KAU TETAP SEMPURNA

By imzafira_

1M 38.4K 3.4K

KAU TETAP SEMPURNA(C) ARYAN MIKAEL | ALYSSA MAISARA Start : 01 OCT 2023 End : 15 FEB 2024 { READ AT YOUR OWN... More

Sinopsis & Cast Character
01 | AM
02 | AM
03 | AM
04 | AM
05 | AM
06 |AM
07 | AM
08 | AM
09 | AM
10 | AM
11 | AM
12 | AM
13 | AM
14 | AM
15 | AM
16 | AM
17 | AM
18 | AM
19 | AM
20 | AM
21 | AM
22 | AM
23 | AM
24 | AM
25 | AM
26 | AM
27 | AM
28 | AM
29 | AM
30 | AM
31 | AM
Diabetes Disclaimer
32 | AM
33 | AM
35 | AM
36 | AM
37 | AM
39 | AM
40 | AM
41 | AM
42 | AM
43 | AM
44 | AM
45 | AM
46 | AM
47 | AM
48 | AM
49 | AM
50 | AM
51 | AM
52 | AM
53 | AM
34 | AM
38 | AM
54 | AM
55 | AM
56 | AM
57 | AM
59 | AM
60 | AM
SPECIAL CHAPTER: AFIQ NAUFAL & HIS SECRET ASSASINS (AUFIQ)
SPECIAL CHAPTER: LOVE OR HATE? (NANIFF)
SPECIAL CHAPTER: HE FELL FIRST BUT SHE NEVER FELL (FAHSHA)
SPECIAL CHAPTER: KAU TETAP SEMPURNA 2.0 (ALYAN)
SPECIAL CHAPTER: LOVE AT FIRST SIGHT (FAQA)

58 | AM

11.8K 544 44
By imzafira_

Kenduri doa selamat yang dibuat khas untuk Aryan yang baru sedar dari komanya itu disambut kecil-kecilan saja. Dijemput orang yang rapat dan orang-orang masjid untuk membaca doa. Jamuan makan juga disediakan.

"Hey, bro. Lama betul tak jumpa kau. Aku rindu gila dengan kau, Ryan" kata Fathi sambil memeluk tubuh Aryan dengan erat. Dia yang menjadi saksi Aryan ditembak. Hampir luluh jantungnya melihat tubuh Aryan jatuh kaku di atas tanah. Gugur air mata jantannya.

"Aku pun rindu kau, Fathi." Pelukan dileraikan. Pandangan mata Aryan tertancap pada seorang gadis disebelah Fathi.

Dengan pandangan mata Aryan saja dapat membuatkan Fathi faham.

"Kenalkan ini bakal isteri aku Ustazah Qasirah."

"Ustazah?!" Terkejut beruk Aryan, Afiq, Haniff dan Ilyas. Setahu mereka Fathi playboy tersohor di kelab malam. Macam mana boleh tersangkut dengan ustazah? Entah-entah ustazah ni pun salh satu umpan untuk dia mainkan.

Fathi menggaru kepalanya. Ustazah Qasirah pula malu-malu sebab dijerkah oleh rakan-rakan Fathi.

"Ustazah betul ke nak kahwin dengan lelaki tak guna ni?" soal Aryan. Ustazah Qasirah mendongak memandang Aryan tidak percaya.

"Ustazah pasti dengan keputusan ustazah? Dah fikir masak-masak? Mak ayah ustazah setuju?" soal Haniff pula.

"Ustazah jangan main gila. Dia ni lelaki paling tak guna kitorang pernah jumpa. Dia suka mainkan perasaan wanita"

"Saya sarankan ustazah balik rumah buat solat istikarah. Solat hajat. Minta petunjuk daripada Allah" kata Afiq pula.

Fathi rasa macam nak ganyang mereka semua. Punyalah dia teruja nak kenalkan bakal isteri dia, alih-alih diorang buka aib dia. Masak, masak kalau ustazah Qasirah ubah fikiran lagi. Mahu menangis Fathi di bucu katil.

"Apa masalah korang ni?" soal Fathi. Lengan Ilyas ditumbuk Fathi. Ilyas je lah yang dia berani kalau yang lain mahu dia ditumbuk dimuka sebijik.

"Kitorang dah fikir masak-masak. Dah jumpa ibu bapa kedua belah pihak. Dah bincang dari hati ke hati lagi" jelas Fathi panjang lebar. Mereka masih memandang Fathi atas bawah.

"Korang ni cuba supportive sikit? Kawan korang nak kahwin ni. Bagilah semangat. Dorongan. Ini tidak membuka aib aku je kerja" kata Fathi sambil mengetap giginya. Ayat akhirnya diperlahankan sikit suara. Tak nak Ustazah Qasirah dengar pula nanti.

"Yelah, tahniah sahabat kami yang suka memainkan hati wanita ini, yang playboy, selalu tinggal solat dah nak berubah. Bagus, bagus" kata Afiq lalu mereka semua menepuk tangan.

Fathi dah pasrah dengan kawan-kawannya yang perangai tak semenggah ni. Balik nanti dengar je lah bebelan Ustazah Qasirah. Ingat Ustazah tak reti membebel ke?

Arjuna yang sedang bermain dengan Leissandra di tepi ruang tamu itu Aryan hampiri.

"Anak papa tengah main apa tu?" soal Aryan sambil bercangkung disebelah Arjuna.

Arjuna tersentak lalu berlari terkedek-kedek ke tepi Leissandra. Arjuna masih tidak rapat dengan Aryan. Tidur pun selalu dengan Afiq. Pergi mana-mana pun ikut Afiq. Agak cemburu dia apabila Arjuna lebihkan Afiq daripada papanya sendiri.

Leissandra memandang Arjuna dan Aryan silih ganti.

"Juna, that is papa. He just want to play with you" pujuk Leissandra. Arjuna mengeleng sambil memeluk kereta mainan bugatti divonya.

Aryan perasan kereta mainan itu sama macam keretanya. Dia mendapat satu idea bernas.

"Arjuna, you want to see the real bugatti divo?" soal Aryan. Riak wajah Arjuna bertukar. Sepertinya dia berminat dengan pelawaan Aryan.

"Come, follow me." Tangan Aryan hulurkan kepada Arjuna. Pantas Arjuna menyambut lalu Aryan mendukung tubuh kecil itu.

Kaki bergerak menuju pintu utama dan terus ke garaj mereka. Butang ditepi paling hujung garaj itu ditekan lalu terbuka luas garaj tersebut. Sudah lama garaj ini tidak dibuka. Agak berhabuk.

Kereta yang ditutup dengan sehelai kain itu dibuka Aryan. Terus terlopong mulut Arjuna.

"Arjuna happy tak?" soal Aryan. Arjuna mengangguk laju.

"Suka?" Arjuna mengangguk lagi.

Pintu kereta dibuka lalu dia duduk di dalam kereta itu dengan Arjuna di atas ribanya. Arjuna memegang strereng kereta itu dan menjerit kegeringan. Dia melompat-lompat di atas riba Aryan. Terkejut Aryan dengan reaksi Arjuna.

"Arjuna sayang papa tak?" soal Aryan tiba-tiba. Arjuna hanya mengangguk laju sambil mengagumi sekeliling kereta kegemarannya.

Tubuh kecil itu Aryan ambil untuk menghadapnya.

"Arjuna, sayang papa atau uncle Afiq?" soal Aryan. Sungguh dia harapkan jawapan Arjuna adalah dia.

"Papa!" Jerit Arjuna. Aryan terkejut lalu terus memeluk erat tubuh Arjuna.

Akhirnya dapat juga dia dengar Arjuna memanggil dia dengan panggilan itu.

"You love papa?" soal Aryan untuk kepastian. Arjuna mengangguk laju dengan senyuman lebarnya.

"Alhamdulillah." Ucap Aryan. Dahi Arjuna dicium sekilas.

Tersentak Aryan apabila bahunya disentuh seseorang. Dia menoleh ke kirinya dan ternampak wajah isteri kesayangannya.

"Dia panggil hubby papa." Kata Aryan dalam bahasa isyarat. Alyssa turut mengucap syukur.

Kepala Aryan diusap bagi memuji Aryan atas kejayaannya. Alyssa pernah nak tolong Aryan dekat dengan Arjuna tapi Aryan kata dia nak buat sendiri dan dia berjaya.

Alyssa sudah mengajak Aryan keluar dari kereta itu kerana tetamu hampir pulang tetapi Aryan tidak mahu keluar lagi. Dia minta masa untum bersama Arjuna sebentar.

"Seronok mummy tengok Arjuna akhirnya dah mula rapat dengan Aryan" kata Datin Katrina sambil memandang dua beranak yang seperti tidak mahu masuk ke dalam rumah. Tetamu pun dah balik semua. Nak tidur dalam garaj ke?

"Arjuna tu anak dia mummy. Macam mana pun mereka akan rapat" kata Afiq. Bahu Datin Katrina ditepuk lembut.

Serentak mereka masuk ke dalam rumah meninggalkan Arjuna dan Aryan bonding.

{°•°•°•°•°•°•°•°•°}

Setelah solat subuh Alyssa menyuruh Aryan untuk terus duduk di hadapannya.

"Kenapa pandang hubby macam tu?" Soal Aryan dalam bahasa isyarat.

"Sweetheart nak tanya satu soalan boleh?" Soal Alyssa pula dalam bahasa isyarat. Aryan menagangguk sekali.

Alyssa berpusing menghadap meja soleknya lalu diambil satu buku nota dari dalam laci itu. Agak terkejut Aryan apabila Alyssa menghulurkan buku nota yang selalu dia tulis tentang kesedihan dan kegembiraannya bersama Alyssa.

"Explain." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Sweetheart dah baca semua?" Soal Aryan pula. Alyssa mengangguk laju. Aryan mengeluh kecil.

"Kalau macam tu, hubby dah tak ada apa nak jelaskan. Sweetheart dah baca semua isi hati hubby yang hubby sorokkan daripada semua orang."

Alyssa mengeleng laju. Bukan itu penjelasan yang dia mahukan.

"Explain kenapa hubby doakan sweetheart bahagia bersama lelaki lain? Explain kenapa hubby nak tinggalkan sweetheart? Explain kenapa hubby sanggup tengok sweetheart hidup bahagia dengan orang lain?"

Lama Aryan mendiamkan diri. Wajah Alyssa ditatap lama. Setiap inci wajah kesayangannya diteliti.

"Sebab hubby tahu pintu hati sweetheart dah tertutup sepenuhnya untuk hubby masa tu. Hampir hilang semangat hubby untuk hidup. Setiap hari hanya ada Alyssa Maisara di dalam fikiran dan hati hubby."

Mata Alyssa berair tetapi ditahan agar tidak gugur.

"Di saat sweetheart lafazkan perkataan benci pada hubby. Hidup hubby terasa kosong, gelap gelita, tiada makna. Dan di saat sweetheart meminta dilepaskan, hancur segala impian, harapan dan semangat hubby untuk hidup. Sweetheart adalah kunci kepada kehidupan hubby. Tak ada sehari pun hubby tertinggal untuk fikir tentang sweetheart dari dulu lagi. Tak ada sehari pun hubby terlupa untuk doa yang sweetheart akan jadi milik hubby."

"Kalau sweetheart sendiri dah putus asa dengan hubby, dengan perkahwinan kita. Kenapa hubby perlu mementingkan diri sendiri lagi? Takdir Allah yang tentukan. Bukan hubby tak cuba ubah takdir kita tapi kebencian itu mekar lebih teguh daripada kecintaan hubby terhadap sweetheart. Hubby serahkan segalanya pada Allah SWT untuk tentukan hala tuju hubungan kita. Setiap malam hubby buat solat tahajud, minta petunjuk daripada Allah SWT."

Tak semena-mena air mata Alyssa gugur bagaikan air pasang. Tak henti membasahi pipinya dan telekungnya. Kenapa dia sanggup buat suami dia terseksa sampai tahap macam ni? Kenapa dia ego sangat? Aryan kata dia pentingkan diri sendiri padahal Alyssa sendiri yang pentingkan diri, sanjung ego terlalu tinggi. Sampai lupa Aryan itu masih lagi suami dia yang sah.

"Alyssa, minta maaf hubby." Alyssa yang hampir bersujud di kaki Aryan dihalang Aryan. Aryan menarik Alyssa ke dalam pelukannya. Kepala Alyssa diusap. Pelukan dileraikan.

"Sweetheart tak salah. Sweetheart tak ada dosa pun dengan hubby. Hubby ampunkan segala dosa sweetheart. Setiap perjalanan sweetheart, hubby izinkan, hubby redha." Makin laju air mata Alyssa mengalir. Air mata seperti tidak mahu berhenti kerana berasa bersalah yang sangat tinggi. Lagi Aryan sapu lagi laju air matanya mengalir.

"Sweetheart minta maaf sangat-sangat... Tapi sweetheart nak minta satu. Kalau sweetheart ada buat salah lagi tolong jangan putus asa dengan hubungan kita. Walaupun perkataan benci sweetheart ungkapkan tapi hati sweetheart terlalu sayangkan hubby." Jelas Alyssa pula.

"I will never give up on us. We will stay together till jannah." Kata Aryan. Tubuh Alyssa dipeluk lagi. Air mata jantan Aryan mengalir ditubir matanya tetapi cepat-cepat dikesat.

-

"Papa!" Jerit Arjuna sambil berlari ke arah Aryan yang sedang bersarapan di ruang makan.

Arjuna tertidur malam tadi masa tengah sibuk bermain dengan Aryan di dalam kereta itu jadi Aryan terus dukung dia ke dalam bilik Afiq.

Aryan tersentak melihat Arjuna yang menangis. Tubuh kecil itu didukung ke atas ribanya. Pantas Arjuna memeluk leher Aryan dengan erat.

Aryan memandang mereka semua. Afiq yang baru turun dari atas berjalan mendekati mereka dengan selamba.

"Dia bangun tadi terkejut sebab kau tak ada dekat sebelah dia. Dia terus lari turun bawah cari kau" jelas Afiq. Mereka semua buang nafas lega.

Aryan mengusap belakang Arjuna.

"I'm here, baby. It's okay.." pujuk Aryan.

"Anak papa ni dah mandi belum?" soal Aryan. Arjuna mengeleng laju. Air mata dikesat dan disedut hingus kuningnya.

"Eee, patutlah busuk! Ee, budak busuk, budak busuk." Aryan geletek perut Arjuna sehingga tertawa anak kecil itu.

"Pergi mandi dengan uncle Afiq" kata Aryan.

Afiq yang ingin menyambut Arjuna tetapi Arjuna mengeleng laju. Tangan memeluk erat leher Aryan.

"Juna nak papa" Kepala disembam pada bahu Aryan.

"Okay, let's go!" Aryan bingkas bangun lalu bergerak ke tingkat atas untuk mandikan Arjuna.

"Alhamdulillah, Arjuna dah mula rapat dengan Aryan" kata Dato Mustafar.

"Lepas ni, Afiq kena cari pengganti lah untuk temankan tidur setiap malam" kata Datin Katrina. Berkerut kening Afiq.

"Kenapa tiba-tiba? Afiq tidur dengan anak-anak buah Afiq sebab diorang yang sudi nak temankan Afiq bukan Afiq nak sangat orang temankan Afiq tidur malam. Afiq dah besar mummy" jelas Afiq panjang lebar. Dia dah besar dan boleh berdikari sendiri. Kenapa nak kena ada orang temankan tidur malam?

Punggung dilabuhkan disebelah Leissandra yang sedang menikmati roti bakarnya.

"Sebab Afiq dah besarlah mummy suruh Afiq cari peneman tidur malam." Makin berkerut dahi Afiq. Teman tidur malam? Seram lah mummy ni...

"Maksud mummy peneman yang bergelar isteri." Afiq menggaru kepalanya. Ingatkan dah habis topik mencari jodoh untuk Afiq rupanya ada sambungkan part 2.

"Daripada kamu asyik temankan anak-anak buah kamu apa kata kamu ada anak sendiri. Kan lagi bagus" kata Datin Katrina lagi. Takkan dia mengalah sampai Afiq setuju untuk berkahwin.

Tersentak Afiq. Terus ke arah anak. Jauh sangat dah tu.

"Mummy, buat anak bukan senang. Anak tu rezeki daripada Allah. Kalau kahwin awal ke, lambat ke. Rezeki tetap Allah yang tentukan" jelas Afiq lagi.

"Memang anak tu rezeki daripada Allah. Tapi belum cuba belum tahu kan?" Tersedak nasi goreng Afiq. Terbatuk-batuk dia.

"Uncle, are you okay?" soal Leissandra. Afiq mengangguk laju lalu mengusap belakang kepala Leissandra.

"Uncle, ahh!" Leissandra menghulurkan lobak merah yang ada di atas pinggannya kepada Afiq.

Selalunya Afiq yang akan habiskan sayur-sayuran dia sebab tak nak kena marah dengan Aryan. Semua lobak merah itu disuapkan ke dalam mulut Afiq.

"Leissandra Rosabelle" seru Aryan membuatkan bulu roma Leissandra dan Afiq tegak 90 darjah.

Cepatnya dia mandikan Arjuna. Rasanya tadi baru dia naik atas. Liur ditelan berkali-kali. Kepala ditoleh memandang Aryan yang seperti singa kelaparan. Arjuna di dalam dukungannya mengeleng lemah memandang mereka.

"You're in big trouble" kata Arjuna dengan pelatnya. Afiq dan Leissandra tersengih macam kerang busuk.

Setelah hari itu, Leissandra diberi sayur-sayuran dan buah-buahan saja. Bekal untuk ke tadika pun sama. Menangis-nangis anak kecil itu sambil makan. Afiq pula berasa bersalah. Setiap hari dia pujuk Aryan tapi yang dia dapat hanya makian daripada Aryan.

"Bang, takkanlah sampai ayam pun dia tak boleh makan"

"Diam! Dia anak aku! Aku tahu apa yang terbaik untuk dia!"

"Bila aku suruh kau jagakan dia bermaksud jaga kesihatan dia sekali bukan menambahkan kesakitan dia! Makin aku diam makin menjadi-jadi perangai kau!"

"Lepas ni, kau jangan nak rapat dengan anak aku lagi! Kalau kau nak rapat dengan dia sekalipun jangan ajar dia benda yang boleh rosakkan kesihatan dia! Faham!"

Afiq tak boleh nak buat apa dah apabila melibatkan tentang keluarga. Kalau keluarga Aryan memang tak main. Kalau dia kata dia sanggup mati untuk mereka pun dia akan buat. Tapi memang dia pernah buat pun..

{°•°•°•°•°•°•°•°•°}

Aryan dan Alyssa yang sedang berada di dalam bilik rawatan seorang pakar perubatan yang Aryan kenali. Doktor Shahrul Qayder.


"Isteri kau memang disahkan pekak tapi kami boleh bantu dia untuk dengar semula" kata Doktor Shahrul.

Aryan memandang Alyssa lalu membuat bahasa isyarat bagi menterjemah kepada Alyssa.

Alyssa mengangguk laju dengan senyuman lebar. Teruja dia boleh dengar semula.

"Kos perubatan memang tinggi. Isteri kau kena lalui beberapa rawatan dan insyaallah dia akan dengar semula dengan bantuan alat ITC iaitu In The Canal. Alat ini akan sedikit sebanyak membantu dia untuk mendengar suara dengan lebih baik" jelas Doktor Shahrul. Aryan mengangguk faham.

"Pasal duit aku tak nak tahu. Bila kau boleh buat?" soal Aryan.

"Anytime, my best buddy." Aryan tersenyum kepadanya.

Dalam perjalanan mereka ingin pulang, senyuman dibibir Alyssa dan Aryan tidak lekang kerana mereka ada lagi satu kejutan yang sudah lama mereka bincangkan. Kejutan ini sangat istimewa dan akan menjadi kenangan terindah dalam hidup mereka.

Semua berkumpul di ruang tamu. Leissandra berada betul-betul ditengah-tengah Aryan dan Alyssa.

"Sandra, we have a really big gift to give to you. It's not a big things but it's a small things that have big meanings to us" kata Aryan sambil memandang Alyssa.

"We have been discussing about this matter for so long and we both decided." Aryan mengeluarkan satu sampul besar. Isinya dikeluarkan dan diberikan kepada Leissandra.

"You are officially our daugther. We adopted you" kata Aryan. Leissandra terkejut besar. Dia memandang Aryan dan Alyssa silih ganti.

"Are you serious, papa, mama?" soal Leissandra. Aryan mengangguk laju. Leissandra terus memeluk leher Aryan erat sehingga tersandar Aryan ke belakang.

Yang lain terus ketawa. Datin Katrina menitiskan air mata kerana terharu dengan pencapaian mereka berdua. Akhirnya mereka bersetuju ingin menjadi Leissandra anak angkat mereka. Jadi tiada masalah kalau ada orang ingin menuntut Leissandra satu hari nanti kerana mereka ada sijil yang sah.

{°•°•°•°•°•°•°•°•°}

Pintu rumah diketuk beberapa kali dari luar. Aryan bergerak membuka pintu rumah villanya.

"Hey, buddy" kata Rico. Aryan tidak terkejut kerana dia dapat agak Rico akan datang untuk tuntut Leissandra.

"Rico!" jerit Leissandra sambil berlari ke arah Rico. Tubuh kecil itu Rico dukung tinggi lalu dipeluk erat.

Pipi Leissandra dicium sekilas. Leissandra tekup kedua pipi Rico lalu dicium pipi Rico lama. Terkekeh Rico.

"Ti manca tuo fratello?(Rindu abang tak?)" soal Rico.

"I miss you so much!" Kata Leissandra yang sedang berada di dalam dukungan Rico.

Berkerut kening Aryan. Rapat betul mereka berdua? Dia datang nak tuntut Leissandra ke? Orang macam Rico ni bukan boleh percaya. Entah-entah dia acah-acah berubah.

Aryan pandang sekeliling rumahnya memastikan Rico tiada plan B, C, ataupun apa-apa rancangan untuk membawa lari Leissandra.

Aryan menolak satu sampul kepada Rico. Di atas sampul itu ada sekeping kertas putih yang membuktikan Aryan sudah sah mengambil Leissandra sebagai anak angkatnya. Rico pandang tanpa perasaan.

"Papa?" Tiba-tiba Rico bernada terkejut. Aryan hampir saja melepaskan tumbukan dipipi Rico tetapi dihalang Alyssa yang berada disebelahnya.

Boleh pula dia berloyar buruk. Memang tak lah Aryan nak ambil budak bermasalah ni sebagai anak angkatnya. Umur dia pun dah macam umur kawan-kawan Aryan. Nanti orang ingat Aryan buat benda tak senonoh sebelum kahwin dulu.

"I knew you will do that. I came here just to visit her not to take her away from you" kata Rico diselangi ketawa selambanya. Aryan masih dengan wajah tegangnya.

"Don't be so intense. I won't take her from you without your permission."

"You will never get the permission" kata Aryan. Lengannya dipukul Alyssa sekali. Aryan memandang Alyssa lalu mengeluh kecil. Baru nak tunjuk gangster depan budak mentah ni alih-alih isteri lagi gangster.

"She's happy here. I also need some times to repent. There's a lot of bad things I've done before. The mafia-" belum sempat Rico menghabiskan ayatnya terpotong dek kerana deheman Aryan.

"Ehem, ehem.." sengaja Aryan berdehem dan memberi isyarat mata kepada Rico supaya menukar topik.

"I mean, I need some time for myself. Just tell me when you come to Italy. I will bring my best man to you, my sister in-law" kata Rico. Alyssa pula yang mengangguk laju dengan senyuman manisnya.

"You are so pretty." Kata Rico dalam bahasa isyarat. Alyssa terkejut lalu bertepuk tangan dengan teruja. Rico tersenyum kepadanya.

Aryan tercengang dengan interaksi mereka berdua. Dipandang mereka berdua silih ganti. Seperti sudah kenal lama.

"Don't be jealous. I always visit her when you are in coma" kata Rico. Makin membulat mata Aryan dengan rahang bergerak-gerak dan buku lima yang sudah dikepal.

"No, I mean I visit Sandra. I only visit Sandra and play with Sandra. We also meet at your parents house not here" jelas Rico. Alyssa turut mengangguk setuju.

Aryan menjeling Alyssa lalu terduduk membatu Alyssa. Rico menggaru kepalanya. Aryan cemburu buta juga rupanya.

_______________

Continue Reading

You'll Also Like

73.5K 8.7K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
1.3M 111K 57
📌 ADAPTASI SERIES SOOKA MUSIM 2 | Kau VS Aku : Buku Dua | Kesinambungan kisah cinta mereka semua yang masih dibelenggu dengan masalah yang belum se...
596K 47.2K 36
Tidak pernah langsung terlintas di dalam fikiran Pearl Helena bahawa pensyarahnya sebenarnya seorang mafia. Dia dapat mengetahuinya apabila terdengar...
465K 22.7K 72
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...