KAU TETAP SEMPURNA

Von imzafira_

1M 39.3K 3.4K

KAU TETAP SEMPURNA(C) ARYAN MIKAEL | ALYSSA MAISARA Start : 01 OCT 2023 End : 15 FEB 2024 { READ AT YOUR OWN... Mehr

Sinopsis & Cast Character
01 | AM
02 | AM
03 | AM
04 | AM
05 | AM
06 |AM
07 | AM
08 | AM
09 | AM
10 | AM
11 | AM
12 | AM
13 | AM
14 | AM
15 | AM
16 | AM
17 | AM
18 | AM
19 | AM
20 | AM
21 | AM
22 | AM
23 | AM
24 | AM
25 | AM
26 | AM
27 | AM
28 | AM
29 | AM
30 | AM
31 | AM
Diabetes Disclaimer
32 | AM
33 | AM
35 | AM
36 | AM
37 | AM
39 | AM
40 | AM
41 | AM
42 | AM
43 | AM
44 | AM
45 | AM
46 | AM
47 | AM
48 | AM
49 | AM
50 | AM
51 | AM
52 | AM
53 | AM
34 | AM
38 | AM
54 | AM
55 | AM
56 | AM
58 | AM
59 | AM
60 | AM
SPECIAL CHAPTER: AFIQ NAUFAL & HIS SECRET ASSASINS (AUFIQ)
SPECIAL CHAPTER: LOVE OR HATE? (NANIFF)
SPECIAL CHAPTER: HE FELL FIRST BUT SHE NEVER FELL (FAHSHA)
SPECIAL CHAPTER: KAU TETAP SEMPURNA 2.0 (ALYAN)
SPECIAL CHAPTER: LOVE AT FIRST SIGHT (FAQA)

57 | AM

11.5K 555 54
Von imzafira_

"Let's eat, miss. You must be starving. One week is longer than enough." Ilyas cuba memujuk lagi. Dia sendiri buntu apa yang harus dilakukan. Baru datang dah dicampak masuk ke dalam bilik ini pujuk orang makan. Mahu tak terkejut.

Ilyas berfikir seketika. Dia mendapat idea. Kaki bergerak ke tepi wanita itu. Wajah wanita itu terlindung dengan rambut panjang ikan mayangnya.

"If you like the views than we'll have lunch at the coridors." Ilyas tersenyum manis walaupum dia seperti orang gila yang bercakap dengan patung hiasan.

"Macam mana saya nak berjalan kalau kaki saya takde." Wanita itu bersuara mengejutkan Ilyas. Orang melayu rupanya.

Ilyas bergerak ke depan wanita itu dan melihat wanita itu yang kudung kedua-dua kakinya. Aryan yang menyuruh Mr.Teddy potong kaki April setelah menyiksanya. Kalau dibunuh takut jadi kes polis jadi dia cuma memotong kedua belah kaki April paras lutut. Dan dikurung April di rumahnya ini.

"Awak, jom keluar makan" ajak Ilyas tiba-tiba. April memandang Ilyas sebelum dijeling tajam.

April menonton televisien di ruang tamu memandangkan Ilyas tak bagi dia buat kerja. Tunggulah Ilyas balik nanti memang dia kemas satu rumah ni. Asalkan orang tak label dia perempuan murahan.

"Awak lupa ke arahan Ryan? Kalau awak bawa saya keluar mahu semua orang pandang awak semacam. Keluar dengan perempuan cacat. Saya ni tahanan. Kalau saya lari bila awak bawa saya keluar?" kata April. Suaranya beku.

"Kalau awak nak lari, dari dulu lagi awak dah buat. Bukan saya tak pernah letak kunci rumah ni merata. Pintu pun saya pernah buka seluas-luasnya. Awak tak pernah lari pun" kata Ilyas sangat lembut.

"Awak datang sini sebab nak bagi saya makanan dan tengok kalau saya ni masih hidup atau tak je. Tolonglah pergi. Tak elok orang tengok awak keluar masuk sini hari-hari" kata April.

Dia dah berubah selepas kejadian itu. Dia dah mula bertudung dan bertaubat. Dia rasa tak selesa apabila Ilyas selalu menonong masuk dalam rumah ini tanpa ketuk atau memberitahunya. Tahulah dia cuma menumpang tapi dia tu perempuan islam. Tak elok berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram. Kalau dibuatnya dia berkemban ke tak bertudung ke? Tak ke bertambah dosa.

"Saya tahu awak tak selesa sebab awak baru nak belajar berubah. Kalau awak sudi, saya nak jadikan awak isteri saya yang sah." Tersentak April.

"Saya boleh tolong ajarkan awak baca quran. Saya dengar haritu awak nak baca quran tapi tergagap sampai awak mengeluh dan menangis teresak-esak. Saya ikhlas nak tolong awak, April." Kata-kata Ilyas sangat ikhlas. Dapat dirasakan keikhlasan dan kejujuran dalam pertuturannya.

"Awak jangan nak merepeklah!" Suara April naik seoktaf.

"Saya tak merepek. Saya betul-betul nak jadikan awak isteri saya, nak halalkan hubungan kita. Saya dah betul-betul jatuh cinta dengan awak sejak kali pertama kita berjumpa" luah Ilyas. Dia tak pernah ada perasaan pada mana-mana wanita sebelum ini sebab sibuk mengejar cita-citanya. Tapi bila dia jumpa April terdetik rasa cinta dan sayang padanya walaupun dia tidak sempurna.

"Saya ni cacat! Tak sempurna! Dah berpuluh lelaki tidur dengan saya setiap hari! Dah banyak air syaitan yang saya minum sampai dah sebati dalam badan saya! Awak rasa-rasa saya ni layak ke dijadikan isteri?" April melepaskan segala kemarahannya. Dia nampak wajah Ilyas berubah.

"Mesti awak terkejut kan? Ryan tak bagitahu awak kan siapa saya sebenarnya? Kalau awak nak benci saya sekalipun saya tak kesah sebab memang itu yang saya nak!" Mata April terbuntang luas memandang Ilyas di hadapannya.

Terkebil-kebil Ilyas. Dia mengorak langkah pergi dari situ, meninggalkan April keseorangan di dalam rumah itu.

Sudah dua bulan Aryan terlantar di atas katil. Tiada berita baru tentang kesihatan Aryan. Arjuna juga diazankan oleh Afiq. Alyssa ingatkan dia dapat mendengar Aryan azankan anak pertamanya ternyata Afiq. Dan sekarang dia sudah pekak dan bisu sepenuhnya. Apakah reaksi Aryan ketika dia sedar nanti? Akankah dia terima Alyssa? Masihkah dia sayangkan Alyssa atau tidak dapat nak terima kenyataan ini?

"Hubby janji nak azankan anak kita tapi kenapa orang lain yang azankan? Hubby tolong bangun untuk anak kita." Bisik hati Alyssa sambil memandang gambar mereka di frame di dalam bilik mereka.

Alyssa sangat rindukan Aryan. Separuh mati dia rindukan Aryan. Senyuman Aryan, ketawa Aryan, suara Aryan, kemanjaan Aryan yang hanya Alyssa tahu. Bila Aryan akan sedar? Adakah dia akan ingat ketika dia bangun atau dia akan bangun di syurga nanti?

Peralatan solek yang pernah Alyssa gunakan yang berada di atas meja itu dipandang. Teringat dia bahawa Aryan tidak suka Alyssa bersolek walaupun Aryan tidak cakap tapi Alyssa dapat rasa.

Peralatan solek itu diambil lalu laci dibuka untuk diletakkan ke dalam. Satu buku nota berwarna biru menarik perhatiannya. Tangan mencapai lalu dibuka. Muka surat pertama tertulis, Dear My Kitty..

Alyssa selak lagi muka surat seterusnya. Tertulis satu nota panjang untuk seseorang.

Dear My Kitty,

Assalamualaikum, sweetheart. Hubby tahu suatu hari nanti mesti sweetheart akan jumpa buku ni.. Hubby tulis buku ni khas untuk sweetheart ingat haru-haru penting dalam tempoh pengenalan kita.

Bukan bermula dari kita bergelar suami isteri tetapi dari hari pertama sweetheart jejakkan kaki ke rumah ini iaitu 24 tahun lepas... Seorang bayi perempuan bernama Alyssa Maisara binti Mansur. Pipi merah gebu, bulu mata melentik, bibir merah jambu nipis dan hidung mancung.

Hubby ingat setiap inci wajah sweetheart waktu itu walaupun hubby macam tak berminat masa tu... Sebenarnya hubby dah jatuh cinta pandangan pertama. Mesti pelik kan? Hubby pun tak tahu macam mana hubby boleh jatuh cinta dengan seorang bayi yang baru lahir.. Disebabkan itu hubby selalu menghindari sweetheart sebab nak menafikan kenyataan yang sudah tertulis di lauhul mahfudz...

Your husband,
Aryan Mikael.

Alyssa sungguh tersentak dengan apa yang dibacanya. Bukan Aryan benci dia sebab dia bisu? Malu dapat adik perempuan bisu?

Punggung dilabuhkan di hujung katil. Mencari posisi yang selesa untuk mencari kebenaran yang tersirat bertahun-tahun lamanya.

Dear My Kitty,

Aku marah sangat hari ni! Zakuan kurung kau dalam tandas sampai kau pengsan.. Nasib baik aku tak jumpa dia kalau tidak memang pecah muka dia aku kerjakan!

If he try to messed up with you again. I will let him know the real pain! I hate him so much! I wish I could protect you. I wish I could notice it earlier! He's god damn asshole!

I'm so sorry, my kitty.. I will be more aware from now onwards. Don't worry I'm here for you..

Your future husband,
Aryan Mikael.

"Maksudnya.. my kitty tu aku la.. Sejak bila dia obses sangat dengan aku?" Bisik hati Alyssa.

Dear My Kitty,

Kau nampak cantik sangat hari ni, kitty. Kau pakai dress pink yang aku pilihkan untuk kau untuk majlis ulang tahun kelahiran kau yang ke 13. I'm glad you pick my choice instead of Afiq's. I couldn't imagine how mad I could be...

Your beauty is incompatible. I wish I could have you for my ownself. No worries, soon you'll be mine..

Your future husband,
Aryan Mikael.

Dear My Kitty,

Hari ni hari tamat persekolahan kita tapi sweetheart tak ada dekat sini.. Sweetheart dah pindah ke kampung lain. Hubby sangat mengharapkan yang pagi ini hubby dapat berjumpa dengan sweetheart untuk sama-sama menyambut hari kebebasan ini.

Hubby tak sambut pun macam budak-budak lain.. Hubby cuma duduk dalam kelas sambil baca buku. Kalau lah ada sweetheart mesti seronok hari ni. Boleh kita tangkap gambar sama-sama, keluar makan sama-sama.. Sweetheart jaga diri tau dekat sana..

Your future husband,
Aryan Mikael.

Dear My Kitty,

12 August 2023 our big day.. I've told you no matter where you are, you'll be forever Aryan's. You look gorgeous than ever. I couldn't take my eyes off you.

I'll treat you like a queen. Queen treatment are fully turned on for you, my lady. There's nothing will ruined our best life together. Please be prepared for all the surprised, my kitty..

Your husband,
Aryan Mikael.

Dear My Kitty,

I think I gave you a bit too much of surprises. I'm so sorry for being rude. I wish you could fight back. I wish you could stop me but.. I promise it will end very soon. I didn't mean to keep it a secret from you. It's better if you don't know anything rather than making you feels endangered. I just wanna protect you from all the devils not knowing I'm the real devil.

Please, I'm begging you to stay by my side. I will make you the happiest woman as fast as the time. I promise, my kitty..

Your husband,
Aryan Mikael.

Hati Alyssa berasa tidak sedap dengan muka surat yang bakal dibacanya.

Dear My Kitty,

I haven't written for so long. And turns out you really left my side.. I am so stupid that I trust myself that I could make you happier than ever. I was so selfish thinking that I own you since the beginning. I was so proud of myself when you became mine without knowing I just brought you into my trouble...

I won't blame you if you wanna leave me cuz that's the best. But please don't hate me. Please let me take care of you on your pregnancy period..

Sweetheart please be happy with someone who truly loves you and cherish you. Be selfish when you should cuz from there I will learn to live my own life without you.. I won't be happy but you should. You deserve the whole world cuz you are an amazing person.

I never met someone who's stronger than you. I can't help but feeling proud of you. I respect your decision and your choice. Setiap perjalanan sweetheart hubby izinkan. Hubby doakan sweetheart cepat-cepat dipertemukan jodoh dan sentiasa bahagia dibawah lindungi-Nya.

Your husband,
Aryan Mikael.

Air mata Alyssa yang tanpa disedari mengalir membasahi pipinya. Kenapa Aryan kena pendam semua benda ini sendiri? Kenapa dia tak nak berterus terang dengan Alyssa tentang semua ini? Sampai bila dia nak pendam seorang diri? Kalau Alyssa keras kepala, Aryan lebih daripada itu.

Buku itu terus dibaca sehingga helaian terakhir Aryan tulis. Air mata yang tidak henti menitis membasah pipi dan buku nota itu setiap kali ayat Aryan menyegat hati Alyssa. Dia terlalu pemendam sampai tiada siapa tahu apa ada dalam isi hatinya.

Buku nota itu ditutup lalu dipeluk dengan erat. Alyssa rasa menyesal sangat dah layan Aryan dengan teruk. Dia sangakakan Aryan betul-betul bencikan dia tetapi Aryan cuma tidak yakin dengan perasaannya pada mula dan terus bersikap begitu agar dia dapat menguatkan lagi kecintaannya pada Alyssa. Sehingga ke tahap dia takut untuk kehilangan Alyssa. Betapa besar kasih dan sayang Aryan kepada Alyssa Maisara.

{°•°•°•°•°•°•°•°•°}

"Assalamualaikum, hubby. Alyssa datang lagi ni nak jenguk hubby. Hubby sihat?" soal Alyssa di dalam hati berharap Aryan akan mendengar dan menjawab dari hati juga.

Hari ini genap setahun Aryan koma. Langsung tidak sedarkan diri mahupun menunjukkan apa-apa perubahan. Doktor sarankan untuk menghentikan semua ini dan biar Aryan pergi dengan tenang tetapi Alyssa mati-mati menolak. Dia menghalang sesiapa sahaja yang ingin mendekati suaminya. Dia tahu Aryan belum mati. Dia tahu Aryan masih ada bersama mereka. Cuma belum sampai masanya untuk dia bangkit. Aryan perlukan rehat.

"Hari ni raya pertama. Dah dua kali puasa dan raya hubby tak ada. Kitorang datang nak sambut hari raya dengan hubby sekali."

"Hubby, sweetheart rindu sangat dengan hubby..." Alyssa yang sehabis mungkin tidak mahu menangis di depan Arjuna akhirnya tumpas. Air mata laju mengalir. Dia terlalu rindukan syurganya sampai tak dapat nak menahan kesedihan di dalam hati.

Ramai yang kata suaminya dah lama meninggal tetapi dia menafikan. Dia hanya diam dan tidak mengemukakan apa-apa kenyataan.

"Tema raya tahun ni biru. Kita sekeluarga pakai sedondon. Sweetheart ada jahitkan untuk hubby baju melayu juga. Tapi hubby tak bangun. Sweetheart dah siap gosok tapi tak apalah sweetheart simpan dulu. Nanti lepas hubby dah bangun, dah sihat kita pakai sama-sama lagi."

"Sweetheart sentiasa doakan hubby cepat-cepat sedarkan diri. Hubbylah sumber tenaga sweetheart. Tanpa hubby sweetheart rasa tak lengkap. Hidup sweetheart terasa sangat kosong."

Setiap kali Alyssa datang melawat Aryan pasti ada cerita baru. Dia akan luahkan pakai hati. Orang lain mungkin akan kata dia gila tapi apa dia kesah? Ini suami dia. Dan dia yakin suami dia dengar semuanya cuma tidak dapat memberi reaksi sahaja.

{°•°•°•°•°•°•°•°}

Tahun seterusnya, Alyssa datang lagi melawat Aryan pada hari anniversary mereka. Dia setiap hari melawat Aryan sebab takut kalau Aryan tersedar dan mencarinya.

"Hubby, hari ni genap 2 tahun kita kahwin. Hubby tak nak wish apa-apa ke pada sweetheart? Hubby tak nak jumpa anak kita ke? Dia comel, hensem sama macam hubby. Kening dia saling tak tumpah macam hubby. Kening hagemaru." Alyssa terkekeh sendiri memandang tubuh kaku Aryan di atas katil.

Arjuna duduk di atas riba Alyssa. Setiap hari Alyssa bawa Arjuna ke sini untuk dia kenal dengan papa dia. Dia tak nak Arjuna tak kenal papa dia bila dah besar nanti. Arjuna perlu tahu siapa yang dah bertaruh nyawa ingin memastikan mama dia selamat dari orang jahat. Walaupun Alyssa tidak tahu keseluruhan cerita tetapi dia dapat agak sikit-sikit dari buku nota Aryan itu.

Tangan Alyssa yang memegang sebelah tangan Aryan tiba-tiba digenggam erat. Tersentak Alyssa memandang tangannya.

Mata Aryan perlahan-lahan terbuka. Silauan cahaya lampu itu menyukarkan Aryan untuk membuka mata. Digagahkan juga untuk membuka sehingga meluas matanya. Dipandang kiri dan kanan. Matanya terhenti pada Alyssa yang berasa disebelahnya dengan seorang anak kecil berumur dalam 1 tahun lebih.

Alyssa terkaku seketika. Dia sungguh tidak percaya yang Aryan sudah sedarkan diri.

Aryan cuba bercakap tetapi tekaknya terasa sangat kering. Setelah dua tahun terlantar di atas katil memang kering tekak lah.

Alyssa dukung tubuh Arjuna lalu dituangkan air masak ditepi katil dan dihulurkan kepada Aryan.

Aryan teguk sampai habis licin gelas itu. Alyssa sungguh tidak percaya sehingga terkaku seluruh tubuhnya melihat mayat hidup di depannya.

Aryan pusing memandang Alyssa lalu gelas dihulurkan.

"Hubby nak lagi boleh?" Panggilan yang Alyssa sudah lama rindukan tetapi sayangnya dia tidak dapat mendengar lagi.

Alyssa gigit bibir bawahnya menahan sebak. Kepala digeleng lemah.

"Saya dah tak dengar apa-apa. Saya dah pekak dan bisu." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Harap sangat Aryan tidak lupa ingatan.

Aryan agak terkejut. Dia pandang Arjuna didalam dukungan Alyssa. Dah berapa lama dia terlantar atas katil ini sampaikan anaknya dah besar. Apa dah jadi sebenarnya selama dia tiada?

"Ini anak kita hubby." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat. Melihat daripada kerutan di dahi Aryan, Alyssa sangkakan yang Aryan akan salah faham kalau Alyssa tak jelaskan dari awal.

"Ini anak kita, Arjuna Mirzan." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat.

Alyssa cuba menekan butang untuk memanggil doktor tetapi dihalang Aryan. Kepala digeleng lemah.

Aryan berusaha bangun dari baringannya. Dah dua tahun baring, rasa sakit pinggang dia. Alyssa tersentak dan terus menghalang Aryan tetapi Aryan tetapi mahu bangun. Apabila dia bersandar pada belakang katil itu, dia tersenyum nipis kepada Alyssa.

Alyssa mengeluh kecil sebelum duduk dibirai katil itu.

"Do you miss me, sweetheart?" Soal Aryan di dalam bahasa isyarat.

Alyssa mengangguk laju. Ucapan syukur diucap di dalam hatinya berkali-kali. Benarkan suaminya belum mati.

"Sorry for making you waited for so long. Now I'm back, sweetheart." Kata Aryan dalam bahasa isyarat. Walaupun dah dua tahun dia tak sedarkan diri tapi dia masih fasih berbahasa isyarat. Tak kekok langsung.

Aryan mendepakan tangannya. Alyssa cukup faham kalau Aryan berbuat begitu. Pantas dia masuk ke dalam pelukan Aryan. Aryan memeluk erat tubuh Alyssa. Hujung kepala Alyssa dicium lama.

Pelukan dilepaskan. Aryan mengesat air mata dipipi Alyssa.

Tangan Aryan menghala kepada Arjuna lalu anak kecil itu diambil daripada Alyssa. Arjuna agak takut dan was-was mahu mendekati Aryan.

"Arjuna rindu papa tak?" soal Aryan. Arjuna memandang Aryan dengan pandangan pelik.

Arjuna berpusing memandang Alyssa lalu meminta Alyssa untuk mendukungnya semula.

"Mama.." rengek Arjuna. Aryan lepaskan saja Arjuna pergi kepada Alyssa.

Dia tak nak memaksa Arjuna memandangkan dia baru saja sedarkan diri. Dia masih ada banyak lagi peluang untuk dekat dengan Arjuna jadi tak perlu risau. Arjuna itu anak dia yang pasti.

Arjuna memeluk erat leher Alyssa. Alyssa mengusap belakang Arjuna. Alyssa berasa kasihan kepada Aryan tetapi Aryan tersenyum manis.

-

"Aryan, mummy bersyukur sangat kamu dah bangun. Kami semua ingatkan kami dah tak berpeluang nak jumpa kamu lagi. Jangan takutkan mummy macam ni lagi. Please" kata Datin Katrina.

"I'm sorry mummy.. Aryan tak sangka Aryan boleh tertidur lama sangat."

Pandangan Aryan teralih kepada Afiq yang sedang dukung Arjuna. Arjuna nampak rapat sangat dengan Afiq. Tersenyum lebar lagi mereka berdua.

"Papa, I miss you" kata Leissandra yang berada di dalam pelukan Aryan.

Aryan mengusap kepala anak sulungnya. Dah besar anak dia sekarang. Dah tak ada pelat-pelat. Dah lancang berkata-kata selepas masuk tadika. Banyaknya dia tertinggal..

"I miss you too, Sandra. My little baby already grown up and became so much prettier" kata Aryan lalu memeluk erat anak kecil itu.

"Memandangkan Aryan akan discharge minggu depan. Mummy cadang nak buat kenduri doa selamat sebab anak mummy akhirnya dah sedar dari koma" kata Datin Katrina. Aryan anggukkan saja permintaan Datin Katrina. Dia dah gembira sangat anak dia dah kembali biarlah dja nak buat kenduri tu bukan salah pun.

____________

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

360K 13.1K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
571K 7.6K 10
"Nama aku Khair. Arzen Bilal Khair."-๐€๐‘๐™๐„๐ ๐๐ˆ๐‹๐€๐‹ ๐Š๐‡๐€๐ˆ๐‘ Dia seorang petarung handal. Dakar tiada gentar. Rasa megah mengalir dalam dara...
5.5M 280K 59
Nakal, gedik, sexual harassment dan banyak lagi gelaran yang diberikan oleh Irish Arissya kepada Dr. Adam Ukasyah, merangkap pensyarah mudanya. Hubun...
600K 47.3K 36
Tidak pernah langsung terlintas di dalam fikiran Pearl Helena bahawa pensyarahnya sebenarnya seorang mafia. Dia dapat mengetahuinya apabila terdengar...