MR PIRATE

By CIK_ZALIKHA

3M 268K 55.6K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... More

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88

57

36.5K 3.6K 1K
By CIK_ZALIKHA

                 SELAMA seminit Mondu menenggelamkan dirinya ke dalam air laut. Tubuh yang terasa hangat automatik terasa sejuk, dia dapat rasa ketenangan buat seketika. Sekejap Mondu timbul mencuri oksigen sebelum kembali membenamkan muka, adakala dia berenang sehingga ke tempat yang paling dalam.

Dan saat membiarkan diri sendiri tenggelam ke dalam dasar laut buat kali kedua, mata dipejam. Nafas ditahan. Telinganya rasa berdesing di dalam air, tetapi sedikit pun tidak buatkan dia rasa terganggu.

Tika ini, dia bertahan lebih lama di dalam air. Ketika bayangan seraut wajah cantik itu muncul dalam kegelapan, buatkan dia terleka. Terus lupa yang dia masih lagi tenggelam.

Bila agaknya... wanita itu akan muncul semula di hadapan matanya?

"Mondu!" Suara Orlu yang menjerit memanggil namanya terus menyentakkan Mondu. Lamunan tadi lupus serta-merta. Baru tersedar dia semakin ke tempat yang dalam, cepat-cepat Mondu berenang ke dasar cetek.

Kepala dikeluarkan daripada air, dada berombak, nafasnya kedengaran tak teratur saat menarik dan  menghembuskan nafas. Rambut hitam pekat yang jatuh melekat ke dahi itu diraup ke belakang sebelum kepalanya terpusing-pusing mencari figura Orlu. 

Tatkala anak mata tertancap ke arah Orlu yang berdiri di pigiran pantai, berdiri mencekak pinggang sedang menantinya lantas Mondu pun berenang naik ke darat semula.

"Ada terserempak dengan Lanun?" Soal Mondu, nafasnya masih kedengaran lelah kerana berenang tadi. Dengan hanya berseluar jeans basah, tidak mengenakan baju, dia melangkah ke arah lelaki yang sudah sedia memegang kain tuala.

Orlu telan air liur sejenak. Melihat cacah tatoo tengkorak dari bahu kiri sehingga ke paras leher Mondu buatkan dia gugup pula hendak menjawab. Nampak gerun.

"Kami sudah keliling pulau, pigi pasar tempat Lanun jual ikan itu hari pun sudah. Tapi kelibatnya kami endak nampak. Sa rasa... Lanun mungkin tahu yang ko sedang cari perempuan itu? Sebab itulah dia endak bawa si perempuan tu keluar turun ke laut." Ujar Orlu. Itu sahaja yang mampu diberitahu setelah tiga hari dia dan kuncu-kuncu lanun yang lain mengelilingi pulau.

"Ko ada tanya penjual disitu sama ada nampak Lanun atau tidak?" Tanya Mondu lagi, kain tuala dicapai lalu dilap pada bahagia tubuhnya yang basah. Kemudian, bergerak ke leher pula.

Bahkan, Orlu mengangguk. "Sudah. Tapi semuanya bilang endak nampak. Kami siap ugut mereka lagi jika mereka menipu, tapi tetap sija mereka jawab ayat yang sama. Jadi, mungkin betul Lanun endak keluar ke laut sejak beberapa hari ni?"

Mondu cuma diam. Sedang memikir. T shirt hitam yang terletak di atas batu itu dicapai lalu disarungkan ke tubuh. Pelik. Takkanlah Lanun tidak turun ke laut selama tiga hari ini? Atau mungkin Lanun itu keluar pada waktu mereka tidak sedar?

Tetapi tak dinafikan, Lanun itu memang licik orangnya. Jika jalan A mereka sekat, maka dia ada jalan B. Selok belok pulau ini memang tak asing lagi bagi lelaki itu.

"Payahlah kalo begini. Aku perlu jumpa Lanun sendiri untuk bincang tentang perempuan itu."

"Tapi kenapa ko mau betul sama dia? Bukan ka ko ada banyak perempuan murahan di dalam gua tu? Tinggal pilih sija ko mau yang mana." Kata Orlu.

Malahan Mondu menggeleng. Tak, langsung tak sama. Dia melabuh punggung di atas batu besar itu, kotak rokok dicapai lalu satu batang dikeluarkan sebelum diletak pada bibirnya.

Lelaki yang berdiri disebelah langsung mencucuh api pada rokok itu, seakan sudah tahu kerjanya.

Rokok disedut buat sesaat, kemudian Mondu melepaskan satu nafas bersama asap berkepul-kepul keluar serentak melalui hidung dan mulutnya.

"Dia lain... aku tahu dia lain. Kalo tidak, kenapa Lanun bersungguh-sungguh jaga dia? Tu, bot yang kita sudah rampas itu hari! Lanun langsung endak datang ke sini dan tuntut semula. Tak lain tak bukan, ada sesuatu yang dia cuba sorokkan tentang perempuan itu sampai sanggup hilang ratusan ribu ringgit." Ujar Mondu, walaupun dia telah dapat apa yang dimahukan. Tetap saja nafsu tamak ini mengawal dirinya.

Kalau boleh, dia mahu semua yang Lanun ada. Kerana, apa yang ada bersama lelaki itu seolah-olah sangat tinggi nilainya. Termasuklah wanita itu.

"Habis? Ko mau sa buat apa?" Soal Orlu, dia sedia menerima tugas.

Sekilas anak mata Mondu mengerling ke arah gua. "Lepaskan semua tahanan perempuan kita."

"Huh? Apa ko gila ka?!" Belum apa-apa lagi Orlu sudah mencelah. Terlalu terkejut dengan arahan yang baru keluar daripada bibir Mondu. Rugilah kalau lepaskan semua tawanan itu, sekurang-kurangnya kalau jual balik pun ada dapat keuntungan bagi mereka.

Mondu mendengus kecil.

"Ko fikir aku mau lepaskan mereka begitu sija ka huh? Aku belum palui  (bodoh)lagi bah macam ko! Bawa sija mereka keluar, jangan banyak cakap!"
Bentak Mondu. Geram pula apabila Orlu tidak mengikut sahaja setiap arahannya. Tahulah apa yang dia perlu buat nanti. Siapa yang bos sekarang ni?

Orlu terdiam. Sedar, dia tiada hak untuk persoalkan tindakan ketuanya. Lantas, Orlu melangkah masuk ke dalam gua. Tidak sampai beberapa minit, dia keluar semula bersama tahanan wanita-wanita yang masih terikat tangan mereka. Masing-masing kepala menekur ke bawah apabila kiri dan kanan diiringi senjata api yang bila-bila masa sahaja akan singgah ke kepala.

Sampai sahaja di hadapan Mondu, mereka berhenti. Tidak berani hendak bertentangan mata. Entah apalah nasib malang yang akan menanti mereka sekejap lagi.

Rokok disedut buat kali terakhir sebelum dibuang ke pasir. Seraya Mondu bangun daripada duduk di batu.

"Buka ikatan durang." (mereka/diaorang) arah Mondu.

Orlu dan beberapa lelaki berbaju lusuh itu langsung bergerak mendekati tahanan wanita itu, membuka ikatan tali pada tangan mereka. Buat pertama kali, mereka rasa sedikit bebas. Sengal badan hilang begitu sahaja.

Tapi, ia mungkin cuma sementara.

"Aku tahu kamurang terseksa duduk disini. Sebab itulah sa mau jadi seorang yang belas kasihan sedikit hari ini. Tapi, seperti yang orang tua-tua selalu bilang... kalo buat baik, harus dibalas baik juga. Jadi, ada sesuatu yang sa mau kamurang buat sebagai tanda balas budi." Ujar Mondu dengan senyuman sinis beraja di dibibibir.

"Ap... apa yang ko mau?" Tergagap-gagap suara wanita berada paling hujung itu menyoal. Takut. Tatkala kepala masih lagi menikus ke bawah. Hatinya rasa tak tenteram.  Dia pasti, tahanan yang lain juga rasakan perasaan yang sama.

"Endak susah bah permintaan sa ni. Satu sija." Dia menjeling ke arah Orlu memberi satu isyarat. Manakala Orlu yang pantas menangkap maksud, langsung saja mengeluarkan sekeping gambar Husna yang ditangkap semasa pengsan beberapa hari lepas kepada Mondu.

"Sa akan hantar kamurang ke satu jeti nanti. Dijeti tu, akan ada satu bot. Iaitu tempat lanun-lanun aku tunggu ko semua nanti. Sa mau... kamurang naik bot itu, dan turun ke darat. Tapi endak semualah. Ada yang sa akan hantar turun ke beberapa resort dan chalet berdekatan." Katanya.

Kemudian dia jeda seketika.  Memerhati satu demi satu wajah yang diharapkan menjadi kambing hitam buatnya.

"Cari tiga jawapan yang sa mau sija. Iaitu, siapa perempuan dalam gambar ini, cari apa status dia dan lagi satu..."

Bibirnya menyenget. 

"Apa hubungan dia dan Lanun." Sambung Mondu. Lantas, gambar itu pun dihulur ke arah wanita yang berada paling dekat dengannya. Namun, tidak pula wanita itu mengambil. Bibirnya tampak mengetap.

"Apa yang kami akan dapat kalo buat semua itu?" Soalnya.

Mondu berdecik kecil. Kemudian dia ketawa. Oh, dia memang menantikan soalan itu. Bagus, sebab tolong tanya!

"Sudah tentulah sa akan bebaskan ko semua. Endak mau bebas ka?" Jawab Mondu. Terbeliak biji mata Orlu mendengar. Sungguh, macam tak percaya.  Sesenang itu sahajakah?

"Cari semua jawapan tu, dan kamurang akan bebas." Ulangnya, seakan menanam ayat itu dikepala tahanan wanita-wanita itu. Biar lebih bersungguh-sungguh mencari setiap jawapan yang dia mahukan, semata-mata untuk bebas.

Tapi, benarkah mereka akan bebas?

Mondu tersenyum senget. Tak lama, sebelum ia kembali mati. Dan tika ini, riak wajahnya berubah serius pula. Malah pandangan matanya berubah lebih tajam, menikam ke arah satu demi satu wajah yang jelas akan cuba mengambil kesempatan untuk melarikan diri.

"Tapi..." Mondu berjalan secara perlahan mengelilingi mereka.

"Jangan ko cuba-cuba mau lari. Pulau Semporna ni mungkin luas, tapi endak cukup luas untuk ko semua mau menyorok daripada sa. Kalo endak mau mati, jadi buat sija apa yang disuruh. Faham?"

Mereka mengangguk. Demi nyawa, terpaksa untuk terima.












                    
              LAMPU Petromax yang terpadam secara tiba-tiba itu dinyatakan semula oleh Lanun. Angin pada malam ini boleh tahan kuat dan sejuk juga. Barangkali mahu hujan, tetapi mungkin tak lebat mana. Alamatnya, kesejukanlah dia tidur di beranda malam ini.

Kemudian, dia duduk melutut ke lantai. Menepis habuk kecil di atas tikar mengkuang itu agar bersih sebelum dia hendak tidur nanti. Sejujurnya, tidur disini memang tak selesa. Setiap kali bangun tidur, pasti belakang pinggangnya akan terasa sengal. Bahkan leher juga akan terasa lenguh kerana tidak berbantal.

Boleh sahaja dia tidur menumpang di rumah adik beradiknya. Tapi jika dia ke sana, risau pula Husna sunyi. Jadi biarlah rasa tak selesa pun, asalkan dia dapat lihat Husna setiap masa.

"Ehem! Ehem!" Terdengar suara berdehem, menarik perhatian Lanun untuk menoleh ke belakang. Keningnya sedikit terjongket. Tatkala baru menyedari Husna berdiri tercegat di muka pintu, langsung Lanun bangun.

"Kau tak tidur lagi?" Soal Lanun, tidak terkejut cuma tertanya. Ingatkan dah tidur, sebab senyap sahaja di dalam rumah tadi. Lantas, dia menapak menghampiri Husna sambil menepuk-nepuk tangan yang melekat habuk.

Husna menggeleng. "Belum. Tapi nak tidur dah." Jawab Husna. Buatkan kening Lanun berkerut sesaat.

"Kalau macam tu kenapa tak tidur aje terus?" Soal Lanun lagi. Pelik. Namun, tak sampai berapa saat bibirnya menguntum senyuman.

"Ke... kau nak tengok muka aku dulu sebelum tidur? Supaya dapat mimpi indah? Kalau ya, tengoklah puas-puas. Aku akan berdiri dekat sini selama mana kau nak tatap." Katanya, siap sebelah tangan menopang pada pintu, bersedia untuk berdiri lama-lama sampai kaki rasa kebas. Dia tak kesah. Lagi suka adalah.

Husna mengecilkan mata, merenung mata hazel dan biru itu dengan kepala tergeleng-geleng. Inikah perangai Lanun yang sebenar?

"Mana penutup mata awak? Kenapa dah tak pakai?" Giliran Husna pula untuk menyoal, tubuh dipeluk. Sejak terima lamaran Lanun petang tadi, terus hilang penutup mata lelaki itu. Dan mulalah gadis-gadis kampung disini terpanar seketika melihat mata biru Lanun apabila keluar ke beranda tadi.

Tengok saja tak apa, tapi yang sampai menggeletis itu yang buatkan dia rasa membahang. Panas sahaja di dalam hati.

"Kenapa? Kau tak suka ke aku buka penutup mata? Bukan ke selama ni kau nak tengok mata aku?"

Husna melepaskan satu nafas.

"Memanglah. Tapi..." malu pula nak teruskan ayat. Anak mata dilarikan ke lain. Berdebar pula jantung ini.

"Tapi?" Lanun menyengetkan kepala, mengintai laman wajah Husna yang sudah kemerahan. Bibir ditahan daripada tersenyum. Lihat daripada riak wajah Husna sahaja, dia sudah dapat jawapan. Tapi, seperti biasa... dia mahu dengar sendiri daripada mulut koupusannya.

"Tapi awak bukan tarik perhatian saya sahaja, tapi semua perempuan dekat sini. Mata awakkan cantik. Siapa aje yang takkan tertarik?" Omel Husna, perlahan. Sempat lagi matanya menjeling saat teringatkan tentang itu. Rasa panasnya masih lagi hangat di dada. Tak tahulah kenapa dia jadi begini. Hatinya dah serupa cuaca, kejap baik kejap tidak.

Lanun tersenyum sambil kepala terangguk-angguk tanda faham. 

"Baik, aku janji. Aku takkan pakai depan kau sahaja selepas ni. Jadi kau tak perlu rasa cemburu lagi."  Ujar Lanun.

Sekonyong-konyong Husna menjuih bibirnya. "Mana ada saya cemburu! Saya cuma... cuma tak puas hati aje, yalah! Dulu masa dengan saya, bukan main payah lagi awak nak tunjuk mata awak. Konon istimewalah, apalah! Sekarang, awak buka sesuka hati aje..."
Rungut Husna. Panjang bibirnya memuncung. Itupun masih menafikan dirinya sedang cemburu.

"Tapi memang betul pun kau istimewa bagi aku. Aku tak pernah buka penutup mata tu depan mana-mana perempuan sebelum ni, kecuali dengan keluarga. Aku tunggu kau muncul, baru aku buka. Sebab setiap kali aku buka, mata kau selalu pandang aku. Jadi itu sahaja cara aku untuk tarik perhatian kau." Katanya, terus-terang sahaja tanpa ada selok belok. Selepas ini, kalau dia buka penutup mata. Husna kena faham sajalah apa yang dia mahu.

Lidah Husna kelu. Matanya berkelip-kelip memandang Lanun. Tak tahu apa yang harus direspon kerana hatinya benar-benar rasa tenggelam dengan kata-kata Lanun sebentar tadi.

"Macam sekarang." Sambung Lanun lagi. Bibirnya menyenget. Merenung Husna yang tak lepas menatapnya.

Tersedar dirinya diperhatikan oleh Lanun sejak tadi, pantas Husna mengalihkan anak mata ke lain. Ada gelak tawa kecil singgah ke telinga. Makin buatkan jantungnya berdegup-degup.

"Sudahlah, Lanun. Saya nak jumpa awak sebab nak beri awak sesuatu. Tunggu sini!" Tanpa menunggu lama, Husna masuk ke dalam rumah. Dan kembali semula ke muka pintu bersama bantal dan sehelai selimut yang diberi Mak cik Lily pagi tadi.

"Nah, untuk awak!" Ucap Husna sambil menyerahkan dua barang itu kepada Lanun. Perlahan-lahan tangan lelaki itu mengambilnya.

Buat sesaat Lanun menunduk memandang bantal biru yang dipegang. Kemudian, kembali mengangkat wajah menatap Husna semula.

"Kau buat untuk aku?"

"Haah, saya yang buat. Tapi bukan untuk beri kepada awak, malah untuk jual. Mak cik Lily yang hadiahkan bantal dan selimut tu dekat saya. Tapi saya dah ada, jadi... saya berilah dekat awak." Ujar Husna. Lagipun, selama ini dia memang kasihan lihat Lanun yang cuma baring diatas tikar mengkuang. Sudahlah kasar, selesa atau tak usah cakaplah.

Sudah tentunya tidak.

Lanun mengulum senyuman. Dia akan jadikan bantal ini sebagai bantal busuk sepenuh masa.

"Aku suka. Cantik. Terima kasih." Ucap Lanun, dia menaruhkan seketika bantal dan selimut itu di atas tikar mengkuang.

"Tapi macam kebetulan pula, sebab... aku pun ada sesuatu untuk beri kepada kau sebenarnya." Kata Lanun.

Kening Husna berkerut. "Awak nak bagi apa?"

"Tunggu sekejap." Pinta Lanun.

Husna langsung berganjak sedikit ke tepi saat Lanun melangkah masuk ke dalam rumah. Menuju ke arah kabinet yang berada di sebelah almarinya, konon sesuatu itu terletak di situ. Husna tidak menyoal apa-apa, malah menanti dengan penuh sabar.

Dan tidak sampai berapa minit, Lanun kembali kearahnya dengan sesuatu ditangan. Namun disorok ke belakang tubuhnya dahulu. Tak supriselah kalau tunjuk terus.

"Cuba teka apa?"

Haih, malam-malam buta suruh main teka teki pula? Husna mencekak pinggang. Dia memikir sebentar. Setahunya, kalau pasangan sedang dalam angau ini akan beri sesuatu yang romantik.

"Bunga?" Husna meneka untuk cubaan pertama.

Malah, Lanun menggeleng.

"Aku tahu kau tak suka bunga."

"Kalau macam tu... coklat?" Husba cuba lagi.

Terjuih bibir Lanun mendengar.

"Mana aku nak dapat coklat dekat sini?'

Iya tak ya juga. Mana ada kedai coklat di tengah-tengah pulau ini. Bunga bukan, coklat juga bukan. Habis apa?

Pasrah. Husna geleng kepala tanda menyerah. Bahu dijongket.

"Tak tahu."

Lanun tersenyum senget. Dah agak, Husna pasti takkan dapat teka punya. Kerana benda yang dia beli ini, sesuatu yang tak terjangka dek akal wanita itu. Kebetulan, sebelum pulang daripada Ocean Resort tadi dia ternampak benda alah ini. Kali pertama melihatnya, terus dia teringatkan Husna. Maka, dia terus beli tanpa fikir panjang.

"Tadaaa!" Objek kecil itu terus disua ke hadapan muka Husna.

Husna terpempan sejenak. Matanya tak berkerdip.  Sedang cuba proses apa yang dilihatnya. Tiba-tiba hati rasa seperti di geletek. Tak dapat ditahan dan akhirnya meletus juga tawa dimulutnya.

Ya Tuhan,

Betul-betul tak terlintas difikirkannya yang Lanun akan belikan...

"Mini fan?" Husna ketawa lagi. Bukan sebab pemberian Lanun cuma kipas kecil, tetapi kerana teringatkan dahulu yang dia pernah mengejek Lanun kerana tidak mampu membeli kipas untuk diletak ke dalam rumah ini. Tuk tuk, lelaki itu membelikan dia kipas bateri.

Mana tak terjentik lucu dihati ini?

"Mana awak jumpa kipas bateri ni? Comelnya..." Soal Husna, kipas kecil itu diambil. Dibelek depan dan belakang. Masih baru. Ada bekas tanda harga yang sudah dibuang. Berapa agaknya harga kipas ini?

Lanun mencelek sedikit hidungnya dengan ibu jari gaya berlagak. "Heh, adalah. Selepas ini, kau cakap sahaja apa yang kau nak. Aku akan beli!"

Husna ketawa kecil.

"Kalau saya minta sofa, awak akan beli mini sofa pula ke?" Soal Husna dengan nada bergurau. Macam mana rupa mini sofa kalau Lanun betul-betul belikan?

"Kalau aku jumpa, memang aku akan beli untuk kau." Balas Lanun, turut bergurau. Kalau betul-betul,  melampau sangat namanya!

Kipas bateri itu dilekapkan ke dada sambil bibir Husna tersenyum. Wajah Lanun dipandang. "Terima kasih sangat. Saya suka. Kalau awak nak tahu, ini pertama kali saya rasa benda murah boleh buatkan kita rasa bahagia. Dulu, saya ingatkan bahagia cuma datang bila kita berduit. Tapi saya silap." Ujar Husna. Ia semakin jelas sekarang, dia tak perlukan kekayaan untuk rasakan kebahagiaan. 

Lanun mara setapak mendekati Husna. Berdiri betul-betul di hadapannya bersama satu senyuman.

"Kau tak silap seorang diri. Aku juga pernah anggap macam itu. Dan bila jumpa kau, baru aku sedar... kebahagiaan sebenar bukan terletak pada harta benda, tapi pada orang sekeliling kita." Katanya, tepat merenung sepasang mata Husna dengan penuh rasa cinta.

"Dan kau... adalah kebahagiaan buat aku sekarang. Jadi tetaplah dengan aku sampai bila-bila agar aku rasa bahagia ni untuk selamanya, Husna. Aku nak bahagia dengan kau." Sambung Lanun. Buatkan bibir Husna ketawa kecil. Cahaya dari lampu petromax menampakkan jelas pipi Husna yang mula berona merah.

Kepala Husna terangguk-angguk. Dia membalas renungan mata biru dan hazel itu sedalam-dalamnya.  Sungguh, tak ada sedikit pun rasa penyesalan saat dia menerima lamaran lelaki ini.  Dan dia juga turut rasakan perasaan yang sama, iaitu mahu bahagia, cuma dengan Lanun.

"Husna..." panggil Lanun meleret. Matanya masih melekat pada laman wajah cantik itu. Jujur, dia tak dapat mengawal perasaan yang sedang melanda di dalam hatinya sekarang. Bahkan, jantung ini juga tak henti berdegup setiap kali Husna membalas renungannya. Dan waktu itu, dia benar-benar yakin dengan perasaan yang satu ini.

Iaitu...

Dia perlukan Husba buat selamanya. 

"Kau rasa..."

Lanun teguk air liur. Gugup untuk dia menyoal ayat itu.

"Bila aku boleh halalkan kau?"

Husna terdiam. Matanya membulat. Soalan Lanun itu... buatkan dia kehilangan kata. Namun, hati di dalam sudah bergendang suka. Husna tunduk kepala ke bawah, cuba menyembunyikan mukanya yang meruap malu.

"Kenapa awak tanya soalan macam itu dekat saya?" Omel Husna.

"Sebab... semakin lama, aku rasa makin payah nak kawal diri aku. Apatah lagi bila tengok kau malu-malu kucing begini buatkan aku rasa..."

"Ish, dah lewat malam ni. Awak kena keluar!" Terus tubuh Lanun ditolak perlahan, memaksa lelaki itu keluar daripada rumah. Sudahlah sekitar perumahan mereka sudah gelap, macam-macam boleh terjadi! Lanun pun tidak menahan langkahnya, ikut sahaja sampai berdiri di beranda. Dalam diam bibirnya tersenyum. 

"Kau tak nak dengar aku cakap sampai habis dulu ke?" Soal Lanun, sengaja dia mahu buat Husna makin tak keruan.

Husna mengetap bibir. Mata dikecilkan. Dengan muka nakal Lanun, dia tahu apa yang bermain di fikiran lelaki itu.

Cucuk mata biru dia tu baru tau!

"Jangan berani nak fikir yang bukan-bukan! Dah, selamat malam!" Ucap Husna, langsung pintu dihempas tutup. Siap kunci lagi.

Lanun melepaskan tawa. Apalah yang Husna fikir agaknya? Dia cuma rasa nak cubit pipi sahaja, salahkah? Hmm, memanglah salah kalau belum kahwin. Jadi, dia perlu kahwin cepat.

Bila ya? 

Continue Reading

You'll Also Like

1.9K 151 27
Sekarang sastera Melayu semakin Lama semakin dilupakan. Puisi dan pantun jua sudah tidak digunakan dalam pertuturan sehari hari. Sejak dahulu lagi...
18.5K 392 4
[Fantasy + Adventure] Tahun 3091 di mana dunia sudah semakin maju. Wujudnya permainan virtual reality arena competition iaitu sebuah permainan berkon...
44.5K 2.2K 25
"Kita tak ditakdirkan untuk bersama" Status ; completed Start; september maybe? Author tak ingt😅 End ; 7/12/18 Season 2 : Mamat korea aku punya2 htt...
1.5M 47.6K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...