Imam Muda Miss Diva

By _Zoanna_

10.5K 438 120

Nik Veevy Nadyra. Silam menghancurkan hidup. Berkecai hati, menghempas lantai bumi. Tunduk membongkok mengut... More

Chapter One
Chapter Two
Chapter Three
Chapter Four
Chapter Five
Chapter Six
Chapter Seven
Chapter Eight
Chapter Nine
Chapter Ten
Chapter Eleven
Chapter Twelve
Chapter Thirteen
Chapter Fourteen
Chapter Sixteen
Chapter Seventeen
Chapter Eighteen
Chapter Nineteen
Chapter Twenty
Zoe Notes #1
Chapter Twenty One
Chapter Twenty Two

Chapter Fifteen

356 18 0
By _Zoanna_

Ruang kosong di sebelah Aunty Suraya, aku duduki. Ralit sangat menonton televisyen sehingga aku di sebelahnya tidak langsung dipandang.

"Seronok  ya cerita ni? Sampai Vee dekat sebelah pun dah tak nampak," nadaku jelas-jelas sedang merajuk dan mahu diberi perhatian.

Mendengar suara rajukku itu, Aunty Suraya menoleh. Aku pula sudah tersenyum girang apabila diberi perhatian.

"Eh anak buah kesayangan aunty! Tak perasan pula Vee di sebelah,"  menjulurkan tangan, Aunty Suraya menarik tubuhku ke dalam dakapan. Aku pula melentokkan kepala dengan manja.

"Iyalah, aktor di tv semuanya kacak-kacak. Sedap saja mata memandang," sengaja mengusik Aunty Suraya, walhal tidak seorang pun aku kenal mengenai artis tempatan.

"Kacak memang kacak. Tapi, aunty tak berminatlah Vee. Kalau mahu dibuat menantu dan suami kepada Salina, aunty suka ustaz-ustaz dan pendakwah dalam tv. Sejuk mata dan hati. Bicaranya terselit nasihat. Tindak-tanduknya terkawal penuh hormat," secara tiba-tiba, Aunty Suraya berkongsi ciri-ciri lelaki idaman yang layak dibuat suami.

Aku jadi menarik senyum lebar sambil mata memandang manja ke mata Aunty Suraya. Tercuit hati mendengar ciri-ciri yang seperti mahu dituju-tuju pada suami kesayangan.

"Aunty ni...cakap yang memang sudah ada depan mata. Dah berpuluh tahun berkahwin, masih macam orang muda-muda bercinta. Untung Uncle Salleh," merah kedua-dua belah pipi Aunty Suraya seperti dilayah pemerah pipi berjenama.

Satu-satunya abang kepada daddy itu, warak dan bersopan-santun dalam setiap gerak-geri. Sepadan sangatlah dengan Aunty Suraya yang lemah-lembut orangnya.

"Alhamdulillah, aunty bersuamikan lelaki sebaik Uncle Salleh. Hmmm... Vee pula macam mana? Tak berminat pada lelaki macam ni?" soalan Aunty Suraya santai sahaja namun benar-benar menyerkap jarang perasaan.

"Errr...Vee tak kisah sangat aunty. Kalau sudah jodoh, Vee terima seikhlasnya," aku memberi jawapan yang paling selamat. Jauh di sudut hati, aku menghina diri sendiri. Kalau sekadar bermimpi tetapi hakikatnya status tidak sama, tak mungkin dapat bersama. Dalam diam, aku lepaskan keluhan.

"Eh, tak boleh macam tu Vee. Kita ni nak berkahwin, jodoh tu kalau boleh biar sampai ke akhir hayat. Insyallah bertemu semula di akhirat. Jadi, kena pilih yang betul-betul mampu membimbing kita ke jalan yang diredai Allah. Agamanya perlu penuh di dada. Paling tidak pun, dia tahu asas-asas agama supaya kemudian hari nanti tak berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini," panjang lebar nasihat yang diberi. Aku hanya mampu tersenyum kelat, mengakui ada benarnya nasihat tadi.

Jika ilmu agama sudah penuh di dada dan mencukupi, masalah-masalah kecil yang membawa kepada penceraian  dapat ditangani dengan lebih rasional dan tenang.

"Walau apa pun, kita hanya merancang. Sekurangnya, setelah kita memilih pasangan yang tepat, kita mampu elakkan ia daripada terjadi."

Sekadar mengangguk, aku tidak berniat untuk menambah apa-apa. Perasaan yang hadir pada ketika ini, aku tahankan dalam hati. Mengapalah perlu diingatkan tentang pilihan hati yang tidak sudi? Susah rupanya untuk move on. Di bibir mudah saja menyebutnya tetapi untuk melakukannya boleh menyesakkan dada!

"Tadi petang kenapa tak turun bawah? Aunty dengan Mummy Vee kukus Puding Caramel kegemaran Vee tau."

Mendengar Puding Caramel meniti di bibir Aunty Suraya, buat aku terlupa seketika perasaan sedih yang membebani diri. Mataku membulat lalu tubuhku pantas merapat kepada Aunty Suraya.

"Naklah tu kan? Aunty Su tahu. Sekejap, aunty tolong ambilkan untuk Vee. Ada lagi dalam peti ais," Aunty Suraya sudah mahu bangun namun aku lebih pantas bertindak memegang tangannya membuatkan dia terduduk semula.

"Biar Vee ambil sendiri. Aunty sambunglah tengok tv," cepat-cepat aku menegah Aunty Suraya daripada pergi.

"Tak apa Vee. Aunty memang nak pergi dapur pun. Vee duduk sini ya? Tengok tv tu," tidak langsung dipedulinya bantahanku. Sebaliknya, Aunty Suraya tetap berkeras.

Aku akhirnya mengalah. Membebaskan tangan Aunty Suraya daripada pegangan. Tersenyum Aunty Suraya lalu berjalan melintasi aku. Ini yang buat aku sentiasa sayang pada Aunty Suraya!

Remote televisyen, aku capai untuk menukar siaran. Saat aku memandang skrin televisyen, skrin sedang memaparkan sebuah siaran dakwah yang cukup terkenal. Ketika ini,  seorang pendakwah baru hendak memulakan ceramahnya. Aku memandang skrin di tepi bahagian bawah. Pada topik ceramah yang dibicarakan.

'Menjadi Lebih Baik Setelah Taubat'

Serta-merta minatku terpancing untuk kekal menonton siaran sama. Aku menegakkan tubuh, mempersiapkan diri menerima input yang sangat berguna daripada dakwahnya. Mujur, ceramahnya belum bermula. Tidaklah input yang akan aku terima berlompong.

Penceramahnya merupakan seorang lelaki muda. Dalam lingkungan 20-an. Aduhaii, menambahkan semangat aku untuk menonton!

"Assalamualaikum..." salam meniti di bibir merah itu aku balas kembali.

Perutku entah mengapa terasa berangin tatkala mendengar suara si penceramah. Rasa seperti suaranya berada begitu dekat dengan telinga.

"Bertemu lagi kita dalam rancangan bla...bla...bla..."

Kata-katanya sudah tidak kedengaran di telinga kerana kini hanya mataku sahaja yang berfungsi. Tidak berkedip kelopak mataku, malah aku semakin membesarkan bebola mata. Tanganku naik menyentuh dada, pada jantung yang menghasilkan degupan terlebih ritma. Bagaimana boleh serancak ini kalau lelaki ini bukan dia?

Aku memandang pula huruf-huruf yang terpapar pada skrin. Abjad-abjad tersebut mengungkap sepotong nama. Aku membaca dan mengeja, agar tidak melakukan sebarang silap.

"Imam Muda Muhammad Nur Ashraf?!!"

Jantungku bertambah-tambah rancak!

•••

Aku sudah tersandar lemah pada sofa. Aku sudah menggeleng-geleng kepala kerana tidak menyangka. Sukar untuk aku terima apa yang disaksikan oleh mata. Seperti tercabut tangkai jantungku kerana tidak percaya!

"Tak mungkin. Ini bukan dia. Ini bukan dia. Aku salah pandang!" dua belah tanganku memegang pipi.  Aku menggeleng-gelengkan kepala sendiri menyangkal apa yang disaksikan mata.

Mana mungkin, penceramah di dalam rancangan ini Ashraf? Bukankah dia hanya sekadar pendakwah bebas  tak bernama? Jadi, buat apa pula dia duduk di hadapanku dalam televisyen pula?

Atau...aku saja yang berhalusinasi. Iyalah, akukan terlalu angau pada dia. Aduhai, teruk sungguh penyakit angauku ini! Sudah mencapai ke tahap kronik! Nanti, tidak pasal-pasal aku mendapat penyakit gila. Gara-gara sering terdengar suara Ashraf dan sekarang ini, melihat wajah Ashraf pula!

Aku menggelengkan kepala selaju dan sederas mungkin. Mengusir paparan wajah Si Imam Muda dari kotak fikiran. Kalau dengan pengsan aku boleh lupakan wajahnya, nyata aku jauh lebih sanggup.

Aku tidak mahu wajahnya menganggu aku lagi. Aku tidak mahu terus memuja peribadi dan kelebihan pada dirinya kerana segala kesempurnaan itu tidak layak untuk aku! Terbit perasaan risau sekiranya aku tidak dapat berpegang kepada janji sendiri.

"Ya Allah, kenapa ni Vee? Ada yang tak kena ke?" Aunty Suraya bergegas meletakkan sepiring Puding Caramel di atas meja kemudian bergerak mendapatkan aku.

Kepalaku dipegang lalu dipalingkan menghadap muka Aunty Suraya.

Ashraf lagi?!  "Ahhh!"

Jeritan langsung tak berdivaku, bergema di segenap ruang tamu. Terkejut melihat wajah Ashraf di sisi. Paling mengejutkan, tangan cantiknya sendiri memegang pipi mulusku bersama renungan matanya yang redup itu merenung anak mataku...tepat!

Aku mengengsot rapat ke hujung sofa dengan muka yang berpaling darinya.Dub dab dub dab! Rasa seperti berada dalam gerabak roller coaster!

"Vee, ni aunty sayang. Cuba tengok baik-baik," suara Aunty Suraya memujuk aku memandang mukanya.  Dia memegang tanganku kemudian memaut daguku lalu diangkat agar mukaku mendongak padanya semula.

Dalam takut-takut, aku menurut jua. Lama mata meneliti segenap wajah itu. Ternyata wanita di hadapanku adalah Aunty Suraya. Lantas, aku memeluk tubuh Aunty Suraya bersama nafas yang terhembus kelegaan. Sungguh aku takut kalau aku sudah tidak betul kerana terbayangkan Ashraf sepanjang masa.

Setelah agak reda dan aku sudah mampu bertenang, Aunty Suraya menarik perlahan tubuh aku untuk melihat wajahku.

"Kenapa sayang? Ada yang Vee takutkan ke?" perlahan saja suara Aunty Suraya memujukku untuk bercerita. Aku menundukkan kepala. Tersentuh dengan layanan Aunty Suraya yang sentiasa berlembut.

Mustahil aku buka mulut menceritakan hal yang sebenar. Bukanlah tidak mahu tetapi apa yang hendak aku katakan? Pendakwah dalam televisyen ini merupakan crush aku? Aduhai! Kedengaran sangat kartun dan merapu. Silap-silap, jadi bahan tawa Aunty Suraya pula. Aku akhirnya menggeleng kepala, memutus untuk tidak berkata apa-apa.

Tanganku yang terletak di atas riba terasa digenggam oleh Aunty Suraya. Aku mengangkat kepalaku semula.

"Betul ni tak ada apa?" Aunty Suraya bertanya sekali lagi, mencari kepastian aku.

"Tak ada apa Aunty Su. Cuma..." aku terdiam dan berfikir seketika.

"Apa dia?"

"Itu!" telunjukku naik satu lalu menghala pada skrin televisyen.

Menurut pada telunjuk tanganku itu, Aunty Suraya turut sama memandang skrin televisyen.

"Kenapa? Apa yang tak kena dengan tv?" Aunty Suraya menyoal hairan, tidak memahami maksud tindakan aku.

"Bukan tv aunty. Tapi, yang bagi ceramah dalam tv."

Aunty Suraya menoleh semula pada televisyen. Senyum terus timbul di bibir itu ketika wajah penceramah muncul dalam paparan skrin. Memancar-mancar aura gembira pada wajahnya seperti ada batu berlian menyinar-nyinar di hadapan mata sekarang! Melihatkan reaksi terlebih bahagia itu, aku sedikit...err cemburu? Dengan Aunty Suraya pun aku cemburu juga? Kroniknya perasaan!

"Oh, Imam Muda ni! Malam ni slot dia ya? Dari minggu lepas, aunty tunggu ceramah daripada dia. Ceramahnya bagus dan berkesan. Muda lagi tapi sudah layak jadi Imam Muda. Kacak pula! Peribadi pun mulia! Untung siapa yang bersuamikan lelaki seperti ini. Semuanya bagaikan sempurna."

Aku sudah menelan liur dengan segala kesempurnaan yang disenaraikan Aunty Suraya. Terasa semakin kerdil jika hendak dibandingkan dengan aku yang tidak punya apa-apa. Tetapi, aku belum menemui jawapan kepada persoalanku tadi.

Adakah lelaki berkopiah ini benar-benar lelaki yang aku idam-idamkan?

"Dia memang biasa bagi ceramah dalam tv?"

"Iya!"

"Dia memang pendakwah terkenal ya aunty?"

"Iya!"

"Errr...apa namanya aunty?"

"Imam Muda Muhammad Nur Ashraf."

Tiada ragu lagi. Aku hanya mampu menelan payau kenyataan yang baru aku perolehi.

"Kenapa? Suka dia ya?"

Aku menyimpul senyum kelat ketika Aunty Suraya memandangku. Seperti mencari reaksi daripada wajahku yang berubah suram.

{ Media atas imaginasi Zoe pada Imam Muda Muhammad Nur Ashraf (:  . Kalau kacak begini, zoe pun sanggup bersaing dengan Veevy mahupun Rania Adeeba! Care to join me? (; }

Continue Reading

You'll Also Like

86.8K 7.7K 163
Just lawak hambar dari NCT... Gelak jer lahhh like HA HA HA... ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
19.4K 179 4
ONESHOOT ๐Ÿญ๐Ÿฌ [Jisung] โˆ† Dom | Seme๐Ÿ”บ [Chenle] โˆ† Sub | Uke๐Ÿ”ป โš ๏ธWarningโš ๏ธ 21+๐Ÿ”ž๐Ÿ”ž๐Ÿ”ž ๐Ÿ™ kalau ada Typo เฒ โ—กเฒ 
10.2K 840 10
Well, Tahun Lepas Family Along Harash, then this year.. Family Along Ayden pula ya. Hehehehe jom baca macam mana kecohnya hari mereka lebih-lebih lag...
6.9K 26 1
wife makan luar