Imam Muda Miss Diva

_Zoanna_

10.5K 438 120

Nik Veevy Nadyra. Silam menghancurkan hidup. Berkecai hati, menghempas lantai bumi. Tunduk membongkok mengut... Еще

Chapter One
Chapter Two
Chapter Three
Chapter Five
Chapter Six
Chapter Seven
Chapter Eight
Chapter Nine
Chapter Ten
Chapter Eleven
Chapter Twelve
Chapter Thirteen
Chapter Fourteen
Chapter Fifteen
Chapter Sixteen
Chapter Seventeen
Chapter Eighteen
Chapter Nineteen
Chapter Twenty
Zoe Notes #1
Chapter Twenty One
Chapter Twenty Two

Chapter Four

594 23 7
_Zoanna_

Hajatku untuk tidur lebih lama diganggu. Cahaya matahari menerobos masuk melalui langsir yang dibuka. Memaksa aku membuka mata pada kadar segera dan melihat apa yang berlaku.

Salina.

Dia berdiri tercegat di hadapan katilku sambil bercekak pinggang!

Bangun dari perbaringan, aku turun daripada katil lalu berjalan menuju ke meja berdekatan. Gelas kaca yang kosong aku penuhi dengan air putih. Airnya aku tuntun bagi membasahi tekak. Rutinku setiap pagi setelah terjaga daripada tidur. Hmm, sangat segar!

Seusai rutinku itu, aku berjalan menuju ke bilik air. Berdiri di hadapan singki, aku meneruskan rutin mencuci muka dan menggosok gigi.

"Veevy!"

Dinding bilik air daripada kaca telus dengan konsep open style ini, membuatkan aku dapat melihat Salina dari dalam. Masam mukanya seperti asam keping Tesco! Huh, tidak laku pun menjual di sini!

Keluar sahaja dari bilik air, aku menuju ke arah sofa empuk Itali lalu melabuhkan punggung di situ. Kemudian aku memberikan tumpuan pada Salina yang dari tadi membuntuti langkahku.

"Okay Sally. Apa yang you nak sebenarnya?"

Salina mendekatiku lalu turut duduk di sebelah. Mata bundar Salina menjadi dua kali lebih besar dengan bahunya mengasak rapat bahuku. Gaya seorang wartawan gosip yang masih baharu dalam industri kewartawanan!

"Apa agenda Vee sebenarnya? Just tell me the truth!"

Zup! Pertanyaan daripada Salina sangat menyentap dada. Tepat dan tidak berselindung!

"Agenda apa?" Tidak cepat melatah, aku kekal tenang. Lagi pula, tiada ada apa-apa yang perlu dijelaskan pada Salina.

Berdecit Salina sambil bebola matanya dijeling ke atas seakan tidak berpuas hati. Sukar sekali untuk Salina mempercayai kata-kataku. Bagai semuanya tidak kena!

"5 years Vee! Takkan tiada apa-apa pula? Cukuplah berpura-pura depan Sally. Mungkin Vee boleh tipu mereka. I tak percaya you cukup baik untuk tidak berbuat onar!" pedas saja mulut Salina menyindir dan mencemuh. Nampaknya, selagi tidak mendapat apa yang dimahu, Salina tidak akan berdiam diri.

Ketenangan aku akhirnya musnah. Yang kini hanya ada rasa marah yang meluap-luap. Sudahlah muncul dalam bilikku awal pagi dan mengganggu tidurku. Kemudian, mencari pasal pula. Salina perlu diberi pengajaran ala-ala diva!

"Oh, ya Sally? Sebelum you nak tuduh apa-apa, let me remind you. You're talking to Nik Veevy Naddyra! Oh tolonglah, siapa you nak bercakap dengan I kalau tak sebab I kesian saja. Sekarang, I terangkan ya. 5 tahun you tuduh I Salina. Lucky you, I bersabar lagi. Tapi mulai daripada sekarang, I takkan bagi you peluang walau sekali pun!" Aku menarik kuat pergelangan tangan Salina lalu aku baringkan dia atas tilam. Tubuh Salina aku tindih, mukanya aku tekup dengan bantal. Selimut tebal rona lavender aku ikat pada badannya. Tindakanku cekap dan pantas. Gaya mahir sehingga Salina tidak terdaya untuk melawan. Settle!

"Morning...!" aku bernada perlahan seperti menggoda di sebelah Salina. Aura diva dengan aksi ganasku sudah keluar.

"Urhhmm!!!" Salina menjerit dalam gumaman yang dalam kerana mulutnya sudah ditekup bantal.

Satu.

Dua.

Tiga.

Bantal aku angkat daripada muka Salina.

"Argghh! Damn yy...!" Aku pantas menekup muka Salina sekali lagi. Salina menelan kembali kata-katanya. Bukan aku tidak tahu Salina mahu mencarut aku. No second chance!

Memang silap jika Salina merasakan aku sudah berubah. Aku masih ahli Queen Babe's yang tidak takut pada ancaman namun cukup bersedia untuk memberi ancaman. Jika itu mampu mendiamkan Salina, apa salahnya aku guna.

Aku angkat semula bantal. Salina sudah nyawa-nyawa ikan. Mukanya menjadi merah kerana kekurangan oksigen gara-gara perbuatanku. Itu sudah cukup baik. Jika aku bergabung dengan geng Queen Babe's, lebih teruk Salina kena dengan kami. Mungkin sehingga tidak bernafas. Ya, aku akui Queen Babe's cantik jelitawan. Tetapi tersangat kejam.

"Sorry, did I misheard anything?" Aku mengukir senyuman manis. Jika pengarah drama melihat aku ketika ini, tentu cepat saja aku ditawarkan untuk berlakon.

Salina mendengus tidak berpuas hati.

"Saya akan cari tahu Vee. Awak akan menangis seumur hidup selepas saja saya dedahkan!"

"Mungkin. Tapi Sally, mungkin perlu saya ingatkan, ia tidak semudah itu. You knew it," aku mengenyitkan mata. Sepertinya peperangan antara kami bermula! Kali ini, aku, Veevy The Queen Babe's bersendirian menentang musuh.

"Tidak kali ini Veevy. Saya tak akan biarkan itu berlaku lagi. Kali ini, awak dan seisi ahli Queen Babe's yang kononnya seperti diva, akan terima balasan atas kelakuan awak semua! Lihat sajalah nanti," daripada renungan mata Salina aku tahu dia benar-benar memaksudkan ugutannya sebentar tadi.

"And I can't wait to see it from you, Sal. Surprise me beb," Aku bergerak turun daripada Salina lalu memberi senyuman sinis.

"Daa!" Salina aku tinggalkan sendirian. Aku menarik pintu bilik dan menutupnya serta...menguncinya. Hehehe! Pagi ini ada juga yang tidak bersarapan. Terdengar suara jeritan Salina yang melaung-laungkan namaku dengan semangat waja.

Kepala yang terasa berat, aku pegang erat. Pening kepala aku! Hal kepulanganku yang bakal sampai ke telinga seisi ahli Queen Babe's tidak aku depani lagi. Sekarang, Salina pula muncul memberikan beban. Membuat aku memikul dua beban pada masa yang sama. Ah rungsing! rungsing! Adakah ini semua balasan atas kelakuan aku selama ini? Ya Allah, tolong aku!

•••

Urusan memperbaharui lesen memandu selesai akhirnya. Berjam-jam juga menunggu. Mekap diva aku pun sudah cair kerana menunggu lama. Ada pula abang polis mengurat aku ketika bosan menunggu tadi. Jika aku Veevy yang dulu, pasti aku sudah melayan. Tetapi, itu dulu. Aku sudah insafkah? Atau mungkin kerana... Imam Muda Muhammad Nur Ashraf aku jadi sebegini?

Tidak mungkinlah! Takkan baru saja bertemu aku sudah jatuh cinta? Tidak logik kerana pertemuan kami sangat singkat dan tidak melebihi 24 jam. Malah, kami tidak sempat berbual panjang untuk berkongsi maklumat tentang diri masing-masing.

Jangan-jangan Si Imam Muda sudah beristeri! Oh tidak! Mempunyai cahaya mata! Oh jangan! Aku menekup muka. Memikir andaian itu, aku seperti ditembak mati sehinggakan nyawa-nyawa ikan. Aku seperti sedang menonton cerita hantu yang sangat-sangat seram!

Tetapi, jika andaian aku benar, adakah aku sanggup bermadu dengan isteri Si Imam Muda? Cukup bersediakah aku melihat Si Imam Muda menatap wajah wanita lain selain wajah aku? Ah cukup! Apa sajalah yang aku merepek ini. Itu semua mustahil. Aku baru saja bertemu dengannya. Aku sepatutnya bertanya. Hmm, itu kalau kami berjodoh untuk bertemu lagilah. Andai tidak ada...meranalah aku memuja bayangan Si Imam Muda saja.

Pin!!!

Bunyi hon kereta yang sangat dekat dan nyaring menyentak aku daripada hanyut dalam andaian sendiri. Spontan aku menoleh pada kereta yang membunyikan hon.

Oh Tuhan! Aku sudah angau. Sehingga kereta sedang bergerak menujuku, aku masih lagi melintas selamba. Sreett! Mujur kereta sport itu sempat berhenti. Aku dapat lihat, pemandunya bergerak keluar daripada kereta.

"Miss are you fine? Did I just hit you anywhere?" pemandu kereta itu berjalan menghampiriku.

Baru hendak aku membalas pertanyaannya, aku tersedar akan seuatu. Wajah itu...aku kenal dia! Terundur aku ke belakang beberapa tapak.

Tidak. Jangan dia. Katakan aku sekadar bermimpi. Katakan dia sedang bermimpi melihat aku di sini.

"Veevy, is it you?" dia bertindak menghampiriku. Semakin dekat!

Aku tidak bermimpi. Ketua Queen Babe's, Elvira Ladyana sedang berjalan ke arah aku! Oh this is wrong!!!

Pada ketika itu, aku tidak berfikir panjang lagi. Pantas saja berpatah belakang dan berjalan laju tanpa hala tuju yang jelas. Hanya hilang daripada pandangan Elvira itu sudah cukup.

Panggilan Elvira tidak aku hirau. Tidak sekali aku berpusing. Aku benar-benar belum bersedia mendepani Elvira atau sesiapa sahaja. Belum waktunya lagi. Alasan apa yang mampu aku berikan andai kehilangan aku dipersoal mereka. Adakah alasanku kukuh hingga mereka percaya jika kesangsian mereka lebih maksima terhadapku? Tiada ragu lagi, aku perlu menyembunyikan diri untuk sekarang.

"Veevy wait!"

Jalanku mati. Langkah kakiku terhenti. Tidak, bukan kerana jalan sehala di hadapan sekarang. Tetapi, aku baru saja menyedari aku tidak datang dengan kereta sendiri. Sebaliknya, dengan teksi!
Andai aku berpatah semula tentu bertembung akhirnya dengan Elvira.

"Veevy wait! We need to talk!" semakin dekat pula suara Elvira hingga seperti di sebelah saja.

Idea muncul, tolong! Aku dan Elvira tidak boleh bertemu muka. Tidak sama sekali. Sambil-sambil memikir cara untuk meloloskan diri, aku memerhati kawasan tempat letak parkir. Mengharap sesuatu yang dapat dijana daripada pemerhatianku.

Aku semakin buntu. Waktu genting begini, akal cerdikku tidak boleh berjalan lancar seperti biasa pula. Puas aku gali, aku menggaru kepala yang buntu. Pada ketika tahap terdesak, aku terpandangkan seorang lelaki dan seorang wanita menaiki kereta Toyota Harrier mereka. Yeszaaa! Idea muncul jua.

Aku tidak mampu menolak idea gila satuku ini kecuali menurut meski saja tindakanku ini mampu menjerut diri sendiri. Dengan seluruh tenaga, aku belari pecut ke arah Toyota Harrier. Aku kini berdiri di sisi Harrier merah. Woo, havocnya! Merah, I like! So sexy!

Pemegang pintu aku pegang. Sesaat, ia telah terbuka kerana tarikan daripada tanganku sendiri. Ya, aku sedang membukanya. Untuk apa? Tentulah untuk membawa diri daripada Elvira yang sedang giat mencari aku di luar kereta.

Sedang aku bersuka-ria dan menarik nafas kerana kelegaan yang teramat, aku terasa seperti diperhatikan. Aku angkat muka dengan sayu. Bersedia memberi alasan kepada empunya kereta.

Ya Tuhan-Ku!

Tidak sempat aku meluahkan kata-kata bohongan yang untuk menyelamatkan diriku sendiri, aku terpaku dan terkedu di saat mataku menentang renungan mata lembut itu. Semuanya terasa seperti mimpi. Terasa aku dijemput awan, dibawa terbang sehingga aku layu dibuai angin. Aku hanyut. Hanyut dibawa oleh redupan mata yang bertaut dengan mataku dengan sangat erat itu.

Entah di saat yang ke berapa, tautan mata kami terlepas selepas saja dia mengalihkan matanya. Alahai, tidak puas rasanya menatap mata itu. Bilalah agaknya aku dapat menatap mata itu lagi? Jadi isterinya! Itu tentu bolehkan. Halal pula. Hehehe!

Hatiku melonjak suka pada ketika ini. Bagaimana tidak setelah bertemu dengan lelaki idaman sekali lagi? Gayanya yang warak menyekat aku daripada bertindak di luar kebiasaan. Sekiranya melompat dan meloncat, apa pula pandangan aku di mata lelaki ini? Ranap reputasi divaku yang sentiasa ingin tampil bergaya. Lalu, aku cuma tersenyum mempamerkan rasa gembira.

Syukur, ada pertemuan sekali lagi yang sangat tak terduga. Apatah lagi dijangka! Mungkinkah doaku sudah dimakbulkan oleh Allah? Pertemuan kali kedua adalah jodoh buat kami. Ya Ampun Vee! Pada ketika ini, aku tidak mampu menolak segala rasa bahagia yang mendebarkan hatiku. Dub...dab...dub...dab rasanya!

Adakah benar seorang warak sepertinya bakal menjadi milikku? Adakah benar dia adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh-Nya? Andai jawapannya ya, akan aku pastikan Muhammad Nur Ashraf milikku sebagai suami yang aku cinta. Ya!!! Semakin lebar senyumanku kepada Ashraf. Senyuman yang menyimpan maksud tersembunyi.

"Ehemm..."

Dehaman yang agak keras dan kuat daripada wanita di sebelah Ashraf, membawa aku kembali sedar. Lupa! Muhammad Nur Ashraf tidak berseorangan. Ketika tadi, dia memasuki keretanya dengan seorang wanita.

Seluruh tubuhku terasa panas saat memutar kembali ingatan. Wanita. Ya, positif wanita. Hatiku jadi lebih ngilu ketika menoleh ke kiri dan memandang wanita yang duduk di sebelah tempat pemanduan. Dadaku terasa pedih melihat wajah manis yang sangat menawannya.

Cantik dan manis, hendak tak hendak aku akui keistemewaannya. Sememangnya cantik jika aku yang sangat sukar memberi pujian tiba-tiba saja memuji orang. Tetapi kecantikannya bukan keistimewaan tetapi masalah besar bagiku!

Aku menggerling Muhammad Nur Ashraf. Adakah dia terpikat dengan wanita ini? Dengan kecantikan rupa paras dirinya tidak mustahil Ashraf terpikat. Bukan sekadar cantik malah wanita ini tampak warak melalui penampilan yang aku perhatikan. Sungguh...aku mahu langsung menyoal Ashraf. Aku tidak mahu menyimpan rasa cemburu. Aku gentar andai hanya akan menghancurkan diri. Tidak...aku tidak mampu bertanya langsung pada Ashraf. Melampau rasanya untuk menyekat pergaulan Ashraf sedang kami belum lagi berkenalan rapat.

Kembali memandang wanita itu, aku menganalisa dirinya melalui luarannya. Ya, dia cantik dan warak. Dengan tudung labuh berona dusty pink dan corak bunga-bunga kecil yang terletak di atas makhotanya, tampak sesuai pada kulit putih kemerahannya. Dipadankan pula dengan jubah longgar dari rona merah jambu namun sedikit gelap. Rias wajahnya pula diserikan dengan solekan yang nipis. Menyerlahkan lagi kelembutan dalam peribadinya.

"Awak, isteri Imam Muda ya?" terluah juga rasa cemburu yang hadir namun masih dikawal rapi.

Aku menelan liur yang tiada. Debaran menghentak dadaku. Memujuk hati agar bersedia dengan jawapan yang diterima.

Jika ya... dia maduku?

{ Readers turn; Vote! Comment dan Fan! Enjoy tak chapter ni? Yes, lama tak update. Reason is, Zoe busy. Oh anyway, thanks for the support! }

Продолжить чтение

Вам также понравится

5.5K 41 1
melancong ke jamaica
55 8 3
Setelah menghabiskan zaman childhoodnya yang normal dengan memanjat pokok dan mengunyah serangga, Syafiqah akhirnya berjaya memecahkan rahsia terbesa...
41K 3K 45
𝟷𝚜𝚝 𝚄𝙽𝙳𝙴𝚁 𝙱𝙴𝙻𝙻𝙴 𝚂𝙴𝚁𝙸𝙴𝚂 ꕥ 𝙰𝙼𝙰𝚈𝙰 𝙴𝙳𝙻𝚈𝙽 100% my brain. Amaya Edlyn- gadis comel dan cantik. Merupakan seorang pelajar di un...
6.9K 26 1
wife makan luar