Hospital?
(2)31 - Do I Still Love Her?
(2)32 - Sedar
(2)33 - Maaf
(2)34 - Jaga
(2)35 - Siapa?
(2)36 - Buli
(2)37 - Fariz?
(2)38 - Buli II
(3)39 - Bengang
(2)40 - Tergugat ke?
(2)41 - Lampu hijau?
(2)42 - Anniversary I
(2)43 - Anniversary II
(2)44 - Berkepit bak belangkas! [re-edit]
(2)45 - Nakalnya awak! [re-edit]
(2)46 - Bidadariku
(2)47 - Happy ending
it's me!!
Not an update
hye awak semua💕
RAYA SPECIAL ; 1
RAYA SPECIAL ; 2
RAYA SPECIAL ; 3
RAYA SPECIAL ; 4
SPECIAL RAYA ; LAST
THANKYOU❤️
Helo
ZEDAN ISKANDAR : MY SECRET LOVER

14; nikah

21.4K 878 61
By tyracaramel

"Aku terima nikahnya Nurul Aqisyah Binti Daud dengan mas kahwinnya senaskhah Al-Quran tunai"

Mendengar lafaz akad nikah yang dilafazkan oleh Nazrul,berderai airmata Aqisyah.

Perasaannya kini menjadi bercampur baur.
Gembira,sedih,kecewa.Semua ada.

"Aqisyah,kamu tu dah jadi isteri orang.Jaga hati suami.Jaga adab kamu sebagai seorang isteri,ya"pesan ibu.

Aqisyah memeluk ibunya.Ibu mengusap perlahan belakang badan anaknya.

"Jangan risau,ibu restu perkahwinan Aqisyah dengan Nazrul" Ibu mengesat airmata Aqisyah.

"Ehem"

Aqisyah menoleh ke hadapan.Baru sedar,Nazrul sudah selesai menunaikan solat sujud syukur.

"Tangan"ucap Nazrul dengan nada mendatar.

Dengan perasaan nervous bercampur takut,Aqisyah menghulurkan tangan kanannya.

Cincin permata disarung ke jari Aqisyah.Kemudian,Aqisyah menyalami tangan Nazrul.

Nazrul hanya mengusap kepala Aqisyah.Tidak mencium dahi seperti pengantin-pengantin lain yang biasa lakukan dihari pernikahan mereka.

"Naz,kenapa tak cium dahi Aqisyah?"tegur Ummi Wahidah.

Nazrul mengeluh perlahan.Perlahan lahan dia mencium dahi Aqisyah.

Ciuman itu diberikan sekejap sahaja.

Tahulah Aqisyah bahawa Nazrul terpaksa menerima perkahwinan mereka ini dengan hati yang tidak rela.

Aqisyah memandang muka suaminya.Segak.

Nazrul tampak segak dengan baju melayu putih dan bersongkok di kepala.

Tapi,pujian itu hanya mampu dipendam dalam hatinya.Tidak mampu untuk memuji suaminya yang sudah melancarkan 'peperangan dingin' mereka sebentar tadi.

***

"Esok awak ikut saya balik KL.Saya dah mula kerja esok"kata Nazrul tanpa memandang muka Aqisyah.Dia mengeluarkan tuala dari almari bajunya.

"Saya nak awak kemas baju."

"Esok balik KL?Awak ada rumah dekat KL ke?"soal Aqisyah.

"Kenapa? Ingat saya ni penganggur,yang mengharapkan duit mak bapak je? Saya pun kerjalah dekat KL tu.Cuma sebelum ni saya cuti panjang sebab nak duduk dekat kampung ni.Ada apa apa masalah?" Suara Nazrul yang sangat dingin kedengarannya.

"Takde.."

"Jadi ?  Saya cakap,kemas baju.Kemas ajelah.Tak payah banyak tanya.Saya dah bagitau Ummi pasal esok.Kalau awak taknak ikut,sudah.Tinggal aje dekat sini.Senang sikit saya.Takdelah terbeban sangatkan?"

Nazrul sempat melemparkan senyuman sinis kepada Aqisyah sebelum dia keluar dari bilik.

Aqisyah menahan sebak.

"Kalaulah aku tak terfikir nak bagi rendang tu,kalau la aku tak masak rendang tu.. M esti semua ni tak terjadi.Mesti Abang Nazrul tak benci aku macam sekarang.Mesti ayah dengan ibu tak kecewa dan malu macam sekarang.."

Airmata Aqisyah jatuh jua.

SEPANJANG perjalanan mereka daripada Perak hingga ke KL,tiada siapa yang bersuara.Hanya radio yang memecahkan suasana sunyi.

Hati Aqisyah sedih apabila mengenangkan sikap suaminya malam tadi.

Nazrul lebih rela tidur di atas lantai berbanding tidur sekatil dengannya.Bangun untuk solat Subuh juga,suaminya tidak mengejutkannya.Bunyi alarm telefon yang mengejutkan Aqisyah.

Begitu dingin sikap Nazrul kepadanya.

Baru sehari bersama dengan Nazrul yang bersikap dingin,hatinya sudah rasa sedih.Mungkin juga rasa terseksa.Bagaimana dirinya mahu berdepan dengan hari hari yang akan datang?

Semoga Allah lembutkan hari suaminya dan semoga Allah kuatkan dirinya utk menempuhi semua ni juga. Itu doa Aqisyah.

Jam sudah menunjukkan pukul 1:47 petang.Aqisyah memandang suaminya.

"Awak,singgah dekat R&R sekejap boleh? Saya nak solat Zohor"ujar Aqisyah.

Tiada sebarang reaksi yang diberikan oleh Nazrul.Aqisyah mengeluh perlahan.

Tiba di R&R Rawang,Nazrul berhenti seketika untuk solat Zohor.

Usai sahaja Aqisyah solat Zohor,dia keluar dari surau.Tiada kelibat suaminya.Mungkin Nazrul belum selesai solat.

Aqisyah mengambil keputusan untuk membeli sedikit buah potong untuk dimakan dalam kereta nanti.

Aqisyah membeli 2 paket buah tembikai yang sudah siap dipotong.Kemudian,dia meletakkan asam pada buah tembikai itu.

Aisyah melihat jam di tangan kirinya.

"Eh,10 minit jugak aku beli buah ni.Baik aku cepat pergi dekat kereta."gumam Aqisyah.

Langkahnya dicepatkan.Tiba tiba,dia ternampak Nazrul sedang bercakap dengan seorang perempuan yang berumur dalam lingkungan 20-an.

Cemburu? Mestilah Aqisyah cemburu.Tapi,dalam keadaan sekarang,Aqisyah hanya berfikiran positif.Perasaan cemburunya dibuang jauh jauh.

"Assalamualaikum"tegur Aqisyah.

"Waalaikumussalam.."

"Siapa ni abang?"soal Aqisyah.

"Jasmine,this is my..wife,Aqisyah.Aqisyah,ini business partner saya,Jasmine"ujar Nazrul.

"Hai.Tak sangka you dah kahwin.You tak cakap pun dekat I. Kitakan rapat.Sampai hati you tak bagitau I.."

"Sorry.Majlis I ni buat dekat kampung aje.Malas nak buat dekat KL."kata Nazrul.

"Oo..okaylah.I got to go . Jumpa lagi.Bye!"
Jasmine mengukir senyuman manis kepada Nazrul.Kemudian,dia beredar dari situ.

"Tak payah tercegat lagi dekat situ.Cepat masuk kereta."kata Nazrul.

Aqisyah menurut kata kata Nazrul.

"Awak suka tembikai kan? Nah,saya ada belikan awak buah tembikai campur asam."

Aisyah menghulurkan buah tembikai yang dibelinya sebentar tadi.

"Takpelah,terima kasih.Sekarang saya dah tak makan tembikai.Saya dah ubah selera"ujar Nazrul.Buah tembikai yang dipegang oleh Aqisyah langsung tidak dipandangnya.

Nazrul menghidupkan enjin kereta Honda miliknya.Perjalanan mereka diteruskan.

Aqisyah hanya diam membisu.Dia makan buah tembikai yang dibelinya tadi dengan hati yang sayu.

KERETA Honda milik Nazrul masuk ke dalam tempat parking lot kereta.

Aqisyah hanya mengikut jejak Nazrul sambil membawa beg bajunya.Mereka masuk ke dalam lif.

Aqisyah hanya memerhatokan Nazrul yang menekan butang lif yang bernombor 13.

Tingkat 13? Serius? Tingginya! Desis hati Aqisyah.

Tiba sahaja di tingkat 13,mereka menuju ke rumah Nazrul.

Bagaikan rusa masuk kampung,begitulah Aqisyah apabila masuk ke dalam rumah Nazrul.

Ada aircond,ada tv leper (author lupa nama tv tu 😂),ada kolam dan yang paling best,ada jakuzi! Uish boleh tahan berduit juga Nazrul ni.

Suami aku ni kerja apa sebenarnya eh? Desis hati Aqisyah.

Sampai sekarang dia tak tahu pekerjaan Nazrul. Hmm nanti nanti sajalah dia tanya.

"Bilik awak yang tu. Berhadapan dengan bilik tetamu."kata Nazrul.

Aqisyah terkilan.

Bilik awak? Maksudnya,mereka berdua tidak sebilik?

"Awak punya bilik..?"

"Bilik saya sebelah bilik awak tu lah.. "Kata Nazrul. Dia menghenyakkan badannya ke atas sofa. Televisyen dibuka.

"Oh..okey.."

Aqisyah masuk ke biliknya.Langsir diselak.

"Wah.. Dapat tengok pemandangan KL .. Cantiknya.."

Tiba tiba,Nazrul menjenguk ke bilik Aqisyah.

"Aqisyah,saya keluar sekejap. Nak kirim apa apa ke?"soalnya.

"Abang nak pergi mana?"

"Nak keluar kejap.. Kalau awak taknak kirim apa apa,saya pergi dulu."

"Eh! Saya nak kirim makanan. Saya..lapar. Tadi, saya tengok dekat peti ais abg,kosong.."kata Aqisyah.

Nazrul mengangguk lalu keluar.

"Ah..baik aku mandi! Badan dah rasa melekit! "

Aqisyah menutup pintu biliknya dan bersiap sedia untuk mmbersihkn diri.

JAM menunjukkan hampir pukul 8 malam.Nazrul masih tidak pulang ke rumah.

"Aduh,mana abang Naz ni? Aku dah lapar.Bukan setakat maggi je takde,roti pun takda! Haish.. Kalau ye pun tak suka aku,janganlah bagi aku kebuluran"bebel Aqisyah.

Dia asyik mundar mandir di hadapan tv. Tv terpasang,tapi tidak ditontonnya.

Aqisyah mengambil telefonnya dan cuba untuk telefon Nazrul.

"Hish! Waktu ni la kau nak habis kredit!"

Aqisyah mencampakkan telefonnya ke atas sofa.

Dia duduk di atas sofa dan cuba untuk rileks kan diri. Matanya cuba untuk fokus menonton tv dngan harapan rasa laparnya hilang.

Tapi,bukan rasa lapar yang hilang,matanya pula rasa mengantuk. Dengan rancangan tv yang entah apa apa membuatkan matanya mengantuk.

Akhirnya dia terlelap.

Pada jam 9:30 malam baru Nazrul pulang ke rumah.Dia melihat Aqisyah yang tertidur di atas sofa sambil tv terpasang.

"Aqisyah..bangun."

Bahh Aqisyah ditolak perlahan.

Aqisyah membuka matanya.

"Abang.. Bila balik?"

"Baru aje."

Baru Nazrul sedar,Aqisyah tidak memakai tudung. Terus dia mengalihkan pandangannya.

"Kenapa abang?"soal Aqisyah,pelik.

"Takde apa apa. Awak dah makan ke belum?"

"Belum.. Saya tunggu abang baliklah. Abang dah janji nak tapau makanan bila abang balik"kata Aqisyah.

Nazrul menepuk dahinya.

"Saya lupa. Sorry. Jom saya bawa awak makan dekat luar."kata Nazrul.

"Eh abg tak penat ke? Kalau abg penat,tak payah lah"kata Aqisyah.

"Penat memang lah penat. Tapi awak lapar. Kang sakit,saya nak jawab apa dengan parents awak? Dah jom"

Nazrul bingkas bangun dan berjalan menuju ke pintu.

"Kejap! Saya tukar baju"

Pantas Aqisyah menukar baju dan memakai tudung.Dalam diam,dia mengukir senyuman.

Berbaloi juga aku kelaparan.Dapat juga dating dengan dia malam ni.Hehe! Desis hati Aqisyah.

Selepas Aqisyah bersiap,mereka pun keluar. Destinasi mereka adalah McD.

McD paling dekat dengn tempat mereka.So,McD menjadi pilihan untuk mereka.

"Abang oder utk saya je ke? Abang punya?"soal Aqisyah.

"Saya dah kenyang. Tadi makan dengan kawan"

"Oh.."

Ceh! Sedap dia makan dengan kawan tadi. Bini dia kelaparan. Huhu. Nasib dia belanja McD malam malam. Habislah diet aku. Desis hati Aqisyah.

"Aqisyah"

"Ye saya?"

"Jomlah. Tercegat apa lagi tu?"

Aqisyah tersengih lalu mengangguk.

"Jom,jom"









Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 68.6K 41
"Jangan harap aku layan kau macam bini aku. Kau takpe ar dah lama suka kat aku en? Aku ni yg seksa kena hadap kau!" -ZIYYAD MAZRUL Hati perempuan man...
1.4M 66.1K 58
Sharifah Qairina Anbella, seorang gadis yang menghidap penyakit Autisme yang menjadikan dirinya menjadi seorang yang berbeza. Gadis berumur 25 tahun...
1.6M 76.9K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
310K 16.7K 56
BUKAN KALI INI Pertemuan Dhea Haneesa dengan seorang lelaki bernama Tengku Elhan membuatkan hidupnya tidak tenang. Kemana sahaja dia pergi, pasti lel...