MR PIRATE

Autorstwa CIK_ZALIKHA

3M 268K 55.6K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... Więcej

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88

67

32.9K 3.5K 931
Autorstwa CIK_ZALIKHA

           TERLENTANG Husna ke tanah saat  tubuhnya ditolak oleh Mondu. Betul-betul di sisi Lanun yang masih terbaring lemah. Dia ingin lari, namun kaki dan tangannya masih terikat dengan ketat. Husna hanya mampu meraung bersama tangisan yang tak henti-henti mengalir daripada tadi. Dia takut, terlalu takut!

Puas Husna merayu kepada Mondu untuk melepaskannya. Namun, lelaki itu cuma ketawa. Tak pedulikan sama sekali apa yang Husna minta. Malah, tangan Mondu lebih tergesa-gesa menanggalkan T shirt lusuh yang dipakainya. Menayangkan tubuh tegap berkeringat, cacah tatoo tengkorak pada bahagian bahu sampai ke leher. Buatkan Husna semakin gerun melihatnya.

"Kamurang semua boleh keluar. Aku mau jamah makanan aku depan Lanun puas-puas. Selepas dah kenyang, aku panggil korang semula untuk habiskan sisa aku." Kata Mondu dengan muka mengejek. T shirt lusuhnya dicampak sahaja ke tepi.

Kuncu-kuncunya cuma tersengih-sengih apabila Mondu berkata begitu. Sisa pun, mereka mahu rasa juga. Lantas mereka keluar daripada gua itu, meninggalkan Mondu untuk melunaskan segala kemahuannya.

Mondu mula mendekati.

"Jangan kau berani sentuh aku! Aku takkan maafkan kau sampai mati kalau kau sentuh aku! Lepaskan aku!" Husna menjerkah geram.

Bahkan bibir Mondu cuma tersenyum senget.

"Aku endak perlukan maaf daripada sesiapa pun. Janji aku dapat ko. Lagi puas bila aku dapat rampas segala-galanya yang ada pada tubuh ko di hadapan mata Lanun sendiri. Biar dia lihat, cara aku gunakan harta dia sebaik yang mungkin."

Sekali lagi Husna cuba menggerak-gerakkan tangannya, merentap sekuat hati, akan tetapi ikatan terlalu ketat. Malah, perbuatannya hanya menyebabkan luka pada pergelangan tangan. Pedih. Namun Husna tak peduli, demi maruahnya dia sanggup menahan sakit.

Mondu terus mendekat. Tubuh Husna ditindih dengan begitu rapat. Tangan yang daripada tadi cuba untuk melawan terus dicengkam, ditekan rapat ke tanah.  Husna menjerit kuat sambil cuba meronta-ronta melepaskan diri. Air mata berjurai mengalir tanpa henti.

"Lepaskan aku! Aku jijik dengan kau!" Bentak Husna. Dia cuba menggerakkan kaki ingin menendang Mondu, akan tetapi kakinya langsung tak mampu bergerak. Terkunci dengan beban tubuh Mondu yang tegap menindih di atasnya. Saat tudung yang dipakainya direntap sehingga koyak, mata Husna terbentang luas. Sungguh, dia tak rela disentuh oleh Mondu walau hujung kuku.

"Lanun, ko tinguk apa yang aku akan buat pada koupusan ko ini! Cantik rambut dia, makin tak tahan aku dibuatnya..." mondu ketawa jahat. Sengaja dia buat-buat mengelus rambut Husna di hadapan mata Lanun, mengejek Lanun yang masih terbaring lemah. Tak mampu menghalang perbuatannya. Mata pun sekejap tertutup, sekejap terbuka. Banyak darah yang sudah keluar. Kepalanya rasa pening.

"Husna..." Perlahan suara Lanun menyebut nama itu. Berbalam-balam matanya melihat Husna yang sedang ditindih oleh Mondu. Dia cuba bangkit daripada pembaringan, tak sampai sesaat dia rebah semula. Tidak larat.
Namun, dia juga tak mampu untuk terus lihat Husna diseksa.

"Tolong Mondu... jangan... jangan sentuh dia..." Lanun merayu penuh resah dan hiba. Mata mula berkaca-kaca menahan perasaan. Mengenangkan dirinya yang tak mampu menjadi pelindung kepada Husna. Lelaki jenis apalah dia ni!

"Baru sekarang ko tahu cara untuk merayu pada aku huh? Jangan risau, Lanun... Lepas aku puas dengan dia, aku akan serahkan pada kau semula. Endak lama pun, sekejap sija." Balas Mondu bersama desah nafas yang kian memberat. Gelora nafsunya tak dapat ditahan. Semakin tercabar lebih-lebih lagi ketika Husna tak putus melawannya.

Mendengar sindiran yang keluar daripada bibir Mondu, hati Lanun rasa seperti disiat-siat. Husna dianggap seperti mainan yang tiada nilai. Siapa yang benarkan Mondu merosakkan harta yang dijaga rapi olehnya? Tanpa sedar bibirnya berdarah mengetap, geram. Perlahan-lahan tangan yang berada diatas tanah itu mengepal pasir dalam satu genggaman.

"Lepaskan aku! Tolonglah, Mondu... jangan buat aku macam ni! Lepas!" Teriak Husna. Puas dia mengelak wajahnya daripada menjadi sasaran bibir Mondu.  Malah Mondu tetap gigih ingin menonyoh ke situ. Makin Husna terseksa, makin dia suka.

"Husna... " Lanun cuba bangkit perlahan-lahan.  Mengumpul semua tenaga yang masih tersisa.

"Tutup mata kau..."

Antara dengar tak dengar, suara garau Lanun menampar hujung telinga Husna.   Tanpa berfikir panjang, Husna langsung memejam mata serapat-rapatnya. Menyerahkan semua kepercayaan dia terhadap Lanun. Dan tiba-tiba...

"ARGHH!" Jeritan Mondu bergema kuat di dalam gua. Dalam masa yang sama terasa ada pasir yang jatuh mengena kulit wajah Husna. Semerta beban menindih tubuhnya hilang. Husna langsung buka mata. Panar dia apabila memandang Mondu yang terduduk di tepi, mengerang sakit bersama makian tak sudah-sudah sambil menyentuh matanya.

Pedih.

Apabila pasir masuk ke bebola matanya.

"Husna, kita kena lari cepat!" Suara Lanun kembali mengalihkan perhatian Husna. Tubuh terasa ditarik menjadi posisi duduk. Dengan tergesa-gesa, Lanun membuka ikatan pada pergelangan tangan dan kakinya.

Mereka kena pantas!

"Mari, aku bawa kau balik terus ke Ocean Resort!" Campak sahaja tali itu ke tepi, tangan Husna terus digenggam, ditarik atar berdiri sama-sama dengannya. Namun, lutut Lanun terasa longlai. Hampir sahaja dia jatuh terduduk kembali ke tanah, malah tangan Husna lebih pantas menahan bahu Lanun.

"Awak!"

"Jangan risaukan tentang aku. Kau pergi dulu, lari sekarang..." arah Lanun. Tangan Husna ditolak perlahan daripada menahan bahunya. Sekejap anak mata melirik ke arah senjata yang dibiarkan bersepah di sebelah kanan sana.

"Ambil senjata tu, kalau ada yang cuba kejar kau... tembak sahaja kaki diaorang..."

"Habis macam mana dengan awak?" Soal Husna, bergetar suaranya.

Dalam kesakitan, Lanun paksa bibir untuk tersenyum kelat. "Aku ikut belakang kau. Tapi kau kena lari dulu. Jangan pedulikan aku..."

Husna angguk kepala. Tanpa menunggu lama, dia terus berlari ke arah sudut terletaknya senjata. Tak tahu mana satu yang perlu diambil, tapi dia ambil yang berada paling dekat. Pistol. Menggigil tangan saat pertama kali memegang senjata bahaya.

Genggaman diperkemaskan. Kuat. Husna terus berlari ke arah cahaya yang mungkin membawanya ke jalan keluar. Sesekali dia menoleh ke belakang, hendak memastikan Lanun betul-betul mengekor langkahnya.

Dan ya, lelaki itu sedang mengikutnya dengan terjengket-jengket. Muka habis berkerut, menahan perit setiap kali kakinya dipaksa kuat mengijak tanah.
Husna tersenyum kecil, tak lama sebelum dia tersedar sesuatu.

Mata terbeliak luas. Langkah langsung terhenti disekerat jalan.

"LANUN!" Husna menjerit kuat, memberi isyarat kepada Lanun ada ancaman di belakangnya.

Lanun yang pantas menangkap maksud,  terus mengelak ke tepi. Sipi-sipi sahaja bahunya hendak ditikam oleh Mondu daripada belakang.

Mondu mendengus kasar. Bebola matanya yang merah menikam dengan tajam. Jelas sekali tidak puas hati apabila serangan dari belakangnya gagal.

"Nampaknya ko betul-betul mau mati ditangan aku!" Sekali lagi pisau rembo diangkat tinggi, dihayun ke arah Lanun. Bahkan, Lanun juga mengelak dengan pantas. Dengan sisa tenaga yang ada, penumbuk lama yang ditahan daripada tadi terus dilayang ke wajah Mondu. Tak cukup dengan itu, perut pulak yang disepak, terajang hingga tubuh Mondu terbongkok-bongkok. Satu ketika, Lanun merampas pisau daripada tangannya, dan menetak belakang bahu Mondu.

Tumbang Mondu seketika di tanah. Jika diikutkan, boleh sahaja Lanun menyambung langkah kembali melarikan diri bersama Husna. Namun, pabila teringat semula apa yang Mondu telah lakukan di hadapan matanya, buatkan dia bertambah bengang. Lantas, muka Mondu disepak kuat. Terteleng kepala itu ke kiri bersama erengan kesakitan. 

"Itu balasan kau sebab berani sentuh dia..." Kata Lanun dengan nafas yang tercungap-cungap, kepenatan. Cukuplah. Dia mahu hentikan semua ini.  Lantas, pisau rembo itu terus dilepaskan jatuh ke tanah.

Dengan langkah tersendeng-sendeng, dia menghampiri Husna yang masih menunggu. Kepala juga rasa berat. Dia dapat merasai matanya yang semakin lama semakin berbalam. Antara dikaburi darah yang menitis, atau dek tenaga yang sudah putus.

Namun, setiap kali dia rasa ingin pengsan. Cepat-cepat Lanun gelang kepala. Menyedarkan diri semula. Melihat Husna di hadapan sana, buatkan bibirnya automatik tersenyum.

Tunggu aku, Husna...

"Ko mau pergi begitu sija ka huh?" Suara Mondu kembali menyapa telinga. Dekat.  Dengusan nafas kedengaran kasar.

Lanun pusing ke belakang. Membuntang matanya apabila menyedari Mondu yang entah sejak bila sudah berdiri dibelakangnya.  Dia yang tidak bersedia dengan apa-apa serangan, terus menerima tusukan pisau ke perut.

"Ya Allah, Lanun!" Kedua belah tangan Husna langsung menekup mulut. Tak percaya dengan apa yang dilihat. Mata kembali berair deras semula. Sempat dia menangkap jelingan penuh puas daripada Mondu saat melihat reaksinya. Pisau yang masih melekat diperut itu langsung ditarik keluar.

Mengalir darah dengan perlahan membasahi baju T shirt putih yang dipakai Lanun. Bahkan mulut turut memuntahkan darah. Perlahan-lahan lututnya yang lemah jatuh mencium tanah sebelum tubuhnya pula rebah ke situ.

"Tak guna kau Mondu!" Tak fikir panjang, pistol yang berada ditangan terus dihalakan ke arah Mondu.  Dengan rasa amarah di dada, peluru dilepaskan tepat mengena paha lelaki itu.

"Arghh!" Mondu mengerang sakit. Tersungkur dia bersama pisau ditangan. Menyentuh paha kirinya yang menjadi makanan buat peluru. Kebas. Tak boleh bergerak.

Bergetar tangan Husna tika ini. Lantas, pistol ditangan terlepas ke bawah. Husna tak pedulikan lagi, malah berlari mendapatkan Lanun yang terbaring ditanah dengan nafas tersekat-sekat. Wajahnya yang bengkak dan lebam itu tampak pucat membiru.

Kepala Husna tergeleng-geleng.

Tidak...

Tolonglah,

Janganlah Tuhan mengarahkan malaikat menjemputnya lagi. Dia belum bersedia.

"La...lanun..." Husna terus duduk disisi. Dengan kudrat yang ada dia menarik lelaki itu ke atas pangkuannya. Biarkan kepala Lanun berada di atas pahanya. Rinik-rinik peluh yang bercampur darah pada wajah Lanun dibersihkan dengan tangannya. Tidak lagi merasa jijik.

Sekejap mata Husna turun ke perut yang tak henti-henti mengeluarkan darah. Terus dia menahan tangannya disitu.  Menghalang darah daripada terus mengalir. Namun, tetap sahaja ada darah yang keluar dari celahan jari-jemarinya.

Ya Allah,

Apa yang patut dia buat?

"Awak..."

"Ak... Aku rasa aku dah tak kuat lagi Husna..."

Husna geleng kepala.

"Awak cakap apa ni? Saya ada. Saya akan tahan darah awak daripada keluar. Tolong bertahan, mungkin ada orang yang akan datang sini selamatkan kita..." Ujar Husna dengan suara yang sedan kerana menangis. Sedaya upaya menguatkan hati agar terus percaya bahawa Tuhan akan menghantarkan penyelamat buat mereka berdua.

Dia yakin.

Namun Lanun menggeleng lemah. Ada air mata yang mengalir saat menatap Husna.

"Takkan sempat, Husna... kau kena lari dulu..."

"Saya takkan lari tanpa awak." Potong Husna. Takkan sesekali. Dia tak mahu pergi sendirian tanpa Lanun.

"Kau harus, Husna... Mondu akan bangun semula, aku tak kuat lagi untuk halang dia..." Perlahan-lahan tangan Lanun bergerak menyeluk poket seluarnya.  Mengeluarkan kunci bot yang dibawa bersama, kemudian tangan  Husna yang berada di perutnya ditarik, dipaksa kunci itu berada dalam genggamannya walau Husna menolak.

"Lari Husna... ambil bot aku, tinggalkan aku..."

"Jangan sesekali... kau patah balik..."

"Kau... tak sayangkan aku kalau kau patah balik ke sini..."

Husna mengetap bibirnya. Air mata terus-terusan mengalir membasahi dada lelaki itu. Jahatnya Lanun berkata begitu kepadanya, kerana dia tak mampu untuk pergi sekarang.  Sungguh, cinta dan sayangnya cuma pada Lanun. Tapi jika dia tak pergi, adakah dia tidak menyayangi Lanun sepenuhnya?

Malah, Husna juga takut. Takut jika dia pergi, dia takkan berpeluang jumpa Lanun lagi. Biarlah dia tetap disini.

"Kalau itu yang awak cakap, saya tak kesah... saya akan tetap dekat sini. Saya takut awak pergi... macam arwah mak..." ngongoi Husna. Kunci bot itu diletakkan ke tepi. Kembali menahan darah di perut lelaki itu, sambil matanya tetap merenung mata Lanun yang kelihatan makin layu.

"Tolong jangan tutup mata depan saya, tolonglah kuat untuk saya, tolonglah... terus ada dengan saya... jangan tinggalkan saya lagi..."

"Husna... tolong jangan menangis kerana aku..." rayu Lanun, lemah. Perlahan-lahan tangannya naik mengesat air mata Husna. Sakit yang dirasainya lebih parah apabila melihat Husna menangis. 

"Ka... kau buat aku bertambah sakit... ka... kau buat aku bersalah kerana tak tunaikan janji kita..."

"Tiada siapa yang sayang saya lebih daripada awak sayang saya, Lanun... awak sahaja yang saya ada... saya yakin, ada yang akan datang selamatkan kita. Awak kena bertahan sekejap sahaja. Saya akan sentiasa ada disisi awak, saya akan pastikan awak tak tutup mata..." Tekan Husna. Cakaplah apa sahaja, dia akan terus berada disini biarpun sekelilingnya bahaya.

Lanun pejam mata sesaat. Terasa tekaknya semakin kering, air liur dipaksa telan. Rasa darah.

"Kenapa kau selalu degil dengan aku, Husna? Kau tahu... aku akan selalu beralah bila kau degil..."

Husna tersenyum pahit. Ya, dia memang degil. Dia akui sifat itu sekarang. Fokusnya cuma pada Lanun. Hendak memastikan mata itu sentiasa terbuka. Takkan sesekali biarkan ia tertutup selagi penyelamat belum sampai.

Tanpa sedar, dia terlupa tentang Mondu yang berada di belakang. Pisau yang melekat darah itu kembali dicapai. Digenggam dengan penuh dendam. Bengang dengan tindakan Husna yang berani menembak pahanya. Selepas itu boleh pula berlari mendapatkan Lanun.

Apa sebenarnya hubungan mereka?

Bibir Mondu mengetap. Dia kembali berdiri. Dahi berkerut menahan ngilu pada bahagian pahanya. Mata helangnya menyasar tajam ke arah Husna.

Dia akan bunuh perempuan itu!

"Kau patut pergi sija dengan Lanun! Perempuan murahan!" Jerkah Mondu.

Husna tersentak. Terus berpaling ke belakang. Terkejut bukan kepalang saat pisau rembo itu diangkat tinggi, ingin dihayun ke arahnya. Namun belum sempat Mondu bertindak menikamnya, ada yang lebih pantas melepaskan tembakan mengena tangannya. Spontan pisau terlepas jatuh ke bawah.

Sekali lagi Mondu mengerang sakit. Memaki orang yang berani menembaknya.

Tidak lama kemudian, muncul beberapa anggota maritim berpakaian serba hitam meluru masuk ke dalam gua bersama senjata lengkap ditangan. Ada yang terus menerpa ke arah Mondu, menendang lututnya hingga terduduk,  kemudian menyilang tangan ke belakang sebelum ia digari ketat.

"Cik, Cik anak Dato Idris kan? Cik tak apa-apa?" Tegur salah seorang anggota itu.

Dengan pantas Husna mengangguk kepala.

"Saya tak apa-apa, tapi tolong selamatkan lelaki ni! Dia kena tikam! Dia bukan orang jahat tapi dia dah banyak selamatkan saya, tolong selamatkan dia..." rayu Husna. Panik.

Anggota maritim itu langsung mengangguk. Terus dia mengeluarkan arahan pada beberapa orang medic untuk merawat Lanun dengan segera. Manakala Husna pula diminta untuk menjauh sebentar, memberi mereka ruang untuk memeriksa keadaannya.

Barangkali tikaman pada perut Lanun agak parah, maka mereka terus membawanya keluar daripada gua dan terus masuk ke bot.  Tak tahu kemana mereka membawanya pergi, Husna dibiarkan berdiri keseorangan disitu. Dia ingin ikut, tapi malang sekali tidak dibenarkan.

"Husna!" Terdengar suara garau memanggil namanya. Melilau anak nata Husna mencari, sehinggalah anak matanya terhenti pada Arjuna yang baru muncul.

"Maaf kerana bantuan sampai lambat. Awak nampak teruk. Jom, saya bawa awak naik bot! Kita balik ke darat terus dengan anggota maritim." Ajak Arjuna.

Husna hanya mampu mengangguk perlahan. Sekejap dia menoleh ke arah Mondu yang sedang meronta-ronta ingin dilepaskan. Tertanya-tanya, adakah jalan pulang selepas ini akan baik-baik saja? Dia takut. Takut jika akan berulang sekali lagi.

"Awak jangan risau. Lanun-lanun Mondu semuanya dah ditangkap. Kita takkan kena serang lagi." Sampuk Arjuna. Sekadar mahu menyedapkan hati Husna.

"Abang awak... macam dengan Lanun? Mana mereka bawa dia?" Soal Husna. Wajah Arjuna kembali dipandang.

"Kita balik darat. Pergi hospital. Mungkin abang pun akan ada disana nanti. Dato Idris... maksud saya ayah awak pun ada. Dia tengah tunggu awak."

Husna diam. Dapatkah Lanun bertahan selama perjalanan menuju ke hospital? Gelisah Husna saat memikirkannya. Harap-haraplah Lanun kuatkan diri untuk tunaikan janjinya. Kerana dia mahu betulkan semua ini semula. Dia mahu kenalkan Lanun kepada ayahnya. Tidak mahu Dato Idris menganggap Lanun orang asing lagi.

Dan selepas itu...

Dia mahu tunaikan janji mereka. Iaitu berkahwin.  Menjadi yang halal.

Tapi sempatkah?

Husna tersenyum kelat. Wajah Arjuna kembali dipandang.

"Baiklah, tolong bawa saya balik sekarang. Saya nak jumpa Lanun."

Czytaj Dalej

To Też Polubisz

18.5K 392 4
[Fantasy + Adventure] Tahun 3091 di mana dunia sudah semakin maju. Wujudnya permainan virtual reality arena competition iaitu sebuah permainan berkon...
292K 31.9K 29
in which i found pure happiness in you. - forever, till death do us apart. [ highschool : au ] warning - lots of fluff, geram, butterflies, cringe...
7.6K 375 100
• B O O K 2 • it's all about facts and quotes about feeling . malay and english fact / quotes comment ? ✔️ vote ? ✔️ start : 15 Nov 2020 end : 01...
491 158 16
Rayyan Mikhail × Fiqa irissa Rayyan Mikhail seorang jejaka kacak dan lemah lembut,tidak pernah kasar dengan wanita tetapi ada seorang gadis yang san...