My Dear Loser

By mynameismas

2.1K 230 73

Apa akan terjadi jika kau jumpa semula orang yang pernah buli kau lama dulu? More

KUCH-KUCH HOTA HAI
FARHAN
SUP
ULAT SAGU
HAZER DARI NERAKA
HAZER DARI NERAKA II
INFINITY WAR:THANOS
EPIPHANY
EPIPHANY II : HAZER vs HAZER
STAR OF STARS
STAR OF STARS:VENUS
TRUTH UNTOLD:END OF THE BEGINNING
MEE REBUS vs YOO SI JIN
PANDORA BOX
PANDORA BOX II
COLCHESTER
UNTIL WE MEET AGAIN
AFTER A WHILE
BUAH KHULDI vs CINCIN BELAH ROTAN
JAMIL OH JAMIL
MISI MENJINAK NAGA
BEGIN AGAIN
KONFRONTASI
SI BERET BIRU MUDA

BANDUNG BONDOSOWO

55 2 0
By mynameismas

"Aku fikir tak ada lagi orang yang lebih gila daripada Fateh.Rupanya ada juga!"

"Baik kau tukar sajalah nama kau jadi Bandung Bondosowo,Farhan.Pemuda yang sanggup membina seribu candi hanya dalam satu malam demi memenuhi permintaan pujaan hatinya Nyai Ratu Roro Jongrang."

Daripada pilihan perkataan yang jelas-jelas menghina sehinggalah kepada penghinaan yang kedengaran lebih bermaruah dan terpelajar bunyinya.Semua telah didengari Farhan tetapi dia sengaja memekakkan telinga.

"Hei..aku tak suka dengan apa yang kau cakap ni Ammar." Farhan mengerling sang sahabat yang duduk menyangkutkan duduknya di tubir katil"Kejadian ni tak ada pun kaitan dengan dia."

Ammar mendengus kerana tahu kesan semacam apa kata-katanya kepada pemuda itu.TIDAK ADA!
Ibarat mencurah air ke daun keladi.

Walaupun Farhan benar-benar tidak menyenangi apa yang dikatakan oleh Ammar kepadanya,dia lebih memilih untuk terus mendiamkan diri.Ammar tidak salah dalam hal itu tetapi apalah yang boleh dikatakan lagi dengan kejadian yang sudah pun berlaku.

Entahlah.Malang memang tidak berbau dan melintangi perjalanannya awal malam itu.Benar dia tidak selesa untuk menginap di rumah Eric dengan keberadaan Naifa dan kerana itulah dia mengambil alasan bahawa dia perlu balik malam itu juga kerana mendapat panggilan penting dari keluarganya di kampung.

Dan mungkin balasan kerana dia telah berbohong,dalam perjalanan kereta yang dipandunya dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan lain yang hilang kawalan menyebabkan keretanya melanggar pembahagi jalan dan kedua-dua belah kakinya tersepit di bahagian tempat memandu.

Walaupun hanya mengalami keretakan tulang pada kaki kanan,dia masih perlu dimasukkan ke dalam wad buat beberapa minggu sementara beberapa siri ujian klinikal dijalankan bagi memastikan dia tidak mengalami kecederaan lain.

Ayah kepada Naifa yang sejak dari kecil dibahasakan sebagai Ayah Haji itu meminta maaf berkali-kali kepadanya dengan wajah paling bersalah yang pernah dilihatnya walaupun telah dikatakan bahawa kejadian tersebut langsung tidak berkaitan pun dengan mereka sekeluarga.Malang.Jika mahu berlaku,hatta dalam kelambu sekalipun tiada siapa yang akan dapat menghalang.

Dengan Fateh yang memapahnya ke bilik air,Farhan berjalan tempang dengan kaki dan kepala yang berbalut itu kembali semula ke katil dan ketika itulah pintu ditolak perlahan membuatkan mereka serentak menoleh.

"Assalamualaikum.."

Seperti ada hubungan telepati,jelas dilihat Farhan sahabat-sahabatnya itu saling bertukar pandang demi melihat siapa tetamu yang datang pada ketika itu.

"Walaikumsalam..masuklah."

Naifa dalam balutan pakaian kasual itu segera menjadi punca yang lain-lain bungkam tidak tahu hendak mengatakan apa-apa.Berdiri di hadapan pintu dengan menjinjit sebuah beg kertas.

"Kalau saya menganggu,tak apalah..Saya keluar dulu.."

"Ehh..taklah.Kami pun baru nak beransur.."

Pelik juga hatta pada pandangan Farhan melihat sahabat-sahabatnya yang baru datang itu serentak berlagak seperti hendak segera pulang walhal tidak sampai lima belas minit pun mereka berada di situ.

Naifa tidak segera menanggapi kata-kata Farhan.Melangkah masuk tanpa mengatakan apa-apa lalu meletakkan beg kertas berisi mangkuk tingkat yang dijejalkan ke dalam pegangannya oleh Kak Uya bersama ketapan gigi dan ia benar-benar membuatkan Naifa naik geram.

Sekilas hujung matanya menangkap beberapa jambak bunga dan bakul buah di atas meja sisi katil.Meriah seperti ruang pameran sebuah kedai bunga.Tidak menghairankan langsung jika dilihat daripada populariti Farhan di hospital universiti itu.

Bagi Farhan gerak-geri Naifa mengeluarkan satu demi satu mangkuk berisi makanan dari dalam beg kertas itu umpama mimpi yang tidak pernah sekali pun melintasi imaginasinya.Menarik meja beroda yang ketinggiannya boleh dilaraskan itu lalu menyorong ke arah Farhan yang berlunjur di atas katil.

Ammar,Fateh dan Khan yang berada disitu masing-masing memasang tampang aneh dan Farhan benar-benar mahu menendang mereka seorang demi seorang kerana tidak mahu Naifa berfikir yang bukan-bukan nanti.Cukuplah dia menjadi topik sendaan dan eksperimen tempat mereka memberikan gelar yang tidak-tidak.

Meja beroda yang telah dilaraskan kerendahannya itu tepat pada paras dada bagi memudahkan Farhan mencapai hidangan di atasnya lalu meletakkan mangkuk yang penutupnya sudah pun dibuka.

"Kak Uya masakkan.Makanlah.."

Seketika Farhan menjenguk ke dalam mangkuk dan samar-samar dia tersenyum.Makanan kegemarannya.Tetapi,senyumannya kendur melihat panjang sekali leher Ammar,Fateh dan Khan menjenguk ke dalam mangkuk di hadapannya itu.Serentak lagi.

Apa sahaja drama di belakangnya tidak ada yang dilihat Naifa walaupun ketika Farhan menghayun tangannya ke arah Khan yang cuba menyudu lauk di dalam mangkuk untuk dicicip kerana dia sedang membetulkan letak ikatan langsir tingkap yang diikat ke tepi.Meraih buah-buahan dari dalam bakul lalu membawanya ke dalam bilik air untuk dibasuh.

Naifa yang tidak banyak bicara dan membiarkan Farhan serta yang lain-lain itu langsung tidak lepas dari pandangannya sendiri.Naifa yang selalu menatapnya sengit itu jelas aneh jika dia mendadak normal.Sakitkah dia? Pertanyaan itu berlegar dalam kepala Farhan tetapi pasti tidak berani dia bertanyakan terus kepada Naifa.

Dua buah pintu gelongsor ditarik serentak.Pintu yang memisahkan ruang wad dengan bilik air dan juga pintu utama di hujung katil Farhan.Naifa dengan buah di dalam pinggan sementara...

Berambut hitam sedikit kemerahan dengan sut panjang hingga ke paras lutut yang menindih persalinan di bawah sut tersebut berupa Slack biru tua dan kemeja putih.Kaca mata hitam bertenggek di atas hidung dan mengepit pula sejambak bunga serta bakul mini berisi buah-buahan.

Farhan " ..........."

Ah,sudah.Mampus aku!!

"Now tell me what am I to you? And why the hell I am the last person to know that you got an accident? "

Dr.Cathrine Jang.Rakan yang dikenali Farhan semasa menuntut di Colchester Universiti dulu.Wanita yang mengkhusus dalam kajian bidang Patologi itu memang dikenali Farhan sebagai seorang yang sangat suka bercakap lepas tetapi selain daripada itu,Dr.Cathrine adalah seorang yang menyenangkan sebenarnya.Koleksi rakan karib  terbaru Farhan yang kadang kala memeningkan kepala juga.Berada dalam liga yang sama seperti Ammar,Fateh,Khan dan Jimmy.

Sedetik.Dua detik.

Dr.Cathrine perlahan-lahan menurunkan bingkai kaca matanya lalu menatap kelibat Naifa di sebelah katil Farhan yang sedang menyuakan pinggan berisi potongan buah yang telah bersih dan sedia dimakan.

"I'll deal with you guys later.."

Sekilas dia melayangkan tatapan mengancam kepada Ammar,Fateh dan Khan yang terkebil-kebil dengan adegan aneh di hadapan mata mereka ketika itu.Bingkai wajah Naifa dipandang beberapa saat sebelum bertanya.

"Sorry.And you are..?"

Batu belah batu bertangkup.Tangkup aku telanlah aku.....

Farhan sudah tidak keruan duduknya dan segala makanan yang terhidang di depannya tiba-tiba pahit dirasakan.Kesat pada lidah seperti kertas pasir.

"Cath..I'd like to introduce you to Naifa."

Jika hasrat Farhan hendak menendang trio tiga serangkai sebentar tadi dirasakan agak sedikit perasaan bersalahnya-dengan Cathrine ini -aneh sekali dirasakan kerana walaupun rasa geram dengan sikap blak-blakan gadis itu membuak, sebaliknya dia mahu pula mengucapkan terima kasih apabila hanya sekilas dia melihat sekelibat gerenyat otot pada bahagian bawah mata Naifa.Hanya satu detik dan kemudian digantikan dengan segaris senyuman melintasi bibirnya.

"Hai.." Naifa menjulur salam." Naifa Zahra."

*                 *                 *

"That's it??"

Mata Farhan sedikit membola."That's it!"

Andai yang lain-lain tidak percaya,dia lagilah! Dia yang tidak lagi mengharapkan apa-apa berikutan kejadian semasa di dalam wad tempoh hari memerhatikan sahaja Naifa keluar dengan membawa bekas makanan yang telah kosong meninggalkan Dr.Cathrine serta Ammar-Fateh dan Khan di dalam ruangan tersebut.

Farhan  merasakan lidahnya kaku dan kemudiannya menguatkan diri untuk menghubungi Naifa melalui aplikasi whatapps bagi menerangkan segala-galanya.Seperti diduga,pesanan tersebut hanya bertanda biru petanda ia telah dibaca.Lalu senyap.

Dan ketika ayah dan ibunya bertamu ke kediaman keluarga Naifa untuk bertanyakan apa keputusan mereka dengan 'tergantung'nya pertunangan aneh itu selama lebih dua belas bulan-Farhan telah mengingatkan ibu dan ayahnya agar menurut sahaja apa keputusan keluarga Naifa.Bahkan dia juga tidak berada di situ semasa urusan tersebut berjalan.Dia perlu menjalankan satu pembedahan penting hari itu.

"Astaghfirullahalazimm...sembang apa lagi ni? Kejap lagi Zuhur dah nak masuk,tau!!"

Sergahan adiknya sukses membuatkan mereka yang sedang mengerumuni Farhan ketika itu serentak menoleh.Dan Aira yang telah siap dengan persalinan baju kurung biru muda itu menatapnya dari atas ke bawah dengan pandangan tidak percaya.

"Dah siap belum ni?"

"Dah.." Farhan pantas mencapai kunci kereta di atas meja." Jangan membebel,boleh tak?"

Seketika Farhan menilik tampangnya di dalam cermin.Berbaju Melayu Cekak Musang warna putih.Sampin kuning muda bersulam benang perak.Songkok hitam berhiaskan  keronsang bersaiz besar.Berhimpitan di sebelahnya adalah Ammar,Fateh,Khan dan Jimmy yang juga masing-masing mengenakan baju melayu warna biru muda lengkap bersampin.

"Cepat sikit." Aira mengingatkan mereka sebelum keluar dari dalam bilik tersebut.

"Ya mak nenek!"

Selawat Taslim bergema dilagukan sang juruacara majlis ketika kereta yang dipandu Fateh berhenti tepat di hujung karpet merah yang sudah siap terbentang melalui gerbang berhiaskan bunga-bungaan warna putih dan biru muda,jejeran meja beralas biru muda diapit kerusi bersarung dan akhir sekali-di hujung sana.Pelamin dengan dekorasi berhiaskan bunga hidup serta arca dan ornament-ornament kecil.Lalu kepada ratusan pasang mata yang memandangnya.

Semua itu benar-benar membuatkan Farhan gugup separuh mati sehingga dia merasakan kakinya lembik memijak tanah.Antara percaya dengan tidak.Antara mimpi dengan realiti.

"Aku terima nikahnya Naifa Zahra binti Abdullah....."

Hari itu,dia seorang pemuda bernama Muhamamd Farhan bin Haji Zainuddin akhirnya berjaya juga menaklukkan seekor naga bersisik tembaga bernama Mejar Dr.Naifa Zahra binti Abdullah seperti mana berjayanya Bandung Bondosowo menawan hati Nyai Ratu Roro Jongrang !

- FIN -

Continue Reading

You'll Also Like

2.4K 557 54
ο·½ - SYUHADAH 5th BOOK Tema: Gabungan tema moden dan klasik. Mencari kebebasan yang menghilang asbab perang yang menawan bumi Kutub Khanah dunia. Benu...
166K 4.2K 64
Sinopsis DKR Betul ke kahwin mengikut pilihan keluarga boleh bahagia? Hurmmm kebanyakan orang akan bahagia kalau Allah hadirkan rasa cinta pada sese...
141K 11K 30
Sekuel Luth Mahfuz & Luth Hentian Akhir . BOOK #6 of π•³π–Žπ–π–—π–†π– π•°π–‰π–Žπ–™π–Žπ–”π–“ Chicklit ft. Tarbiyah [ Bahan bacaan 15+ tahun ke atas] Cover & ba...
2.6M 128K 67
@Miss.Heartbreaker @ChocoLyn @RomanticGenre @wattpads2019 Aulia Arisya, dia gadis biasa yang punya kisah silam duka. Dihina dan dicaci menanamkan den...