MR PIRATE

CIK_ZALIKHA द्वारा

3M 268K 55.7K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... अधिक

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88

61

40.7K 3.7K 883
CIK_ZALIKHA द्वारा

HARI berganti malam, sepanjang laluan gua sudah terpasang obor-obor. Ada beberapa lelaki bermuka bengis, lengkap bersenjata ditangan masing-masing berdiri di hadapan gua. Sedang berjaga-jaga. Bahkan ada juga yang duduk di atas bot, melingas anak mata garang ke seluruh pulau yang gelap itu. Memerhati jika ada penceroboh yang memasuki kawasan mereka.

Sedangkan Mondu pula sedang enak menjamah latok di dalam gua. Mengisi perutnya yang kosong agar lebih bertenaga. Kerana selepas ini, ada beberapa kerja gila yang dia mahu lakukan. Jadi, kenalah makan sampai kenyang supaya dia tak lemah nanti.

"Mondu." Panggilan lelaki yang memegang senjata rifle M249 menarik perhatiannya. Entah sejak bila dia muncul di sisi. Namun, mukanya tetap saja serius.

"Mereka dah sampai." Ujarnya. Sengaja perkataan 'mereka' ditekan, cukup untuk Mondu faham apa yang dia dimaksudkan.

Sekonyong-konyong bibir Mondu menyenget mendengarnya. Dia memang dah lama menanti kepulangan mereka. Tanpa menghabiskan sisa latok di dalam bekas plastik itu, dia langsung bangun dari duduk di atas batu, menapak keluar daripada gua dengan diiringi beberapa kuncu-kuncunya di belakang.

"Mondu, ko punya kuyok (anjing) sudah sampai!" Jerit Orlu yang berada di atas bot bersama gelak tawa jahat. Perlahan-lahan bot berwarna biru itu mendekati pesisiran pantai sebelum ia berhenti.

Mondu hanya tersenyum sinis. Kedua belah tangan diseluk ke dalam kocek seluar, dia berdiri di hadapan laluan masuk gua. Menanti perempuan-perempuan murahan itu datang kepadanya bersama jawapan yang dia mahukan.

"Kasi cepat sikitlah turun! Lambat bah kamurang ni!" Bentak Orlu apabila melihat mereka yang terhegeh-hegeh melompat turun daripada bot. Seakan-akan tak sanggup hendak jejakkan kaki ke situ lagi.

Namun, apakan daya mereka tak mampu untuk melawan arahan. Senjata api sentiasa mengelilingi mereka. Terpaksa turun menghadap Mondu biarpun diri diselubungi ketakutan yang tak pernah hilang walau sesaat.

Tiba sahaja di hadapan Mondu, keempat-empat wanita itu masih lagi menunduk serupa tikus.

"Ko sudah cari jawapan yang sa mau?" Soal Mondu, sambil anak matanya bergerak memerhati satu demi satu wajah. Garang.

Perlahan mereka mengangguk kepala dengan serentak.

Bibir Mondu menyenget. Bagus!

"Jadi siapa perempuan tu?" Dia malas mahu menunggu lagi, terus disoal inginkan jawapan. Batu-batu besar yang berada di tepi gua menjadi tempat dia melabuh punggung. Tubuh dipeluk, mata masih melekat pada empat wanita itu.

"Dia... anak orang kaya." Perlahan wanita yang berada ditengah itu bersuara.

"Anak kepada Dato Idris dan juga ada buka hotel di Kuala Lumpur. Nama dia Puteri Husna, dia datang ke sini sebab kawan ayahnya ada buka perasmian resort di pulau sana." Sambungnya lagi.

Mondu mendecik kecil. Malam yang sejuk ini tetap sahaja buatkan seluruh tubuhnya terasa panas. Ada tawa kecil dibibirnya penuh sinis tatkala dia teringatkan kembali pengakuan Husna semasa menjadi tahanannya.

"Saya pekerja dekat sana..."

"Apa buktinya? Kau ada kad pekerja? Tunjukkan pada aku sekarang."

"Saya tak ada. Semuanya tertinggal di resort. Sumpah! Saya tak tipu!"

Perempuan itu... sudah buat kesilapan yang besar kerana menipunya. Gigi terketap-ketap geram. Tatkala sebelah tangannya sudah mengepal buku lima. Mengumpul segala kesabarannya disitu sebelum ia terlepas ke sasaran yang paling dekat.

"Aku dah agak. Dia bukan perempuan biasa... patutlah Lanun susah payah datang ke sini bawa hartanya. Sebab perempuan itu lebih kaya daripada harta yang dia beri!" Bentak Mondu.

Dia rasa menyesal kerana menerima harta karun milik Lanun. Kalau dia tahu siapa Husna, dia takkan sesekali lepaskan perempuan itu. Dia akan gunakan sebaik-baiknya, kikis segala harta yang Husna ada. Bahkan, tubuh cantik itu juga akan menjadi mangsanya. Dan kemudian dilemparkan kepada anjing-anjingnya biar perempuan itu rasa seksa yang sebenar!

Setelah puas menyeksa mental, dia akan jual pula. Bukankah itu lebih menguntungkan? Dia puas, malah yang lain juga dapat kepuasan yang sama.

"Habis, apa pula hubungan dia dan Lanun?!" Soal Mondu lagi. Kali ini suaranya kedengaran lebih tinggi.

Namun, mereka senyap. Tidak memberi jawapan.

"Apa pasal kamurang tiba-tiba jadi bisu? Aku tanya, jawab!" Jerkah Mondu. Pantang sungguh apabila disoal, mereka cuma diam serupa patung. Jangan sampai bibir itu dikoyakkan sahaja kerana tidak mahu bercakap.

"Ka... kami endak tahu." Tergagap-gagap wanita dihujung kanan itu bersuara. Mereka sudah bertanya pada seluruh penduduk disini dan resort berdekatan, namun seorang pun tidak punya jawapan untuk soalan itu. Malah, mereka juga tidak mengenali siapa Lanun.

Mondu diam. Keempat-empat wanita itu ditenung dengan pandangan serius. Entah apalah yang bermain difikirkannya sekarang.

"Tapi kami sudah buat apa yang ko suruh, kan? Ko mau jawapan, kami sudah kasi jawapan. Jadi bulih ka kalo ko bebaskan kami sekarang?" Soal wanita itu seakan merayu. Mereka sudah tidak tahan lagi berada disini.

Sekonyong-konyong bibir Mondu mengoyak senyuman. Penuh tersirat.

"Betul ka sa ada janji begitu?" Sengaja Mondu buat-buat tak ingat. Terus kepala mereka mendongak memandang Mondu dengan kening berkerut.

Apa maksud Mondu?

Lelaki itu... cuma memperbodohkan merekakah?

"Ap... apa maksud ko? Ko sudah bilang itu hari ko akan bebaskan kami jika dapat semua jawapan yang ko mau!" Nada suara wanita itu meninggi, jelas sekali kesal. Mereka sudah berharap agar malam ini dibebaskan, tetapi Mondu...

Lelaki itu ketawa. Kepala tergeleng-geleng.

"Sa gurau sija bah. Tentulah sa pegang pada janji. Itu..." Mondu memuncung bibir, menunjuk ke arah bot yang terdampar di pantai. Ada pemandu disitu.

"Naik bot tu. Sa bebaskan kamurang." Katanya.

Mata mereka membulat. Terkejut. Adakala mereka menoleh memandang sesama sendiri, serupa tak percaya dengan apa yang di dengar. Namun dalam hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa perasaan gembira apabila perkataan itu diucapkan. Rasa hendak menangis pun ada. Akhirnya...

Mereka bebas.

Buat pertama kali, bibir mereka menguntum senyuman.

"Betul ka? Ko... Ko endak akan cari kami lagi?"

Mondu mengangguk. "Ko ada nampak muka sa sedang main-main ka sekarang? Ko mo bebas atau tidak? Kalo mau pigilah naik bot sana."

Mereka tersenyum lagi. Ada air mata berkatung dibawah kelopak mata. Terharu.

"Terima kasih, Mondu!" Ucap wanita yang berada ditengah, lantas mereka saling berpegangan tangan, sama-sama berpaling menuju ke arah bot yang terdampar di sana. Tidak sabar lagi mahu pulang.

Sedangkan Mondu hanya memerhati mereka yang semakin dekat dengan pesisiran pantai. Tak pedulikan pandangan Orlu yang melopong melihatnya. Tak percaya. Ketua mereka yang tiada hati dan perasaan, melepaskan tahanan dengan mudah.

"Endak rugi ka ko lepaskan mereka?" Soal Orlu.

"Rugi?" Bibir Mondu menyenget.

"Aku tak kenal erti rugi." Tanpa sebarang isyarat, rifle M249 yang berada ditangan Orlu langsung dirampas. Dia berdiri. Senjata api diangkat sama paras dengan bahunya sebelum...

BENG! BENG! BENG! BENG!

Peluru dilepaskan secara rambang ke arah empat wanita yang hampir menaiki bot. Sempat dia menangkap jeritan ditelinga, membuatkan dia tersenyum puas mendengarnya. Seorang pun tidak sempat mengelak daripada tembakannya. Tepat mengena ke belakang kepala. Hancur.

Melihat satu demi satu tubuh rebah ke dalam air laut itu bersama darah merah pekat, dia menjuih bibir. Itulah padahnya kerana tak lengkapkan jawapan yang dia mahu.

Rifle itu dijatuhkan ke bawah.

"Bebaslah ko semua ke alam yang lain. Itu lebih layak." Desisnya.

Orlu tergamam. Apa yang baru dilihat tadi, sungguh kejam dimatanya. Tetapi dalam masa yang sama, dia agak kagum dengan kepantasan Mondu. Menembak dengan tepat dan laju.

"Wow, ko memang hebat Mondu. Aku fikir ko mau lepaskan mereka begitu sija. Rupa-rupanya ko masih Mondu yang aku kenal. Tapi... lagi baik kalo ko simpan peluru itu untuk Lanun. Dia sudah tembirang (tipu) sama kita!" Kata Orlu, sengaja mahu mengapi-apikan keadaan.

Mondu menggeleng. Rifle ditangan diangkat lalu dipandang. Setakat tembak Lanun dengan pelurunya, dia tak rasa itu satu kepuasan.

Apa yang dia mahu sekarang adalah melihat Lanun terseksa sebelum mati.

"Aku mahu seksa perempuan itu dihadapan mata dia."












"ARGH!" Husna terjerit kecil, tak sempat dia hendak menangkap gelas yang berada dihujung meja, malangnya ia sudah jatuh berderai ke lantai. Husna mengetap bibir. Macam manalah boleh jatuh tiba-tiba? Haih, dah tak pasal-pasal rugi satu gelas. Cuai sungguhlah kau ni Husna!

Husna mengeluh kecil. Dia terus duduk mencangkung di lantai, mengutip cebisan kaca yang bersepah sebelum ada yang terpijak.

"Husna, kau tak apa-apa?" Tegur Lanun yang baru muncul di dapur. Dia terdengar jeritan Husna semasa di luar tadi, tak tunggu lama dia terus berlari masuk ke dalam rumah. Anak mata mencerun ke bawah.

Keningnya sedikit terangkat apabila menyedari Husna memegang serpihan kaca yang tajam.

"Ya Allah, macam mana boleh jatuh?" Lantas, Lanun terus menghampiri Husna. Segera tunduk mengutip kaca di lantai. Tangan Husna yang memegang kaca ditepis, menyuruh dia melepaskan kaca yang dipegang. Bahaya.

"Biar aku kutip. Kau berdiri di tepi." Arah Lanun tanpa memandang Husna. Tangannya masih ligat mengutip.

Manakala Husna masih tak bergerak. "Saya minta maaf. Tapi biarlah saya yang kutip. Saya yang bagi pecah."

"Tak apa, gelas aje pun."

"Tapi..."

Lanun melepaskan satu nafas. Kemudian dia berpaling memandang Husna.

"Berdiri di tepi." Tekannya. Serius.

Husna terdiam. Tidak mahu melawan, lantas Husna bangun dan berdiri di tepi meja. Membiarkan Lanun mengutip cebisan kaca itu tanpa meninggalkan sedikit pun. Kemudian, dia bangun menuju ke arah tong sampah lalu membuang kesemua kaca disitu.

Tangan ditepuk-tepuk, membersihkan kaca kecil yang melekat ditapak tangannya sebelum menghampiri Husna semula.

Wajah Husna diperhatikan. Mukanya tampak lain sedikit malam ini. Tak bersemangat seperti selalu. Seolah-olah ada sesuatu yang bermain fikirannya sehingga dia termenung lama.

"Kenapa ni, hmm?" Soal Lanun, ada kerisauan terpapar pada wajahnya. Kepala ditunduk sedikit, mengintai laman wajah Husna yang muram.

"Tak ada apa..." gumam Husna, dia menunduk bermain dengan jari-jemarinya.

Lanun mengeluh perlahan. Husna fikir dia budak-budakkah? Lihat muka sahaja dah tahu ada masalah.

"Sejak bila kau pandai sorok perasaan ni? Tadi masa dekat pulau, elok aje. Kenapa tiba-tiba muka masam? Aku ada buat salah ke? Kalau ada, aku minta maaf." Ujar Lanun, siap menepuk dadanya sendiri tanda benar-benar minta maaf. Walaupun, dia sendiri tidak tahu apa kesalahan yang dia telah lakukan. Takkan sebab suruh berdiri di tepi Husna nak merajuk?

Kemudian, kepala Husna menggeleng.

"Awak tak ada buat salah pun."

"Jadi kenapa kau macam fikirkan sesuatu?" Laju Lanun menyoal.

Husna tidak terus menjawab. Ada keluhan dibibirnya. Berat sekali. Kerusi yang berada berdekatan di tarik, lalu dia melabuh punggung disitu. Bahkan, Lanun juga turut melutut di hadapannya. Mengadah muka ke arah Husna, sedia mendengar luahan.

"Kenapa?" Tanya Lanun lagi. Sepasang mata biru dan hazel melekat pada seraut wajah masam itu. Merenung dengan dalam.

"Saya teringatkan ayah." Omel Husna. Dia mengangkat muka, membalas renungan Lanun.

Kening hitam Lanun berkerut. "Kenapa dengan ayah?"

"Saya takut kalau dia tak boleh terima pilihan saya bila sampai ke darat nanti. Awak... takkan apa-apa ke kalau dia tak restu?"

Lanun terdiam.

"Saya tahu saya tak patut fikir soal ni. Tapi, saya terlalu takut untuk hadap situasi itu jika terjadi nanti. Ia mesti akan lukakan perasaan awak, bukan? Yalah, darjat kita... terlalu jauh." Luah Husna. Kepalanya kembali tertunduk. Bibir mencebik.

Sedangkan Lanun tersenyum kecil. Kata-kata Husna langsung tak terkesan takut dihatinya. Malah perasaan risau juga tidak ada. Namun, dia rasa tersentuh apabila Husna terfikir ke arah itu. Bermakna... wanita dihadapannya sekarang benar-benar mencintai dia.

Bertuahnya dia kerana dapat Husna.

"Kau tak perlu rasa takut, apa yang kau fikir tu takkan sesekali berlaku. Dia pasti akan restu." Ujar Lanun.

Mengherot bibir Husna tika ini. Bagaimana Lanun boleh yakin sekali?

"Awak tak kenal ayah saya. Dia tu suka mengarah! Awak ingat dia akan lepaskan saya kahwin dengan mana-mana lelaki ke? Dia pasti akan fikir tentang reputasi namanya juga." Kata Husna. Kenal sangat dengan perangai ayahnya.

"Kenapa? Nak kahwin dengan kau, kena jadi kaya dulu ke?" Sengaja Lanun menyoal.

Tatkala Husna menjongket bahu.

"Selalunya orang kaya macam itu..." gumamnya.

"Kalau tak, mesti orang akan ingat saya bela biawak hidup. Saya tahu awak bukan lelaki seperti itu, cuma di mata orang lain pasti pandangan mereka berbeza." Sambung Husna. Risau pula jika Lanun kecil hati. Dia tiada niat mahu buat Lanun terasa dihina kerana tidak punya apa-apa.

Lanun angguk perlahan. Faham.

"Kalau macam itu... aku kena jadi kayalah ni? Supaya orang tak pandang rendah pada pilihan kau?" Soal Lanun.

Kening Husna berkerut. Wajah Lanun ditatap penuh tanda tanya. Apa maksud Lanun? Dia ingat, kaya tu boleh jadi sekelip mata sahajakah?

"Maksud awak?" Husna mahukan penjelasan.

"Yalah, kalau dengan cara aku jadi kaya sahaja boleh dapatkan kau, maka aku akan cuba. Aku takkan biarkan darjat kita jadi penghalang. Bila aku cakap nak halalkan kau, jadi aku akan halalkan kau walau apa pun yang terjadi." Tekan Lanun. Bersungguh-sungguh mahukan Husna menjadi milik dia.

Bahkan bibir Husna terjuih. Hendak tergelak pun ada. "Awak ingat nak ada duit tu macam petik jari aje ke?"

"Tak. Tapi yang penting aku ada usaha. Orang yang berusaha sentiasa dapat apa yang dia nak." Ujar Lanun. Itulah yang dia pelajari selama ini. Setiap usaha pasti akan membuahkan hasil. Cuma bezanya mengalah dengan cepat atau teruskan biarpun lelah.

Bibir Husn menguntum senyuman kecil. Kata-kata Lanun telah hilangkan rasa gusar di hati. Lelaki ini sentiasa menjadi pengubat buatnya.

"Jadi, awak rasa bila agaknya kita dapat balik ke darat?" Soal Husna, beralih ke topik lain pula.

"Ermm..." Lanun mendongak ke atas, memikirkan sebentar. Menghitung kiraan.

"Aku rasa dalam minggu ni. Cuma aku perlu pastikan jalan tu betul-betul selamat. Baru kita akan balik ke Ocean Resort. Esok pagi aku pergi ke laluan tu dengan Rajuna dan Arjuna, untuk pastikan kawasan tu jauh daripada mata-mata Mondu." Kata Lanun, beritahu siap-siap kerja yang dia akan lakukan esok. Tak adalah Husna tertanya-tanya jika dia tiba-tiba tiada dirumah.

"Tapi kau tak boleh ikut esok. Duduk rumah, kalau bosan pergilah ikut Orkid ke mana dia pergi. Aku tak nak apa-apa benda bahaya berlaku dekat kau." Sambung Lanun.

Husna mengangguk kepala. Menurut pada arahan.

"Hati-hati dalam bahasa dusun apa?" Tanya Husna tiba-tiba.

Kening Lanun berkerut. Pelik. Namun dia jawab sahaja tanpa persoalkan.

"Tiintangan?"

Bibir Husna tersenyum. Wajah Lanun ditatap.

"Tiintangan, Lanun." ucapnya. Membuatkan Lanun terus meletuskan tawa kecil. Kepalanya menunduk ke bawah sesaat, menyorok mukanya yang membahang. Tak sangka Husna akan berucap itu untuknya. Sungguh, dia rasa lemah bila setiap kali Husna berbahasa dusun.

Haih, kenapalah wanita ini comel sangat? Soal Lanun di dalam hati. Dia kembali menadah muka memandang Husna. Bibirnya masih tersengih-sengih.

"Pounsikou, koupusanku." (Terima kasih, kesayanganku) balas Lanun.

Husna mengangguk. Dia faham yang itu.
Sekejap kepala menoleh ke arah jendela di dapur, menampakkan kawasan luar yang gelap gelita. Jelas sudah lewat malam. Mereka tak sepatutnya berdua-duaan di sini.

"Saya rasa awak dah boleh keluar sekarang." Beritahu Husna. Mengingat Lanun, bahawa dia tak sepatutnya masih di dalam rumah.

Lanun sedikit tersentak apabila melihat ke luar jendela. Ya Tuhan, dia terlalu selesa disini sehingga lupa untuk keluar. Lantas, Lanun bangkit dari melutut di lantai.

Sebelah kening digaru. Termalu sendiri.

"Maaf. Aku lupa. Err... selamat malam." Ucap Lanun.

Husna sekadar mengangguk.

"Aku keluar dulu." Pamitnya, kemudian mengatur langkah pergi. Meninggalkan Husna sendirian di dapur. Dari jauh, Husna dapat mendengar pintu ditutup. Bermakna, lelaki itu sudah berada di luar.

Automatik suasana di dalam rumah menjadi sunyi sepi. Dan Husna pula masih duduk di kerusi. Termenung. Senyuman dibibir sedikit demi sedikit hilang. Perasaan gusar tadi kembali menjentik hati.

"Husna harap ayah boleh terima pilihan Husna. Tak mahu yang lain lagi. Cukup cuma dia, mr pirate." Gumamnya sendirian. Bibir tersenyum kelat.

पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

1.9K 151 27
Sekarang sastera Melayu semakin Lama semakin dilupakan. Puisi dan pantun jua sudah tidak digunakan dalam pertuturan sehari hari. Sejak dahulu lagi...
44.6K 2.2K 25
"Kita tak ditakdirkan untuk bersama" Status ; completed Start; september maybe? Author tak ingt😅 End ; 7/12/18 Season 2 : Mamat korea aku punya2 htt...
Enemy to Lover MatchaSquare द्वारा

किशोर उपन्यास

1.9K 130 28
-Haider Fahreen- Seorang jejaka yang popular di sekolahnya dan handal dalam bermain badminton. Juga bagus dalam akademik dan mendapat Top 1 serta men...
491 158 16
Rayyan Mikhail × Fiqa irissa Rayyan Mikhail seorang jejaka kacak dan lemah lembut,tidak pernah kasar dengan wanita tetapi ada seorang gadis yang san...