MR PIRATE

By CIK_ZALIKHA

3M 268K 55.6K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... More

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88

77

40.4K 3.8K 1.2K
By CIK_ZALIKHA

JANGGAL. Itu perkataan yang sesuai buat masa sekarang. Seluruh bilik terasa sunyi apabila masing-masing tidak bersuara. Tak pasti siapa yang patut mulakan dahulu. Husna dan Raf hanya duduk membungkam di hadapan meja yang diduduki Tan Sri Raqib. Tak ubah seperti dua orang murid bermasalah sedang berhadapan dengan guru besar di bilik kaunseling.

Tan Sri Raqib peluk tubuh sambil bersandar ke belakang. Sekejap anak mata bergerak memandang anaknya, tak lama sebelum ia bergerak memandang Husna pula. Serius betul muka.

Kecut perut Husna tika ini. Aduh, kenapalah hari ini dia kena hadap macam-macam situasi?

"Husna."

"Ya, Tan Sri." Sahut Husna laju. Terus wajah diangkat sebaik sahaja namanya disebut. Jelas muka masih lagi takut-takut.

"Kalau Raf ni mahu jadi suami kamu, kamu sudi terima ke?" Soal Tan Sri Raqib secara tiba-tiba.

Kelu lidah Husna mendengarnya. Tidak tahu hendak jawab apa. Langsung tak terlintas di fikirannya Tan Sri Raqib bakal bertanya soalan cepumas begitu selepas kejadian tadi. Andai hatinya boleh mengeluarkan suara mungkin dia sudah jawab 'Ya'.

Sekejap Husna mengerling ke arah Raf di sisi. Lelaki itu juga tertunggu-tunggu jawapan keluar daripada bibirnya. Sungguh, dia tak dapat sembunyikan rasa malu saat ini. Muka merah habis.

Lantas, Husna tunduk memandang tangannya yang saling bermain. Cuba menghilangkan debaran di dada.

"Ke... Kenapa Tan Sri tanya soalan itu dekat sini?" Soal Husna, tergagap-gagap jadinya. Mereka masih berada di dalam bangunan korporat, serahusnya bercakap soal kerja tapi lain pula topik kali ini.

Malahan Tan Sri Raqib jongket bahu sambil mencebir bibir.

"Saja. Tiba-tiba pak cik teringatkan pesanan kamu semasa di Sabah itu hari. Kamu suruh pak cik sampaikan pesanan pada Raf yang kamu akan tunggu kedatangan dia lama mana sekalipun. Jadi bolehlah jika pak cik anggap yang kamu betul-betul sukakan dia."

Makin membahang pipi Husna apabila Tan Sri Raqib mula mengingatkan dia tentang hal itu. Kalaulah dia tahu Tan Sri Raqib bapa kepada Lanun, memang dia takkan cakap macam itu! Memalukan!

"Oh really?" Kening Raf sedikit terjongket. Macam tak percaya pula Husna berani berkata begitu depan bapanya. Terus dia menoleh ke sisi memandang Husna.

Husna gigit bawah bibir. Mata dipejam sesaat. Nak pecah dadanya waktu ini. Boleh tak kalau nak lari keluar aje daripada sini?

"Papa tak beritahu Raf pun Husna ada cakap macam itu semasa di hospital?" Raf kembali memandang bapanya.

Melihat mulut Tan Sri Raqib terbuka ingin menjawab, lekas Husna memotong.

"Sebenarnya saya tak tahu apa yang saya fikir waktu itu. Jadi tak mengapa kalau Tan Sri lupa sekalipun. Sebab tak penting pun. Haha!" Husna buat-buat ketawa. Kekok sekali bunyinya. Sekadar mahu hilangkan rasa janggal pada topik tadi.

Kemudian, Husna buat-buat mengerling ke arah jam di dinding. Boleh dijadikan alasan untuk dia meminta diri untuk keluar.

"Err... saya rasa ada banyak lagi kerja tak habis di tingkat lobi. Jadi saya perlu sambung kerja, karang staff ingat saya curi tulang pula. Jadi... saya pergi dulu. Assalamualaikum, Tan Sri!"

"Tunggu dulu, Husna!" Halang Tan Sri Raqib tanpa sempat Husna mengangkat punggungnya daripada kerusi. Terus dia melekat di situ. Debaran semakin kuat. Entah apa pula yang Tan Sri Raqib hendak cakap kepadanya.

"Sebenarnya pak cik baru balik daripada rumah Dato Idris. Ayah kamu." Katanya.

Terus Husna terdiam. Dalam masa yang sama, tertanya-tanya juga apa Tan Sri Raqib buat di sana. Nak tanya, tapi siapalah dia untuk bertanya begitu? Lantas, Husna hanya diamkan diri apabila melihat Tan Sri Raqib seperti ingin menyambung ayatnya.

"Kalau ayah kamu ada datang ke rumah Mia dan jemput kamu balik. Kamu ikutlah dia balik ya?" Tidak pasti itu satu arahan atau rayuan, tapi nada suara Tan Sri Raqib seolah-olah sedang memujuk.

Tatkala Husna masih lagi diam membatu. Tidak sangka, tentang dia duduk di rumah Mia pun Tan Sri Raqib tahu? Ah, tak hairanlah kerana Mia itu pekerja paling rapat dengan Tan Sri Raqib. Mereka serupa ayah dan anak sudah. Tapi tak lama lagi mereka berdua memang akan jadi satu keluarga pun.

Kemudian Tan Sri Raqib melepaskan satu nafas. Berat.

"Pak cik tahu hubungan kamu dengan Dato Idris tak berapa baik selepas balik dari Sabah. Dan pak cik juga yakin puncanya juga ada kena mengena dengan anak pak cik. Raf."

Raf tersentak. Eh, dia pun terpalit sekali?

"Jadi pak cik dah cuba bercakap dengan ayah kamu. Pujuk dan nasihat dia. Tapi tak pastilah jika dia dengar atau tidak. Tapi andai katalah dia ada datang cari Husna, Husna ikut sahaja dia pulang ke rumah ya?" Lembut sekali cara Tan Sri Raqib memujuk. Kan bagus jika Dato Idris juga pandai berkata-kata lembut seperti ini. Mudah meresap masuk ke dalam hati sang pendengar.

Perlahan Husna angguk kepala. Dia sendiri tidak pasti setuju atau tidak dengan pujukan Tan Sri Raqib, otak tak mampu proses apa-apa jawapan saat ini. Jika Dato Idris datang dengan cara baik, mungkin dia akan ikut pulang? Nak kati hatinya keras serupa batu, tidaklah juga. Hatinya sama juga seperti orang lain, mudah cair dengan kata-kata manis.

"Kalau kamu nak hidup bahagia dengan Raf, kamu kena balik. Percayakan cakap papa." Sambungnya lagi.

Tersentak Husna apabila Tan Sri Raqib menggelarkan dirinya 'papa'. Tiba-tiba debaran di dada tukar berbunga-bunga. Bibir ditahan daripada tersenyum gembira. Sekali lagi Husna angguk kepala.

"Baik, Tan... Tan Sri. Saya minta diri dulu." Pamit Husna. Segan pula nak panggil papa secara tiba-tiba. Baginya, dia belum selayak itu lagi. Tanpa menunggu lama, Husna terus bangkit daripada kerusi lalu menapak keluar dari bilik kerja itu. Meninggalkan Raf dan bapanya sahaja.

Sekilas Raf toleh ke belakang, sekadar mahu memastikan Husna betul-betul sudah pergi. Kemudian, barulah dia toleh ke hadapan memandang Tan Sri Raqib semula. Tubuh dipeluk, siap bersandar ke belakang dengan gaya bersahaja.

"Jadi macam mana?" Soal Raf dengan bibir tersenyum-senyum bersama maksud tersirat. Tan Sri Raqib pasti faham akan maksudnya.

Kepala orang tua itu mengangguk. Bibir dia juga tersenyum sama.

"Tentulah jadi mengikut plan." Balas Tan Sri Raqib.

Bibir Raf menyenget. Bagus! Dia dah agak, hanya papa sahaja yang mampu membantu dia dalam situasi ini. Dan-dan itu juga fikirannya teringatkan perjanjian mereka berdua semasa berada di hospital beberapa minggu lalu.

Waktu itu Tan Sri Raqib berkeras memujuk dia untuk mengambil alih Ocean Empire semula. Tapi tak adillah, jika dia terus terima secara percuma. Haruslah lakukan sesuatu dahulu. Barulah sama-sama untung, tak gitu?

"Raf boleh janji dengan papa bahawa Raf akan ambil alih Ocean Empire semula. Tapi sebelum tu, papa pun harus bantu Raf juga." Kata Raf begitu serius.

Tan Sri Raqib yang berada di hujung katilnya langsung berpaling ke belakang. Bibir terjuih sedikit. Takkanlah dia mahu Raf terus masuk kerja tanpa apa-apa pertolongan daripadanya.

"Tentulah papa akan bantu kamu. Papa tahu kamu dah lama tinggalkan kerja ni sampai lupa..."

"Bukan bantu soal kerja." Cantas Raf laju.

Buatkan Tan Sri Raqib terdiam sejenak. Mata berkelip beberapa kali.

"Habis tu?"

"Bantu Raf untuk dapatkan Husna semula." Ucapnya. Tegak anak matanya memandang Tan Sri Raqib bersama satu harapan. Cuma bapanya sahaja yang boleh menolong dia saat ini.

Sekonyong-konyong Tan Sri Raqib mencekak pinggang dengan pandangan mengejek. Berkerut kening Raf apabila bapanya melemparkan reaksi seperti itu apabila dia sedang meminta bantuan.

"Ha, itulah! Menyamar lagi. Kalau kamu jadi Andikha Rafael daripada mula, Dato Idris tak akan benci kamu tahu tak?" Herdik Tan Sri Raqib.

Sepasang anak mata hazel dan biru itu terus menjuling ke atas penuh meluat. Papa ni suka sangat mengungkit pasal hal itu!

"Ya, Raf tahu tentang tu... tapi kalau Raf terus mengaku yang Raf ni anak papa, tentu-tentu dia akan layan Raf baik-baik. Habis kalau anak papa ni betul-betul lelaki kampung yang tiada apa-apa, dia boleh hina sesuka hati huh? Hanya kerana darjat dia lebih tinggi, begitu?"

Tan Sri Raqib terdiam.

Raf pula mengeluh.

"Raf cuma nak hidup tanpa ada masalah sahaja, sebab itu Raf jadi macam ini. Raf tak nak orang terima Raf sebab kekayaan tapi terima atas sifat keperibadian Raf sendiri. Itu aje!"

"Tapi kamu sendiri tahu tak semua manusia pandang daripada dalaman, kan? Mereka hanya nampak luaran. Jadi nak tak nak, kamu kena bagi mereka nampak luaran kamu dahulu sebelum nak kenal dalaman hati kamu itu macam mana?"

Tersentap hati Raf mendengar teguran bapanya. Dia tak menafikan kata-kata Tan Sri Raqib itu salah. Malah, memang ada pun manusia yang suka menilai daripada luaran sahaja. Lumrah dunia begitu.

"Papa boleh tolong Raf tapi Raf juga perlu beri kerjasama. Kalau kamu jadi anak papa yang dahulu, sudah tentu papa tahu apa yang perlu dibuat."

Kening Raf berkerut-kerut. "Nak buat apa?"

Tan Sri Raqib tersenyum senget. "Buat apa lagi? Cadangkan kamu kahwin dengan Husnalah. Bukannya Dato Idris tahu nama kamu siapa pun? Jadi, papa boleh cadangkan dekat dia untuk satukan Husna dengan kamu."

"Hendak ke dia setuju?"

Terjuih bibir Tan Sri Raqib mendengar soalan Raf. Siap tergeleng-geleng lagi.
Aduhai...

"Kamu ingat papa tak pandai bodek hati orang huh?" Bukan main berlagak lagi Tan Sri Raqib berbicara. Come on lah, ini Raqib okay? Kalau anak pun pandai ambil hati orang tua, apatah lagi bapaknya!

Bibir Raf mencebik. Kepala diangguk-angguk. Baiklah.

"Kalau begitu kita deal?" Raf menghulurkan tangan, sebagai tanda perjanjian mereka bermula. Dia akan ambil alih Ocean Empire, manakala Tan Sri Raqib pula membantu hubungan dia dan Husna bersatu semula.

Lantas Tan Sri Raqib menyambut huluran. Erat genggaman mereka.

"Deal." ucapnya.

Dan kini, mereka berdua sudah pun tunaikan janji masing-masing. Tiada lagi yang berhutang. Tunggu masa sahaja, rancangan mereka akan berjaya. Sempat lagikah jika dia mahu meraikan kemenangan bersama bapanya?

Raf tunduk memandang jam yang mengelilingi pergelangan tangannya. Kepala diangguk. Sempat.

"Papa nak coffee?"

"Coffee?" Penat-penat dia bodek anak sulungnya di hadapan Dato Idris, tetapi kopi sahaja yang ingin dibelanja? Lantas Tan Sri Raqib geleng kepala tanda tidak mahu. Sekejap dia tunduk memandang jam yang sudah pudar warna di pergelangan tangan.

Dah bertahun-tahun sudah jam ini tidak ditukar. Pemberian daripada arwah isterinya. Sekarang, jarum pun sudah tersekat-sekat hendak bergerak. Tanda-tanda nak minta yang baru. Boleh sahaja dia beli sendiri, tapi jika orang lain yang belikan... rasa lebih berharga!

"Papa nak jam baru. Audemars Piguet. Dah lama papa berkenan nak jam itu." Katanya dengan bibir tersengih-sengih.
Selalunya anak minta pada bapa, tetapi terbalik pula.

"Boleh. Tapi papa kena belanja Raf cermin mata baru juga."

"Deal!"












KELUAR daripada bilik tidur, Datin Khadijah terus menapak keluar menuju ke tingkat bawah. Tatkala mata tertancap pada pintu bilik Husna yang ternganga, langkahnya tiba-tiba terpasung di tepi tangga. Kening berkerut. Dah beberapa minggu bilik itu tak diusik oleh sesiapa, kenapa hari ini terbuka pula?

Tanpa menunggu lama, Datin Khadijah terus menuju ke bilik itu. Berdiri tercongok di pintu, melibat Mak Timah yang sedang menukarkan cadar baru. Haih, apahal pula orang tua ni kemaskan katuk Husna?

"Mak Timah!" Panggil Datin Khadijah, pintu diketuk sekali untuk menarik perhatian orang tua itu menoleh memandangnya.

Terhinjut bahu Mak Timah apabila disergah. Langsung dia toleh ke pintu. Tak sedar langsung bila Datin Khadijah muncul, mungkin kerana dia terlalu fokus membuat kerja.

"Ya, Datin? Datin nak apa-apa ke?" Soal Mak Timah, ada sedikit getar pada suaranya. Takut jika ada apa-apa kekurangan pada kerjanya. Tapi, rasa-rasanya dia dah siapkan semua tugas sebelum masuk ke bilik ini.

"Yang Mak Timah tiba-tiba sahaja kemas bilik Husna ni kenapa? Bukannya dia ada dalam rumah ni pun. Dia dah keluar, kan? Tak ingat ke?"

"Oh, Dato tak beritahu Datin ke?" Soalan berbalas soalan. Nampak daripada gaya macam Datin Khadijah tidak tahu apa-apa.

"Beritahu tentang apa?"

"Tentang Husna akan balik ke rumah ni." Jawab Mak Timah.

Jatuh rahang Datin Khadijah mendengarnya. Terkejut. Macam mana dia boleh tak tahu tentang itu? Dan kenapa tiba-tiba pula? Bukankah perempuan itu sendiri nak berambus daripada rumah ini? Takkan sudah ubah fikiran kut?

Datin Khadijah mengetap bibir. Jelas tidak puas hati.

"Kenapa dia nak balik ke sini? Diakan dah tak mengaku keluarga Dato Idris lagi! Sepatutnya dia dah tak layak jejakkan kaki ke rumah ni!"

"Saya tak pasti, Datin. Mungkin Datin boleh tanya..." Belum sempat Mak Timah menghabiskan ayat yang sepatutnya berakhir 'bertanya pada Dato Idris, tahu-tahu Datin Khadijah dahulu yang berlari mencari suaminya. Terpekik menjerit daripada tingkat atas serupa orang gila.

Apabila suara Dato Idris menyahut daripada tingkat bawah, terus Datin Khadijah menuruni anak tangga. Sampai ditingkat utama, kaki terus membelok ke arah ruang tamu. Suaminya elok duduk di situ sambil bermain telefon canggihnya.

"Abang!"

Ruang kosong disebelah kiri Dato Idris menjadi tempat Datin Khadijah melabuh punggung. Tanpa sebarang isyarat, telefon canggih ditangan suaminya terus dirampas. Memaksa lelaki itu memandang dia supaya boleh dengar alasan dengan jelas.

Muka masih lagi sama. Geram dan tidak puas hati.

"Kenapa dengan Dijah ni? Tiba-tiba terjerit-jerit serupa kena rasuk?"

"Macam mana saya tak kena rasuk kalau tiba-tiba dapat tahu Husna nak balik ke rumah ni semula! Kenapa? Kenapa dia kena balik ke sini? Dia merayu minta maaf pada abang huh? Kalau ya, abang tak patut terima rayuan dia! Biar dia rasa penyesalan kerana melawan cakap abang!" Bentak Datin Khadijah, sungguh dia tak setuju Husna balik ke sini. Kehidupannya aman sepanjang Husna tiada di sini. Seolah-olah dialah ratu di dalam rumah ini.

Sesaat Dato Idris mengeluh perlahan.

"Mana ada Husna merayu apa-apa pada abang..."

"Habis tu? Abang yang pujuk dia balik? Selepas dia tengking abang, abang pula yang kena pujuk dia?! Anak apa seperti itu?"

"Ish, bukanlah. Abang nak pujuk dia balik sebab abang suruh Tan Sri Raqib hantarkan rombongan meminang tak lama lagi. Husna kenalah ada sekali untuk berkenalan dengan anak dia tu. Kalau dia tiada, macam mana saya nak satukan mereka?"

Semerta Datin Khadijah kematian kata. Mata berkelip-kelip serupa tak percaya. Rombongan meminang? Sekejap otaknya cuba memproses data. Setelah tersedar maksud suaminya, sedikit demi sedikit bibir tersenyum memamg. Bermakna... Dato Idris tetap mahu memaksa Husna berkahwin dengan pilihannya?

Bagus!

Lebih terseksalah perempuan itu nanti!

"Lah, ya ke? Kenapa abang tak bagitahu Dijah awal-awal?" Baru kali ini Datin Khadijah merendahkan nada suaranya, lebih lembut dan manja.

"Abang tak sempat nak beritahu Dijah, tadikan Dijah tak ada dekat rumah. Sibuk kerja."

Ya tak ya. Pagi tadi dia tiada di rumah kerana sibuk menghabiskan duit dalam akaun syarikat di Mall. Ops! Terlepas cakap.

"Patutlah. Ermm... siapa calon suami Husna tu? Nathan ke?" Soal Datin Khadijah, mahu tahu juga siapa yang bakal menjadi suami perempuan itu nanti. Dah bermacam-macam idea jahat muncul di kotak fikiran dia saat ini.

Malahan Dato Idris menggeleng menafikannya. Terus riak wajah Datin Khadijah bertukar tanda tanya.

"Kalau bukan Nathan... siapa?" Pelik. Tak tahu pula jika Tan Sri Raqib ada anak ramai selain Nathan.

"Anak sulung dia. Raf namanya."

"Raf? Tak pernah dengar dan nampak pun batang hidung lelaki itu sebelum ni? Ke abang kenal dia?"

Dato Idris jongket bahu. Entah. Dia pun tak pernah jumpa dan kenal orangnya. Tapi pernah jugalah dia dengar buah mulut orang bahawa anak sulung Tan Sri Raqib itu seorang jutawan muda. Sebahagian daripada Ocean Empire itu adalah miliknya.

"Abang tak pernah ada peluang untuk jumpa dengan Raf tu. Tapi Raqib kata, dialah yang paling sesuai untuk Husna. Dan cara Raqib bercerita tentang anak sulung dia itu pun... menarik juga."

"Apa yang menarik?"

"Abang pun tak berapa pasti. Kita tengok sajalah nanti masa rombongan meminang dah sampai." Kata Dato Idris.

Kepala Datin Khadijah cuma mengangguk. Dia juga tak sabar mahu lihat siapa lelaki itu. Lagi bagus jika orangnya rupa buruk! Biar padan dengan muka si Husna tu. Paling penting, bawa Husna berambus keluar daripada rumah ini selepas diijab kabul.

Barulah dia puas!

"Jadi... bila abang akan jemput Husna tu balik? Sebenarnya... saya juga rindukan dia selama dia tiada dalam rumah ni. Kalau dia balik hari ini, bolehlah saya suruh Mak Timah masak sedap-sedap." Ceh, tadi bukan main lagi dia mengamuk apabila dapat tahu Husna akan balik ke rumah semula. Alih-alih lain pula ayatnya tika ini.

"Mungkin malam nanti abang akan cari dia di rumah Mia. Itupun tak pasti kalau dia nak balik atau tidak."

"Ish, abangkan ayah dia. Abang ada kuasa untuk paksa dia balik. Mana boleh seorang anak melawan arahan bapanya. Derhaka!"

Dato Idris tersenyum kelat. Kepalanya menggeleng perlahan. Tidak. Husna bukan anak seperti itu. Ya, dia memang tak sukakan perangai Husna sejak berjumpa dengan lelaki kampung itu, tapi itu tidak menjadikan alasan untuk dia labelkan Husna sebagai anak derhaka.

Dia pasti, selepas Husna berkahwin dengan pilihannya. Anak perempuannya akan kembali menjadi Husna yang dahulu.

"Abang pasti dia takkan melawan cakap abang kali ini. Suka atau pun tidak, Husna harus terima keputusan ayahnya. Larilah sejauh mana pun, abang tetap takkan biarkan dia berkahwin dengan lelaki pilihan dia sendiri."

Sipi-sipi bibir Datin Khadijah tersenyum sumbing. Bagus sangat-sangat! Biar perempuan itu tak dapat hidup bahagia dengan pilihan hatinya. Oh kasihan, cinta buat kali pertama terputus begitu sahaja. Haha!

"Abang nak tengok Mak Timah kemaskan bilik Husna sekejap." Pamit Dato Idris. Lantas dia terus bangun daripada sofa, menapak anak tangga menuju ke tingkat atas.

Manakala Datin Khadijah masih lagi duduk di situ. Sekejap mendongak, memastikan jarak suaminya telah pun jauh. Muka bertopeng langsung keluar dengan riak wajah sinis.

"Padan muka kau, Husna! Nasib kau dengan arwah mak kau sama sahaja, malang!" Sindirnya lalu ketawa penuh jahat.

Continue Reading

You'll Also Like

44.6K 2.2K 25
"Kita tak ditakdirkan untuk bersama" Status ; completed Start; september maybe? Author tak ingt😅 End ; 7/12/18 Season 2 : Mamat korea aku punya2 htt...
18.5K 392 4
[Fantasy + Adventure] Tahun 3091 di mana dunia sudah semakin maju. Wujudnya permainan virtual reality arena competition iaitu sebuah permainan berkon...
7.6K 375 100
• B O O K 2 • it's all about facts and quotes about feeling . malay and english fact / quotes comment ? ✔️ vote ? ✔️ start : 15 Nov 2020 end : 01...
1.9K 129 28
-Haider Fahreen- Seorang jejaka yang popular di sekolahnya dan handal dalam bermain badminton. Juga bagus dalam akademik dan mendapat Top 1 serta men...